"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

30 Mac 2010

Seputar PBAKL 2010 - Trivia

"Uhuk!" - Puan Ainon demam selsema dan batuk.

"Buku saya merata-rata di PBAKL pada kali ini!" - Nisah Haron.

"Muka saya merata-rata di Facebook pada kali ini!" - Sinaganaga.

Buku Karipap-Karipap Cinta tulisan Nazri M. Annuar SOLD OUT di PBAKL kali ini! Sekarang, bukan sahaja dia sudah femes, malah dia kini telah menjadi kaya-raya.

"Buku Stingarden tulisan Sinaganaga sikit lagi nak sold out - berbaki 2 naskhah!" - Syafiq, editor PTS.

"Stingarden adalah Pipiyapong di era 70-an; menyambung citra Mat Som dari pandangan mata anak dan remaja. Satu singkapan urban yang menempelak jujur dan sengih dalam keadaan serba daif pada zaman itu. Tahniah!" - Fadli al-Akiti.

"Dah tulis nama pada borang kedatangan?" - Ain, editor PTS yang menjaga hal ehwal sakit pening saya semasa 'bertugas' di booth PTS. Aaa, boleh dapat elaun kedatangan ke ni, Ain?


"Buku ni [Stingarden] cerdik!" - Mamat Khalid, pengarah filem yang melancarkan sayembara novel humour PTS dan seterusnya melancarkan 3 buah buku humour terbitan PTS yang sedia ada.


Awek, Jay, dan Roy di majlis pelancaran sayembara novel humour PTS.


Anak Kak Halilah. Tak tahulah yang mana satu, yang lelaki atau pun yang perempuan. *ahaks*


"Ingin Jadi Nasrallah adalah buku sajak dengan pendekatan baharu! Saya suka!" - SN Anwar Ridhwan, di majlis pelancaran buku tulisan Faisal Tehrani.


Petugas-petugas AmeenBooks yang mesra.


[Foto diambil dari blog Faisal Tehrani]. Entah apa yang kami bualkan sehinggakan tidak sedar tetamu lain sudah turun dari pentas.

"Faisal!" kata saya, "Apa gila kita berdua sahaja yang masih berborak di atas stage ni!" kata saya sambil memberi isyarat dengan mata - memberitahu yang orang banyak di tingkat atas sedang memerhatikan gelagat kami.

"JOM, JOM, JOM, JOMMMMM!" kata Faisal Tehrani.


Pro-Thaksin.

13 Comments:

Blogger Unknown said...

kalau dah femes kene masuk majalah URTV lah. boleh bergambar dgn nora danish hahaha

Mac 30, 2010 2:59 PTG

 
Blogger asuhara sue said...

ingatkan cowboy mana le baca buku tuuu

Mac 30, 2010 4:06 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

2 kali aku ke PBSKL tapi tak dapat jumpa kau...

Mac 30, 2010 5:42 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

silap PBAKL...

Mac 30, 2010 5:44 PTG

 
Blogger Firol said...

gambar last tu memang lahh..sah baru balik Thai

Mac 30, 2010 6:19 PTG

 
Blogger Norizwan Azlan said...

kalau saudara nazri dah kaya raya,mungkin lepas ni patut tulis buku guna nama kuih yang mahal mahal pulak la.pasti lebih kaya lagi.hahaha!

Mac 31, 2010 4:06 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Amora,
Majalah HAI lebih femes!

Asu,
Ha ha.

Purp,
Kenapa tak telefon dulu?

Fir,
Ha ha.

Izw,
Apa kuih paling mahal la ni?

Mac 31, 2010 8:50 PG

 
Blogger artisticklytouch said...

aku pun tak dapat jumpat kau..

eh, silap!!

kau tak dapat jumpa aku..

Mac 31, 2010 10:43 PG

 
Blogger Unknown said...

bagus2..

Mac 31, 2010 11:10 PG

 
Blogger Penanam Sayur said...

bahu saya masuk gambar!!!

Mac 31, 2010 3:12 PTG

 
Blogger fadz said...

wahh, terharu masuk sini,, tapi tu mmg jujur.. tergelak bagai bila mula halaman 1.

Mac 31, 2010 6:05 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Fadz,
*senyum lebar*

April 01, 2010 10:21 PG

 
Blogger Ainn Ngainon said...

Tuan Sinaganaga.
I'm blog hoping, singgah on yours!
^___^

April 11, 2010 6:00 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home