"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

18 Julai 2011

Saharil yang ekstravaganza

[Saya cuba agar tidak menulis entri ini seperti sebuah 'obituary', ya. HA HA.]


Jeneral Sinaganaga oleh Jo Ghazali.


Tentang SAHARIL
Saya lupa. Saya lupa bila saya mula mengenali Saharil betul-betul. Betul-betul lupa. Mmm, mungkin, di antara momen-momen ini:

Pada suatu hari, saya membaca majalah 'Eh!'. Ada satu kolum 'Tentang Lelaki', ditulis oleh seorang mamat, saya tahu dia mamat sebab ada gambar mamat (bukan minah) pada reka bentuk muka surat tu: kepala dia berat, dan ini menyebabkan leher dia terlentuk ke sisi, HA HA. Mamat tu tulis tentang 'tembak cicak' kalau tak silap, entah, saya lupa.

[Saya pernah tulis 'Surat Dari Pembaca' di majalah 'Eh!" Dan, saya menang jam tangan Swatch. Ha ha. Terima kasih, Wirda!]

Pada suatu hari yang lain, di helaian akhbar, atau mungkin di helaian majalah, atau di helaian buku cenderamata, entah, saya lupa, ada gambar mamat tu lagi; kepala dia masih berat, leher dia masih terlentuk ke sisi, tetapi, kali ini, mamat tu pakai baju Melayu dan songkok... ooooo, ustaz rupa-rupanyaaaa! Mamat tu menang hadiah cerpen berunsur Islam kalau tak silap, entah, saya lupa.

Orang kata nama dia Saharil. Saharil Hasrin Sanin. Mamat Alam Shah. Musuh ketat mamat Sains Selangor, HA HA.

Beberapa tahun kemudian, saya ingin membeli buku duet 'Lagi Cerpen-Cerpen Underground' tulisan Faisal Tehrani dan Saharil Hasrin Sanin (mamat yang saya ceritakan tadi). Saya emel dia. Dia balas emel saya. Dia suruh saya 'bank in' duit dan kasi alamat surat menyurat. Saya kata ok. Dan, saya minta dia autograf dan lukis gambar NAGA pada buku tu.

Beberapa hari kemudian, saya terima buku tu. Kulit luarnya berbalut dengan kertas surih lut cahaya. Pada muka surat awalannya ada autograf, dan tak ada gambar NAGA, tetapi ada gambar ITIK; dia lukis anak panah tebal dan tulis huruf tebal, 'Naga, ini gambar ITIK'. Kemudian, saya baca buku tu. Dan, saya suka buku tu. Dalam buku tu dia ada tulis tentang 'icebox' yang boleh bercakap-cakap.

[Dulu, saya beli buku tu dengan harga RM10. Baru-baru ni, di KLAB, Saharil jual buku tu dengan harga RM20. HA HA.]

Pada suatu hari, saya jumpa dia di reruai PTS di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Tubuh badan dia dah tak macam dulu, tubuh badan dia dah sasa, macam Conan the Barbarian. Dia beritahu, dia tahu saya ada sekali dekat-dekat situ sebab dia ada dengar dari 'loud hailer' Kak Ainon Mohd yang tengah dok pung pang pung pang nama saya: blogger terhebatlah, 'handsome'lah, 'jantan'lah, dll, HA HA.

[Masa tu, PTS masih miskin, 'promote' buku pun guna 'loud hailer' sahaja, HA HA!]

Pada malam PBAKL tu, Saharil SMS saya, dia ajak saya makan di restoran Chicken Entah Hape Nama di Yohan. Malam tu juga, saya jumpa kawan-kawan Saharil yang lain: Faisal Tehrani, Salina Ibrahim, dan seorang lagi kawan perempuan (wartawan? editor?), Rozie?, entah, saya lupa nama dia.

Masa kami nak balik, saya hulur tangan, nak bersalaman. Tapi, Saharil kata, tak payahlah, sebab tadi dia batuk, dan dia ada tutup mulut batuk kung kung kung dia tu dengan tangan; mungkin sekarang ni, ada banyak kuman pada tangan dia. Dan, sekiranya kami bersalaman juga, kuman tu akan melakukan penghijrahan dan penaklukan secara besar-besaran.

Jadi, kami tak jadi bersalaman, sebab saya 'termakan' kata-kata Saharil. Kalau dulu saya percaya dia boleh dengar 'icebox' bercakap-cakap... tak mustahil kalau sekarang saya percaya dia boleh dengar kuman bercakap-cakap pula.

Selepas kejadian pada malam itu - kami terus berhubung, melalui blog dan emel. Kami jadi kawan.

Saya pernah bercita-cita nak jadi macam Saharil - berbadan sasa. Tetapi, bila Saharil beritahu, kalau baru-baru pergi 'gym' - nanti badan [otot-otot] akan berasa 'sore'. Oleh kerana saya ni jenis tak tahan sakit, kena cucuk selumbar pun sakit, mata masuk habuk pun sakit... alaa, manjenyeee - jadi, saya batalkan niat murni tu, HA HA.

[Saharil menerima 'award' Blog Terhebat dan Terbaik - Anugerah Geng Jurnal pada tahun 2007. Dan, saya menerima 'award' yang sama pada tahun 2008. Selepas tu saya tak tahu apadahjadi dengan Geng Jurnal ni, keh keh keh.]


Tentang TENTANG & KENTANG
Saya ambil masa tiga tahun untuk pujuk Saharil terbitkan anakdote-anakdote yang dia pernah tulis di bawah label Sindiket Sol-Jah.

