"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

25 November 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah, Bahagian 2

Masyarakat Melayu begitu dekat dengan hantu: burung hantu, rumah hantu, jari hantu, kacang hantu, naik hantu, penulis hantu, pengundi hantu, dan pelbagai lagi.

Dekatnya hantu kepada masyarakat Melayu sehingga dibuat orang akan peribahasa: bagai hantu makan dedak, burung hantu kesiangan, seperti polong kena sembur [jampi serapah], merasuk seperti polong tak berjinjang, dan pelbagai lagi. -- Maknanya, di Tanah Melayu dulu-dulu memang ada hantu dan nenek moyang kita dulu memang pernah tengok hantu. Pergh!

"Cer citer! Cer citer!"

Wikipedia merakamkan 33 jenis hantu dalam masyarakat Melayu: pontianak, polong, toyol, pelesit, hantu air, hantu raya, hantu bungkus, langsuir, bota, bajang, bunian, hantu Jepun, hantu bukit, hantu kubur, pari-pari, hantu punjut, jerangkung, hantu laut, hantu galah, jin tanah, hantu keramat, hantu kum-kum, hantu bungkus, orang minyak, puaka, penanggalan, pocong, hantu bidai, hantu kopek, hantu tetek, harimau jadian, jembalang tanah, hantu tengelong.

Oh! Kita tak boleh percaya Wikipedia sangat. Sebab, hantu kopek adalah sama erti dengan hantu tetek, pontianak adalah sama erti dengan langsuir, polong adalah sama erti dengan penanggal, hantu punjut adalah sama erti dengan hantu bungkus adalah sama erti dengan pocong. Dan yang paling dikesalkan, bunian dan jin tanah bukannya hantu sebenarnya. Dan, hantu stoking telah tidak dimasukkan ke dalam senarai tersebut. Why? *ahaks*

Jadi, pung pang pung pang - orang Melayu dah tak banyak hantu lagi! Oh, Hantu is DEAD! (Sama macam pasukan TAKRAW kita, ha ha).

"Cer citer! Cer citer!"

Ada orang tak boleh nampak hantu. Ada orang boleh nampak hantu. Dan, Mamat Khalid boleh [nampak hantu]! Dia selalu nampak hantu di sekeliling dia, dalam kehidupan dia. Adakalanya timbul rasa tak puas hati dia. Lalu, dia buat filem pasal hantu-hantu ni, ha ha.

Dulu dia pernah bikin filem pasal zombie. Kini dia kembali lagi. Kali ni dia bikin filem pasal Kak Limah. Ok, sekarang kita boleh tambah satu lagi hantu dalam senarai Wikipedia tu: Hantu Kak Limah.

Jadi, sebelum ada kelompok hantu dalam senarai Wikipedia tu tersama erti lagi macam yang sudah-sudah - maka kita kenalah kenal pasti ciri-ciri khas Hantu Kak Limah ni - jawabnya, ke panggunglah kita, ye yeop!

Hah, ni gua nak citer sikit ni...

"Cer citer! Cer citer!"

Dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ada Ummi Nazeera yang berlakon sebagai... "Nenek Kebayan? Ponti Anak Remaja? Burung Hantu? Hantu Kom-Kom? Hantu Kopek????" Tanya bapak Jimmy Neutron. "Oh, please! Jadilah Hantu Kopek, ya!"

Aaaa, gua tak mau citer banyak-banyak... *ahaks* "Kita berjeda seketika. Dan, kita kembali selepas ini." Kata Sayed Munawar. Lepas tu dia kemam bibir sikit dan skrin TV bertukar menjadi iklan buah anggur berdakapan dengan buah lemon....

bersambung...

19 Comments:

Blogger Jarr said...

ummi nazeera mmg sesuai jadi hantu kopek/tetek.Dan saya tak gusar kalau disorok hantu tetek seperti ummi nazeera.Bring it on!

November 25, 2010 3:50 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Jarr,
Entah, masa part Ummi Nazeera tu gua pergi kencing, ha ha ha (sengaja 'tutup mulut' ni). Surpriseeeee! HU HU.

