TESLA: Real to Reel 1 & 2
Selepas Lee Chong Wei kalah di tangan Lin Dan semalam – gua jadi gusar. Gusar, tak senang duduk, sehinggakan gua tidak boleh lelap. Gua bangkit dan renung koleksi CD-CD di atas rak, lama-lama. Di antaranya ada Anne Murray dan Shania Twain [Oh, gua beli CD Shania sebab dia lawa, ok!].
Dan, pagi tadi, ketika gua sedang scroll playlist di iTunes, gusar itu semakin menjadi-jadi. Mata gua belalak. Gua jadi gumam. Di antara lagu-lagu dalam playlist itu ada Buddy & Julie Miller, Kenny Roger & Dolly Parton, Lee Ann Womack, Emmylou Harris & Mark Knopfler, Taylor Swift [Oh, semenjak Shania tinggalkan gua dan kawin lari dengan mamat itu, ha ha – Taylor adalah fantasi liar gua masa kini, ok!] dan Alabama.
Tak puas hati – gua scroll lagi. Gua jumpa Eagle, Creedence Clearwater Revival, Lynyrd Skynyrd, Allman Brothers, Sister Hazel, dan King of Leon.
OMG! Rupa-rupanya gua bukan rockers. Gua koboi! HA HA HA.
Sebagai koboi, tidak mustahillah jika gua cuma ada satu dua album Search dan satu dua album Wings sahaja. Dan, tidak mustahillah pula jika gua miliki koleksi 99% lengkap album Tesla. Sebab, Tesla bukan rock! Tesla koboi! HA HA HA.
Tesla telah dibentuk di Sacramento, California dalam tahun 1984 (yakni, setahun lebih awal dari pembentukan Gun N’ Roses). Ada orang kata, Tesla ni hard rock. Ada orang kata, Tesla ni honky tonk rock. Ada orang kata, Tesla ni southern rock. Bagi gua, Tesla ni rock koboi, senang cerita! HA HA HA. Adik beradik Lynyrd Skynyrd, cuma Tesla lebih ‘keras’. Dan, jika hendak dibandingkan dengan yang muda-muda seperti Sister Hazel dan King of Leon – Tesla lebih groovy, ahaks.
Dan, apa yang menariknya Tesla bagi pandangan gua – mereka ada dua orang pemain gitar utama: Frank Hannon dan Tommy Skeoch. Sehinggakan, apabila kita dengar riff atau intro atau solo improvisation dalam lagu-lagu Tesla – kta tertanya-tanya, kita tak tahu siapa di antara mereka berdua ini yang main ‘that part’. Kedua-duanya sama padan, sama hebat, sama rock, sama koboi dan sama groovy! Bolehlah dikatakan, jika ada anak dara terserempak dengan Franky dan Tommy di pasar Ramadan Jalan Tuanku Abdul Rahman – nescaya mereka akan peluk tak lepas dan cakap, “Take me home [or having me here] la, abang koboi! I nak you! I tak nak KLCC dah, you!!” Hellna!
Seperti band-band yang lain, kadang-kadang mereka ada hati juga nak main lagu-lagu dari band-band lain selain mereka. Begitu jugalah yang terjadi kepada Tesla. Mereka pun teringin nak main lagu cover version: Real to Reel 1 & Real to Reel 2. Album ni gua beli kat Amazon.com sebab kat Malaysia tak ada jual. Terkial-kial juga gua bila sampai 'time' isi borang tu, he he.
Real to Reel 1:
1. Space Truckin' (Deep Purple)
2. Walk Away (James Gang)
3. Hand Me Down World (Guess Who)
4. Bad Reputation (Thin Lizzy)
5. Thank You (Led Zeppelin)
6. I've Got A Feeling (Beatles)
7. Day Of The Eagle (Robin Trower)
8. Ball Of Confusion (Temptations)
9. Rock Bottom (UFO)
10. Stealin' (Uriah Heep)
11. Bell Bottom Blues (Eric Clapton)
12. Honky Tonk Women (Rolling Stones)
13. Dear Mr. Fantasy (Traffic)
Real to Reel 2:
1. All The Young Dudes (Mott The Hoople)
2. Make It Last (Montrose)
3. Shooting Star (Bad Company)
4. Not Fragile (Bachman-Turner Overdrive)
5. Street Fighting Man (Rolling Stones)
6. Is It My Body (Alice Cooper)
7. I Want To Take You Higher (Sly & The Family Stone)
8. Do You Feel Like We Do (Peter Frampton)
9. Beer Drinkers And Hellraisers (ZZ Top)
10. Seasons Of Wither (Aerosmith)
11. Saturday Night Special (Lynyrd Skynyrd)
12. War Pigs (Black Sabbath)
Cuma, dalam album Real to Reel ini – Tommy Skeoch tak main, masuk Pusat agaknya, maka tempatnya digantikan dengan Dave Rude. Franky jumpa mamat Rude ni kat dalam Myspace dan pelawa dia ganti Tommy yang kononnya terlalu banyak sangat bagi alasan, “Gua tak ada kredit la, mood tak mari la, nak kena hantar anak pergi sekolah la, malam tadi tengok bola sepak; tidur lewat la… esok, esok… esok siap, Jend!!!!”
