"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

02 November 2010

Estet oleh Sinaganaga & Estet oleh Mamat Khalid

Dulu.

Kakak pujuk. Kakak ajak. Ikut dia. Balik rumah dia. Di Sagil.

Kakak kata. Nanti. Boleh mandi air terjun. Boleh panjat Gunung Ledang. Sebab. Pintu masuk ke Gunung Ledang betul-betul di celah 'bedah' rumah dia.

Dan. Tambah kakak lagi. Kalau ikut dia. Dia nak belikan aku Matchbox.

Matchbox? Wah! Aku sedikit teruja.

KOMA

Bila cuti sekolah. Aku. Ikut kakak. Balik rumah dia. Di Sagil.

Kakak menyewa rumah. Di estet. Mak tanya, Mon dah tak ada tempat lain ke nak menyewa? Kakak jawab, Kat sini sewanya murah. Rumah sewa kakak buruk. Rumah sewa kakak kuarters estet. Di hadapan rumah kakak ada kuil Hindu. Tapi. Memang betul. Semua orang yang hendak panjat Gunung Ledang akan lalu di celah 'bedah' rumah sewa kakak. Pagi-pagi: Suasananya nyaman. Berkabus. Sejuk. Macam dalam filem.

Cukup tiga hari di situ - aku demam. Badan panas. Mulut meracau. Nak Matchbox! Nak Matchbox! Semua orang kata aku kena sampuk. Entahkan kena sampuk Puteri Gunung Ledang. Entahkan kena sampuk tok pekong Hindu. Entahkan kena sampuk hantu Matchbox. Aku tak tahu. Aku tak ingat, sebenarnya.

Mak suruh kakak pindah. Mak suruh kakak duduk Muar. Kakak kata, iyalahhhhh... orang pindah le niiiiii! Bukan setakat pindah rumah - kakak pindah kerja sekaligus.

Dulu.



Ber-signature-kan Kollywood, ESTET, filem komedi arahan Mamat Khalid akan berada di pawagam pada 4 November 2010 ini. Nak kata filem ni bagus - taklah pula menang award Filem Terbaik FFM23. Nak kata arahannya bagus - taklah pula menang award Pengarah Terbaik FFM23. Alahai! Barangkali, filem ini cuma boleh memenangi hati semua rakyat Malaysia, walau di mana kita berada.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ber'estet'ika tinggi ini! Ayuh kita ke panggung!


"Kata nak belikan Matchbox!"

"Dah cari kat Tangkak, kat Segamat, kat Gemas Baharu... tak ada kedai yang ada jual Matchbox! Bas tin dua tingkat adalah! Mau?"

Petang tu. Aku dapat. Bas tin dua tingkat. Badan masih panas. Perasaan masih lagi rasa macam gampang. Apa kejadahnya tayar bas tin dua tingkat ni tak boleh melantun-lantun!!! Ceh!

ESTET: bual santai Ajami bersama-sama Mamat Khalid
ESTET: filem 1Malaysia oleh Cikgu Man Station
ESTET: ulasan yang terpulas oleh Pegawai Khalwat

13 Comments:

Blogger sinaganaga said...

First!

November 02, 2010 10:51 PG

 
Blogger Syuqri Talhah Mustaqim said...

Hehehe...Kedua!

Jen, bas tin 2 tingkat tu bila tolak-tolak kat lantai ada keluar bunyi wenggggggg! wenggggg! wenggggg! tak?

Gua punya kereta Police siap boleh percik api.

Matchbox tu dah zaman brader2. Gua layan Kalkitos.

November 02, 2010 11:05 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Kringet,
Bas tin dua tingkat tu ada keluar bunyi wrenggggg wrenggggg wrenggggg juga.

Kalkito? Gua layan juga. Cuma, kosnya tinggilah! Jadi, kakak gua suruh gua layan sticker bubuh air tampal kat tangan tu 'ja selalunya!

November 02, 2010 11:08 PG

 
Blogger Unknown said...

hahahah..matchbox memang terbaik boss..itu belum lagi masuk koleksi keter sport dorang

November 02, 2010 11:16 PG

 
Blogger mohd faris bin mohd aladin said...

siganaga! alumni sekolah aku.
bangge lah weyh!
jum lepak wembely men rugby.

November 02, 2010 6:05 PTG

 
Blogger Amiene Rev said...

apa itu bas tin dua tingkat?

November 02, 2010 7:28 PTG

 
Blogger FARYN said...

Uncle..jom tengok!
muahhaahaa

November 02, 2010 9:34 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Org,
He he.

Faris,
Jommmmmmmm!

Amin,
:)

Farin,
Jom. Ajak Pak Usop sekali.

November 03, 2010 8:20 PG

 
Blogger Corey said...

Lu memang brader lahh bang...Gua cuma sempat simpan toy soldier saja.

November 03, 2010 8:20 PG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Alamak, kena buat rebiu jugaklah. Dah tengok tapi belum buat rebiu.

Apa-apa pun, malatop.

November 03, 2010 8:57 PG

 
Blogger Bukan Sepet said...

hehe..

Jgn bagi tau org... Gua kena gugel matchbox sebab harammm gua tak paham apakebendernya tu!

oh. paham dah.
heh.

November 04, 2010 6:03 PTG

 
Blogger Hiasan Dunia said...

bos, belanja minummmmmm!!!!!!!! (tiba-tiba, lari topik!

November 05, 2010 7:41 PTG

 
Blogger Fnd Rocka said...

Punyai nilai estet-tika!

Ulasan Filem Estet dan Mamat Khalid

November 06, 2010 4:29 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home