Anu Dalam Botol: Satu ulasan tanpa prajudis
"Ini filem generasi kita!" Nizam Zakaria, penulis, pengarah yang dah semakin terkenal.
"60/100." Ridhuan Saidi, penulis, pengarah belum terkenal.
"30/100." Rozinor, pengarah belum terkenal.
"Kau kena tengok filem CUN pula selepas ini! Kelakar!" Ira Fazir, Astro Shaw.
"Patah tak tumbuh, hilang tak berganti!" Raja Azmi, penerbit.
"If there is a girl who turn a gay man straight, I think Diana Danielle would be that girl. Heheh!" Normah Damanhuri.
TRIVIA
Saya ke panggung bersama-sama Dean Sham. Pada mulanya saya rasa macam gay, ahaks. Lebih-lebih lagi apabila Dean Sham menggenakan busana dari track suit ber-hud, Adidas.
Saya terserempak dengan Maya Karim yang sedang mempromosi filem CUN. Dia cantik. Tapi, dia tidaklah tinggi sangat rupa-rupanya.
Saya terserempak dengan Ira Fazir yang datang untuk menjayakan promosi filem-filem dari Astro Show di luar panggung.
Ketika di dalam panggung, Dean Sham bertanyakan sama ada saya tak sejuk ke kerana berkemeja sahaja - tiba-tiba saya berasa 'geli', keh keh keh.
PEMBUKA KATA
ANU DALAM BOTOL (ADB) adalah sebuah kisah cinta antara seorang insan kepada seorang insan yang lain: cinta bapa kepada anak, cinta emak kepada anak, cinta anak kepada kedua-dua orang tuanya, ofkos, cinta dua segi, cinta tiga segi, cinta terlarang, cinta terhalang, dan segala macam Tok Kaduk cinta lagi. Cinta, adakalanya membuatkan manusia salah pertimbangan. Cinta membuatkan kita bodoh. Keh keh keh.
CERITA
Saya ok dengan cerita ini. Saya ok dengan kuasaliti cerita ini.
Cuma, dek kerana saya kurang maklumat tentang dunia lelaki homoseksual dan dunia pondan yang membuang/memotong anu - ada beberapa hal yang saya ingin tahu: 1. Apakah jika lelaki itu memotong anunya, maka keinginannya terhadapan perempuan akan terus terpadam? 2. Apa akan jadi jika lelaki itu berhenti mengambil hormon perempuan; berapa lama masa diambil untuk janggut dan misai lelaki itu untuk tumbuh kembali?
SKRIP
Saya ok dengan skrip ini.
Skrip yang paling saya suka adalah ketika pembualan antara Anja Lee dengan Diana Danielle ketika mereka pulang dari balai raya, oh, entah, saya dah tak berapa ingat: "Ayah tak ada, tapi bukan mati, bukan bercerai, bla bla bla, tapi ayah memang dah tak ada..." Lebih kuranglah, saya dah tak berapa ingat.
Saya tak tahu sama ada skrip untuk babak ini di tulis oleh Kak Mi (Raja Azmi) atau improvisasi daripada pengarahnya (Khir Rahman). Tapi, saya suka.
PAPAN CERITA
Saya suka penghujung babak dibawa ke hadapan. Walaupun saya pernah tengok teknik ini dari lain-lain filem - tapi, saya suka.
Cuma, saya tidak berapa puas dengan babak-babak awal yang saya rasa tidak dapat menyakinkan: tentang betapa dalamnya cinta antara Anja Lee dan Wan Raja. Skrip/babak ini perlu diperpanjangkan sedikit kerana ia penting untuk mengetahui apa yang membuatkan Anja Lee sampai tergamak untuk memotong anunya. [Setakat dua orang lelaki berkemah di tepi pantai - Nazri M. Annuar dan Bart Ahmad pun pernah buat, ye tak!]
ARAHAN
Khir Rahman adalah seorang pelakon. Dan, ADB adalah filem pertama arahan Khir Rahman. Maka, saya percaya Khir Rahman telah menggunakan pengalaman dan ilmu lakonannya untuk mengarahkan filem ini.
Saya suka Khir Rahman dan penolong pengarahnya, Rahim Zali.
Sebagai pengarah baharu - kalau ini adalah rancangan realiti TV - saya bagi markah 70/100.
