Cuti sekolah - aku balik ke rumah Mak Long Lijah di Pasir Besar 3
Balai Polis Pasir Besar tu terletak di atas sebuah bukit. Di kiri dan kanannya menempatkan dua buah rumah kelamin untuk dua orang anggotanya. Di hadapannya terdapat beberapa buah baldi besi berwarna merah yang berisi pasir dan bertulis perkataan API. Ya, di zaman itu, mana-mana balai polis yang dibekalkan dengan fire extinguisher adalah balai polis yang hip. Makanya, Balai Polis Pasir Besar tak hip!
Balai Polis Pasir Besar itu mempunyai dua ruang beroprerasi. Ruang yang pertama, menempatkan meja untuk menerima dan merekodkan pelbagai jenis laporan yang dibuat oleh orang kampung (seperti kematian, kelahiran, kecurian, kambing hilang, ibu jari Nuar kudung kena sabit, dan lain-lain). Di belakang meja ini terdapat sebuah ham radio yang Pak Long Syarif selalu guna untuk, "Aaaa, bola rakit, bola rakit..." dengan balai polis di sekitar Negeri Sembilan.
Ruang yang kedua, adalah sebuah bilik yang digunakan sebagai bilik soal siasat, bilik tahanan sementara, bilik merotan budak-budak nakal, dan bilik orang bersunat. Di dalam bilik ini juga terdapat sebuah almari yang menempatkan alat tulis untuk kegunaan Balai Polis Pasir Besar. Antaranya adalah kertas taip dan kertas karbon.
Dulu-dulu, bukannya ada kelas tusyen. Jadi, Pak Long Sharif selalu kepilkan kertas taip ke mesin taip dan kami buat latihan 'spelling'. Pak Long Sharif say. Aku spell. Pak Long Sharif say. Aku spell. ... (repeat till fade). Kalau betul semua - Pak Long Sharif akan belanja aku roti canai double kat Gemas.
"Ejaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... Sharif Madon!" kata Pak Long Syarif.
Tek! Tek! Tek! Aku taip.
S H E R I F F M A D O N
Aiseyman! Satu sudah salah eja. HA HA.
Label: Cuti Sekolah di Pasir Besar
16 Comments:
Woo...kembali ke zaman liquid paper 'calit' masih berleluasa...tek tek tek..
eh...ehhh..first ke ni? :)
Mac 18, 2010 10:01 PG
Kori,
Zaman ni - liquid paper pun tak ada lagi. Kalau salah - kena padan guna rubber pen. Eh, kau tahu tak rubber pen tu macamana rupanya? HA HA.
Mac 18, 2010 10:11 PG
mesin taip tu.. kalau terpeleot jari, termasuk celah2 huruf tu.. huhuhu
Mac 18, 2010 10:30 PG
teringat ayah aku isikan borang nak masuk kolej pakai mesin taip.
"baru kemas sikit..."katanya
Mac 18, 2010 11:30 PG
"Aaa, bola lantun, bola lantun..."
Mac 18, 2010 11:52 PG
madon na??
Mac 18, 2010 1:51 PTG
Baby,
Ho!
Mel,
:)
Far,
HA HA.
Pap,
"Masukkkkkkkkkkk!"
Chik,
:)
Mac 18, 2010 2:04 PTG
say yes. aha aha...
Mac 18, 2010 10:33 PTG
cepat lah sambung part 4 pulak....i like
Mac 18, 2010 11:45 PTG
rubber pen dah jadi barang rare ke?
rubber pen jenama 'pelikan' kaler biru mungkin semakin 'pelik' masa kini.
Mac 19, 2010 4:50 PG
Amin,
Yes! Ha ha.
Nad,
:)
Wahyun,
Rubber pen - jenama Pelikan, warna putih sebelah dan kelabu sebelah. Putih untuk padam pensil, kelabu untuk padan pen.
Mac 19, 2010 8:54 PG
aku ada sijil menaip. rare sijil ni ye tak?
Mac 19, 2010 11:35 PTG
encik dug - fuh! mak gua ada sijil dari institut trengkas malaysia. ntah ade lagi ke tak institusi tu.
Mac 22, 2010 12:07 PTG
pemadam pelikan dwifungsi - lagi rare! haha
Mac 22, 2010 12:08 PTG
aku sangat ingat lagi baldi besi yang ada tulis 'API' tu, sungguh nostalgia la pulak
Mac 22, 2010 1:19 PTG
aku nak gugel Institut Trengkas Malaysia, ada tak?
Mac 26, 2010 11:33 PG
Catat Ulasan
<< Home