"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

29 April 2005

The sakura petals unfold

Naa! Kami hanya kawan.

MUSIM bunga penghujung April. Aku. Hitomi. Bertongkat siku. Pada birai jambatan. Di delta Hiroshima. Bunga-bunga sakura menguntum. Mekar. Lalu cepat-cepat gugur. Menutupi ke segenap ruang alur limpah. Penuh. Sesekali. Muncung-muncung 'koi' yang birah. Timbul. Mengambil udara. Dari celah-celah. Gugur bunga MUSIM.

"Oit-oit!" Hitomi.

"Erm..." Aku.

"Aku macam bunga-bunga tu..." Hitomi.

"Cepat gugur?" Aku.

"Tidaklah!" Hitomi.

"Habis...?" Aku.

"Cantik!" Hitomi.

"Kau macam nyonya jual sayur. Cantik ke apa..." Aku.

Senyap. Tidak lama.

"Kau macam 'koi'!" Hitomi.

"Birah? Lemas? Tercungap-cungap?" Aku.

"Tak. Bodoh!" Hitomi.

28 April 2005

Halusinasi

Dalam perlawanan persahabatan, kadang-kadang kita sengaja benarkan pihak lawan membolosi gawang gol kita. Caranya, kita pura-pura lemahkan barisan pertahanan kita. Lebih-lebih lagi jika pihak lawan membariskan pemain-pemain dari golongan monarki atau personaliti wanita (Juliana Banos? Baby Erin??).

Entah. Mungkin kerana banyak kerja. Mungkin kerana tak siap kerja. Mungkin juga kerana sotong mentah yang aku cuba-cuba makan. Semalam. Kot, ntah!

Aku berhalusinasi. Lagi. Apabila aku tengok gambar karipap Mat Jan. Lama-lama. Aku berhalusinasikan perkara-perkara lain. Popia? Pau? Tidak. Yang lain.

Dan kegusaran ini aku beritahu kepada MatJan. Via SMS. Cepat-cepat. Dan lambat-lambat. MatJan membalas. Via SMS. Juga.

"Dulu. Bobot (kawan) pernah 'quote' Buddha: a boy sees a mountain and saw a mountain, a man sees a mountain and saw many things, a wise man sees a mountain and saw a mountain and saw a mountain.”

Ooo, MatJan suruh aku (cuti) pergi tengok gunung-gunung kot ni... Ooo!

NOTA KAKI BANGKU: MatJan, mana menghilangnya si Bobot?

27 April 2005

Naga belajar bahasa Tamil (semesta pertama)

Mereka tidak yakin. Dengan kita. Mereka fikir, kalau dilaksanakan pengajaran bahasa Tamil dan Mandarin di sekolah kebangsaan pun - hal ini tidak akan dapat menarik minat bangsa nombor dua untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan.

Aku fikir. Kalau anak-anak bangsa nombor satu belajar bahasa Tamil dan bahasa Mandarin ialah kerana anak-anak bangsa nombor satu nak belajar bahasa Tamil dan bahasa Mandarinlah. Bukan atas sebab lain. Bukan sebab nak tarik anak-anak bangsa nombor dua pakat-pakat mengaji di sekolah kebangsaan.

Aku fikir lagi. Kalau anak-anak bangsa nombor satu hendak belajar bahasa Tamil dan bahasa Mandarin ialah kerana anak-anak bangsa nombor dua dan anak-anak bangsa nombor tiga pun ada belajar bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan. Tak adillah kalau mereka boleh belajar bahasa kita, kita tak boleh belajar bahasa mereka.

Aku? Lama dah belajar bahasa Tamil dengan Imuda, Meor, Mat Noh Jabar dan Hameed. Cuma, Hameed (pengetua?) tak boleh nak keluarkan apa-apa sijil tamat kursus yang diiktiraf.

"Hameed! Teh tanie une. Bun manis une." Aku.

"Apero'? Hameed.

"Apero' yellak!" Aku.

"Oraiter! Uruwuli patekas se!" Hameed.

"Zas-zas! Masuk buku ya!" Aku.

22 April 2005

Explore race

Kalaulah. Aku dan Rimau membuat pakatan. Dan bertanding dalam siri 'explore race' yang akan datang...

Kalian akan dapat tontoni: SATU Aku akan muntah terbelahak apabila disuruh makan sotong hidup-hidup DUA Rimau akan muntah terbelahak apabila disuruh makan budu. Dan insyaAllah, kami berdua akan dipatuk ulars. Sungguh!

