"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

21 Januari 2010

TATKALA AYAH MENJADI BOS {SOLD OUT!)

Masih berbaki di www.ujanaimu.com.my



Sumber siaran: Suara Keadilan, Bil 216 19 – 26 Januari 2010

Berbanding dengan Tok Rimau, kisah atau cerita yang dipaparkan oleh Sinaganaga di dalam buku ini lebih enteng dan iseng. Tetapi tidaklah bererti dalam keisengan dan enteng kisahnya itu Sinaganaga sekadar mahu atau terlalu seronok bermain dengan kata-kata dan bahasa, sehinggakan kisah dan cerita yang dipaparkannya sekadar kisah dan cerita yang kosong dan nihil sirat makna dalamannya.

Di sini jugalah kelihatan kehebatan dan kelebihan Sinaganaga sebagai seorang pencerita. Dalam kisah pendek dan ringkas yang dipilih sebagai judul buku ini berjudul “Ayah Kita Bos” di halaman 92, Sinaganaga memaparkan kisah kanak-kanak A yang mengagumi ayahnya sebagai “bos” semata-mata kerana mendengar Cina penjual VCD memanggilnya bos.

Bagi seorang lelaki dewasa yang mendengar, tentulah panggilan itu tidak memberikan erti apa-apa, malah mengundang ketawa di dalam hatinya sendiri.

Lebih jauh merenungkan kisah kecil dan mudah ini, imiginasi kita mudah meliar dan menghubungkannnya dengan makna yang lebih jauh mendasar. Antaranya, kita sebenarnya selalu merasa kita adalah bos, tuan atau pemilik, walau pada zahirnya segala yang dibanggakan sudah menjadi milik orang dan kita terus terbuai oleh gelar dan sanjung nan palsu.

Sebagai kesimpulan dan perbandingan, tulisan Sinaganaga di dalam buku ini memang lebih memperjelaskan sosok dan stail penulisannya yang bersifat santai, kenes, dan membling.

BACA SELANJUTNYA!

14 Comments:

Blogger Corey said...

Buku ni dah sold out ke bang?

Januari 21, 2010 10:19 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Kori,
Dah sold out! Tapi dulu, ada kutu beli banyak - la ni dia jual dengan harga mahal! Cubalah cari!

Januari 21, 2010 10:55 PG

 
Blogger Lily Abdullah said...

Sold out? aku dah beli bang...tapi dah dikebas oleh anak buah. Lain kali aku kena beringat. Kena beli dua naskah.

Ceh!

Januari 21, 2010 10:56 PG

 
Blogger wahyun said...

alamak...abes kalu?

Januari 21, 2010 11:19 PG

 
Blogger Unknown said...

Adui....ada beberapa perkataan yang tak di fahami,kena belajar lagi nampak gayanya...baru boleh beli..

Januari 21, 2010 12:17 PTG

 
Blogger . said...

masih dalam simpanan.selalu mencadangkan buku ni & bagi kawan-kawan pinjam.paksa suruh baca pun ada.haha.

Januari 21, 2010 1:12 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Water,
Lain kali beli dua naskhah ya! :)

Wahyun,
Habis kalu - meloponglah!

Nad,
Ini sangat membantu: http://prpm.dbp.gov.my/

Nizam,
Ya, semua orang perlu memiliki buku ini. Ini sebahagian sejarah penerbitan kendiri di Malaysia.

Januari 21, 2010 2:17 PTG

 
Blogger Corey said...

A'ah bang.Gua dengar pun macam ada kutu beli bundle.Tu yg gua nak pastikan betul ke tak tu.Buku ni kiranya tak termasuk dlm senarai barang catuan la kalau camtu? Alah,macam robot optimus prime gitu... :)

Januari 21, 2010 2:54 PTG

 
Blogger Rajuna said...

satu portfolio yang cemerlang. ahadiat akashah iri hati woo..

Januari 21, 2010 3:17 PTG

 
Blogger Angah said...

Saya ada buku ni..

Januari 21, 2010 3:56 PTG

 
Blogger Firol said...

buku ini inspirasi saya ni bang... Terima kasih

Januari 21, 2010 8:44 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Kori,
Nak catu macam - bende rareeeee! HA HA.

Raj,
Ahadiat dah lama iri hati dengan gua, bro.

Angah,
:)

Firol,
Aku dah terima LAGEJ. Nanti boleh jual kat Maskara 6 Feb.

Januari 22, 2010 8:50 PG

 
Blogger Hajar B said...

hah rindu nak baca buku nih lagi.
dlu baca di cafe asrama yg ada letak buku2 best..

Januari 22, 2010 11:45 PG

 
Blogger lumachroma said...

gua ingat gua nak la buku ni bro.
gua tahu dah habis tapi link kutu tu return 'network error' lah.

Januari 27, 2010 3:01 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home