Cheng cheng cheng....
Eh, lu tau apa nama lain Cheng Ho, nama Islam dia, abang Pyanhabib tanya gua, via SMS.
Hari dah malam, gua baru sampai rumah, seluar baju pun tak buka lagi, mandi pun tak lagi, baru buka kasut dan stoking sahaja ni, tiga jam setengah tadi gua mesyuarat koperasi, tandatangan pada buku kehadiran mesyuarat, 'masyukkkkk', semak minit mesyuarat, selak sana, selak sini, kira sana, kira sini, tengok total, cecah juta juga ni, tapi masih tak melepasi sasaran, makan mihun, makan sandwich, makan cekodok pisang, makan kuih koci, minum nescafe, minum air mineral, tanya soalan sikit-sikit kepada eksekutif pemasaran, nak tanya banyak-banyak soalan - takut dia hempas teko, ha ha, bagi pandangan sikit-sikit, setiausaha mesyuarat bau macam bedak, pengerusi biro kata dia kena gout, setiausaha koperasi kata malam ni dia kena pergi mesyuarat masjid kat rumah dia juga, banyak betul mesyuarattttt dia ni, ha ha, 'masyukkkkk', pengurus koperasi buat-buat muka kemek macam banyak kerja kena buat, gua minta take five, hisap rokok, hujan turun, kadang melebat, kadang merebas, dan gua rasa rambut afro gua kering macam serat kaca dan ada kelemumur....
Aaaa, Firdaus Abdillah kot, gua jawab soalan abang Pyanhabib, via SMS.
KOMA
Ada yang nak kena telan selipar ni, kata abang Pyanhabib, via SMS.
HA HA.
15 Comments:
"Laksamana Cheng Ho, juga dikenal sebagai Laksamana Zheng He, nama China-nya Ma He, nama Islam-nya Ma Sanbao (tetapi dia juga lebih terkenal dengan nama Som Poh, Sam Poh Gung, Sam Poh Kong, atau Sam Po Taijian"
Aku salin & tampal jer ni..hehehe..
Februari 16, 2011 11:09 PTG
Bro, aku teringat pulak pengawas bernama Christina Cheng. Dia pernah sound aku "why you stare at me like that!" sebab aku stare muka dia masa dia ajar belakun drama!Dia pun keturunan Cheng Ho ke?
Februari 16, 2011 11:22 PTG
Purp,
Oh, bukan Firdaus Abdillah ke? Keh keh keh.
Mor,
Christina Cheng dah gemuk! Keh keh keh. Sama gemuk dengan Dr. Zuraidah X-MB Ampang tu. :)
Februari 16, 2011 11:28 PTG
Pipi sepet sangat ke?
Februari 16, 2011 11:51 PTG
firdaus Abdillah tu pandai ke baca peta pakai bintang?
Februari 17, 2011 8:20 PG
byk benda bleh ingat dalam satu masa pun satu keupayaan luar kotak juga...
Februari 17, 2011 11:57 PG
simbad.
Februari 17, 2011 1:40 PTG
uncle..nak duit raya>?
hahahahaa
Februari 17, 2011 1:57 PTG
Firdaus Abdillah dan Jamal Abdillah itu adik beradik tak? :p
Februari 17, 2011 2:48 PTG
apa ken-mengena pipiyapong dalam lipatan sejarah ini tiada pula saya ketahui.
Februari 17, 2011 3:11 PTG
Gua teringat Dodo Cheng la...
Gua syak tak sama kan?
Februari 17, 2011 3:30 PTG
Enri lu bang,masih boleh buat gua ketawa2. Walau template lu tak pernah berubah :)
Nasib baik via sms,kut tak sah lu ada kemunngkinan telan selipar abg pyan :D
Februari 17, 2011 9:04 PTG
nanti aku ingatkan abg pyan untuk kasik lu makan selipar masa maskara nanti. ahahahaha
Februari 18, 2011 8:08 PG
sesekali kena gak makan selipar ye.
Februari 18, 2011 10:31 PG
haha
Februari 24, 2011 1:15 PTG
Catat Ulasan
<< Home