Suatu petang, kami mencari Melayu
"Baca buku sahaja tak cukup... kena berguru juga, sheikh!" kata ustaz Hamka sambil menjamah nasi berlauk ayam goreng kunyit kesukaannya.
KOMA
Adakalanya, apabila keadaan mula mendesak dan menghimpit, manusia akan mula mencari-cari. Kita akan mencari-cari jawapan kepada sebab dan akibat. Kita akan mencari-cari jawapan kepada persoalan 'siapa kita sebenarnya'. Kita akan mencari-cari jawapan kepada persoalan 'kita ini Melayukah'. Kita akan mencari-cari jawapan kepada persoalan 'apa itu Melayu sebenarnya'. Dan perbagai persoalan-persoalan lain yang kita pun tak berapa pasti persoalan dan jawapannya, alahai!
Adakalanya, kita rasa macam kita telah menjumpai jawapan kepada persoalan-persoalan kita tadi. Makanya, kita akan menerapkan segala kepercayaan itu ke dalam kehidupan seharian. Dan, kita namakan hal ini sebagai jatidiri. Jatidiri kita adalah jatidiri Melayu!
Kemudian, apabila kita berkarya - kita akan menerapkan nilai-nilai keMelayuan [yang kita rasa kita dah jumpa jawapannya] itu ke dalam karya kita. Kita akan menerapkan motif flora seperti pucung rebung, pucuk paku, pucuk pakis, pucuk labu, pucuk betik, pucuk turi, dan segala macam tok nenek pucuk ke dalam seni tampak kita. Dan, kita akan menerapkan motif fauna seperti pakaka, helang menyonsong angin, nagasasra, ayam patah kepak, pari mudek, dan segala macam tok nenek mergastua ke dalam seni tampak kita. Tidak cukup dengan itu, sebagai orang Melayu tulen, kononnya, kita akan menerapkan motif-motif alam seperti awan larat, buih ombak, dan sebagainya juga.
Nah! Akhirnya kita namakan karya kita yang menerapkan nilai dan motif itu tadi sebagai, 'Hah! Ini barulah [lukisan] Melayu!'
KOMA
"Melayu ni bukan bangse, tetapi prinsip kehidupan! Arrahman arrahim dalam bismillah tu mok ayoh kite!" kata seorang teman yang kononnya telah menjumpai jawapan kepada persoalan 'apa itu Melayu'.
Semak punya semak, check list punya check list - banyak ciri-ciri keMelayuan seperti yang diperkataankan itu tiada dalam diri kami.
"Kita ni bukan Melayu gamoknye, Dolloh!" kata aku.
"Ho la!" kata Abdulloh Jong.
"Habih tu... kita ni Mat Saleh ke, Dolloh?" tanya aku.
"Dok! - Kita ni Jakun!" jawab Abdulloh Jong.
Lepas tu Abdulloh Jong melukis dua butir kerandut tak sama tinggi dan aku... pung pang pung pang menghisap rokok, lepas satu batang ke satu batang yang lain. Dalam kepala - 'aku nak lukis keMaluanlah'!
20 Comments:
Melayu isap rokok daung je, boh.
First?
April 27, 2010 10:11 PTG
Hana suka ini.
April 27, 2010 10:43 PTG
hahah
suka ini juga
April 27, 2010 11:02 PTG
hahah..i pun suka
April 27, 2010 11:08 PTG
Jakun termasuk dalam suku kaum Proto Malay..dipercayai bermigrasi dari tanah besar cina ribuan tahun dulu
Lu nak jadi orang asal ke jend?
April 28, 2010 12:26 PG
Jend, aku rasalah, ini yg aku rasalah. identiti bangsa, kumpulan, atau individu sendiri adalah proses. berevolusi (tak de lah sampai jadi monyet). Tapi tidak berhenti pada satu2 kesimpulan.
dan serius, byk2 pucuk yg disebut, pucuk rebung ja aku pernah tengok.
April 28, 2010 3:36 PG
ada banyak pucuk. tapi pucuk muda juga jadi pilihan. tak ada kena mengena dengan entri.
April 28, 2010 7:03 PG
kami bukan melayu ..
kami hanya rumpun melayu ..
so kurang jatidiri
or karya melayuan..
only
biras biras melayu
or bau bau bacang jer ..
hahahha
April 28, 2010 7:41 PG
KeMaluan meLayu.
:)
April 28, 2010 8:29 PG
Nonee,
Oooo, patutlah Zaki Zainol hisap rokok daun. :)
Hana,
:)
Far,
:)
Nad,
:)
Zan,
Bukan nak jadi - gua rasa gua ni Jakun. :)
W,
Pucuk dicita ulam mendatang. :)
Kelm,
HA HA HA.
Ym,
Mmm, kedengarannya macam ajaran sesat jeeee! :)
Bij,
HA HA HA.
April 28, 2010 8:33 PG
orang UMNO kan Melayu..or PERKASA
April 28, 2010 10:42 PG
ahah!suka, suka dan suka.
tapi banyak sangat pucuk. jangan mati pucuk sudah. baru betol malu!
April 28, 2010 11:00 PG
'melayu' terus melayu ke?.. tak boleh jadi.
April 28, 2010 12:00 PTG
Art,
PAS, PKR, etc pun Melayu juga. :)
Par,
He he he.
Pen,
:)
April 28, 2010 1:43 PTG
mengembaralah untuk mencari keMelayuan itu. wassalam.
April 28, 2010 2:41 PTG
salam encik sinaganaga. sy merupakan salah seorang pelajar di ASWARA di mana encik sinaganaga pernah memberi ceramah tentang rekaan kulit depan karya novel di ASWARA. sy ingin bertanya kepada kepada encik sinaganaga, bolehkah saya belajar mencipta kulit depan daripada encik sinaganaga kerana saya berminat sekali untuk mempelajarinya. jikalau encik sinaganaga ingin hubungi saya, sila ambil no hp sy dan email sy
no hp: 0173381310 - ahmad fuad ab rahman
email: edywonka89@yahoo.com
April 28, 2010 2:53 PTG
Jah,
Aku sibuk. Banyak kerja. Tak bolehlah untuk mengembara. :)
Eizan,
1. Bila Aswara dah ada bajet semula nanti - mungiin Encik Riduan akan bincang dengan saya - kita adakan beberapa siri Bengkel Pembuatan Buku (Book Making Workshop) ke hape ke....
2. Kalau ada ramai yang nak belajar - saya boleh cari masa untuk buat kelas - tapi, akan dikenakan yuran minima. :)
April 28, 2010 5:14 PTG
Pulak dah...
kok nak melukis payah bonar ko ni jang oi? Sampai nak jadi Jakun segala... Krisis identiti betul!
eh, jalan Melayu dah lamo ado kek kolumpo tu kan? kalau tak tau aku leh kasi koordinat GPS.
April 28, 2010 5:19 PTG
ngelah tu wane jadi abdullong jong tuh??
April 29, 2010 3:59 PG
kadang-kadang kita berasa MALU nak mengaku kita MELAYU dek kerenah falsafah dan fiil yang bukan-bukan pasal MELAYU, oleh MELAYU.
fauziah latif bilang: teratai layu di tasik madu.
saya bilang: melayu layu di tanah melayu.
April 29, 2010 10:19 PG
Catat Ulasan
<< Home