Kasut budak sekolah pandai (tengah hari, hari pertama gua masuk sekolah menengah)
Tengah hari tu. Gua masuk ke dalam dorm. Dan. Gua bawa pakaian keluar dari beg baju.
Gua bubuh berus gigi, ubat gigi Kolgate, bedak Kutikura, (gua tak bawa minyak rambut Belkrim sebab rambut gua tak lut minyak rambut), sikat gulung, ketip kuku, sabun, shampoo, seluar dalam Spongebob, singlet, tuala, cadar, kelambu, selimut, baldi, berus sabut, sabun FAB buku, baju sekolah, seluar sekolah, baju Melayu pakai sekolah hari Jumaat, seluar Melayu pakai sekolah hari Jumaat, (dalam surat tu kata - sampin kena beli kat sekolah), baju sukan, seluar sukan, kain pelikat, baju Melayu (untuk pergi surau dan pergi prep), baju tempah, seluar tempah, beg kanvas warna lumut, alat tulis, tali pinggang, songkok, sudu, garfu, cawan, Milo, (susu, mak gua lupa bekalkan), water heater, biskut lemak, dan stoking di dalam loker.
Kasut Badminton Master tiga pasang, dan kasut kulit bertali warna hitam satu pasang tu? [Gua pakai selipar saja pada ketika itu.]
Ok. Ada satu abang pengawas. Sudah masuk ke dalam dorm gua. Suruh gua letak batang penyapu mendepangi dua kaki katil. Dan. Suruh gua letak kasut Badminton Master tiga pasang dan kasut kulit bertali warna hitam satu pasang itu 'inline' di belakang 'garis' batang penyapu tersebut. Kemudian. Abang pengawas suruh gua angkat semula batang penyapu itu. "Taraaaaaaa!" Dia kata. Macam ahli-ahli silap mata selalu kata. Sambil mendepang kedua-dua belah tangannya. Sambil tersenyum sehingga menampakkan gusinya.
"Aik! Tak ghaib pun kasut-kasut saya, bang!" Gua kata.
[,]
Tengah hari itu juga. Gua kena Tazkirah Perdana. Bertajuk: Penerapan Sifat-sifat Terpuji Apabila Berhadapan Dengan Pengawas.
21 Comments:
pergh. lengkap barang2 sume disebut :D
err, ape motif encik pengawas tu? =='
Januari 13, 2011 10:07 PTG
hahaha
Januari 14, 2011 12:39 PG
x kan takut kat abg pengawas kot?
Januari 14, 2011 2:43 PG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Januari 14, 2011 8:35 PG
nasib baik kena tazkirah jer.. kalau asrama lain dah makan pelempang.. tak pun kena basuh baju pengawas seminggu
Januari 14, 2011 8:36 PG
Nasib lu baik bang.Kalau kurang baik.Mau kena rendam dengan ikan koi dalam kolam.Eh...hostel lu dulu ada kolam ikan tak,bang?
Januari 14, 2011 9:35 PG
kejujuran lu tu gua suka. ha ha.
dia nk ngajor cara susun yek..?
.
Januari 14, 2011 9:59 PG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Januari 14, 2011 9:59 PG
kasut badminton master memang karen..hehehe
Januari 14, 2011 10:14 PG
intipati tazkirah tu mesti menjurus ke arah "Mesti Bodek Pengawas Kalau nak Suvive".
lalalalalalala~
Januari 14, 2011 10:17 PG
Menjemput bloggerz yang ada ke blog saya.
http://amindakronik.blogspot.com/
dan juga
http://amindakronik2.blogspot.com/
sila la menjamu akal. Komen dari annda sangat dihargai.
Januari 14, 2011 11:09 PG
Mir,
:)
Dug,
:)
Dar,
:)
Nad,
:)
Kor,
Ada. Kolam lelabi.
Tas,
:)
Fah,
:)
Min,
:)
Januari 14, 2011 2:59 PTG
Kolam lelabi? Perghhh... nostalgik tu. Tp masa sy kat situ, x digalakkan bermanja-manja sgt dgn lelabi kat situ pasal rumpun buluh tepi kolam tu 'dah ada yg tunggu'. Heh.
Manjanyer kekanak zaman dulu (kuiii... zaman kita jauhhhh beza tu) ye. Time kitaorg, cadar pun kena pasang sndri. Tazkirah??? Belah sy xder. Sama gak ngan belah aspura (perghhh). Kitaorg kena tiup lampu sampai padam @ berenang setempat jer. Tazkirah2 x main.
Januari 14, 2011 4:01 PTG
Sayang,
Ini baru 'tengah hari, hari pertama gua masuk sekolah menengah' ya! Belum cerita 5 tahun gua di sekolah pandai lagi tau! :)
Januari 14, 2011 5:17 PTG
sekolah pandai pakai kasut hitam.
zaman 70an dah ada seluar spongebob ke bang?
water heater kau bawak? hebat!
tapi pengawas tu memang hebat, sungguh magis sampaikan aku pun tak paham apa dia buat
Januari 14, 2011 5:52 PTG
rasanyer elok abg naga buat buku pengalaman duduk di asrama sekolah budak pandai. confirm aku beli.. tul tak abg naga.
Januari 15, 2011 9:45 PG
Oooooooooo...
Baikkkkkk...
cer cite lagi... cer cite lagi
:)
Januari 17, 2011 3:02 PTG
ala seluar dlm spongebob tu ialah seluar dalam crocrodile kaler putih..
betol tak abg naga?
Januari 18, 2011 11:58 PG
segala barang disebutnye.. memang kelakar..
Januari 19, 2011 9:01 PG
Nad,
Tajuk buku: Panduan Untuk Ibu Bapa Bagi Anak-anak Yang Terpilih Masuk Ke Sekolah Pandai? KAH KAH KAH.
Bj.
:)
1001,
:)
Januari 19, 2011 9:21 PG
kah..kah.. tapi panjang sangat tajuk tu bang..
Januari 19, 2011 2:01 PTG
Catat Ulasan
<< Home