Lagenda Rashid Bulan - Bab 4
Matahari jam sembilan telah mengambil tempatnya. Malam tadi hujan. Maka, padang berpasir itu menjadi sedikit lembap. Ini memungkinkan permainan yang akan berlangsung sebentar sahaja lagi akan menjadi sedikit lembab. Ayam jantan milik setinggan di tepi pagar Sekolah Pandai itu berkokok bukan kerana hari telah siang dan ia terlewat bangun - tetapi kerana pada pagi ini sahaja ia telah berjaya menyetubuhi tiga ekor ayam betina. Haslina Anuar yang kebetulan baru sahaja selesai kelas Sains Rumah Tangga menghulurkan sepotong kek berbungkus kertas tisu kepada budak lelaki berambut afro di tepi padang. Dan, pada kertas tisu itu ada tertulis, "Main betul-betul ya! Dash - Alin. PS - Putus tali boleh di sambung koma putus kasih dot dot dot."
Cikgu Razali mengeluarkan duit syiling dari poket seluarnya.
"Kepala atau parlimen?" tanya Cikgu Razali.
"Kepala!" kata Rashid Bulan.
"Parlimen!" kata Ramli Ishak.
Rashid Bulan merata-ratakan rambut kobisnya. Cik Razali membaling duit syiling ke langit dan apabila duit syiling itu jatuh ke atas belakang tangan kirinya - dia menekup duit syiling itu dengan tapak tangan kanannya cepat-cepat. Kemudian, dia membuka tapak tangan kanannya itu seperti lagak seorang ahli silap mata. Empat biji mata ketua pasukan bolasepak bagaikan mengitai-ngintai ke ruang di antara kedua-dua belah tapak dan belakang tapak tangan Cikgu Razali.
"Kepala!" kata Cikgu Razali, "Bola atau padang?"
"Padang!" kata Rashid Bulan.
Cikgu Razali menyilangkan kedua-dua belah tangannya ke arah yang berlawanan. Kedua-dua pasukan bertukar bahagian padang. Banyak pemain yang bersungut.
"Ceh! PE 45 minit pun nak main tukar-tukar padang! Buang masa betullah!" kata Hairil Jaslan, pemain paling loher sekali di padang. "Main terus sahajalah, wehhhhhh!"
Rashid Bulan buat-buat tak tahu sahaja dengan rungutan itu.
bersambung...
15 Comments:
hampehhh
haha
Julai 01, 2010 9:12 PG
merungut-bersunggut-sesungut-senggugut...
Julai 01, 2010 9:33 PG
umang aihh beria-ia bebenooo!
Julai 01, 2010 10:18 PG
hehehehehe, ok la tuh.
Julai 01, 2010 10:31 PG
tu baru nak mula tu ,.. belum masuk bab game lagi ... saspen saspen
Julai 01, 2010 10:36 PG
Dug,
:)
Mora,
Selamat pagi cikgu!
Ok, kesalahan ejaan telah diperbetulkan. He he.
Asu,
World Cup la katakannnnnn!
Picis,
:)
Hamb,
Nantikan sambungannya!
Julai 01, 2010 11:53 PG
aiyoh lambatnya nak main!!
Julai 01, 2010 12:01 PTG
tau main ke tak nie..?
kompius..
Julai 01, 2010 12:03 PTG
rashid memang star.
Julai 01, 2010 12:29 PTG
Baby,
Sabar!
Fiq,
He he.
Iz,
Ngeh ngeh ngeh.
Julai 01, 2010 1:58 PTG
bila nak stat game nih? world cup pun dah nak final...
Julai 01, 2010 4:42 PTG
hah suspen. sambungan plis.
Julai 01, 2010 8:24 PTG
Padang belah sana ada luck ke? Atau mika dah pasang jerangkap samar?
Julai 01, 2010 9:42 PTG
Abe,
Tak tahulah bila nak start. :)
Sux,
Soon. :)
Kori,
Rashid BUlan tak mahu berdepan dengan matahari. :)
Julai 02, 2010 8:33 PG
Kena ikut prosidur rasmi.
Biar mainnya nanti tak seberapa mana.
Gaya profesional kena ada.
Baru macam liga Malaysia.
Julai 04, 2010 7:36 PTG
Catat Ulasan
<< Home