"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

27 Disember 2011

SONGLAP: Kesepaduan cerita dan visual yang tidak meleweh-leweh

PRINSIP REKAAN
Haris Hue Abdullah telah dengan sengaja meletakkan subjek dalam satu per tiga ruang layar bagi mewujudkan kesan ‘imbangan tidak simetri’. Hampir keseluruhan titik tumpuan dalam filem ini disusun di atas garis-garis grid yang bersilang dan bertemu. Tiang, dinding, pintu, tingkap, dan segala batang yang menegak dan melintang dijadikan panduan oleh Haris Hue dalam mengolah prinsip rekaan – unsur ‘imbangan’. Cuma, sesekali, Haris Hue bermain dengan unsur ‘opposition’ (berlawanan) sebagai kaedah untuk ‘break the monotonous’ (memecahkan kebosanan). Hal ini boleh dilihat pada framing (perbingkaian)/cropping (pemangkasan) dalam babak Ad duduk dan bercakap membelakangi kamera – dimana, lengkung badan Ad adalah unsur ‘opposition’ yang dapat dikesan dalam kebanyakkan garis-garis lurus menegak dan melintang Haris Hue.

Pembukaan visual yang menarik apabila Haris Hue meletakkan subjek (kereta berhenti) dalam satu per tiga atau satu per sembilan di sebelah kanan layar – ini telah membawa pandangan penonton bergerak dari kiri ke kanan, dan seterusnya membuka helaian cerita ini seperti membuka kandungan sebuah buku. Cuma, hal ini tidak konsisten pada framing babak-babak seterusnya.

KERJA KAMERA
Songlap banyak menggunakan steadicamera. Cuma sekali, seingat saya, kren digunakan – pada babak ‘rumah keluarga Hawa dan Razak. Dan, sudut kamera ‘bird’s eye view’ tidak dipraktikkan dalam pembikinan filem ini. Nak jimat duit nampak!!!! Ahaks.

FOKUS
Hampir keseluruhan Songlap menerapkan teknik ‘depth of field’ – dengan mengaburkan background (latar belakang) dan foreground (latar hadapan) – bertujuan untuk mendominankan subjek utama sebagai titik tumpuan.

Bagi saya, Kuala Lumpur, semua orang sudah tahu rupa dan jiwanya; tidak perlu disua-sua lagi (seperti filem-filem lain: KL Menjerit, KL Gengster, dll). [Betapapun kita cuba mengaburkan imejnya – Kuala Lumpur tetap sahaja hanyir!]

Bagi babak dua (atau lebih) orang sedang berbual - focus puller telah mengaburkan subjek yang sedang tidak berdialog dan menajamkan subjek yang sedang berdialog. Hal ini memerlukan ketepatan. Sesekali, focus puller ‘terbabas’ juga, ha ha, kali ini dengan mengaburkan subjek yang sedang berdialog dan menajamkan subjek yang sedang tidak berdialog – dengan itu, penonton dapat mengesan mimik muka dan emosi yang dibawa oleh peran yang sedang tidak berdialog. Mungkin ini yang pengarah mahukan.

[Tiba-tiba, saya teringatkan sebuah drama TV Hong Kong, Man in The Net – yang mempunyai focus puller yang sentiasa ‘sharp’ dalam pemasaannya (timing).]

PENCAHAYAAN
Songlap tidaklah mempunyai pencahayaan yang best sangat pun – kecuali pada beberapa babak. Babak Ad dan Razak di bangunan tinggal di Brickfields, misalnya.

Secara peribadi, jika Haris Hue menggunakan lampu merah pada babak di rumah pelacuran – Songlap akan lebih berjaya dari segi teknikal – kerana ia akan menerbitkan kesan ‘tegang’ untuk babak ini.

PEMILIHAN LOKASI
Lokasi lantai bangunan terbengkalai di Brickfields – saya suka apabila ada LRT sedang lalu pada babak Ad dan Razak ambil dadah.