Sepanjang tiga tahun tu, macam-macam alasan dia kasi, "Naga! Aku tak ready lagilah!" *ahaks* "Jiwa kacaulah!" *ahaks* "Tak semua entri-entri lama aku ada simpan!" "Aku kat Vietnam! Dah jadi Viet Cong! (Yang ni saya tambah-tambah.)" dan banyak lagi... Lamaaaaaaaaa selepas itu - barulah pengembaraan tentang TENTANG pun bermula...

Saharil memilih, menyunting, menyusun teks (manuskrip) yang difikirkan sesuai untuk diterbitkan. Kemudian, saya menyunting teksnya sekali lagi. Namun, kesalahan ejaan tetap sahaja berlaku, sebab: 1. buku mandiri memang begitu 'rupa dan jiwa'nya, ketidaksempurnaan adalah keindahan, HA HA, 2. untuk mengelakkan persamaan dengan buku-buku DBP, HA HA HA HA HA, jadi, kesalahan ejaan itu memang disengajakan! Kesalahan 'di' dan 'pada' tu jangan cakaplah... Keh keh keh.

Dalam masa yang sama, saya menyediakan visual reka bentuk dan reka letak untuk buku ini. Pertemuan demi pertemuan di atur. Maggi goreng demi maggi goreng Saharil makan (di kedai Mamak Bawah Bukit tidak jauh dari Agensi Bahasa dan Sastera Negara); dia kata sedap! Saya mahu reka letak tu begitu begini begitu begini. Saharil pula mahu reka letak tu begitu begini begitu begini. Adakalanya saya akur. Adakalanya saya buat dunno sahaja, HA HA.

Sengaja saya pilih MAMAT BERKOTE CENDAWAN MERAH yang Saharil pernah lukis dalam blog Saharil Conteng sebagai ilustrasi kulit luar buku tu, sebab: 1. warna merah [kote/cendawan] akan menjadi 'focal point' keseluruhan reka bentuk TENTANG, 2. 'sex sells'! HA HA. Saya tak pasti sama ada Saharil pernah tolak cadangan ini atau pun tidak, entah, saya lupa.

Cuma, yang menjadi kebimbangan saya, dan mungkin juga Saharil, sama ada pembaca perempuan akan beli buku dengan reka bentuk sebegini ataupun tidak! [Kini, persoalan ini telah terjawab, keh keh keh! Ya, kita semua, tak kira lelaki atau perempuan, memang suka kote].

Dipendekkan cerita, ketika saya sedang berkira-kira hendak hantar TENTANG ke percetakan - Saharil 'come out with an idea', "Naga! Aku ingat, aku nak bukukan blog Saharil Conteng-lah!" (Yang kami beri judul KENTANG, kemudiannya.)

TENTANG terbit sebulan lebih awal. Sengaja kami tak jual dulu, sebab nak jual saing dengan kembarnya, KENTANG. Dam kedua-dua buku ini adalah buku terbaik yang pernah Sindiket Sol-Jah terbitkan, sungguh!


Tentang EKSTRAVAGANZA
Kalau ada orang hendak saya gambarkan Saharil dengan satu perkata sahaja, saya akan kata, "Saharil = Ekstravaganza!" 

Kalau saya jadi KP DBP nanti, saya akan tukar perkataan 'Ekstravaganza' dalam Kamus Dewan jadi 'Saharil'. Con: "Bhai, you memang Saharillah! No doubt!


Tentang DISCLAIMER
Apa yang saya tulis ni bukan semuanya betul, ada juga yang saya tambah-tambah agar 'sedap' dibaca, HA HA.



Tentang AWEK NI
Adalaaa... *ahaks* [Saya dah boleh bayangkan Ise Parking Project dan Ujang Parking Project tumbuk meja kedai makan Balai Seni Lukis Negara, HA HA HA HA HA.]

Animasi Kehidupan dalam TENTANG oleh Roslan Jomel
Ketawanya sama naik dengan fikirnya oleh Rifa Johan
Tentang dan Kentang: Sebuah cerita kehidupan oleh Ashrafi
KENTANG - Saharil Hasrin Sanin oleh Siti Salha Rosman
Ulas buku gaya ikut suka hati oleh Lina Kama
TENTANG di Goodreads

10 Comments:

Blogger sinaganaga said...

1st. HA HA.

Julai 22, 2011 4:04 PTG

 
Blogger . said...

2nd. sedang berusaha menghabiskan Tentang. Kentang sudah. Sedap.

Julai 22, 2011 4:24 PTG

 
Blogger Waqheh said...

sendiri komen 1st hahaaa...

Julai 22, 2011 10:36 PTG

 
Blogger Abdul Halim said...

Asyik lupa je kau ni naga. Banyak makan semut ni..

Julai 23, 2011 7:22 PG

 
Blogger berQ said...

series POWER!!!!HA HA...ketawa mcm sinaganaga

Julai 23, 2011 2:50 PTG

 
Blogger Cat Cat said...

Pssst... lawa awek... tapi apasal pakai selipar jepun aje...??? pakai high heel lagi cun...

Julai 23, 2011 10:04 PTG

 
Blogger Amiene Rev said...

best!!!

Julai 24, 2011 2:08 PTG

 
Blogger Fazrol Bin Che Isa said...

Aku kenal naga setelah dipaksa oleh saharil. "Nak beli buku-kontek Naga" - aku ok.

Julai 24, 2011 7:59 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Nizam,
:)

Dug,
:)

Waq,
HA HA.

Hin,
Ha ha.

Berq,
HA HA.

Cat,
Bila dah kaya nanti - ai belikan dia. :)

Amin,
:)

Faz,
HA HA.

Julai 25, 2011 10:50 PG

 
Blogger Bang Chin said...

cakap bnyk tak guna. bang bagi no phone gadis tu bang..senang nak hantar rombongan merisik

Ogos 06, 2011 3:47 PG

 

Catat Ulasan

<< Home