Apalah kami ini. Yang satu, lututnya sudah buruk. Yang satu lagi, perutnya sudah boroi. Alahai!

Tapi, kami percaya (malah kami sungguh-sungguh percaya), kami akan punyai banyak peminat! Kalau kami masuk bertanding dalam peraduan lumba lari-lari sambil bercakap bahasa Inggeris itu. Pada musim akan datang. Kalaulah.

20 April 2005

Boss kami macam Darth Vader (hitam serba-serbi)

"Kenapa Anakin jadi jahat?" Aku.

"Sebab dia tak boleh kawal 'anger'." Kirinz.

"Kenapa dia tak boleh kawal 'anger'?" Aku.

"Sebab dia bukan Jedi yang cukup bagus. Jedi yang cukup bagus - boleh kawal 'anger'. Tak macam boss kita. Boss kita macam Darth Vader (Anakin semasa tua), tak boleh kawal 'anger'. Tak macam aku..." Kirinz.

"Poorrrrrahhh! Kau pun sama saja! Kalau kena marah dengan 'Darth Vader' - 'migraine' tak bertangguh!" Aku.

Dan ketawa kami pun bersungguh. Diam. Seketika. Apabila 'Darth Vader' lalu. Depan. 'Work station' kami. Berdengus! "Wufz kerr wufzz wuf kerrr..."

Dan ketawa kami pun menjadi lebih bersungguh-sungguh! Macam Jar Jar Binks minum todi. Kemudian.

Naga sakit lutut

Rimau. Via SMS. Sedang merawat sengal-sengal, katanya. Penat berkayak dan berakit di Kem Lambaian Danau. Tak habis setakat itu, sempat lagi bermain bola, sebelas sebelah, untuk 'team' jenama LAUK. Enam - Telur! Ya ya, lauk telur! Rimau.

Aku. Kalau suhu sejuk-sejuk begini, lutut sebelah kanan akan mudah berasa sengal-sengal. Kalau berlama-lama di panggung, kaki pegun sesiku L - lutut sebelah kanan akan berasa sengal-sengal juga. Kalau bersila, sekejap! Kemudian, akan berlunjur-lunjur sajalah. Itulah, hari tu, aku dah ajak Rimau dan Spy duduk di kerusi... mereka yang beria-ia mahu duduk di meja Jepun/Jawa. Gatal!

Duduk lama, salah! Berdiri lama, pun salah, alahai! Itu. Antara sebab. Untuk aku bersara terus dari mendaki gunung. Doktor kata, kesan kecederaan lama, ketika aktif mendaki gunung. Dulu.

Pada usia berlangsung separuh masa kedua ini, keinginan untuk mendaki tetap ada. Cuma, kesihatan dan fizikal tidak begitu mengizinkan. Dan kerja-kerja di studio pun semakin melambak-lambak. Tak siap!

Tapi, masih tak lekang menitipkan pesanan. Kepada Not. Kawan sependakian. Kawan yang sama-sama mengembara. Ke sana ke sini ke sana ke sini. Mencari. Entah apa-apa entah.

"Not! Aku rindukan Mesilau. Kalau mahu ke sana ke sini, jangan lupa aku! Kalau ada rezeki, kita ke Kathmandu! Last! Lepas tu aku bersara total!" Aku.

"Kau rindukan Mesilau atau kau rindukan Nelly di Mesilau?" Not.

"Oit oit! Ke situ pula dia...." Aku.

NOTA KAKI BANGKU: Kalau mendaki gunung Kinabalu, dan memulakan pendakian dari Mesilau, jangan lupa untuk naik mendaftar beramai-ramai (jangan dibiarkan kapitan kau mendaftar seorang-seorang). Nelly masih di situ. Cantik. Kemerah-merahan. Serba-serbi. Orang Kundasang. Kalau tidak pun, orang Kiulu. Yang memang terkenal cantik.

19 April 2005

Pendeta dan pujangga semiotik (bukan entri merapu)

Mengulang YUDA. Mengulang RAPSODI. Buah tangan Zaen Kasturi yang aku baca. Pernah. Dulu. Kononnya, aku dan Zaen mencari sesuap makan di organisasi milik 'state' yang sama. Dia tahu. Tentang aku. Yang mengulang RAPSODI. Yang mengulang YUDA.