Saya suka babak port lepak-lepak (port judi) mereka – walaupun port judi mereka taklah port sangat-sangat pun! HA HA.

SEMIOTIK
Songlap menjelirkan lidahnya menerusi babak kejar mengejar Am dan Keong di tengah kota yang sesak dengan lagu latar secara sinis mempersoalkan makna negara Malaysia. Terdapat sebuah papan tanda kedai buku terpuruk di lorong belakang deretan kedai bukannya melambangkan ketiadaan golongan ilmuwan tetapi ilmuwan tidak berfungsi sepenuhnya. Imej ‘karat’ dan ‘buruk’ melambangkan ketiadaan ilmu. – Ali Atan.


Apa yang boleh saya kata, Songlap lansung tidak menerapkan nilai semiotik pada visualnya. Apa yang berlaku adalah kebetulan. Sepatah kata Fadli al-Akiti, “miracle dalam perfileman”, macam tiga kereta api yg melalui antara satu sama lain dalam filem Cinta (saya pernah ulas filem ini dahulu).

Mengapa saya kata begitu? Kerana, kalau Effendee dan Fariza Azlina ingin menerapkan nilai semiotik dalam Songlap – mereka dah boleh buat sejak awal-awal lagi dah - tidaklah menunggu sehingga ke saat akhir cerita! HA HA.

Ali Atan, this time, you silap! HA HA HA HA HA (Gua ketawa macam setan). Or, you memang mengada-ngada apabila mengulas nilai semiotik dalam filem ni?

RUNUT BUNYI
Saya suka muzik latar babak Ad bawa Hawa lari dari wad bersalin.

Saya suka muzik latar babak kejar mengejar Ad dan Fared Ayam & Keong dan Hamzah dengan kereta.

By the way, Fared Ayam dah berlakon filemlah!!!!! Bila nak open table ni, my friend? Ahaks.

SUNTINGAN
Lari konti pada babak Am suruh Ad pergi – pada masa Am menolak Ad jatuh ke tanah tu ada komuter lalu – tapi, apabila kamera fokus semula kepada Am – latarbelakangnya hanyalah jambatan kereta api yang dikaburkan; tanpa ada lagi komuter. Sebagai pengguna pengangkutan awam tegar, saya terfikir, “Pergh! Laju sungguh komuter pada hari ni?” HA HA.

Babak ini akan lebih menjadi jika produksi filem ini menggunakan dua buah kamera untuk merakamkannya. Best juga jika babak Am dan Ad ini dilatari oleh bunyi bingit komuter – ketegangan babak ini akan lebih terasa. (Rujuk babak Pierre Andre kata ‘I love you’ kepada Sharfah Amani dalam Cinta).

[KOMA]

CERITA
Ok, kuasaliti yang direct to the point – tanpa twist di pengakhiran cerita.

Ada seorang teman mengatakan, “Sebenarnya, agak kecewa juga tgk songlap… Predicted-la!”

Tapi, saya rasa ok. Sebab, takkan kita nak tengok semua filem yang ada twist, dek! HA HA.

Takkan semua cerita kita cuma tahu ‘ooooo, apak dia yang rogol awek ni sampai terberanak, ooooo!’ pada pengakhiran cerita?

SKRIP
Saya suka skrip, “Ini saya!!!! Saya!!!! Saya ni!!!!!” dalam babak Ad kena ‘humban’ keluar dari bilik di rumah pelacuran oleh Bapak Ayam.

Kalau saya, ha ha, mungkin saya dah tulis skrip macam ni, “Makkkkkk! Ini sayaaaaa! Adddd! Saya ni anak emakkkkkkk! Anak yang emak beranakkan hasil daripada kegiatan tidak bermoral emak dan entah berapa banyak jantan yang emak sendiri pun lupa nak kira jumlahnya….” KAH KAH KAH. Poyo! Sama poyo dengan penulis skrip yang lain-lain.

