"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

28 Jun 2011

Menjelang PRU13: Menang Sorak (dek orang) Kampung Tergadai

Hatta, sementelah genap sepenggal, Pak Akop pun meletaklah jawatan sebagai Ketua Kampung, maka digantikan pula dengan Usop Ludin Tanah Lot, sementelah genap sepenggal Usop Ludin Tanah Lot pun meletaklah jawatan sebagai Ketua Kampung, maka digantikan pula dengan Mat Nangka. Maka, Mat Nangkalah yang menjadi Ketua Kampung Stingarden sekarang ini.

Arakian adapun, orang-orang banyak Kampung Stingarden itu tiada lainlah pekerjaan mereka selain daripada berkenduri kendara sahajalah mahunya.

Pun begitu, tiada lainlah juadah yang mereka masak: nasi minyak hula hup, rendang daging, paceri nanas, acar timun, dan keropok malinja.

KOMA

Pak Akop kepedasan. Usop Ludin kepedasan. Mat Nangka kepedasan. Nenek Munah Leper kepedasan. Kak Pinoi kepedasan. Mat Trompet kepedasan. Sarjan Kassim kepedasan. Karim Driving School kepedasan. Wak Merah-Merah Taman Kok Doh kepedasan. Mamang Sulan kepedasan. Sepiah Mata Smokey kepedasan, sehinggakan meleleh-leleh maskara Simply Sitis yang dilentik-lentikkan ke bulu matanya sebelum datang tadi.

Dipendekkan cerita, maka habislah orang-orang banyak Kampung Stingarden yang datang kenduri itu kepedasanlah kesemuanya. Menganga-ngagalah mulut mereka sambil meminta air sirap.

"Mana air sirap?" Mat Nangka tanya.

"Mana ada!" Latip Teksi Hitam Kuning jawab.

"Macamana boleh tak ada?" Mat Nangka tanya lagi.

"Dah diswastakan!" Latip Teksi Hitam Kuning jawab lagi, "Takkan dah lupa? Bukankah Usop Ludin Tanah Lot yang buat 'paper' untuk penswastaan bab-bab penyediaan air sirap ni dulu?"

Pak Akop masih kepedasan. Usop Ludin masih kepedasan. Mat Nangka masih kepedasan. Nenek Munah Leper masih kepedasan. Kak Pinoi masih kepedasan. Mat Trompet masih kepedasan. Sarjan Kassim masih kepedasan. Karim Driving School masih kepedasan. Wak Merah-Merah Taman Kok Doh masih kepedasan. Mamang Sulan masih kepedasan. Sepiah Mata Smokey masih kepedasan, sambil menyalahkan maskara Simply Sitis yang kononnya kedap air itu, dan tidaklah dia mahu percaya lagi akan Ani Beyonce yang menjual alat solek dari rumah ke rumah itu, "Kedap air tahi kucinggggg!".

Dipendekkan cerita, maka habislah orang-orang banyak Kampung Stingarden yang datang kenduri itu masih kepedasanlah kesemuanya. Menganga-ngagalah mulut mereka sambil meminta air sirap.

"Jadi, apa ikhtiar kita?" Mat Nangka tanya.

"Senang! Kita minta Usop Ludin Tanah Lot buat 'paper' untuk tarik semula penswastaan bab-bab penyediaan air sirap ni... Habis cerita!" Latip Teksi Hitam Kuning jawab.

Maka, orang-orang banyak Kampung Stingarden itu pun bersorak sorailah kegembiraan teramat sangat dek idea 'bergeliga' itu; lalu terlupalah mereka akan rasa pedas, walau mulut masih menganga-nganga.

14 Comments:

Blogger Hizwan Nizam said...

heh, sinikal la abang lan.
suke =)

Jun 29, 2011 8:36 PG

 
Blogger Fahmi Ismail said...

kehkehkehkeh...subsidi air sirap tu yang buat aku gelak tak kering kencing ni..kehkehkeh

Jun 29, 2011 9:33 PG

 
Blogger musangpulutt said...

Pergh... mendalam inyipati dan maksud yang mahu disampaikan.. patik paham isinya..

Jun 29, 2011 11:56 PG

 
Blogger Ellie said...

Kepedasan daun wasabi? Depa kenduri sushi ye bang heheh...

padan muka! asyik makan free je.

Jun 29, 2011 1:36 PTG

 
Blogger ENCIK TIKUS said...

hahaha.. ohsemmm..

Jun 29, 2011 2:47 PTG

 
Blogger Pnut said...

Weii Sepiah tu nama mak mertua aku.. a.k.a mak tokei pajak.. kami marah..
see u in court

Jun 30, 2011 7:36 PTG

 
Blogger Mehmed - said...

nasib baik kampung ni dah dijentolakkan. Ahaks! masih ternganga?

Jun 30, 2011 11:56 PTG

 
Blogger Unknown said...

kenduri tanpa air sirap bukanlah kenduri namanya...

Julai 01, 2011 10:17 PG

 
Blogger Corey said...

Gua suka part juadah yang tiada berubah.Dan ending penswastaan air sirap tu memang buat gua rasa tertekan... :)

Julai 03, 2011 9:14 PTG

 
Blogger utusanjiwa said...

dalam sungguh maksud yang trsirat...

Julai 04, 2011 11:15 PTG

 
Blogger kepollica said...

kepedasan dalam kenikmatan...

Julai 08, 2011 4:41 PTG

 
Blogger Amiene Rev said...

raya dah dekat, sirap makin terasa.

Julai 12, 2011 7:50 PTG

 
Blogger by Amani ALive said...

aku kembali di alam maya
asal usul ku

tempat jatuh lagi dikenang
ini kan pula tempat yg kita pernah sayang

Julai 14, 2011 3:58 PG

 
Blogger Hello Hello said...

wachaaaaaaaa

http://subtitlecrop.blogspot.com/

Julai 27, 2011 7:40 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home