"Zaen! Kau faham ke apa yang kau tulis ni?"

"Tak!"

Dan aku tak pernah percaya dengan jawapannya itu. Aku mengulang YUDA. Aku mengulang RAPSODI. Lagi. Menghadam semiotik buah tangan Zaen Kasturi. Hingga faham. Mengikut interpretasi sendiri.
Cerpen-cerpen dalam antologi RAPSODI ini pada keseluruhannya agak berbeza daripada cerpen-cerpen konvensional jika dibandingkan aspek komposisinya, ungkapan, serta cara penulisnya melihat dan mengolah persoalan. Pembaca tidak mungkin menyusuri hukum sebab-akibat dengan jelas kerana ia tidak mengikut skema yang lazim. Cerita diungkapkan sebagai 'percikan-percikan' kehidupan yang berpencar-pencar, agak abstrak dan dalam jalinan bahasa yang ambiguiti - Anwar Ridhwan, Rapsodi, 1998

Aku bercerita tentang pasu. Dan Mop bercerita tentang tempayan. Rimau bercerita tentang meja Jepun. Dan aku bercerita tentang meja Jawa. Nazmi bercerita tentang anai-anai jahat. Dan Spy bercerita tentang gigi bangang. Mat Jan bercerita tentang radio RIMA, Rais dan Kadir. Dan kami kait-kaitkan dengan Pilihanraya GEJU yang baru lalu. Mengikut interpretasi sendiri.
Semiotik: (Lin) kajian tentang tanda dan lambang terutamanya hubungan antara tanda dan lambang dgn benda atau idea yg dimaksudkan - Kamus Dewan; Edisi Ketiga. Ms: 1233.

Aduhai kawan. Pedulikan objek-objek itu! Pedulikan latar ceritanya! Objek itu hanya 'skin'. Kau harus pergi lebih 'deep'! Mereka bercerita tentang 'placement' di sekitar objek. Objek yang di'angkat' itu hanyalah sebagai satu hal-perkara yang menghubungkan 'placement-placement' tersebut, aduhai! Mereka bercerita tentang nilai (value). Sebenarnya.
Tukar genre dari impressionism ke metafizik absurdism. Mesej = satu objek dua fungsi = an object is defined by its application, not its physical attribute. - Rimau. Via SMS. Sent: 20:23:08. 14-04-2005.

"Naga! Kau faham ke apa yang kau tulis ni?"

"Tak!"

NOTA KAKI BANGKU: Salleh Ben Joned memahami semiotik yang ingin di'angkat' oleh Redza Piyadasa dan pernyataan faham Salleh kepada Piyadasa adalah secara semiotik juga.

http://www.thesundaily.com/article.cfm?id=1353 ... As happened at an art exhibition by painter Redza Piyadasa, where Salleh (Salleh Ben Joned) unzipped and let go in front of a crowd of people. ...

18 April 2005

TODAY

Today.
When 'am EIGHT and THIRTY.

Thank you.

15 April 2005

Lagu-lagu Anak Kita Yang Kita Suka

1. Pop Yeh Yeh - VE
2. Goyang - Bucu Kasar
3. Terhangat Di Pasaran - Kump. Mamat Tiga Beradik + Satu Mamat AF2
4. Hey Waley - Reshmonu
5. Party Like This - VE
6. Tipah Tertipu - Bucu Kasar
7. Its All Really Matters - Reshmonu
8. Sunshine or Rain - Ferhad
9. What More - Ferhad feat. Kyla

Ha ha. Kau ingat aku cuma dengar "Kau Datang Bawa Cahaya - BDB" saja ke?

14 April 2005

Kirip, kirip, kirip kanan kirip (ulang sampai penat!)

Rimau. Bersungut. Via SMS. Malam-malam buta begini dia masih belum tidur. Mengarang soalan-soalan untuk kadet 'navy'. Dan kadet 'navy' tetap tidur di dalam dewan kuliah. Esoknya.

"Kadet 'navy' penat berkawat!" Rimau.

Sambil-sambil mengarang soalan - sambil-sambil menonton filem U-571. Cerita pasal kapal selam. Cerita pasal anak-anak kapal dan mak kapal. Pasal 'navy'.

Ya ya! Kalau hendak mengajar 'navy' - perlu menyelami dunia 'navy'. Dunia 'navy' tak sama dengan dunia Rimau. Tak sama dengan dunia aku.

