The Real X-Stingarden: Blocker Corp Machine Blaster
Dulu. Rumah gua. Bukan ada TV.
Gua tengok TV kat rumah Kak Pinoi. Kalau Kak Pinoi tak buka TV - gua tengok TV kat rumah Pak Mat Rogek. Kalau Pat Mat Rogek tak buka TV - gua tengok TV kat rumah Ijoi. Kalau semua pakat tak buka TV? Gua tengok ayam itik kat rumah mak gua.
Satu hari. Tap! Gua petik jari. Blocker Corp Machine Blaster dah nak start. Gua capai basikal Chopper. Gua kayuh pergi rumah Ijoi. Sampai di rumah Ijoi - gua drift basikal Chopper sehingga mencecet-cecet parking santak ke tepi tingkap kayu rumah Ijoi. (Tengok TV ni, kalau duduk di atas sit basikal, best-lah sedikit jika hendak dibandingkan dengan duduk di atas simen. Empuk!)
Gua lihat ke dalam rumah - Ijoi tak ada. TV terpasang. Blocker Corp Machine Blaster dah start. Tempe cakap, hai! Gua cakap, hai, dalam hati.
Tiba-tiba. Penglihatan gua tertancap ke arah dua lembaga di dalam rumah Ijoi - Ayah Ijoi dan Mak Ijoi.
Ayah Ijoi sedang baring pakai underwear di atas tilam di atas simen; mengadap TV. Mak Ijoi sedang terjelapak di sebelahnya; jentik-jentik 'bird' dalam underwear Ayah Ijoi.
Gua pejam mata. Gua rasa tak sedap badan. Gua start basikal Chopper. Gua belah. Gua tak tahu apa jadi kepada Mak Ijoi selepas itu.
Dulu. Rumah gua. Bukan ada TV.
(Bila gua dapat keputusan Penilaian 4A 1C - baru rumah gua ada TV).
Label: The Real X-Stingarden
24 Comments:
patutlah ijoi tak ada.
tv dah kena book awal lagi daa
September 25, 2010 3:16 PTG
Ijoi kena masuk tido awal...
September 25, 2010 4:01 PTG
Haha.tak sopan betul .
September 25, 2010 8:55 PTG
ijoi dah blah dari awal lagi.
September 25, 2010 10:02 PTG
heh sungguh!
September 25, 2010 10:51 PTG
apa pesen mak bapak ijoi ni, tgk kartun mcm tgk porn..
September 26, 2010 1:45 PG
apa jadi pada tempe?
September 26, 2010 7:32 PG
Wan,
:)
Mush,
Ni cerita time siang siang la weh - tido awal ke hape.
Gem,
:)
Aie,
:)
Far,
:)
Spyz,
KAH KAH KAH! Dulu-dulu mana ada video porn!
Nizam,
Jadi masak lodeh, ha ha ha.
September 26, 2010 11:45 PG
ijoi tak baca ko blog ko ni bang...?
:)
.
September 26, 2010 11:52 PG
Rumah gua ada tv.Jenis boleh bukak-tutup macam panggung.Speaker gedabak dua biji kat kiri-kanan.Dan zaman tu remote control adalah satu benda yang menakjubkan.
September 26, 2010 10:02 PTG
Dulu, aku pegi tengok cerita Hindustan 'Disco Dancer' masa malam kenduri kat rumah tok ngah aku.
Penuh orang.
September 27, 2010 12:11 PG
Tasek,
Tak.
Kori,
HA HA HA.
Khal,
Aku pernah tengok filem Hati Mere Sati kat Gemenceh. :)
September 27, 2010 9:03 PG
Salam Bang,
9 bulan lepas tu Ijoi dapat adik tak?
September 27, 2010 10:29 PG
KAH KAH KAH
September 27, 2010 11:12 PG
Is,
Tatau.
Dug,
HA HA.
September 27, 2010 12:35 PTG
x citer Blocker Corp Machine Blaster tu .. itu hentai sensei .. :p
hahahaha
September 27, 2010 6:56 PTG
Hmmm.
Ni gua rasa, ijoi ada dalam bilik ni. Ayah suruh siapkan karangan tajuk "Jika saya mempunyai adik ..."
September 28, 2010 1:12 PG
Ijoi suka hati. Hari itu bapak dia bagi 2 posen buat beli ais kacang.
"Pergilah main beskal kat umah kawan" pean bapak Ijoi lagi.
September 28, 2010 6:36 PG
Padah tak reti masuk bagi salam cam tulah...
eh. pak ijoi bagi salam tak sebelum bird kena jentik?
.
September 28, 2010 10:49 PG
YM,
BCMB bukan hentai! Masa tu hentai tak wujud lagi.
Ham,
Ham ham ha ha ha ham ham!
Kem,
Mmm, boleh jadi juga tu.
Sep,
Dulu-dulu mana ada 'penerapan nilai-nilai Islam'!
September 28, 2010 3:14 PTG
Ooo.. Musti lu ingat mak ayah ijoi jadi begitu kerana kerap menonton Blocker Corp Machine Blaster.. hahaha
September 29, 2010 10:14 PG
hahhaaa...
Menariknye citer kat sini. Gee bagi 5bintang untuk abg sinaganaga.
September 30, 2010 1:48 PG
Kalau dah tertinggal citer Tempe tu bolehlah masuk ke blog saya yer kat sini: http://aceazzameen.multiply.com
Oktober 04, 2010 12:05 PTG
Kalau dah tertinggal citer Tempe tu bolehlah masuk ke blog saya yer kat sini: http://aceazzameen.multiply.com
Oktober 04, 2010 12:07 PTG
Catat Ulasan
<< Home