PERKEMBANGAN WATAK
Tidak perlu dalam filem ini.

LAKONAN
Lakonan Shaheizy (Am) dan Syafie Naswip (Ad) seimbang. Cuma, sedang kita mengharapkan Syafie lebih menyerlah pada sesetengah babak – Shaheizy pula yang superb; begitulah sebaliknya. Shaheizy dan Syafie tetap sahaja Shaheizy dan Syafie – nothing’s new!

Sara Ali – saya rasa dia cantik. Itu sahaja. Ha ha.

Omar Abdullah – Omar Abdullah sesuai untuk watak ini, terutama watak sedang melancap di dalam teksi, HA HA.

Tapi, jangan terperanjat – pelakon-pelakon pembantu dalam Songlap sangat superb!!!!

Saya tak pernah melihat Fauzi Nawawi berlakon sebaik ini, pergh!!! Bapak ayam tahap dewa yang begitu meyakinkan dan selamba gilerrr. Fauzi Nawawi mungkin boleh menang Anugerah Perlakon Pembantu Terbaik pada kali ini. Percayalah!

Normah Damanhuri tetap sahaja Normah Damanhuri dan kita selalu menyukainya.

Rashidi Ishak – walaupun wataknya sebagai Man Remos sedikit sangat – bagus, sesuatu yang lain daripada kebiasaan watak-watak lakonannya.

Hasnul Rahmat – juga bagus, terutama dalam babak ‘Hyeeeee… kat muka jangan usik!!!!’ (Saya tak ingat skrip sebenarnya macamana).

PENGARAHAN
Saya suka apabila ‘cerita’ Ad dan Am terpecah dua di bahagian-bahagian akhir cerita – 1, babak Ad bawa Hawa lari; 2. babak Am lari dari Keong (samseng). Kedua-dua babak ini disunting secara berselang-seli, aaa, you now what I mean-lah!

Saya juga suka babak Am yang tertinggal bas yang sepatutnya dinaiki oleh dia, Ad, dan Hawa (bertiga) di penghujung filem. Saya suka apabila Ad tidak berpaling apabila Am yang mengejar bas yang sedang bergerak – mengetuk-ngetuk cermin bas di bahagian adiknya sedang duduk mengelamun. Kalau pengarah lain – mereka akan buat Ad berpaling dan… bas berhenti, Ad turun, mereka berdua berpelukan – and, happy ending!

KESELURUHAN
Untuk keseluruhan filem ini – saya kasi TIGA bintang. Dan, ia lebih baik daripada filem KAMI.

Wajib tonton!

24 Comments:

Blogger hani salwah yaakup said...

Nampak sangat tak begitu fokus menonton filem ini. Ada beberapa part yang tertinggal. Mungkin diganggu visual atau lakonan yang sama daripada Shaheizy dan Shafie. Tapi nak ulang juga...cerita ini well predicted-lah!

Namun seperti yang dikatakan, saya suka part lagu "ketika Keong kejar Am" dan "skrip Ini aku, akulah!". Bab teknikal...kita sama kot...haha

Disember 27, 2011 2:36 PTG

 
Blogger lavender harum wangi said...

akan tonton.

Disember 27, 2011 2:43 PTG

 
Blogger fadz said...

OMG, tergolek berahilah baca ulasan ni!!! afasal tak masuk Gala TV Awani aahhh?

heheheh!

Disember 27, 2011 3:50 PTG

 
Blogger Pett Suhaimi said...

Fauzi Nawawi lawak yang menjadi. Walaupun xbyk scene. Puas hati jugak tgk filem ni. Lari dari filem Malaysia hantu2. Kira ok.

Disember 27, 2011 7:04 PTG

 
Blogger aljambz said...

Review yang baik. Detailed dan bermanfaat.

gua cadangkan lu up satu filem jugak. kita tengok macam mana nanti.

Disember 27, 2011 10:07 PTG

 
Blogger Lan Rambai said...