"Rimau, kau, kalau hendak mengajar 'navy'lah, kena mengikut cara sarjan misai mengajar 'recruit' berkawat jugalah! Baris, barisss siap! Ke kiriii, pusing! Dari kiri, cepat jalan! Kirip, kirip, kirip kanan kirip! Barisss, hentip! Barisss, pandang depannn! Berrrrr, surai!!!" Aku.

"Aye aye, chief!" Rimau.

13 April 2005

Kawan kawan-kawan aku.

Dulu. Ketika umur baru masuk separuh masa pertama, aku gemar berlonggok-longgok di Medan MARA. Selepas waktu kerja tamat. Makan. Minum. Gelak. Makan. Minum. Gelak lagi. Makan. Minum. Gelak-gelak lagi.

Pak Ngah. Satey. Mangkok. Aku. Kadang-kadang Aween. Kadang-kadang Ajie. Kadang-kadang Rabena baby. Dan entah siapa-siapa lagi entah. Kawan-kawan aku dan kawan-kawan mereka. Ramai. Kami ni jenis kawan-kawan yang dah habis makan pun tak reti nak bangun. Selalu berlama-lama, alahai!

"Demo turun male ni?" Pak Ngah.

"Turun. Habis pejabat aku terus ke sana. Tunggu! Meja biasa ya!" Aku.

Dari jauh sudah nampak. Pak Ngah dan Satey. Sudah sampai dulu. Di meja yang paling hujung. Mangkok tak kelihatan. Balik mandi dulu, mungkin.

"Dah lama sampai?" Aku.

"Baru ja..." Pak Ngah.

Kami bersalaman. Aku salam Pak Ngah. Salam Satey. Salam kawan di sebelah Pak Ngah dan salam kawan di sebelah Satey. Salam kawan di sebelah kawan Pak Ngah dan salam kawan di sebelah kawan Satey. Dan seterusnya... Berkeliling. Sepanjang empat buah meja empat segi yang disambung menjadi satu. Aku salam. Semua. Sambil mulut tak putus-putus kata "hai!".

"Uhh! Demo ni Naga... Tok reti penak ko? Ambil kerusi tuh! Mari duduk sebelah kawe!" Pak Ngah.

Ada gadis cantik di sebelah Pak Ngah. Badan 'sedang-sedang'. Kulit cerah. Rambut lurus mencecah bahu. Anak rambutnya terjurai di dahi. Kalau mengunyah, menutup mulut. Kalau ditanya soalan, akan menghabiskan makanan di dalam mulut terlebih dahulu, kemudian baru menjawab. Kalau ketawa, tak bersungguh. Tangan akan spontan menutup mulut. Menjaga tatasusila, barangkali mungkin. Ntah, kot! Jari runcing. Macam belalang Mekah, alahai!

"Oit! Siapa? Kawan kau?" Aku.

"Entah! Kawe denge Satey tumpe duduk sini ja. Mejo tak dok! Penuh doh!!" Pak Ngah.

Laaa... yang aku beria-ia salam berkeliling empat meja tu bukan kawan-kawan Pak Ngah dan Satey ke? Laaa...

12 April 2005

Aji Baka

Boss aku di ACCU, Misako Ohnuki, berkunjung ke DBP. Aku memperkenalkan Encik Timbalan Ketua Pengarah DBP kepada Cik Ohnuki.

"Misako! Aku perkenalkan... ini, Haji Bakar!"

Mereka berjabat tangan. Ada senyum penyet yang tertahan-tahan pada raut wajah Cik Ohnuki. Segera dia menarik aku. Ke hujung ceruk ruang pejabat. Berbisik. Sambil cawan dan piring masih di tangan.

"Aji? Baka?"*

Dan ketawa kami pecah berderai. Macam pontianak.

"Oit! Bila nak suruh aku jemput Puan Kasumi (Puan Embun) di KLIA?"

Dan ketawa kami pecah berderai. Lagi. Macam pontianak.

NOTA KAKI BANGKU: *Serbuk perasa. Bodoh.

11 April 2005

Singkap skirt...

Untuk bersaing dan memang, Ivana menawarkan harga dua puluh dollar untuk sekotak coklat + sanggup menyingkap skirt kepada pembeli yang bertuah. Dan padahnya, Trump memecat Ivana.