November 25, 2010 4:37 PTG

 
Blogger Pokok said...

kalau gua dibenarkan mencadang.. gua mencadangkan kepada abg mamat khalid nak rozita che wan menjadi hantu kopek.. gua rela menjadi mangsa..

November 25, 2010 4:47 PTG

 
Blogger mamat khalid said...

lan masih nakkan noreen noor jadi hantu kopek. dia ni masih di tahun 80an

November 25, 2010 5:12 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Nadim,
Barang diingat - ni bukan filem pasal Hantu Kopek - ni filem pasal Hantu Kak Limah. Makanya, tak ada harapanlah kita nak tengok Rozita Che Wan jadi hantu kopek! He he.

Abang Mamat,
Tapikan, gua syak, Noreen Noor masih mengancam lagi, bang! Amacam - boleh jadi pelapis Mak Mah ni weh! *ahaks*

November 25, 2010 5:22 PTG

 
Blogger hana_kirana said...

hahaha! walaupun aku memang mungkin tak ada can untuk tengok filim ini, tapi aku suka reviu kau! hah. ada soalan. kenapa hantu kebanyakannya betina? kalau ada hantu kopek (atau tetek) kenapa tak ada hantu.. hantu.. aaa... aaa.. tak ada apa2 lah.

November 25, 2010 5:50 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Hana,
Ada. Hantu kote. Tetapi, perempuan juga tu. Mmmm...

November 25, 2010 7:43 PTG

 
Blogger Ampuan Awang said...

terkedu pulak aku tiba-tiba eh ;)

November 25, 2010 10:54 PTG

 
Blogger oemar bakri said...

kalau kak limah tu dilakonkan adik rozita che wan pun dah ok.

tapi pastikan kak limah tu sepupu sepapat hantu tetek jugak.

ye abang mamat. hehe.

November 25, 2010 11:26 PTG

 
Blogger Ismail Fitry said...

Kenapa nak pilih Noreen Noor? Dia dah pernah berlakon citer Hantu Siang! Saya cadangkan untuk filem hantu kopek, pelakon utamanya Ziela Jalil [era hujung 80-an]


Sekian

November 26, 2010 5:05 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Awang,
:O.

Cem,
Amboi, seleraaaaaaa! :)

Mail,
Noreen Noor lebih manja. Dan, kita dambakan hantu kopek yang manja. *ahaks*

November 26, 2010 10:42 PG

 
Blogger Ismail Fitry said...

Tapi kalau Ziela Jalil, pasti kelemasan! Itulah efek yang paling ingin dipertontonkan, keh keh keh...

November 26, 2010 10:59 PG

 
Blogger tentangseseorang said...

aku saspek kenapa hantu kebanyakannya adalah perempuan, kerana nenek-nenek kita dahulu tidak mahu atuk-atuk kita lepak kedai kopi sampai lewat malam dan juga menggatal.

maka nenek-nenek kita menghidangkan sajian cerita hantu-hantu yang cantik rupa parasnya kemudian bertukar menjadi ngeri.

ehehehe tuh sebab kebanyakan hantu Malaysia adalah perempuan.

November 26, 2010 11:15 PG

 
Blogger Amiene Rev said...

hantu kopek durian.

November 26, 2010 5:52 PTG

 
Blogger Cikgooden said...

hantu kote?..hahaha

November 26, 2010 6:13 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Mail,
:)

Tent,
:)

Amin,
Gua - hantu durian. :)

Cikgooden,
Ha ha.

November 27, 2010 12:34 PTG

 
Blogger tasekM said...

aku membayangkan hantu kopek tu ya amat besor. disoroknya kita sebelah kopek pun bulih lesap. tapi. kalau ummi nazeera tu nk jadi hantu, kena sebut hantu nen. kiut sikit bunyinya.

ahaks.



.

November 28, 2010 3:47 PTG

 
Blogger b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
melayu dan hatu tak dapat nak pisah..

November 28, 2010 4:17 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Tasek,
Mana kita nak tahu dia pek ke nen. Ada orang, kita ingat dia nen - sekali, pek. Orang orang kita ingat dia pek - sekali, nen. Udang di sebelik batu ni bukannya kita boleh teka-teka, ha ha ha.

Bru,
:)

November 29, 2010 9:01 PG

 

Catat Ulasan

<< Home