Ini cerita Melayu yang pertama aku teringin nak tengok tanpa ada ulasan daripada sapa-sapa. Confirm cerita ini tak akan box office sebab orang Melayu tak suka cerita yang berat. Orang melayu suka cerita keluar tangan kat kubur dan perempuan berkemban. Rating filem ini 18 tapi tak ada adegan perempuan seksi.. Normah Damanhuri tak sexy langsung hehehe.

Eh masa bila Omar Abdullah melancap dalam teksi???? Kenapa aku tak perasan??? Oh ya.. aku tak suka lakonan Omar Abdullah lah. Yang lain semuanya aku suka.

Cuma.. pada aku, Songlap cuba nak timbulkan terlampau banyak "masalah".

Disember 28, 2011 11:51 PG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Cerita ini satu-satunya cerita yang aku tengok tanpa tunggu orang ulas dulu. Ha ha ha.

Hang terlambat.

Bagi tiga bintang saja? Bintang tiga sungguh hang ni. Ha ha.

Kesan 'tegang'? Ha ha ha

Disember 28, 2011 12:20 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Tinggal 2 filem sahaja lagi yang nak kena pi tengok tahun ni. Gulp!

Disember 28, 2011 10:52 PTG

 
Blogger Lan Rambai said...

jangan tengok Ombak Rindu. Aku baru tengok kat youtube. Tak sampai separuh aku stop. Tak tahan mual hahaha. Baru lepas tengok 3 Idiots kat tv pulak, lagilah tambah mual OR ni. Shahezi Sam adalah pelakon terbaik lepas P. Ramlee. Aaron Aziz? Memang layak berlakon dalam Datin Gersang hahaha

Disember 30, 2011 1:34 PG

 
Blogger CikguShikin said...

pergh..rasa sekarang jugak nak pegi tengok.

Januari 01, 2012 1:24 PTG

 
Blogger Bronie Vega said...

Bagi mereka yang sudah menonton filem songlap ini saya ucapkan terima kasih kerana sudi menonton. Kepada mereka yg faham ataupun tidak cerita ini susah saya nak komenkan. cerita ini di hasilkan berdasarkan kisah benar dan memang wujudnya masalah begini di Kl atau berdekatan. Cara menghasilkan filem ini berdasarkan lokasi dan masa yg dihadkan. Jika semua fotografi nya lengkap mungkin feel cerita ini akan lari. Jika penonton tak faham atau menyingung perasaan dlm cerita ini, maka anda bukanlah penonton urban yg tertarik dgn nama wayang sebenarnya. Bukan saya nak katakan penonton tak tahu menonton atau menilai cuma anda sudah biasa dgn pelakon yg bawak watak ringan ringan sebelum ini. Songlap cerita memang berat sedikit dan yg penting ialah kita memberi peluang kepada pelakon kita mencuba tahap yg lain sebelum ini. Dan bagi pengarah ialah, ingin kongsikan apa yg ingin disampaikan olehnye. Bagi pembikin cerita songlap ini, banyak yg kita lalui dan lokasi yg amat sukar semasa pengambaran di jalankan. Bagi penonton cuma sekelip mata sahaja di pawagam.. Kepada penonton yg memahami cerita ini saya ucapkan tahniah, kerana anda memang tahu nilainya. Kepada mereka yg tak paham paham cerita ini, matangkan diri anda dan banyakan tonton filem untuk majukan diri anda di masa hadapan.
Sekian terima kasih,
Salah seorang pembikin filem songlap ..

Januari 01, 2012 10:43 PTG

 
Blogger Bronie Vega said...

