Pasca MASKARA SHORTIES - yang mungkin anda tak tahu, tapi kami tahu
1. Abang Mamat Khalid tak dapat datang pada malam itu kerana masih ada baki pengambaran Apokhalips sehingga hari ahad. Sepatah katanya, "Abang pun tatau siapa yang susun jadual [pengambaran] abang cenggini, he he!"
2. Abang Pyanhabib pun tak dapat datang pada malam itu. Sepatah katanya, "Mamat [Khalid] suruh gua standby di lokasi!"
3. Abang Aimen [pemain banjo, penyanyi - sezaman dengan Blues Gang] datang ke Maskara Shorties sebab nak jumpa Abang Pyanhabib. Sepatah katanya, "Hampir 30 tahun juga abang tak jumpa dia!"
Dua patah katanya, "Duluuuuu, kami pun cenggini jugak! Buat acara free, ramai orang datang. Buat acara berbayar, tak ramai orang datang." Tambah dia lagi, "Apapun, thumbs up kepada Sindiket Sol-Jah kerana menganjurkan Maskara Shorties. Abang Aimen suke!"
4. Tok Rimau baru sahaja menjalani pembedahan kemaluannya. Itu sebab dia pakai kain pelikat, sekejap. Sepatah katanya, "Anna rase ngiluuuuu!"
5. Semasa tayangan dokumentari Sepi Seorang Abdillah, Pipiyapi tak sanggup nak tengok. Makanya, dia ikut anna dengan Jigo pergi fight dengan orang jahat. Bila dah sampai di kem orang jahat, anna dapati Pipiyapi telah hilang.
6. Orang jahat ugut nak rodok anna dan Jigo dengan gunting. Orang jahat dah tinggi-tinggi suara. Anna bukan boleh orang tinggi-tinggi suara dengan gua ni. Makanya anna pun tinggi-tinggi suara jugalah. Orang jahat ugut nak panggil kaki pukul kalau Maskara akan datang pun berlaku lagi kes dua tiga kereta block pagar rumah dia [konon-kononnya itu rumah dialah - walhal dia menumpang sahaja di situ]. Sepatah kata anna, "Kalau ante nak panggil kaki pukul... anna pun boleh 'ja panggil dua tiga SB yang sedang melepak kat Rumah PENA tu! Amacam? Mao?" Lepas tu orang jahat cuba untuk menurunkan disibel suaranya. Jigo walkie-talkie Dean Sham, suruh buat pengumuman, minta tuan punya kenderaan mengalihkan kereta mereka.
Ceh! Ada hati nak rodok anna dengan gunting! Apalah sangat rasanya kalau kena rodok dengan gunting tu - next time cuba ugut anna dengan parang panjang pula ya! Ngeh ngeh!
[Info yang baru anna terima: Rupa-rupanya, sebelum kejadian 'cuba merodok dengan gunting', orang jahat ni ada pelawa Aishah Nur Hakim singgah rumah; minum kopi bersama-sama. Mujurlah Aishah Nur Hakim tidak mudah terpengaruh dengan pelawaan itu!]
7. Luca De Ketiak 'perasan' yang selama ini dia pakai t shirt bersaiz M. Bila anna check saiz baju 'KODI' yang dia pakai - L. HA HA.
8. Filem 'Want Malaysia' tak sempat siap. Abang Mamat Khalid kata dia tak sempat nak siapkan sebab dia sibuk dengan Apokhalips.
9. Abang Hassan Mutalib (Siapa tak kenal Hassan Mutalib - angkat tangan!) menonton hampir ke semua filem-file pendek yang ditayangkan.
10. Yes! Kali ini ada saiz t shirt yang sesuai untuk Zan Zaini dan Rozinor. HA HA.
11. Semua Sol-Mate hadir (kecuali Lin yang berhalangan) untuk membantu dan memberi sokongan. Semua cantik-cantik, semua lawa-lawa, semua manis-manis - MACAM GULEEEE! *ahaks*
12. PAUS (Persatuan Aweks dan Isteris Sindiket Sol-Jah) yang turun hadir untuk membantu dan memberi sokongan - Isteri MatJan, Cikgu Su. Siap masakkan kek kaler hitam lagi. Pergh!
13. Fazleena Hishamuddin (anna punya wife 'back to the future') pun turut hadir dan berkepit dengan balak pucuk muda dia. Ismael pun nak join berkepit dengan mereka - anna tak kasi. Sepatah kata anna, "Mael, dok molek duduk depan tivi dekat-dekat - nanti rosok mate! Cube gi maeng jejauh sket, Mael!"
14. Gigi palsu Aishah Nur Hakim masih belum siap lagi - tu sebab dia masih pakai purdah. HA HA HA.
15. Ajami datang menyelamat apabila air sirap Zan Zaini bo liau. Ajami bawa 6 botol besar air berkarbonat. Anna campur-campurkan Ice Cream Soda dengan Sprite jadi serbat, ha ha. Zan Zaini minum - terus mabuk. Gambar dia mabok; baring terlentang ada dalam Facebook. Pergilah tengok.
