Dari Rakyat Untuk Rakyat
Gua benci Meor! Pertama, kerana Meor jalan 'slow', ha ha. Kedua, kerana Meor pandai menyanyi, main gitar dan menulis lagu. Sedangkan gua tidak.
Sama seperti lagenda muzik folk Woody Guthrie, Leonard Cohen (Bird On A Wire), Bob Dylan, Joan Baez, Joni Mitchell dan Melanie Safka (Beautiful People, Ruby Tuesday, What Have They Done To My Song, Ma?), Simon & Garfunkel - Meor menyanyikan lagu-lagu yang sering dikelaskan oleh orang banyak sebagai lagu-lagu dari rakyat marhaen atau lagu-lagu besar dari jiwa-jiwa kecil.
MEOR: Dari Rakyat Untuk Rakyat mengetengahkan tema-tema yang diangkat dari rasa ketidakpuasan hati rakyat kepada Kerajaan (tidak kiralah Kerajaan itu dibentuk dari mana parti pun). Bernuansakan Folk, Folk Rock, Raggae, Blues, dan Country - lagu-lagu dalam album ini memang sedap di dengar dan ‘you can sing along’.
Gua paling suka lagu Rakyat Bersatu (seni kata oleh Isham Rais). Bernuansakan Raggae, Meor menggarap onomatopeia dalam lirik sinikal Isham Rais sehingga menghasilkan sebuah lagu yang benar-benar sempoi. Kekuatan lagu ini memang pada onomatopeia yang berritma dan berulang-ulang. Huh hah huh hah, takde duit hidup susah; Huh hah huh hah, sudah merdeka masih susah…
Gua juga suka lagu Ke Jalan Lagi (seni kata oleh Isham Rais juga). Ada ketikanya, vokal Meor bagaikan membadai sehingga ke tepi pantai berkerikil ketika menyanyikan lagu berentak Folk Rock ini. Kendatipun, inilah motif (corak) yang menjadikan lagu ini menarik. Gua syak, Meor amat berseronok ketika menyanyikan lagu ini.
Memulakan intronya dengan tiupan harmonika, fikiran dan tubuh gua bagaikan melayang-layang dan akhirnya mendarat di sebuah padang ragut hijau lelalang yang berpagarkan kayu putih metah dan datang kemudian seekor kuda hitam bitumen membawa gua pergi untuk bermain koboi-koboi, lagu Bapakku Seorang YB adalah dari sajak gudfarther Sindiket Sol-Jah, Sasterawan Rakyat (SR) Pyanhabib.
Sampai Bila pula memperlihatkan kedewaan Meor sebagai penulis lagu, penulis lirik, dan penyanyi lagu-lagu Folk. Sebuah lagu yang santai dan sempoi, tapi sarat dengan kata-kata.
Lagu-lagu lain yang gua suka dalam album DRUR ini: ISA (Ikut Suka Aku) (Amer Hamzah), Membenar Kebodohan (Abdullah Jones), Raungan Anak Belantara (Ubilepih), Lagu Aman, Lagu Damai (Ubilepih), Shuhada Memali (Black).
Bagi gua, ini adalah album terbaik dari Meor dan harus dimiliki oleh orang banyak, tak kiralah siapa-siapa.
Gua benci Meor! Pertama, kerana Meor jalan 'slow', ha ha. Kedua, kerana Meor pandai menyanyi, main gitar dan menulis lagu. Sedangkan gua tidak.
“Tak apa, Ge…,” kata Rahmat Haron, ”Kita ni rare! Kalau cari kat eBay pun tak boleh jumpa!”
Klik sekali kalau mahu membeli album DRUR.
That's all folks!
Label: ulasan
24 Comments:
rare? cuba carik dlm FB pasti jumpa! haha..
*dah click* huhu
Disember 09, 2009 11:45 PG
dalam FB..heheheh..betul2 mesti jumpa
Disember 09, 2009 12:04 PTG
di FB sungguh glamour.... :P
Disember 09, 2009 1:32 PTG
encik naga - gadis2 genit yg poyo-poyo konon bru balik main futsal tu lg rare...sbb 'berpakaian cara malaysia'. ini budaya baru! rare! rare!
Disember 09, 2009 1:37 PTG
gadis2 genit (baca: gadis2 di event@saloma)
Disember 09, 2009 1:38 PTG
Amor,
HA HA.
Guten,
Ha ha.
Kem,
Tak adalah glamour mana, yeop.
