Menjelang PRU13: Ada kalanya Ila terpaksa melayan 10 lelaki dalam satu malam
Selaku ketua kampung, Usop Ludin Tanah Lot membahagi-bahagikan tugas kepada 'anak-anak buah' perempuannya.
Nenek Munah Leper diberi tugas untuk memasak paceri nenas. Kak Pinoi diberi tugas untuk memasak acar timun. Sepiah Mata Smokey diberi tugas untuk memasak ikan tiga rasa. Ani Beyonce diberi tugas untuk membasuh beras, sebab Wak Merah-merah Taman Kok Doh kata kalau Ani Benyonce yang membasuh beras - "Sedappp!" "Takde maknanyaaaa!" kata Ani Beyonce. Wak Merah-merah Taman Kok Doh mengekek-ngekek ketawa.
Makanya, tinggal Ila anak Sarjan Kassim sahajalah yang belum mempunyai tugasan.
KOMA
Di malam keraian, Ila anak Sarjan Kassim menyenduk nasi ke pinggan Karam Singh Walia, ke pinggan Usop Ludin Tanah Lot, ke pinggan Pak Akop, ke pinggan Karim Driving School, ke pinggan Mat Trompet, ke pinggan Mamang Sulan, ke pinggan Lebai Sayuti, ke pinggan Hassan Kedai Runcit, ke pinggan Haji Dua Kupang, dan ke pinggan Cikgu Osman yang duduk di meja utama.
Mail Ketapang menumbuk-numbuk tapak tangan kerana tidak dapat duduk semeja. "Nasinya, Mail!" pelawa Wak Merah-merah Taman Kok Doh yang sedang berkira-kira hendak menyenduk nasi ke pinggan Mail Ketapang di sebelahnya. "Takde maknanyaaaa!" kata Mail Ketapang. Wak Merah-merah Taman Kok Doh mengekek-ngekek ketawa.
Label: PRU13
15 Comments:
tajuuuukk bikin kontroversi! haha
Februari 22, 2010 4:18 PTG
Amora,
HA HA HA HA HA.
Februari 22, 2010 4:24 PTG
ke pinggan, ke pinggan lama2 baca 'tershahshul' KEPINGGANG la plak!
Februari 22, 2010 5:08 PTG
ha ha baca tajuk tu saja aku dah teringat movie elin brokovich (betui ka?)
Februari 22, 2010 7:25 PTG
buat suspen je bro....tapi karam singh walia punya cite tak tamat lagi kah?
Februari 22, 2010 7:36 PTG
Dah nasib ko Ila.
Terima ajalah. Puteri Sarjan memang kena usaha dan kena 'usha' lebih sikit sebab ada daya penarik. Ani beyonce dah kurang sikit getahnya...
Tapi Wak merah merah tak kisah.. ani ke ila ke wak sapu...
Februari 23, 2010 8:34 PG
karam singh apacerita
Februari 23, 2010 9:13 PG
ila pelayan sejati. ila mmg 'true' lah!
Februari 23, 2010 10:02 PG
Kesian Mail Ketapang kan bang?
Februari 23, 2010 11:33 PG
heheh. panass panasss.
Februari 23, 2010 12:32 PTG
erm ila, tolong sendukkan abang nasi...
Februari 23, 2010 12:45 PTG
Asu,
Abunai da neh!
Jai,
?
Nad,
Belum tamat lagi. :)
Sep,
HA HA.
Fek,
Dia tengah makan paceri nenas le. :)
Wahyun,
True pelayan la. Ha ha.
Water,
HA HA.
Pap,
Moh le berkipas! He he.
Tozy,
Wehhhhhhhhhhhhhh! :)
Februari 23, 2010 2:10 PTG
Memang kontroversi.Tapi..Gua sanggup tolong ila...picit-picit lengan lepas abis keraian.Amacam bang?Ada chance?
Februari 23, 2010 7:04 PTG
Ingatkan layan apa tadi....
Februari 24, 2010 8:56 PG
salam maulidur Rasul dari bumi Dublin, Ireland.. blog walking kejap.. rajin2, jemput laa singgah ke my blog, Aku Sebutir Pasir.. :)
Februari 26, 2010 10:43 PG
Catat Ulasan
<< Home