Demam Maskara Showcase berterusan
TRIVIA
1. Hujan yang mencurah turun lewat jam tiga sedikit sebanyak membantutkan kerja-kerja persiapan tempat dan kerja-kerja penalaan sistem audio dan lampu.
2. Kereta abang Pyanhabib dikapit (clamp) oleh Vovin kerana menghalang kerja-kerja persiapan tempat. Lain kali kalau nak pergi mana-mana - tinggakanlah kunci kereta pada kami!
[Gambar oleh Abdul Dollah Jones]
3. Pada usianya yang ke dua puluh satu, bagaikan anak gadis baru mendapat 'kunci', buat pertama kalinya Maskara Shorties menggunakan wakaf di perkarangan Rumah PENA sebagai pentas.
4. Fynn Jamal kata, "Tempat ni cantik sangat!"
5. Buat pertama kalinya anggota Sindiket Sol-Jah menggunakan dua unit walkie-talkie untuk berkomunikasi. Sehingga kini Spyz masih gagal untuk mengubah channel selain channel 1 - asyik bertindan dengan channel walkie-talkie pihak polis dan pihak lori tunda sahajalah nampaknya ni. Kendati pun begitu, kami akan menambah dua unit lagi pada masa akan datang.
6. Azzam Supardi, Jigo dan OP bertindak sebagai penyerang (mengkoordinasikan parking) pada malam itu sehingga nyaris dikejar oleh 'pakcik' Rumah GAPENA. HA HA.
7. Sinaganaga dan Spyz bertindak sebagai pemain tengah (ke hulu ke hilir, tak tahu apa mereka berdua buat) pada malam itu. Yang pasti, mereka berdua pung pang pung pang hisap rokok.
8. Pipiyapi dan Zan 'Bassit Untuk Disewa' bertindak sebagai pemain pertahanan (jurutera bunyi) pada malam itu. Kudos kerana ini sistem bunyi terbaik untuk Maskara selama ini.
9. MatJan dan Daniyal 'Sol-Dadu' sebagai pemain simpanan (pegawai perniagaan buku-buku terbitan Sindiket Sol-Jah) pada malam itu.
10. Ini kali ketiga Maskara dijuruacara oleh wanita. Yang pertama ketika Maskara Ladies Night. Yang kedua oleh juruhebah KLfm (jika tidak salah saya). Dan, Maskara Showcase dijuruacarakan oleh seorang gadis solid-molid, Marini Rafar. Kendatipun tersasul dengan cakap Terengganunya - dia memang hip pada malam itu. Pergh! Dengan ini kami isytiharkan Marini Rafar akan menjadi juruacara majlis Maskara sampai bila-bila. Humcha!
11. Tiga botol besar air mineral ditaja oleh Jasdi 'Tentang Seseorang'.
12. Kopi Tongkat Ali ditaja oleh Luka De Ketiak. Luka De Ketiak dan Haan juga telah menyediakan kopi tersebut.
13. Jurugegas Elektrik pada malam itu adalah Basri Mohd Nor.
14. Persembahan Benjamin Hasni diiringi petikan gitar Flying V temannya. Superb!
15. Tri kata, "Lagu AKU ni Lan 'Sinaganaga' yang minta aku nyanyi. Lagu ni bukan pasal aku. Lagu ni pasal 'aku'an." Tri memang magis! Tak tahu nak cakap apa dah... memang magis!
Ketika Tri membuat persembahan - sistem lampu limpah telah mengalami sedikit kerosakan teknikal. Masalah dapat diselesaikan oleh jurugegas elektrik ketika Tri kata, "Sekian terima kasih!"
16. Asmidar Ahmad yang "Bang Naga, saya neveslah!" bagaikan melepaskan geram [menyanyi] ketika menyampaikan tiga buah lagu pada malam itu. Suara gemerciknya memukau penonton-penonton. Apa lagi yang hendak kita cakapkan lagi tentang kehebatan gadis genit ini, aduhai! Superb!
Fynn Jamal kata, "Aduhai! Dahsyatnya kawalan suara diaaa!!!"