Wahyun,
Gua tak faham - apa kaitan gadis2 genit baru balik dari main futsal dengan (Red) Aids tu! Apapun, time lu orang belasah main lagu Melayu tu - ha ha, boleh pitam dia orang berjoget begitu punya lama, Yun!
Disember 09, 2009 1:44 PTG
gua adah ada. gua ingat nak tulis lirik untuk meor boleh ke? ha ha.
Disember 09, 2009 1:57 PTG
hahaha..tq bos...
Disember 09, 2009 4:41 PTG
kalau bagi gua tulis lirik gua rasa meor mesti membenci gua seumur hidup. maki dan carut gua kisar sesedap rasa biar pedih telinga!-dan gua tak bagi can meor leleh-leleh. gua suruh dia jerit dan teran-teran!
ini baru rare!haha
(lagu pilihan; Bapaku YB)
Disember 09, 2009 7:33 PTG
setiap manusia ada keistimewaan masing-masing... setuju?
Disember 10, 2009 8:59 PG
salam bro
bagaimana cara mau joint sama itu family maskara..
itu malam sy sudah tgk family maskara joint..rasa mau jadi mcm kalian?
masa malam itu planning mau jumpa bro, tp x sempat sbb ader emergency kol
kene isi form ka?
apa pengerasnya ?
Nota kaki :
saya harap permohonan saya di pertimbangkan jika tidak saya akan usulkan perkara ini ke parlimen afrika selatan puak mori.
asrul.nordin@yahoo.com.my
Disember 10, 2009 10:31 PG
Danial,
Lu tak moh tulis warta berita ke dah? HA HA.
Meo,
He he. Ok, bos!
Raj,
Gua tetap vote kata lagu Rakyat Besatu paling best!
Pye,
:)
Asrul,
Sindiket Sol-Jah sedang menubuhkan 'kepak'nya - Sol-Dadu. Setakat ini kami sudah interview 5 orang calon. Dan, kesemuanya lulus (setakat markah pas je laaaa....)
Gua cadangkan lu kontek gua kat 'sinaganaga1547 at yahoo dot com' untuk sesi interview. Nanti kita aturkan pertemuan dan gua akan bawa sekali sarjan Sol-Dadu.
Disember 10, 2009 12:00 PTG
Hidup Meor Pesta Jiwa!
Hidup Sinaganaga juga!
Disember 10, 2009 1:19 PTG
Lu rare..gua setuju.Gua,medium rare.Amacam?
Disember 10, 2009 5:01 PTG
Purp,
Lama tak jumpa kau, John. Busy ke?
Kori,
Kalau gua mintak - well done, amacam?
Disember 11, 2009 9:07 PG
Meor tuh nama samaran dia Meor Pesta Jiwa ker? Er... gua agak2 jer. Takut silap orang plaks. Kalo salah tulung jangan gelak! ;)
Disember 11, 2009 10:28 PTG
soljah ini kuat lilit kerana simpulnya
Disember 14, 2009 11:55 PG
org nama Meor memang hebat...
itu sebab aku pilih Meor sebagai suami..ahaks..
Disember 15, 2009 7:58 PG
hahaha...
mungkin bola futsal diibaratkan sebagai sel darah putih.
joget khusus buat gadis2 futsal.
p/s - terima kasih atas kesudian anda menjadi pengurus pasukan. jgn lupa elaun keraian yg akan dimasukkan ke dlm akaun peribadi anda.
Disember 15, 2009 12:03 PTG
Sampai bila dgn ISA fav best dlm cd tu
Disember 15, 2009 12:15 PTG
ha!
Disember 15, 2009 1:30 PTG
Deen,
Ho la.
Tozy,
Ada kalanya bersimpul-simpul juga. Oh ya, pada masa akan datang sila beri sokongan kepada penyambung legasi kami, SOL-DADU (sedang dipersiapkan dengan jatidiri ala-ala Sindiket Sol-Jah).
Pnut,
Ha!
Yun,
Gaji untuk tukang sandang bag sandang dan bag gambus berapa hengget ek 1 malam?
Fi,
:)
Pyanhabib,
HA!
Disember 15, 2009 3:15 PTG
gaji bawak gambus tu tertakluk pada zoy...haha.
paling2 busuk pn mungkin bleh cecah gaji 'call girl'...
Disember 17, 2009 3:38 PTG
Yeaahh....gua sudah dapat album D.R.U.R ni...best bangat dong!
Disember 19, 2009 8:15 PTG
Catat Ulasan
<< Home