"Tak salah (kalau Ivana berpelakuan begitu). Dia gunakan kelebihan yang dimiliki untuk bersaing dalam dunia sekarang." Aa.

Aku diam. Tanda tak bersetuju. Dengan Aa. Dan aku segera teringat-ingatkan Rimau (yang khabarnya sedang makan-makan di sebuah restoran tepi laut yang beratapkan bintang dengan 'one man band' sebagai latar muzik).

"Untuk menang tak semestinya bersaing!" Rimau.

Aku belajar satu: Mamat tu bayar dua puluh dollar untuk harga Ivana menyingkap skirt + dia dapat sekotak coklat sebagai tanda mata.

Emak Noriko

Pasu

Di ruang tamu. Rumah Noriko. Di Nagano.

"Cantiknya pasu tembikar ni..."

"Abu emak aku di dalam tu!"

"Oops!!!"

"Am jokin'! He he."


Anak emak

Emak Noriko mati! Mayatnya akan dibakar. Dan akan disimpan ke dalam pasu tembikar. Nanti.

"Pada kehidupan semula nanti, kalau diberi pilihan, aku mahu kembali menjadi anak emak... Aku tidak mahu menjadi anak kepada orang lain." Kata kawan aku, Noriko, si pandai tenun itu.

Noriko tidak pernah memeluk apa-apa agama. Tetapi, dia percaya akan kehidupan semula selepas mati.

Ada ketikanya, aku gemar mendongak langit, mengamati motif-motif mandala di ceracak bumbung rumah Miyuki. Dan aku segera faham apa yang Noriko cuba cakapkan tadi.

Hidup. Mati. Mandala. 'Recycle'.

09 April 2005

GT3: Gadis Tokyo vs Gadis Toyama vs Gadis Tomyam

Image Hosted by ImageShack.us
yuki di puncak ancala,
semilir di kolam asmara


Gadis Tokyo lebih 'sophisticated'. Se'sophisticated' kota cosmopolitannya. Bijak berhias diri. Hamba fesyen. Rambut panjang lurus warna-warni. Berkening tajam bilah pedang 'samurai'. Bergincu 'pika-pika'. Pelupuk mata biru ais. Kuku berpelekat gambar kartun. Bercukur bulu roma. Teman paling molek untuk ke majlis makan-makan di McDonalds. Dan harus berkejar-kejar pulang ke stesyen keretapi bawah tanah sebelum perkhidmatan keretapi tamat, alahai! "Soradewa matane bye bye!"

Tapi, apabila di rumah, 'kimono' tak tinggal.

Gadis Toyama lebih bersederhana. Berpakaian pun seperti gadis-gadis baru lepas sekolah menengah. Naif? Tak juga.

Lemah-lembut. Kalau bercakap, antara dengar dengan tidak. Kalau duduk, berlipat kaki. Kalau rapat, rambut mungkin mencecah pipi. Pipi kau!

Setiap kali pulang dari pejabat dia akan membukakan stoking kau. Memotongkan kuku jari-jari kau. Mengosok belakang badan kau (semasa ofuro) dengan tuala kecil; untuk membuang saki baki daki. Memasak lauk entah apa-apa entah untuk kau... Kalau bercerita, gemar berkisar tentang 'ikebana', 'chado', 'kakiage', 'wagashi'... kalau dicuit, akan melatah tentang 'zen', 'kaizen', 'sogo shosa' bla bla bla....

Tapi, apabila di rumah, 'kimono' tak tinggal.

Gadis Tomyam. Berseluar ketat. Berkemeja t sendat. Cakap 'Jerman'. Pekat! Cuma tomyamnya rasa macam sayur campur air panas sahajalah, alahai!

"Nasi Paprettkkk, sa! Air paip o peng, sa!" Kau.

Miyuki Kasai

Mahu tonton gambar Miyuki? Sila 'vote'! Kalau cukup lima puluh 'vote', baru aku pertontonkan.

NOTA KAKI BANGKU: Selamat Hari Jadi kepada Pak Samad (A. Samad Said).

08 April 2005

Kolgate susu

Miyuki. Kalau berlama-lama di 'kotatsu', akan duduk berlipat kaki. Ber'skirt' pendek warna bumi dengan motif bunga-bunga halus. Berkemeja lengan panjang kain kapas warna cerah. Rambut paras bahunya kadang-kadang bertocang satu, kadang-kadang dibiarkan lepas. Bergincu warna 'momo'. Hanya disapu pada bibir sebelah bawah. Kemudian akan segera dikemam-kemam agar melekat bias pada bibir sebelah atas. Berbedak nipis. Cuticura barangkali, ntah! Berminyak wangi jenama Yohji Yamamoto. Bukan Miyuki. Aku! Eeee...