Jeff Keith pula kata, “Gua tak kisah! Janji lu tak paksa gua nyanyi sebijik macam John Lennon dah le, Franky!” Ya, dalam album ni Jeff Keith nyanyi macam Jeff Keith, ha ha, tak kisahlah ‘time’ nyanyi lagu Alice Cooper ke lagu Steven Tyler ke – dia tetap nyanyi macam Jeff Keith juga, dia tak peduli. HA HA.
Lagu-lagu pilihan gua dalam album ini: Space Truckin', Thank You, I've Got A Feeling, Day Of The Eagle (Brian Wheat betul-betul ‘patuk’ gitar bass dia dalam lagu ni), Rock Bottom, Honky Tonk Women, Shooting Star, I Want To Take You Higher (seingat gua, Mark Wood pun pernah cover lagu ni), Beer Drinkers And Hellraisers dan banyak lagi.
Ada orang tanya gua pasal album ni, “Hah! Macamana dia punya sound, dude?”
Gua cuma boleh jawab, “Demeh main macam Tesla!”
Pergh!
Brian Wheat, 47 - Pemain bass selalunya gemuk, he he.
Frank Hannon, 44 - Adakalanya, rambut dia tak blonde.
Jeff Keith, 52 - Orang tua memang penyayang.
One day, when walking into an Oakland Raiders game, a starving dog was wandering the parking lot looking for food and JK decided to skip the game and take him home. A short time later when the band was recording the Real to Reel album in Texas, JK discovered a homeless mother dog with puppies and he then drove them all the way to his home in California. These acts of love were recoginized by ARF (Animal Rescue Foundation) and JK received the “Evie Award” for his efforts. The dogs’ names are Okie, Cali and the pups. They are happy and healthy today.
Troy Luccketta, 51 - Anggota yang paling susah gua nak eja.
Dave Rude, 32 - Anggota termuda Tesla.
Tommy Skeoch, 48 - Ada orang kata dia kena buang sebab banyak sangat mengisap. Tapi, band member selalu kabo, "Tommy mahu memberikan tumpuan kepada keluarganya!"
12 Comments:
nice review
nanti snap fotos cd ni la
November 22, 2010 5:24 PTG
gua tesla ni layan yang aksutik ja.
maklumlah, rock leleh, bukan rock koboi.
November 22, 2010 7:12 PTG
Naga! Lepas lu bagi ini entry terus wa cari TESLA kat tiub awak. Layan beb Love Song acoutic version... Gerek seyh!
November 22, 2010 9:29 PTG
Teka lagu apa yang aku terus carik nak dengar version real to reel ni? dah semestinya thank you!
ada sikit2 feel country dalam lagu tu. solo bunyi bersih..best2 9nanti wa jumpa lu wa kasi cd kosong..hahaha)
November 22, 2010 11:30 PTG
Aaaa gua cuma ingat honky tonk man je - mamat wrestling tahun 80-an dulu. Errr boleh ke dude?
November 23, 2010 8:27 PG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
November 23, 2010 8:45 PG
Deaf,
Ok, nanti i snap foto.
Jazil,
Ha ha. Jom la layan rock koboi sekali sekala.
Kepol,
Yeah, sangat cerekkkkk seh!
Zan,
Ada cerita pasal rocording lagu ni. Demeh ada 2 jam je sebelum balik menyambut Thanksgiving. A&R demeh kata tak sempat nak bikin. Maka, bila JK dan A&R balik - yang lelain mula main dan rekod. Masa tu FH yang nyanyi - dia kata, punya la serak2 basah suara dia masa tu tuhan sahajalah yang tahu, he he. TL memang 'paku' habis Bonham punya fill untuk lagu tu. Lepas tu demeh psyco A&R suruh bubuh gak lagu ni dalam almbum. Dan A&R bersetuju. Maka, demeh pun pulang dengan senang hati. The End.
Suluk,
Gua belajar satu - orang-orang Universiti memang 'buta' lagu. Sama macam lu. Tapi, Datuk Dekan dengar Beatles lak weh - tak maca lu.
Zan,
Gua rekomen lu donlod Day of the Eagle - lu mesti suka dia punya bass line. Pergh!
November 23, 2010 8:47 PG
tuan,
geng2 van zandt dan CCR adalah ikutan saya waktu kenal koboi itu best.kahkahkah
sebab saya minat vinyl...dengar pakai turntable rasa mcm mereka main depan mata..ahahaha
November 23, 2010 10:25 PG
Mula-mula aku ingat hang cakap pasai eksperimen Nikola Tesla.
November 24, 2010 12:13 PTG
bebeh, lu memang rock n roll
November 25, 2010 9:30 PG
Layan bang...lagu derang ni.Kalau ni lagu rock koboi.Lagu van halen nak kira rock apa?
November 25, 2010 2:30 PTG
Fuyooo!
Saya suka!
November 25, 2010 5:04 PTG
Catat Ulasan
<< Home