SENI WAYANG (Cinematography)
ADB banyak mengimplementasikan bahasa gambar: Sudut kameranya banyak bermain dengan prinsip rekaan - imbangan simetri dan imbangan tidak simetri. (Ruj: Hachikō Monogatari - Seijirō Kōyama, dan Shinsaku Himeda.)
ADB juga mengimplemantasikan semiotik dalam babak-babak filem ini, antaranya: Babak Anja Lee melintas jalan terlebih dahulu daripada Diana Danielle ketika sebuah kereta sedang melalui jalan itu. Ini menjelaskan lagi sisi Anja Lee dalam memerankan wataknya itu.
Saya suka juga babak di majlis perkahwinan Anja Lee dan Diana Danielle (sama macam intro sebuah soap opera cerita-cerita hospital di TV, saya lupa, Chicago Hope atau apa) - dimana kamera mengikut dan menukar fokus dari satu watak ke satu watak yang lain. Walaupun saya pernah tengok teknik-teknik ini dari filem-filem lain - tapi, saya suka. Nak buat ni - timing kena ngam! Susah wo!
Saya suka Pengarah Seninya, Azri Izhar.
SUNTINGAN
Saya suka suntingan jenis terpotong-potong dan cepat ini.
Saya suka penyuntingnya. Siapa nama?
MUZIK LATAR
Hampir 70% filem ini tidak menggunakan muzik latar. Saya suka. Dan babak yang paling saya suka adalah apabila Normah Damanhuri menerima berita yang mengejutkan ketika majlis perkahwinan. Pengarah muzik telah memasukkan satu muzik yang berdesing, macam bunyi berdesing telingga kalau termasuk air. Brilliant!
Ada juga penggunaan lagu yang pelik untuk sesetengah babaknya agar bertingkah. Saya suka. Percubaan yang berani!
PELAKON
Saya suka lakonan Anja Lee. Mungkin boleh dapat award Pelakon Harapan. (Kerana award Pelakon Terbaik, 'juri' akan bagi kepada Stephen Rahman Hughes, percayalah cakap gua, KAH KAH KAH).
Saya suka lakonan Wan Raja, Normah Damanhuri, Ogy, dan Jalil Hamid.
Cuma, saya rasa, Diana Danielle tidak berapa keluar dari kepompong lakonan-lakonannya yang terdahulu. Saya rasa, lakonan Diana Danielle tak serasi atau tak seragam dengan lakonan pelakon-pelakon lain. Tetapi, saya percaya, Diana Danielle sudah berusaha ke arah itu.
Dan, saya syak, mengambil Diana Danielle berlakon dalam ADB adalah untuk melampiaskan labido Khir Rahman sahaja (OMG, Khir Rahman akan karate gua kalau kami berjumpa lagi nanti), keh keh keh. Tapi, tak apa, kalau saya mengarah filem pun - saya pun akan ambil Diana Danielle berlakon dalam filem arahan saya, ahaks. Diana Danielle sangat pan-asia. Dan pan-asia memang cantik.
[Kalaulah Ummi Nazeera yang memegang watak ini - mungkin lain hasil produk akhirnya. Well, saya bias, ok!]
Saya juga tidak berapa suka dengan lakonan Rosnan pada kali ini kerana saya pernah melihat lakonan hebatnya dalam teater Patung Kertas.
Tetapi, mungkin, watak ini memang telah direka bentuk begitu rupa untuk tidak mengatasi watak-watak yang lain. (OMG, gua sudah mula takut, takut kalau Rosnan tunggu gua di guard room Menara O dengan kayu, keh keh keh).
BABAK-BABAK YANG SAYA SUKA
Babak Ogy telah menerima berita buruk dan pada masa yang sama ada tetamu di majlis perkahwinan yang datang mau bersalam dengannya. OMG, Khir Rahman dan Ogy memang brilliant!
Babak Ogy menyahkan solekan Diana Danielle. Kalau penulis skrip dan pengarah lain, saya syak, dah tentu ada dialog-dialog macam, aaa, "Dahlah Jenab! Kalau dia teragak-agak nak kahwin dengan kau... kau cari sahajalah yang lain. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Alaa, jodoh pertemuan ni di tangan Tuhan! Bla bla bla..." Keh keh keh, saya syaklah. Dan inilah yang saya selalu kata - inilah perbezaan antara 'drama TV' dengan 'filem', tak kiralah sama ada filem pendek mahupun filem panjang. Ya, ada ketikanya kita tak perlukan dialog untuk menceritakan kesemuanya - kerana, visual itu pun satu bentuk naratif juga.
