"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

01 Jun 2010

Menjelang PRU13: Gostan

Gedegup!!!

Mat Trompet memanjangkan tengkuknya. Begitu juga dengan Wak Merah-Merah Taman Kok Doh, Mamang Sulan, Pak Akop, Usop Ludin Tanah Lot, dan Karim Driving School. Yang tak ada pada hari kejadian - Cina Goh dan Haji Dua Kupang. Sebab, Cina Goh masih memungut hutang mesin jahit Singer di serata pelusuk kampung. Sebab, Haji Dua Kupang masih belum pulang sejak semalam. Semalam, ada Merc ambil dia di rumah dan bawa dia keluar entah pergi mana.

Rupa-rupanya tayar lori bawa gas Sami Wel Wel dah terjerlus ke dalam pasir. Memang kampung Stingarden itu dibangunkan di atas bekas tapak lombong, berpasir; tayar kenderaan mudah terjerlus.

Veruuuufp! Veruuuuuuuuufp! Veruuuuuuuuuuuufppp! Bunyi tayar lori bergeser dengan pasir. Tetapi, lori itu tidak juga berjaya lepas daripada tersekat di situ.

"Guna gear gostan-lah, Sami!" laung Mat Trompet, "Gostannnnnn!!!"

"Jalan harus ke hadapan, Mat!" laung Sami Wel Wel, "bukan ke belakang!"

Mat Trompet menepuk dahinya. Begitu juga dengan Wak Merah-Merah Taman Kok Doh, Mamang Sulan, Pak Akop, Usop Ludin Tanah Lot, dan Karim Driving School. Yang tak tepuk dahi pada hari kejadian - Cina Goh dan Haji Dua Kupang. Sebab, Cina Goh masih memungut hutang mesin jahit Singer di serata pelusuk kampung. Sebab, Haji Dua Kupang masih belum pulang sejak semalam. Semalam, ada Merc ambil dia di rumah dan bawa dia keluar entah pergi mana.

Label:

20 Comments:

Blogger pshaik said...

Hai...nice post.....

Jun 02, 2010 1:10 PG

 
Blogger .:HalogAmora:. said...

"ada kala dan ketika kene stop, gostan sekejap utk pastikan perjalanan kehadapan terus lancar"

eh, sami guna minyak apa? kalau petronas sure lancar punyeeeeeeee. ha ha ha

Jun 02, 2010 8:36 PG

 
Blogger Corey said...

Kalau paksa juga...axle boleh tercabut weh...kena slow slow.

Jun 02, 2010 9:41 PG

 
Blogger Hambali ® said...

Sami memang jalan ke depan tapi dia masuk jalan yang ada sign board "no way" .... tu yang jiwa kacau

Jun 02, 2010 10:32 PG

 
Blogger Bukan Sepet said...

Buleh kut.. nak lepaskan tayar lori dari pasir; kedepan pun boleh, belakang pun boleh. Cara aja nak kena betul.

Masuk gear dua. Bubuh daun pisang/batang pisang lunyai kat depan belakang tayar tersangkut tu. Gerenti up. (Batang pisang buat robot tu hari ada lagi?)

Tapi, kut payah benar, tukar aja drebar tu. Kasi yg tau buat. Abis citer.


.

Jun 02, 2010 11:33 PG

 
Blogger Melissa With Poetry said...

hahahahaha, ini kelakar macam salah satu iklan kat tv jer bunyi yer.

Jun 02, 2010 12:27 PTG

 
Blogger Lady SharpShouter said...

haha.sinis sungguh bang naga.dah dia sendiri taknak gostan, habis kelam kabut org lain. hehe

Jun 02, 2010 12:45 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Shaik,
:)

Amor,
Minyak diesel cap kelapa laut Afrika. Ha ha.

Kori,
Berapa slow? Ha ha.

Hamb,
HA HA.

Sep,
Batang pisang hok buat robot itu hari dah guna untuk buat Iron Man. Ha ha.

Mel,
HA HA HA. Tapi, bukan iklan James Wong sumbat gol tu kan, kan, kan? HA HA.

Lady,
Kalau suruh kelindan yang pandu - ok kot, weh! HA HA.

Jun 02, 2010 2:31 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

baca entri abang naga terasa macam baca komik, dianya sound effect yg tak tahan tu, haha

Jun 03, 2010 9:43 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Dug,
HA HA.

Jun 03, 2010 12:27 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

ada orang tua tersangkut motor kat pasir kat pantai... dia duk prenggg preeengggg preeenggggg tak dapat-dapat lepas...

aku gi saun dia... pakai giar satu la pakcik...

dia marah aku balik... giar satu!!! giar tiga pun tak leh nak pegi jugak nihhhh...

mongok... :P

Jun 03, 2010 2:09 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Chik,
Tayar kete aku pernah sangkut kat pantai hok ada kubu British kat dalam laut tu - Pantai Sabak ke PCB entah!

Penuh la parking - sampai hujung takdok parking - hajat hati nok kona ja - sangkuk!

Jun 03, 2010 2:14 PTG

 
Blogger Corey said...

Ooo..clutch lepas slow-slow,tak boleh lepas habis.Kena bagi balance ngan minyak..Kalau nak senang , pasang winch..Hehe

Jun 04, 2010 10:17 PG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Aku dok tengah bayang macam mana bunyi tayar tu. Nak buat soung efek pakai suara gerenti tak menjadi punya.

Jun 04, 2010 2:43 PTG

 
Blogger Sindiket Soljah said...

Kori,
Ha ha.

Khal,
Macam bunyi harddisk tengah reboot! Ha ha.

Jun 04, 2010 5:38 PTG

 
Blogger ramlee said...

sinis. haha

Jun 05, 2010 5:09 PG

 
Blogger the sastraboy said...

prinsip apa la dia pegang.haha.

undur selangakah untuk berlari ratus-ratus langkah.apa salahnya kan.haha.

*tiba-tiba rasa skema gila komen aku*

aha!

Jun 06, 2010 4:48 PTG

 
Blogger kodok said...

sami pun berkata
'apa bai? sendiri mau ingat...apa bai? sendiri mau ingat'

Jun 07, 2010 10:28 PG

 
Blogger Sindiket Soljah said...

Ram,
Sin.

Aboi,
Skema!

Kod,
Ha ha.

Jun 07, 2010 12:16 PTG

 
Blogger pakpai ... said...

bukan cina goh sudah masuk syulege ka...

Jun 11, 2010 12:06 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home