"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

14 Julai 2010

Sandiwara Musim Luruh

Hari itu, hari dalam musim luruh yang paling diganggang dingin.

Aku di dapur. Sedang membuka sebuah bungkusan yang baru tiba dari Malaysia. Kemudian, Miyuki mendatangi aku dari belakang, menyangkut dagu runcingnya ke dalam lekuk selangka aku dan bertanya, "Kore wa nan desu ka?”

“Bifu”, aku cakap, akhirnya, setelah lama terkial-kial mencari perkataan 'daging lembu' paling tepat dalam bahasa Jepun yang sebetulnya adalah gyuniku.

“Dendeng bifu!” aku cakap lagi.

“Din-ding?” Miyuki cuba cakap, mengikut apa yang aku cakap, “Din-ding? ... Wall???”

Ketika aku sedang hendak menyuap sekeping daging dendeng itu ke mulut - Miyuki menahan - pot pet pot pet dia beritahu bahawa di dalam rumah ini ada banyak lagi makanan lain yang boleh kami makan selain daripada makan dinding.

Lamaaaaaaaaaaaaa kemudian, Miyuki mengekek dan aku sempat cubit pinggang dia dan cakap, "Ada yang nak kena ni!” sebelum dia cepat-cepat lari masuk ke dalam bilik sambil membetul-betulkan blaus merah telukinya dan cakap, “Buek!”

Dan. Aku. Masih di dapur. Menggerogot daging dendeng.

Hari itu, hari dalam musim luruh yang paling diganggang dingin.

12 Comments:

Blogger Unknown said...

bos, ko folo tak dia masuk bili untuk main buek-buek tuh?

Julai 14, 2010 1:33 PTG

 
Blogger Verdict said...

manja2 pulak dah....

Julai 14, 2010 1:52 PTG

 
Blogger FARYN said...

pitammmmmm ...hahahaaa

Julai 14, 2010 2:04 PTG

 
Blogger asuhara sue said...

ya betul ini sandiwara....dorama...

Julai 14, 2010 4:00 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Jim,
Tak. Aku leka makan bifu dendeng.

Fiq,
Ngeh ngeh.

Far,
HA HA.

asu,
Hu hu.

Julai 14, 2010 4:16 PTG

 
Blogger Bijen M. said...

Mengundang kontroversi macam Arja Lee ni.

Julai 14, 2010 6:01 PTG

 
Blogger Corey said...

Skandal? Ops..nak kena menetap kat oversea sampai cerita ni sejuk baru balik rumah kat M.O...

p.s: Hideyoshi apa cerita?

Julai 14, 2010 6:35 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Bij,
Ha ha.

Kori,
Hideyoshi ada. Lepak macam selalu-selalu.

Julai 14, 2010 6:54 PTG

 
Blogger Bukan Sepet said...

pergh.. feeling feeling...

ngado ngado eh...
Dinding tu kendian leh makan apa?

buek yo!

Julai 15, 2010 1:00 PTG

 
Blogger JHaZ KiTaRo said...

salam.. blog hopping.. kalau mau baca ttg Malta & other countries, jemput lompat ke blog hamba, Aku Sebutir Pasir.. :)

Julai 15, 2010 4:44 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Sep,
HA HA.

Jhaz,
Okeh.

Julai 16, 2010 8:41 PG

 
Blogger Abesa007 said...

apa jadi dengan dagin dendeng tu? sape yang kirim? tok lebai sebelah kampung dua titi ek?

Julai 16, 2010 7:40 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home