Babak Wan Raja mendatangi Anja Lee dari belakang - aaa, saya ok sahaja, cuma penonton di kerusi baris hadapan asyik mengekek-ngekek 'geli'.
Babak Khir Rahman sebagai cameo - saya ketawa berdekah-dekah. Sebab, keh keh keh, dia repeat tengok 'suami isteri' bergaduh di dalam tandas.
Babak Anja Lee membonceng motosikal.
PENUTUP KATA
Kalau saya kata saya suka filem ini - nanti orang kata saya sokong Nazim Masnawi pula, keh keh keh. Jadi, untuk berlaku adil, saya kata - saya bagi markah 50/100.
Saya rasa, inilah filem Kak Mi (Raja Azmi) dan JAS Production yang terbaik sekali.
14 Comments:
1st.
April 03, 2011 6:33 PTG
penulis ni macam giler glamor, jumpa maya karin la apa la, pas tu ber kak mi kak mi, nampak sangat nak jadi penulis skrip untuk filem si raja azmi akan datang, eloklah join jadi wartawan hiburan kat utusan atau harian metro
April 03, 2011 6:53 PTG
pulak dah? keh keh keh
April 03, 2011 8:42 PTG
Visual itu pun satu bentuk naratif juga....
Ya saya suka ayat sebegini ya kanda naga...
April 04, 2011 12:55 PG
50% adalah markah yang buruk untuk karya seni. macam hidup segan mati tak mauu...
April 04, 2011 10:23 PG
Babak yang tak suka?
April 04, 2011 10:34 PG
Teh,
:)
Saharil,
HA HA HA. Ok la ok la, 60/100. Dan, utk pengarah - tetap 70/100. Amacam?
Ghaz,
Babak yang tak suka - babak Diana Danielle explain kat Anja Lee tentang kenangan mereka semasa kanak-kanak, tapi Anja Lee tak ingat (aku syyy syyy kat Dean Sham: Anja Lee tak ingat sebab banyak sangat kena bius agaknya). :)
April 04, 2011 11:16 PG
Saya belum tengok Anu Dalam Botol dan terlebih heran kalau saya dah tengok Ane Dalam Botol...
April 08, 2011 4:54 PTG
Bang, Arja Lee, bukan Anja Lee. Atau hang ada hati kat Anja Lee?
Dan aku pun suka kat hang sebab dengan rebiu ni, aku boleh orang lain rujuk saja kat rebiu hang, tak payah aku nak cerita lagi.
Nanti aku buat cerita yang Wan Raja tak jadi gay. Dia selalu marah aku kalau aku bagi cerita yang senang-senang kat dia.
Lagi satu, Ira Fazir punya quote pun hang nak ambik? Mamat tu memang pulun sungguh!
April 08, 2011 5:25 PTG
Sdr Sinaganaga: Menarik juga cara Sdr menulis resensi filem ini. Saya suka orang yang mencari dan mengemukakan kelainan dalam penulisan mereka. Selamat menjadi penulis hebat buat Sdr.
MARSLI N.O
April 10, 2011 11:49 PTG
Ge, aku rasa kau takut nak bagi 80/100 utk filem ni. Sebab ko takujt org cop ko sokong filem gay. Atau ape2 aja yg sinkronais dengan gay.Ge, kalo ikut resensi filem yg ko tulis nih, aku syak markah dlm diri ko 80/100. Bukan 50/100.
Aku tidak apa-apa. 80/100 aku beri filem ini. Aku tonton sudah.
April 15, 2011 12:30 PG
saya siap beli kat astro first disebabkan review disini. tapi sebagai orang kampung jiran kg.endah dan kancong darat(lokasi filem), filem ni gagal. banyak naw tak matching perangainya.
tu lah..pelik gak dina tu..orang da tak ingat pape..pastu baru jumpa balik 3x..da bole nak kawen eh? tak cukup konkrit lerrr dia punya nak dijadikan cerita tu.
hmm..papepon..nice try.
April 15, 2011 11:39 PG
babak khir rahman tu kuar toilet tu memang lawak.
babak bunyi berdesing tu pun stail.
ulasan yg terbaek. ak sokong.
April 16, 2011 4:41 PTG
idea menarik menulis buku online..
syabas!
Mei 25, 2011 1:13 PTG
Catat Ulasan
<< Home