Mengapa Melaysia tidak boleh menjadi negara maju 2
(pernah diterbitkan dengan judul - Hari Tanpa Beg Plastik adalah hari tanpa otak)
Hari itu hari Sabtu. Aku singgah di kedai stesen minyak. Aku beli barang-barang: rokok, pencucuh api, air mineral, air Kokakola, kacang tumbuk, Cekedis, gula-gula, suratkhabar.
Tet tet tet, pekedai itu imbas barang-barang yang aku beli. Kemudian, dia beritahu harga yang aku perlu bayar.
Ok, aku kata, dan aku hulur duit.
Kemudian, dia pulangkan duit baki dan resit.
Beg plastik, aku tanya.
Hari ini hari Sabtu, hari tanpa beg plastik, dia jawab. Kita nak selamatkan dunia, beg plastik tak boleh dikitar semula, sebab itu kita nak kurangkan penggunaan beg plastik, dia jawab, macam NGO alam sekitar.
Ok, aku kata, kalau begitu, bagi saya beg kertas sahajalah.
...dan kami tak sediakan beg kertas, dia tambah.
Mana boleh, aku kata, di negara maju seperti Jepun misalnya, jika mereka tak sediakan beg plastik... mereka akan sediakan beg kertas kepada pelanggan, aku kata lagi, Melaysia negara mundur... negara mundur perlu mencontohi negara maju! [Aku berhenti seketika untuk menghela nafas.] Dan, dan, dan, aku tambah, ada Najib [Datuk Seri] bagi arahan supaya kita semua hentikan penggunaan beg plastik pada hari Sabtu????? Mata aku dah terjegil-jegil. Suara aku dah macam bunyi Marsli NO baca sajak. Tangan aku dah macam orang India sedang bercakap.
Pekedai itu cuba berkeras.
Aku minta duit aku semula.
Pekedai tu kata, bila duit dah di-pump in - tak boleh nak di-pump out dah.
Fuck, aku kata, kalau awak tak bagi saya beg plastik... saya akan curah dan tabur barang-barang yang saya beli ni di dalam kedai stesen minyak awak! [Masa tu aku dah start goncang-goncang botol Kokakola dengan rancaknya.]
KOMA
Hari itu hari Sabtu. Aku singgah di kedai stesen minyak. Aku beli barang-barang: rokok, pencucuh api, air mineral, air Kokakola, kacang tumbuk, Cekedis, gula-gula, suratkhabar. Ketika pengguna lain tak dapat beg plastik - AKU DAPAT!
10 Comments:
bravo.. bravo...
hahaha
Januari 20, 2013 6:26 PTG
Kenapa tak tiru cam body shop dari dulu lagi depa guna beg kertas. Kelakarkan dalam masa sehari tak guna beg pleastik kita boleh selamatkan dunia : (
Januari 20, 2013 7:11 PTG
Kau patut bawa beg sendiri,Naga..kau patut bawa beg sendiri
Januari 20, 2013 11:55 PTG
tolong le dik, kami OKU. Kami tak pakai kereta..dapat beg plastik ha ha..
Ayat yang selalu laki aku gunakan bila sopping hari Sabtu.
Lily
Januari 21, 2013 12:32 PTG
oh...deabakk!
Januari 22, 2013 2:47 PTG
Bukankah nilai alam sekitar kita hanya setakat 20 sen?
Januari 24, 2013 3:58 PTG
Nak selamatkan dunia???
Kalau nak beg plastik, kena bayar dua posen..
Aku bayar.. aku dapat beg plastik.. aku dah rosakkan dunia.. dan aku kena bayar dua posen.. aku rugi.. dunia aku rugi..
tapi kedai tu untung dua posen..
Mac 12, 2013 1:40 PTG
Gila lama tak jumpa!
April 18, 2013 2:21 PTG
dia tak bagi beg plastik, saya minta beg kertas.
Mei 29, 2013 11:11 PTG
kenapa awak tak cakap awak nak bakar stesen minyak dia since awak dah ada bahan pembakar? ;p
Jun 23, 2015 7:53 PG
Catat Ulasan
<< Home