Miyuki. Kalau menyediakan sarapan, macam 'hitomi women', alahai! Kejam!! Boleh membunuh. Selera.

Telur mentah. Sebiji - dipecahkan ke atas nasi. Digaul. Dibungkus. Dengan cebisan rumpai laut kering berwarna hijau tahi lembu. Yaakkk!

"Oit oit! Nak buat apa letak kolgate ke dalam koko panas tu?" Aku.

"Oit oit! Ini bukan ubat gigilah. Ini susu. Dipek seperti ubat gigi. Buka penutupnya, picit perlahan-lahan sehingga susunya keluar... Susu 'ubat gigi' ini mudah untuk dibawa kemana-mana. Praktikalkan?" Miyuki.

"Ooo... ingatkan resepi baru. Koko panas campur ubat gigi..." Aku.

"EEeeeeee... Nak letak atau tak mahu letak 'ubat gigi' ni?" Miyuki.

"Ya ya! Mahu mahu!! Eeee... " Aku.

Hakone Check Point yang terletak kira-kira 75 kilometer dari Tokyo. Terletak di tepi tasik Ashinoko di daerah Kanagawa, pusat pemeriksaan laluan masuk ke Edo ini dibina pada tahun kelima dalam era Genna (1619). Pusat pemeriksaan ini diwujudkan oleh para shogun pada zaman Edo bertujuan menyekat keluarga Daimyos daripada merancang pemberontakan terhadap pemerintah. Keluarga ini kemudiannya ditahan dan dipaksa tinggal di Edo. Segala pergerakan ahli keluarga dan pengaliran masuk senjata secara sulit dari luar dikawal ketat. Bagaimanapun kawalan di Hakone Check Point ini lebih mengutamakan kegiatan dan perjalanan keluar masuk kaum wanita Daimyos yang dicurigai menjadi perisik.

Topeng ukiran kayu dengan wajah yang menakutkan digantung di balai kawalan sebagai peringatan kepada mereka yang lalu-lalang. Pegawai di pusat pemeriksaan ini terdiri daripada bangashira (ketua dan penjaga pusat pemeriksaan), yokometsuke (pembantu bangashira), jobans (pengawal), samurai (pahlawan), beberapa orang tentera, dan pekerja am. Seorang pegawai wanita yang dikenali sebagai hitomi women akan menjalankan segala urusan penyiasatan ke atas wanita yang menggunakan laluan Hakone Check Point ini. Mereka yang disyaki akan diseksa dengan alatan yang perbuat daripada besi seperti sasumata (seperti garfu panjang berbilah dua yang digunakan untuk menyengkang leher), sodegarami (belantan berduri), dan tsukubo (pengenggam berduri) untuk mencungkil rahsia.

-dipetik dari rencana sinaganaga: "HAKONE ~ Menghimpunkan tinggalan sejarah dan koleksi seni" untuk kolum Rakaman Pengembara Majalah Dewan Siswa

07 April 2005

Anjing ketot-metot Encik Aji-No-Moto

Ingatkan anak anjing... rupa-rupanya anjing dewasa, oh! Anjing milik Encik Aji-No-Moto ini jenis anjing yang ketot-metot!!

Bergonggong-gonggong sejak aku tiba. Kelmarin. Pantang aku lalu lalang di dapur – anjing ketot-metot itu akan bergonggong-gonggong. Apa salah aku? Aku pun macam ia. Menumpang tidur di rumah Encik Aji-No-Moto. Cuma, makanan aku lebih sedap daripada makanan ia. Takkan itu pun hendak dijadikan sebab untuk terus menerus bergonggong-gonggong?

Kalau mahu gigit – gigit sahajalah! Tak usahlah mahu bergonggong-gonggong lagi.

"Keeiiienggg!" Aku sepak anjing ketot-metot Encik Aji-No-Moto. Berdengking. Lari. Menyorok. Ia. Tapi, masih ada hati mahu bergonggong-gonggong lagi. Sejak hari itu dendam kami tidak pernah padam-padam.

Dulu. Encik Aji-No-Moto mahu berpindah ke Kuala Lumpur.

