"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

21 Ogos 2012

FREECABI: Ulasan

"Kadang-kadang, kita suka baca tentang pengalaman orang lain dan merasainya sebab kita tak pernah mengalaminya." - Mohd Kata Plato bin Mohd Patoni
Dulu. Di bahagian bawah. Tangga kecemasan paling bawah di sisi bangunan DBP (lama) itu. Ada ruang tempat peniaga menjual makanan dan minuman. Saya, Mazlan ‘Along’ Noor, Encik Yusof Ishak, dan Bapak (Pak Samad Said) adakalanya bersarapan di situ.

Pernah. Saya bertanya. Kepada Bapak. “Kenapa Bapak tak ada autobiografi?”

Bapak beritahu. Masa muda. Hidupnya tak best. Kotor. Busuk. Hitam. Jadi, tentu sekali tak best sangat jika dia mahu membuka pekung di dada. Kemudian, dia tersenyum. Ya, saya syak dia tersenyum. Entah, mulutnya terlindung dek misainya yang berjurai.

Cuma. Sekali-sekala. Bapak bercerita juga. Tentang hitam. Tentang busuk. Tentang kotor. Tentang tak best. Dan, kami yang mendengar - mengekek. “Jadikan teladan!” Pesan Bapak. Kemudian, mulutnya kembali mengunyah kuih.

...

Dulu. Saya syak. Banyak orang suka baca. Blog Hikayat Sinaganaga Origami ini. Kerana, saya menulis tentang pengalaman hidup saya yang tidak semua orang pernah mengalaminya. Tentang Jepun. Tentang Toyama. Tentang Ikebukuro. Tentang ofuro. Tentang kimono yang di bahagian ketiaknya berlubang. *ahaks*

...

Tadi. Saya baca zine. [Inspired by a True Event] FREECABI: Reman 7 Hari.

Saya suka. Sebab, saya tak ada pengalaman serupa ini.

Cabi. Seorang pemuda. Di reman selama tujuh hari. Kerana, dipercayai dapat membantu siasatan polis. Dalam kes menjual gitar curi.

Dalam catatan pendeknya. Pembaca dapat merasai. Suasana di dalam lokap. Dan. Pengalaman berada di dalam lokap.

Membaca zine ini terasa seperti pembaca benar-benar berada berada di dalam lokap.

Zine ini juga. Menitipkan beberapa tulisan rakan-rakannya sepanjang Cabi berada di dalam lokap. Tidak cukup dengan itu, dalam zine ini juga turut dimuatkan dengan tips ‘hak anda apabila ditahan polis’.

Saya juga suka. Reka bentuk zine ini. Loud and clear. Clean cut and fuctional.

Akhir sekali, sepatah kata Cabi, “Tidur di [dalam] lokap berbantalkan lengan, dan tidur berbantalkan lengan akan menghasilkan mimpi yang bukan-bukan!”

Saya tidur berbantalkan bulu dada itik, tadi. Saya bermimpi. Cabi menulis novelet FREECABI: The Untold Story, terbitan Studio Anai-Anai.

Cabi, ada bran, bai?







6 Comments:

Blogger madcap said...

Aku baca lama dah Naga je tak tahu..

Ogos 21, 2012 3:46 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Aku beliiiiiiii jer dulu. Baca kendian. Bila hujan mula turun, misalnya.

Ogos 21, 2012 4:17 PTG

 
Blogger chubbyharusdirejam said...

Aku cuba ni, kau jangan risau. Thnks membaca :)

Ogos 21, 2012 5:57 PTG

 
Blogger mizan said...

Ada jual lg ke? Penah dengar pasal zine ni dlu dari mulut ke mulut.

Oktober 08, 2012 10:11 PG

 
Blogger Aku Dan Kalam said...

Nak beli bagaimana?
Bila diklik ada keluar minta ditaip email,

aku tidak berapa pandai, serius ni

Jika boleh masuk wang dalam mesin deposit sahaja, bagus juga

Mac 21, 2013 4:24 PTG

 
Blogger mithalestari said...

bingung mencari agen bola sbobet terpercaya.?
yuk gabung di BINTANG BOLA yang menyediakan jenis taruhan
-SBO
-IBC
-TOGEL
dan menyediakan bonus
rollingan 0,7%
cashback 10%
hanya di BINTANG BOLA
yang merupakan agen judi online terpercaya di indonesia.

Mac 31, 2020 5:28 PG

 

Catat Ulasan

<< Home