Katarsis 2
Klinik itu, peratusnya adalah bau antiseptik yang menyengat.
...
"Sivamurthy Sudararajaaaaa!" Dia tersentak dek laungan misi genit yang memanggil namanya dari muka pintu bilik rawatan yang mengangkang.
Dia bangkit, dengan tercengkeh kuap dan bagaikan disihir - dia pergi mengikut dari mana arahnya laungan tadi.
"Duduk!" kata lelaki berseragam putih di hadapannya.
Dia duduk. Kerusi itu tidaklah empuk sangat.
"Apa sakit?" tanya lelaki berseragam putih di hadapannya itu.
"Saya rasa... saya ada katarsislah, doktor!" jawab dia sambil tangannya menggosokgosok lututnya yang membongkah.
"Mmm, maksud encheeee... katarak?" tanya lelaki berseragam putih di hadapannya itu lagi.
Misi genit yang wongwengwongweng di hadapannya sejak dari tadi, entah buat kerja apa entah - mengekekngekek, macammmmm... hah, macamlah ada Harun Salim Banchik sedang buat lawak di kaca TV, ceh!
15 Comments:
1st
Oktober 05, 2011 11:30 PTG
sekeng!
Oktober 06, 2011 12:00 PG
Enchee punya cherita memang terbaek.
Oktober 06, 2011 12:16 PG
cara misi nak hiburkan hati pesakit cam tulah gayanya.kisah lutut tak habis lagi ke?. tempurung lutut beralih ke?kah kah kah
Oktober 06, 2011 9:54 PG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Oktober 06, 2011 1:00 PTG
pengantin baru kena baca
cerita2 lutut nih...!
Oktober 06, 2011 1:01 PTG
tak semua kita tahu lorong mana mahu dilempar persoalan hidup agar ada berbalam-balam balasannya pulang nanti.
dan kadang-kadang kita terhenti pada salah, dan kita mendapat lebih banyak soalan dari jawapan.
dan tidak semua yang ketawa itu gembira, kerana mereka kadang-kadang cukup jahil untuk mengerti yang mereka itu belum cukup bijak.
ah, barangkali lah.
Oktober 06, 2011 3:33 PTG
Kaz,
HA HA.
DDC,
Ha ha.
Lang,
Ha ha.
Aju,
>>>tidak semua yang ketawa itu gembira
Wow! Ai terkesima!
Oktober 06, 2011 4:19 PTG
melihat dari kejauhan...merasa dengan hati
Oktober 07, 2011 6:04 PG
Part wongwengwongweng tu memang terbaik..
Oktober 07, 2011 6:23 PTG
Melampiaskan tawa dalam tangisan kesakitan. Asyiiiiiik ah!
Oktober 12, 2011 12:27 PTG
Asal misi ja,mesti genit ek bang? haha
Oktober 12, 2011 7:13 PTG
Salam semua . . . . masih dlm usaha menghabiskan bacaan blog En. Naga ;-) Kene membaca dengan perasaan sbb byk sgt ekspresi mud yg tercpta hehe
Oktober 13, 2011 9:57 PTG
ha ha
oi oi owner mana boleh buat first komen
Oktober 15, 2011 12:28 PTG
misi genit wongwengwongweng... wong fei hung.
Oktober 16, 2011 12:35 PG
Catat Ulasan
<< Home