17. Airmas telefon - sesat jalan. Fadzly Rahman telefon - hampir sesat jalan. Airmas sampai dan parking kereta di hadapan jerat Cina, ha ha.
18. Fadzly Rahman dan kawan-kawan memang rockin' habis pada malam itu. Pemain gitar utama mereka yang turut menyanyi pada malam itu kata, "Saya neves, bang! Tak pernah lagi nyanyi di hadapan orang ramai ni!"
19. Meor, RS Murthi dan Paul pun turut rockin' pada malam itu. Meor dan RS Murthi sampai putus tali gitar.
"Orang putih pun dah datang MASKARA!"
[Gambar oleh Abdul Dollah Jones]
20. Airmas import Nik Javid sebagai pemain harmonika. Nasib baik dia tak main lagu Semilu - lirik oleh Sinaganaga tu. HA HA.
Airmas didatangkan khas dari Sungai Siput. Dan, dia dan kawan-kawannya balik ke Sungai Siput pagi tu juga (selepas pekena teh taerk di kedai Mamak bersama-sama komrad Sindiket Sol-Jah).
21. Sistem bunyi Maskara Showcase malam itu (berbekalkan beberapa amp pinjam oleh Zan) mengalahkan sistem bunyi konsert Dabel Trabel, HA HA.
18 Comments:
gua bawak otak2, kopok lekor lu tak sebut pon...haha.mesti sebab lu tak merasa kan..hehe
Mei 09, 2010 4:38 PTG
Nazri,
Cilakak! Macamana gua boleh tak merasa semua yang lu bawak tu? Sampai hati demeh tak ketepikan untuk gua. *sob* Oh, otak-otak....
Mei 09, 2010 5:17 PTG
otak-otak....
aku tak merasa...
aku nak cari batu belah batu bertangkup aa
Mei 09, 2010 5:31 PTG
Asmidar buat saya terapung di awangan.... aaaaaaaaaaaaa
Mei 09, 2010 5:51 PTG
ngehe..kak fynn..len kali..shorties2..
Mei 09, 2010 5:58 PTG
Fynn,
Eh, sebelum kau masuk ke dalam Batu Belah Batu Bertangkup - tinggalkan susu kat atas daun dulu weh! Wakakakakaka...
Far,
Ya la. Serius terapung!
Mei 09, 2010 8:32 PTG
Abang Naga,
Kalau Cath datang, kira Orang Putih ke Orang Malaysia, rasa-rasanya..???
Mei 09, 2010 10:08 PTG
bang pyanhabib ni mengada. suka hati dia je nak park merata. kan kan naga kan?
Mei 09, 2010 10:39 PTG
asmidar = songbird.. nyaris buat aku climax :-)
Mei 10, 2010 6:43 PG
Cat,
Kau Cina Mat Saleh. Ha ha.
Dila,
Yang kononnya kereta sangkut kat lumpur tu lagi ngada2! Ha ha ha ha ha.
Spyz,
WoooooOOOooooOOoooahhhh! :)
Mei 10, 2010 8:38 PG
Aku nak pulang wayar jack Asmidar!
Mei 10, 2010 8:47 PG
gua tak kodi sebab gua datang maskara.
hahah.
Mei 10, 2010 10:59 PG
Aku pun nak taja jugak. Macam mana?
Mei 10, 2010 11:54 PG
Zan,
Bisa saja pak!
Far,
Yey!
Khal,
Meh la datang sini!
Mei 10, 2010 12:22 PTG
mana pulak nak beli t-shirt 'gua tak kodi' tu?
Mei 10, 2010 4:43 PTG
t-shirt 'gua tak kodi' tu pakai gi kenduri kawen best gak tu
Mei 10, 2010 5:09 PTG
Dug,
Coming soon! :)
Kemat,
Ha ha.
Mei 10, 2010 8:32 PTG
suka asmidar... airmas.. meor tentunya.. ahh.. dan semualaaa.. :)
Mei 12, 2010 9:27 PTG
Catat Ulasan
<< Home