Arakian tersampuklah Sinaganaga Origami oleh semangat yang tidak dikenali. Dia meracau-racau sepanjang tahun. Setiausaha sulitnya berjaya mencatat racauannya lalu dimasukkan ke dalam Internet untuk kajian selanjutnya. ~ TokRimau

18 Julai 2009

Pada suatu hari yang sungguh merah

Sejak Abang Gemuk buka meja menjual nasi lemak pada malam hari di sebelah perhentian bas di hadapan Menara O - Kak Saripah Hasnor hanya menjual nasi lemak pada siang hari sahaja. Makanya, waktu malam harinya dihabiskan dengan menonton perlawanan-perlawanan bolasepak di TV.

"Akak rasalah, Chua... [Dia masih syak yang aku ni Tian Chua] lebih elok rasanya jika diadakan perlawanan persahabatan antara kelab-kelab ternama antarabangsa dengan pasukan negara kita ni pada setiap bulan... Penuh stadium! Makanya, meriahlah sikit bolasepak di negara kita ni nanti jadinya!" kata Kak Saripah Hasnor, "Tak payah dah lagi kita nak berliga super, berpiala Malaysia, bla bla bla..."

Aku suap nasi lemak Abang Gemuk ke dalam mulut. Kak Saripah Hasnor mencilok kacang tanah nasi lemak yang sedang aku makan.

"Bulan ni kita lawan Manchester United. Bulan depan kita lawan Barcelona. Bulan tulat kita lawan Deportivo de La Coruña. Bla bla bla..." kata Kak Saripah Hasnor, "Boleh menjana ekonomi negara juga tu!"

Aku suap nasi lemak Abang Gemuk ke dalam mulut. Kak Saripah Hasnor mencilok ikan bilis nasi lemak yang sedang aku makan.

"Ni, akak nak tanya sikit ni... kau jangan marah ek, Chua!" kata Kak Saripah Hasnor yang terkenal dengan frasa 'akak nak tanya sikit, kau jangan marah', "Kenapa semua orang pakai jersi merah... kau pula pakai t shirt putih 'ja hari ni?"

"Saya penyokong kelab Bolton Wanderers, kak!" kata aku.

"Ha ha ha!" ketawa Kak Saripah Hasnor, "Kalau kelab Inggeris itu lah yang datang ke Malaysia... 138 orang penyokong sahajalah yang pergi ke Bukit Jalil, Chuaaaaa!"

"Ceh! Mana statistik yang akak dapat ni?" tanya aku.

"Akak dah check kat Fecbuk kau!!!!" jawab Kak Saripah Hasnor.

Kak Saripah Hasnor cuba mencilok timun nasi lemak yang sedang aku makan. Aku tampar tangan dia. Dia kata, "Alaa! Nasi lemak Mat Gemuk tu bukannya sedap sangat punnnnnn! Akak tak ingin dehhhhhh!"

16 Julai 2009

Apologi Buat Hideyoshi III

Hideyoshi menyarung pedangnya dan berjalan keluar dari istana dengan perlahan-lahan. Pada tubuhnya terdapat sembilan puluh enam luka tusukkan pedang, tombak, panah, dan sebagainya. Tetapi, Hideyoshi masih belum juga mati.

Hideyoshi ke kali; membersihkan liang-liang luka. Pedih bertala-tala.

Tiba-tiba muncul seekor belut dan berkata-kata, "Kozaru! Apakah sebuah kematian adalah pelarian kepada sebuah kehidupan atau apakah sebuah kehidupan adalah pelarian kepada sebuah kematian?"

"Ahhhhhhh! Banyak cakap!!!!" kata Hideyoshi.

Malam itu, Hideyoshi duduk bersila di hadapan unggun api; menikmati hidangan kabayaki-don yang lazat.

Label:

15 Julai 2009

Nama lelaki gondrong itu Sufian Abas

Tak kerja pun penat. Kerja pun penat. Alahai!
Take five. Aku SMS Sufian Abas.


'...ada tak?' Aku. Via SMS.

