"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

15 Oktober 2010

Menjelang PRU13: Belanjawan

Pak Akop melongo. Usop Ludin Tanah Lot melongo. Mat Trompet melongo. Sarjan Kassim melongo. Karim Driving School melongo. Jefri Shahbudin melongo. Mamang Sulan pun melongo [ironinya, dia memang tidak faham apa-apa pun tentang Melaysia]. Di radio, Perdana Menteri sedang menghunjam dedaun telinga-telinga mereka ini dengan pembentangan belanjawan. Pung pang pung pang, unjuran, pung pang pung pang, keluaran negara kasar, pung pang pung pang, rokok nak kasi naik harga lagi ke tak....

Latip Teksi Hitam Kuning baru sampai, lalu menyertai mereka. Di tangannya ada plastik teh ais yang telah pun separuh habis.

"Dari mana, Tip?" tanya Pak Akop.

"Dari hotel belanjawan di Jalan Ipoh, hantar pesenje," jawab Latip Teksi Hitam Kuning.

"Ooo," kata Pak Akop.

KOMA

"Sekianlah sahaja pembentangan belajawan negara pada kali ini. Saya sudahi dengan serangkap pantun... pecah kaca pecah gelas, lepas baca harap balas. Tata!" Perdana Menteri mengakhiri pembentangannya.

Pow! Jefri Shahbudin tepuk pangkin. Yang lain-lain tersentak.

"Ceh! Penjawat awam dapat. Pekerja swasta dapat. Perempuan mengandung dapat. Budak-budak dapat. Pengguna jalan raya dapat. Bla bla bla...." jerkah Jefri Shahbudin, "Saya ni... habuk pun tak dapat apa-apa! Ini tak adil!!!"

"Aaa, kamu ni kerja apa sebenarnya, Jefri?" tanya Pak Akop.

"Penganggur!" jawab Jefri Shahbudin.

"CEHHH!!!"

Label:

18 Comments:

Blogger Lily Abdullah said...

Tapi PERMATA dapat banyak bang..aku tak puas hati.

Bukan pasal tu, tapi tenet kat rumah baru aku ni


Macam hampeh!

Tak bulih nak buat posting apa2

Oktober 15, 2010 10:45 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Lily,
Polis/Tentera dah selalu dapat. OKU dah pernah dapat dulu. PERMATA baru first time dapat. Lagi pun, budak-budak belanja tak besar - alaa, setakat pil vitamin - berapa sen sangat!

Eh, tapi, suntikan vaksin kanser selvik untuk kanak-kanak tu memang percuma kan? Ke, kena bayar?

Oktober 15, 2010 10:55 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

PERMATA dapat banyak - ting ting ting, ini peluang untuk penulis dan ilustrator buku bergambar untuk kanak-kanak nak dapat duit sikit-sikit. :)

Amacam? Ada berani? Jom! Kena cepat ni. He he.

Oktober 15, 2010 10:57 PTG

 
Blogger Unknown said...

Alhamdulillah..jadi ler dr tak der...ingt leh aa dpt sebulan gaji, tp agak dah 500 jer

Oktober 16, 2010 12:03 PG

 
Blogger Verdict said...

dengar2 england bagi 8ratus sebulan utk penganggur..

hehe

Oktober 16, 2010 3:59 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Mush,
Kami - gaji untuk bulan Oktober pun belum tentu dapat.

Fiq,
Ok, Jefri Shahbudin akan pergi England.

Oktober 16, 2010 10:27 PG

 
Blogger Corey said...

Meh kita englandkan Malaysia part gaji pengganggur.Jangan englandkan malaysia part nasi lemak dan sindiket sol-jah...Gua pun melongo juga.

Oktober 16, 2010 10:31 PG

 
Blogger Jef Hadi said...

hm. boleh lah hantar enchek penganggur tu pegi england ke apa. bleh dapat duit. haha.

tapi suruh mak dia lahirkan dia kat sanalah. haha.

Oktober 16, 2010 1:10 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Kori,
Ha ha.

Sas,
Ha ha.

Oktober 18, 2010 8:37 PG

 
Blogger kakiberita said...

agak optimis gak pendapat die. patut penganggor kene masok sekali. pengganggor pn rakyat malaysia..

Oktober 18, 2010 10:16 PG

 
Blogger Hambali ® said...

pak naga,

permata ni,yang hilang ke tak hilang lagi?

Oktober 18, 2010 2:52 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Jefri kena pindah pi dok UK.

Oktober 19, 2010 8:50 PG

 
Blogger pye:rudz said...

pantun penutup itu saya kira yng paling hip sekali pernah saya dengar terpacul dari mulut seorang perdana menteri.

Oktober 19, 2010 11:55 PG

 
Blogger saharil said...

kata pada jefri, cari duit sendiri, tak payah harap kerajaan..

Oktober 20, 2010 8:22 PG

 
Blogger saharil said...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Oktober 20, 2010 8:23 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Ham,
Ni PERMATA yang bersinar.

Khal,
Ngeh ngeh.

Pye,
Ngeh ngeh.

Shahril,
Jefri pesan, dia suruh sampaikan kat kau, dia kata, "Daripada kerja, cari duit sendiri - lebih baik tidur!"

Oktober 20, 2010 10:42 PG

 
Blogger Asam Makruh said...

KACA atau PERMATA?
- Hatiku Bukan Pualam

Oktober 20, 2010 2:57 PTG

 
Blogger Amiene Rev said...

kenapa dia menganggur?

Oktober 21, 2010 3:45 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home