Songlap...
Di sini saya ingin berkongsi sedikit mengenai komen balas filem songlap. sebagai penonton anda harus tahu apakah itu filem atau wayang? Penghasilan cerita songlap ini berdasarkan kehidupan benar yg berlaku di sekitar kita semua. pembikinan cerita songlap bukanya semudah yg penonton lihat,10 kali ganda susah untuk menghasilkan filem songlap ini. Apa yg ingin diluahkan oleh pengarah ialah masalah sebenar yg dpt dilihat dikeliling kita dan ramai yg tak sedar mengenainya. Ini sedikit sebanyak membezakan kebijaksanaan penonton juga/
Kalau tonton wayang semata mata nak tengok hero atau heroin dalam cerita, ini tak ada bezanya dgn filem bollywood. janji mereka bersama di penghujungnya. Filem songlap memerlukan fikiran penonton yg tenang dan jiwa yg sedia menerima ceritanya. Kalau tak faham, saya cuma katakan yg anda belum cukup matang untuk cerita yg berat seperti ini. Dan bagi mereka yg puji, anda sememangnya seorang penonton wayang yg professional.
Apa yg harus saya katakan disini ialah, lebihkan diri anda menonton wayang dan harap anda dapat mencari kepuasan dalam sebuah cerita atau dikenali sebagai filem. Anda cuma menonton 95 minit, filem songlap dihasilkan sejak 2 tahun sebelumnya.
Bijak menonton, Bijak menilai, anda mesti faham ceritanya.. ingat ini bukan cerita Bollywood yea..
Dari team SONGLAP.

Bronie Vega..

Januari 01, 2012 10:58 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Bronie Vega,
Jika ada free time nanti - jemput datang ke MASKARA SHORTIES di Rumah PENA. :)

Januari 02, 2012 11:51 PG

 
Blogger Cik Ina Do Do Cheng said...

cite ni best, malam tadi cik ina baru layan.nasib baik tak terpedaya ngan tauke jual cd, dia suruh cik ina beli ombak rindu,tangan cik ina gapai songlap : )

Januari 06, 2012 12:34 PTG

 
Blogger Bronie Vega said...

KUTIPAN SONGLAP selama 3 minggu 2.4 juta .. Terima Kasih pada anda semua. dan nantikan filem kita yg seterusnya dalam ISTANBUL AKU DATANG...

Januari 07, 2012 10:29 PTG

 
Blogger Amiene Rev said...

Cerita ini ada mesej yang kuat.

Januari 07, 2012 11:14 PTG

 
Blogger Nur said...

Ulasan yang baik. Like!
Apapun filem ni terbaik!!!

Januari 09, 2012 8:12 PTG

 
Blogger Aloy Paradoks said...

celake, panjang betul.

Januari 17, 2012 3:27 PG

 
Blogger kukang said...

songlap berani. tapi nak beli cerita ni kat astro first macam tak berbaloi. RM 15 boleh dapat 6 in 1 punya cerita dalam 1 dvd. lol

Februari 07, 2012 11:37 PG

 
Blogger Bronie Vega said...

Dapatkan original DVD songlap di kedai yang terpilih. RM19.90 untuk selama-lama nya. Terbaik untuk anda.
selamat berhibur ... hikayat sinaganaga kita akan berjumpa satu hari nanti .. all the best...

Februari 13, 2012 7:35 PTG

 
Blogger Bronie Vega said...

Dapatkan original DVD songlap di kedai yang terpilih. RM19.90 untuk selama-lama nya. Terbaik untuk anda.
selamat berhibur ... hikayat sinaganaga kita akan berjumpa satu hari nanti .. all the best...

Februari 13, 2012 7:36 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

filem ni memang power bai! gua kena perangkap astro first. tapi berbaloi untuk dikutuk sampai pagi.

Februari 14, 2012 2:02 PTG

 
Blogger oasis said...

yes.... man in the net.... memang best...
songlap ... semua org patut ambik iktibar ... kelasssss.....

Februari 14, 2012 10:10 PTG

 
Blogger Amzan said...

Aku tengok filem ni dengan mak aku, bila dah tamat filem ni mak aku cakap "Cerita ni best!".

September 17, 2012 2:07 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home