"Macamanalah nanti... ermm! Aku bimbangkan Shirochi. Patut ditinggalkan di Matsumoto sahajakah atau patut dibawa pindah bersama-sama? Kalau mahu dibawa pindah ke Kuala Lumpur – tentu sahajalah Shirochi akan dikurantin lama... Ia tak biasa hidup kesebinatangan (keseorangan?) begitu... ermmm!" Encik Aji-No-Moto.

"Kenapa kau tak goreng saja si Shirochi? Habis cerita!" Aku.

NOTA KAKI BANGKU: Sudah tiga tahun Shirochi tinggal di sebuah pangsapuri, di Seputeh, Kuala Lumpur. Ia masih gagal menguasai bahasa Melayu.

"Kau apa khabar, Shirochi?"

"Gong gong gong gonggg gonggggg gonggggg!"

"Ceh! Binatang!! Tak tahu berbudi bahasa!! Hiiiaaaaaatt zassss!"

"Keeiiiiiinggggg!"

NOTA KAKI BANGKU: Psst!!! Hari jadi aku lagi sebelas hari!

02 April 2005

Usik-usik punat di Atami...

>>MOP LANTAI: Encik Naga, apa telah terjadi di Atami? Mesti kau usik punat-punat penggera tu. Ala, citer la citer la! Hahahahaha!

WONSAPONATIME.

Kalau berkereta. Dari Tokyo, kau akan melalui Kawasaki - Yokohama - Hakone - Atami. Terletak di Shizuoka Prefecture, Atami cuma lima belas kilometer dari *Hakone.

Fukushima (rumah Rudy)? Uihh, jauh ke utara. Atami itu ke selatan, sebelum sampai ke Shizuoka. Nagoya. Kyoto. Osaka. Kobe (rumah Azlyna). Hiroshima.

Dalam perjalanan, kau boleh melihat sambil-sambil Fuji-yama dari tingkap kereta. Ya ya, sambil-sambil makan epal Fuji juga ya!

Kami menginap di hotel 'Kuetiau' (Relais & Chateaux). Pantainya terdiri daripada tebing-tebing tinggi yang mengadap Lautan Pasifik. Dan kononnya, dulu, kawasan ini terdedah kepada bahaya 'tsunami'.

"Chateaux!" Mari.

"Kuetiau!" Aku.

"Chateaux!! Ah, malaslah nak ajar kau." Mari.

"Samalah tu..." Aku.

Kata Mari, pihak hotel terpaksa membina pintu-pintu kedap air di sepanjang siar kaki ke bilik tempat penginapan. Pintu-pintu anti 'tsunami' ini sama fungsinya dengan pintu kedap api. Cuma, pintu-pintu anti 'tsunami' ini boleh digerakan secara automatik.

"Apa kata kalau kita cuba..." Mari.

"Punat yang ini ke?" Aku.

Tet tettt tettttttt tettttttttt! Bilah-bilah pintu anti 'tsunami' itu tiba-tiba terkeluar dari gelangsar di tepi dinding. Macam dalam filem-filem spy 007. Dummm! Kami terperangkap di tengah-tengah. Aramak!!!! Matilah...

Ya ya, "Curiosity Killed the Cat! In this case - two little cats!!" Ha ha.

Setengah jam kemudian, kucing yang satu itu terpaksa tunggang-tungging minta maaf kepada staf hotel. Aku? Masih dalam keadaan panik.

"Apa kau cakap kepada dia?" Aku.

"Aku kata, kau abang aku yang baru terlepas dari hospital gila. He he." Mari.

"Choiiiii!" Aku.

Kami berlari berkejar-kejaran di sekeliling hotel (sempat aku baling kasut, tepat kena kepala dia), kemudian.

WONSAPONATIME.

*Hakone - Hakone Open-Art Museum terletak di sini. Dulu, masa zaman-zaman samurai - Hakone menjadi pintu masuk utama ke daerah Kanto (Tokyo?).

01 April 2005

Nombor cantik

Spyz. Via SMS.

"Tadi aku nampak 'scooter' dengan nombor 'plate' NAG 4. Kaukah itu? Wah! Sejak jadi tauke GT (Zine Gangguan Tekstual) dah pakai nombor cantik!"

Aku belajar satu. Untuk menjadi lelaki bisnes yang berjaya, kau mesti pakai nombor cantik. Ha ha.