16. Paradoks datang ke Maskara Shorties selepas tamat pementasan Hegemoni di Stor DBP.
17. Basri Bas Sekolah datang dan tolong membaiki lampu limpah untuk Maskara. Dia ada jual buku Salah Lorong juga pada malam tu. Dengar cerita - laku!
18. MatJan muntah! Pembawakan budak, agaknya.
19. Anna ada ambil gambar pakai handbeg Marini Vanilli. Anna rasa macam gampang, HA HA.
20. Tayangan filem-filem pendek tamat jam 1:16 pagi. Anna pulang ke rumah jam 4 pagi. Anna bangun keesokkan harinya jam 4 petang.
20 Comments:
HAHAHAHA...
ini tidak adil. serangan peribadi!
keh2. mahu tanggal gigi palsu kalau selalu gelak gini abang naga oi...
terima kasih untuk malam yang indah.
saya tak tengok semua filim sebab sibuk bersosial (bak kata kak nurul)
Ogos 10, 2010 12:48 PTG
Ceh..
Wa terbaring pasal dah tak boleh handle dengan panas..3 helai busana separa muslim wa tukar..hehehe
Lu punya bomoh hujan bukan setakat block hujan, dengan angin2 sekali dia block..huhuh
Moral of the story: Selasih kurang sesuai dengan sirap bila bekas yang disediakan bermuncung umpama kepala paip..keh keh keh
Ogos 10, 2010 1:34 PTG
Aishah:
Donut yang kamu bawak sedap..siap cicah coklat tu..hehehe
Ogos 10, 2010 1:34 PTG
Zan,
ayat power tu. Hi hi hi.
Ge,
Sejak pembedahan, gua rasa spender gua sempit.
Ogos 10, 2010 1:38 PTG
donat aishah sedap
Ogos 10, 2010 2:00 PTG
Aishah,
HA HA.
Zan,
Bila block angin - sure angin tak bawa awan sekali - sure awan tak turunkan hujan. :) Itulah teorinya, agaknyalah.
Weh - sirap + buah kabung = ok tak?
Tok,
Mula-mula lepas bedah - memang kurang 1 hun kalau nak dibandingkan dengan hok Airel punya. Tapi, bila dah lama-lama - dah setanding dah agaknya.
Wakakakakakakakakakakakaa...
Dug,
Weh, kau tahu repair aircond?
Ogos 10, 2010 2:19 PTG
aku tak tau repair air-cond. air-cond mana yg tak sejuk tu? cuba bukak dianya filter, kalau tebal 'bedak' nya - basuh je lepas tu pasang balik.
Ogos 10, 2010 3:04 PTG
aku syak aircond kat tempat vovin buat2 meeting meja bulat tu..hahaha
sejuk cuma kena cuci filter je rasanya..
Ogos 10, 2010 3:09 PTG
weh. sumpahan banglo putih.
brader2 soljah sila berdisiplin kalau nak selalu makan donut okeh.
Ogos 10, 2010 3:16 PTG
Aishah: takpe..saya boleh kasi dorang tak nakal..hahaha
Ogos 10, 2010 3:27 PTG
pucuk muda? amboihh. :)
Ogos 10, 2010 3:30 PTG
Dug,
Rasa mcm nak pasang airkon kat bilik stor belakang tu. So, next time, Maskara, kita boleh tidur situ. :)
Zan,
Airkon bilik belakang - kat studio Happy Star Galektika tu!
Aishah,
Next time nak ... hah, kat Seremban - apa sedap?
Zan,
Lu macam Provost Sargeant la weh!!!! HA HA.
Faz,
Ikikikikikikikiki. Ok sayang, time has come to say goodbye, i nak balik ke zaman akan datang dah, selamat berpuasa!
Eh, you know somethin', masa 'back to the future' kan - kita kena puasa lebih dari 30 hari sebab bulan dah dimetrikkan. 1 tahun cuma ada 10 bulan 'ja. He he.
Ogos 10, 2010 4:22 PTG
org tatau aku sibuk spam tapi aku yang sudahnya tak datang. ahahaha
Ogos 10, 2010 5:03 PTG
pertama kali pergi malam itu.
pengalaman yang menarik.
Ogos 10, 2010 5:06 PTG
Jasdi,
Lu tu banyak sangat hal nak kena buat, hish!
Niz,
Terima kasih kerana datang. Lain kali datang lagi ya. Jangan serik.
Ogos 10, 2010 5:18 PTG
Tahniah... belum berkesempatan untuk hadir dan memesrai Maskara Shoties... korang memang hebat...
Ogos 10, 2010 6:32 PTG
stor tempat simpan speaker2 tu ke?
mmm... 1.5HP cukup kot. memandangkan sebahagian besar brother2 hisap rokok, kenalah pasang exhaust fan juga.
Ogos 11, 2010 12:29 PG
huhu sirap selasih tu memang tersangkut la kat muncung bekas air tu. nasib baik ada senduk. :P
oh, habis pukul 1 lebih ek? sayangnya saya kena balik awal, kalau tak nanti kereta saya tukar jadi labu.
Ogos 11, 2010 10:33 PG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ogos 12, 2010 1:26 PTG
Aku cuma berjaya lalu jer, gagal singgah...
Ogos 12, 2010 1:27 PTG
Catat Ulasan
<< Home