Dalilah Tamrin (1 hari dan 1 minggu)
...dah satu hari dan satu minggu Dalilah tiada.
KOMA
Pada satu hari Cikgu Bakar Putih (di sekolah kami ada dua Cikgu Bakar, satu Putih dan satu lagi Hitam, panggilan itu mengikut warna kulit masing-masing, he he), menyuruh kami menulis karangan. Setelah siap, Dalilah bagi aku baca.
Pada pandangan aku, Dalilah adalah seorang penulis yang baik. Kausalitinya juga bagus. Cuma, logik ceritanya tidak berapa logik.
'...aku dilanggar oleh sebuah kereta. Aku tercampak ke dalam longkang. Pandangan aku semakin gelap. Aku pengsan. Tiba-tiba aku mendengar bunyi ambulan. Apabila aku tersadar, aku kini berada di hospital. Bla bla bla....'
"Kau pengsan," aku kata.
"Ya," Dalilah kata.
"Dah pengsan mana boleh dengar bunyi ambulan lagi," aku kata.
Dalilah berdekah. Aku berdekah. Kami berdekah-dekah macam di dalam dunia ni cuma ada kami berdua sahaja. [Aku tak ingat macamana Dalilah baiki karangannya itu].
KOMA
Dalilah masuk Kelab Wartawan Sekolah. Aku masuk Kelab Wartawan Sekolah. Kami dibimbing oleh Teacher Zuraidah Mohd. Dom (kini Prof Madya di UM). Dalilah menulis: puisi, karangan dan macam-macam lagi. Aku menulis: entah apa-apa. Untuk mengelakkan majalah 'Kewarta' kami jadi entah apa-apa, Dalilah suruh aku melukis grafiknya sahaja.
Aku rasa, dari sinilah Dalilah melatih dirinya menjadi seorang penulis yang baik.
Tapi, sejak dia belajar di UIA, seterusnya melanjutkan pelajaran ke USA, Dalilah tidak menulis lagi. Sehinggalah pada satu hari dia jatuh sakit, dan pada pendapat aku, Dalilah patut menulis semula sebagai terapi untuk dirinya.
KOMA
Kalau Dalilah sakit, masuk wad, aku akan segera datang menziarah. Sebelum datang, aku akan mandi bersih-bersih, aku akan berbedak, aku akan berminyak wangi, aku akan menyarung seluar baju paling kering, aku akan datang naik teksi ke hospital - untuk mengelakkan dari berpeluh - agar tidak dikerumuni bakteria/virus - supaya segala tok nenek binatang super halus itu tidak akan menyerang Dalilah (sebab, aku tahu, antibodinya telah kurang/tiada), kendatipun aku tahu bahawa hospital memang tepu dengan antiseptik. Kalau aku selsema atau batuk - aku tak akan datang.
"Ni, wangi-wangi ni, sebenarnya nak pergi mana," Dalilah akan tanya.
"Nak gi ngorat misi," aku akan jawab, berseloroh.
Dalilah berdekah. Aku berdekah. Kami berdekah-dekah macam di dalam hospital ni cuma ada kami berdua sahaja. [Tapi, memang betul, tanya sahajalah kepada Dalilah, misi tu siapa nama, misi ni siapa nama, dah kahwin belum, anak berapa, etc - Dalilah tahu semua.]
Aku tahu Dalilah sakit. Sangat sakit. Jadi, aku tidak mahu datang ke hospital dan menambah rasa sakit Dalilah. Selalunya, aku akan datang, pura-pura menjadi pak lawak, dan kami berdekah-dekah macam di dalam hospital ni cuma ada kami berdua sahaja. [Kalau earpiece-nya tercabut, dia akan berdekah-dekah lebih kuat lagi daripada aku, ha ha.]
Penat ketawa, aku akan ke kedai serbaneka hospital, beli sweetcorn, kami makan bersama-sama, dan berdekah lagi dan lagi dan lagi, macamlah Dalilah tak pernah sakit apa-apa.
Kebetulan, aku semacam mempunyai ekses tanpa had di hospital ini, bila telah lewat malam sahajalah baru aku pulang ke rumah, meninggalkan Dalilah yang masih gelihati [dan sakit], agaknya.
"Nanti, bila aku dah tak ada, kita dah tak boleh gelak-gelak macam ni lagi," Dalilah kata.
"HA HA," aku berdekah, cuba menyembunyikan rasa pilu, "Nanti, bila kau dah sihat sedikit, jangan lupa update blog ya!"
KOMA
Aku masih menyimpan nombor telefon Dalilah. Tadi, aku terasa macam mahu telefon dia. Tiba-tiba aku tersedar...
...dah satu hari dan satu minggu Dalilah tiada.