'Kalau ada pun... maunya gua nak kongsi dengan lu!' Sufian Abas. Via SMS.

'Ceh! Sejak bila pula lu pandai setia dengan cinta ni, dude?' Aku. Via SMS.

'Gua cakap dari hati ni, beb!' Sufian Abas. Via SMS.

'Ceh! Sejak bila pula lu ada hati ni, dude?' Aku. Via SMS.

'Siot 'ja statement lu tu, dude!' Sufian Abas. Via SMS.


Tak kerja pun penat. Kerja pun penat. Alahai!
Take five. By Dave Brubeck.
Layan.

12 Julai 2009

Meletup!

Aku sibuk. Tengah buat benda ni.

Image Hosted by ImageShack.us

Penulis: Leftenan Kolonel Mohd Radzi
Disclaimer: Blurb di kulit belakang hanyalah dummy.

09 Julai 2009

Funny Things Happen!

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

“Cantik! Saya sukakannya!” kata penyunting dalam emelnya kepada penyelia aku, “Nasib baik kaver ni bukan Sinaganaga yang design. Kalau Sinaganaga yang design... entah apa-apalah jadinya (buruk, hodoh, macam palat?)!" [Lebih kurang begitulah isi kandungan emelnya].

"Untuk pengetahuan anda, ketiga-tiga visual kaver ini Sinaganaga yang design! Sekian, terima kasih!" kata penyelia aku dalam emelnya kepada penyunting.

Aku tak berapa suka kaver yang aku design ni, maka sebab itulah aku lambat letak visualnya di blog CowGum Rubber. Dan agaknyalah, kalau penyunting tahu awal kaver ni aku yang design - pasti dia tak akan kata, "Cantik! Saya sukakannya!"

Ha ha, ok ok, sekian, terima kasih!

07 Julai 2009

TIGAVENUS: Kenit sahaja, enak bukan main

[Ulasan Yang Tertangguh]

Gua tonton TV. Ada satu nyonya sudah nyanyi sambil petik gitar. Tap! Gua 'tangkap' dia punya melodi. Habis sahaja nyonya tu nyanyi sambil petik gitar - gua keluar rumah; gua masuk di stesen Ikebukuro dan keluar di stesen Akihabara. Gua lompat masuk ke dalam satu kedai kaset, kemudian. Gua pergi ke kaunter, gua humming melodi yang gua dah 'tangkap' tadi.

"Ahhhhh... Iruka desu neh!" Jepun kedai kaset tu kata.

Malam tu, Iruka nyanyi sambil petik gitar di cuping telinga gua. Lagu Nagori Yuki yang gua suka.

...Nagori yuki mo furu toki o shiri
Fuzake sugita kisetsu no ato de
Ima haru ga kite kimi wa kirei ni natta
Kyonen yori zutto kirei ni natta...


La la la la la.

KOMA

Gua dengan Ben pergi tonton wayang kat Odeon. Masa tu Odeon hip lagi. Sebelum wayang mula - panggong mainkan lagu-lagu. Ben tanya, "Siapa yang nyanyi ni?" Gua jawab, "Tracy Chapman!" Masa tu Tracy Chapman tengah nyanyi dan petik gitar lagu Fast Car.

Sejak hari itu gua dengar folk song. Venus-venus folk song pun macam rajin ja nyanyi-nyanyi sambil petik gitar di cuping telinga gua. Melanie Safka (What Have They Done To My Song Ma), Joan Baez (Blowin' In The Wind), Joni Mitchell (Blue), semua ada. Kadang-kadang Melissa Etheridge dan Suzi Quatro pun join sama, walaupun mereka rmain rock, ha ha. Joan Jett dan Lita Ford pun nak join juga. Tapi, gua tak kasi. Depa ganasss! Ha ha.

KOMA

Hari tu gua pergi tonton dan dengar TigaVenus buat persembahan. Wani Ardy nyanyi sambil petik gitar. Ana Raffali nyanyi sambil petik gitar. Fynn Jamal? Dia baca sajak dan orang lain main gitar. Hey, tapi Fynn Jamal pandai buat lawak jenaka. Serius! Hingga hampir-hampir pecah perut gua ketawa.