21 Comments:
Memori yang indah. Saya juga pernah begitu. Hampir menelefon orang yang telah tiada.Bila sudah dail, baru saya sedar.
=(
Tak apa,kita memang perlu berkabung sebentar.
Julai 27, 2010 12:01 PTG
sebuat catatan yang patut dicatat...
Julai 27, 2010 12:19 PTG
Rindu sungguh pada dia..
Julai 27, 2010 12:53 PTG
kadang kita teringat pada yang tiada. tapi jangan sampai kita abaikan mereka yang masih ada.
Julai 27, 2010 12:57 PTG
Salam Bro,
Saat ini, saya terasa ingin pengsan dalam pejabat. Terpuruk dengan emosi...
Saya benci diri sendiri, walaupun dokumen berselerak atas meja, mahkamah memaki-maki saya dalam telefon sebentar tadi, masih ingin klik ruangan Sinaganaga ini.
Sejak Dalilah pergi, setiap hari macam ketagih membaca blog saudara. Begini agaknya rasa si penagih heroin, sehari tak datang, gelisah serba tak kena. Macam ayam berak kapur.
Mungkin saya mencari Dalilah, atau orang-orang yang lebih mengenali Dalilah. Dan Alhamdullilah, saya jarang kecewa jika datang ke sini.
Lagi satu, saya rasa obituari saudara - Tidurlah Dalilah Tamrin - adalah yang terbaik yang pernah saya baca. Yang lain-lain langsung kedengaran kurang sempurna di telinga saya, termasuklah apa yang saya sendiri tulis tentang Dalilah. Pincang lagi sumbang.
Setiap pagi dan malam masih terbayangkan jenazah arwah, ketawa arwah yang orang putih kata "addictive", teringat wajah penuh keredhaan suami arwah, anak-anak arwah, rumah arwah...
Al Fathihah, sahabat. Tunggu aku di sana, Dalilah. Suatu hari aku akan pulang. Itu janji pasti.
Julai 27, 2010 1:25 PTG
tuhan lebih sayangkan dia.
Julai 27, 2010 2:28 PTG
gua baca entri nie.. lu buat gua sebak... gua nak tahu siapa dalilah ini. gua mesti tahu juga..
Julai 27, 2010 3:17 PTG
Masa kita hidup..Kita bergembira bersama-sama.Masa salah seorang dah tiada..Kita titipkan doa.Only friendSHIP cannot sink.
Julai 27, 2010 3:30 PTG
ala bang. sedih saya. blog kakak tu memang best. tak hairan kalau dia dirindui, sedangkan saya yang tak kenal langsung siapa dia pun, ada rasa something, ini pulak yang rapat dengan dia..
Julai 27, 2010 4:15 PTG
Bang, puasa nak dekat bang, marilah kita sedekahkan apa yang patut kat arwah.
Bila raya, hang jangan pulak buat entri sedih lagi pasai dia. Kang basah papan kekunci semua orang.
Julai 27, 2010 5:01 PTG
sepatutnya simpan untuk memoir kamu bedua. very touching.
Julai 27, 2010 5:19 PTG
menitik air mata aku baca entri kau bro. haritu aku tengok AKW-zmzarina tu, ada cerita kenangan pasal arwah.
mesti kau rindukan dia ek bro...
Julai 27, 2010 6:35 PTG
bang..
ko buatkan aku tersenyum dalam hati yang menangis lagi.
mungkin suatu hari..ko boleh abadikan satu maskara buat Arwah.
Julai 28, 2010 8:48 PG
berkongsi sedih.
Julai 28, 2010 11:41 PG
oitss.. buat aku nangis sahaja..
:(
Julai 28, 2010 12:45 PTG
sedar-sedar mata aku berair...
Julai 28, 2010 4:01 PTG
Biasa bro ... gua pernah terdail no telepon arwah mama gua .... ada cina angkat (sebab no tu dah ditamatkan perkhidmatan selepas mama gua meninggal).
mama gua pun meninggal sebab kenser. 4 tahun merana.
Julai 30, 2010 1:10 PTG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ogos 11, 2010 1:31 PTG
Lan, sedih juga baca entri ini. Sudah tulis di atas tadi, tapi kak ton padam sebab terlalu emosi. Kak ton pernah jadi macam dia, rasa sengsara dia. Mudah-mudahan Allah swt merahmati rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman.
Ogos 11, 2010 2:07 PTG
Uhuk uhuk..tak leh nak kata apa... tp, indahnya hidup ada teman dan sahabat mcm kalian berdua kan...
MushroomCute
Ogos 12, 2010 2:04 PTG
Kak Etan,
Laaa, saya baru terbaca komen akak ni! :)
Cendawan Kiut,
:)
Ogos 16, 2010 3:02 PTG
Catat Ulasan
<< Home