Gua syak Wani Ardy main folk. Gua syak Ana Raffali main pop/folk. Melodi lagu-lagu mereka gua boleh layanlah. Cuma, lagu-lagu Wani Ardy gua tak senang 'tangkap' dan simpan dalam kepala dan-dan tu juga sebab liriknya mencabar minda gua. Manakala lagu-lagu Ana Raffali pula gua rasa macam lebih mudah 'tertanam' dalam kepala sebab... barangkali mungkin sebab melodinya lebih mudah dan menarik (catchy?); liriknya tak deep sangat. Dan, di antara kedua-duanya, Ana Raffali lebih yakin daripada Wany Ardy ketika strumming guitar. Well, ini hasil daripada pemerhatian gualah. Tetapi, mungkin gua salah, ha ha.

Satu perkara lagi, selama ni gua tengok, kalau Ana Raffali perform - selalunya dia pakai baju kurung. Petang tu, Ana Raffali perform - dia pakai baju kebaya nyonya yang dipadankan dengan jeans. Pergh!, gua cakap lu!!!!

Makanya, sama-samalah kita tunggu kalau-kalau mereka release album nanti. :)

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Petang ni hujan.

Aku, akulah Sindarela
Hatiku diriku anganku mimpiku
Cerita hidupku
Akulah Sindarela, Sindarela, Sindarela lala…


Damn! Macam mana gua boleh ternyanyi lagu Amylea pula niiiiii!

03 Julai 2009

TIGAVENUS

[Ulasan Yang Tertangguh]

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Gua baru keluar dari Masjid Jamek. Telefon bersel dalam poket jean gua dah berdenyut-denyut. Sufian Abas dah melalak-lalak dalam SMS, “Lu ada mana, dude? Lu ada manaaaa?” Gua jawab dalam SMS juga, “Jap!”

Gua sampai di The Annexe Gallery. Sufian Abas entah mana. Gua nak masuk - tiket tak ada. Sudahnya, gua berdiri di luar dewan, gua cabut keluar sebatang rokok, gua hisap, sambil bola mata gua melilau cari Wani Ardy.

Tiba-tiba, bola mata gua tertancap pada Wani Ardy yang berada di dalam dewan. Gua lambai-lambai dia. Dia lambai-lambai gua. Gua buat bahasa isyarat dengan tangan, macam bentuk love, ‘Tiket I mana?’ [Ya, kalau dengan shawty, gua bahasakan diri gua - “I”.] Dia pun buat bahasa isyarat dengan tangan, tunjuk-tunjuk kat kaunter di hadapan pintu masuk. Lepas tu bibir dia kumat-kamit, ‘Thank you for cominggg!’ Gua buat isyarat dengan tangan lagi, macam bentuk love lagi, ‘...because I love youuu!’ Dia tunjuk-tunjuk kat kaunter di hadapan pintu masuk lagi, ‘A'ahhh! Yessss! Tiket you ada kat kaunter tuuuu!’ Masa ni gua dah rasa macam nak gelak dah, tapi gua tahan, ha ha.

[Sebagai info, sejak gua kenal Wani Ardy - kalau ternampak antara satu sama lain - kami memang bercakap dalam bahasa isyarat. Gua angkat tangan; senyum. Dia senyum; angkat tangan. Memang kami tak ada jodoh dalam bab berbual-bual mesra ni agaknya, alahai!]

Hari tu, Wani Ardy pakai blaus putih, pantyhose jaring-jaring hitam, cermin mata bingkai hitam - macam Lisa Loeb. Semasa dia naik ke pentas; dia sangkut gitar merah menjahang tu ke bahu dan dia cakap kat mic, “Awak [semua] nampak comel apabila pakai baju putih!!!”

Gua tundukkan kepala. Gua tengok apa warna baju yang gua pakai pada hari tu. ‘Pergh! Gua pakai baju warna putihlah, bebbbbbb!!!’

Ahaks!

bersambung...