"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

03 November 2009

Trivia Maskara Shorties: Yang mungkin anda tak tahu tetapi kami tahu

1. Maskara Shorties I (1 Nov 2008) – tak hujan. Maskara Shorties II (31 Okt 2009) – hujan.

2. Malam tu Arsenal ada game.

3. Vovin masih me-render filem robot-robot comel pada jam 4:00 petang. Brengsek! Fiil macam diva!

4. Pipiyapong hanya tiba di Rumah PENA jam 6:30 petang. Brengsek! Fiil macam diva! “Betul Jend! Punat kabel stereo tu patah!” kata dia. Ha ha.

5. Sejak akhir-akhir ni Pipiyapong dah pandai mandi dan dah pandai guna sabun. Wangi! Bau bunga-bunga. Sama macam hatinya yang sedang berbunga-bunga pada ketika ini.

6. Memey demam pada hari tersebut. Dan, pada keesokan harinya, mak kepada Memey pula dimasukkan ke hospital. “Kena masuk air!” kata Spyz.

7. Dian demam pada malam tersebut. Jigo jadi tidak keruan. Pnut selimutkan Dian dengan sejadah. Pnut bukanlah isteri kepada Jigo ya, harap maklum!

8. Nenek Op Zaharin tiba-tiba pengsan pada malam tersebut dan dimasukkan ke wad ICU.

9. Sinaganaga menahan sakit pahanya dengan menghisap sekitar 3 kotak rokok Dunhill 14 sebagai pain killer. Sutradara Maddun (Ahmad Hasan) ada juga hulur sebatang keretek - suruh hisap.

10. Air hujan memang susah nak lekat lama di kepala Dean Sham, Tok Rimau, Ajami, dan Mat Gunz. Kemudian, Tok Rimau pakai topi Yankees.

11. “Oh, Sindiket Sol-Jah ni adik beradik rupa-rupanya!” kata Rafidah 3R. Cepat-cepat Sinaganaga dan OP Zaharin menafikannya. “Tapi, muka korang berdua macam sama ‘jaaaa!” tambah Rafidah 3R.

12. Keputusan untuk memindahkan acara ke dalam Rumah PENA dibuat sekitar jam 8:15 malam setelah Sindiket Sol-Jah mengadakan mesyuarat tergemparnya di tepi longkang. Hujan masih turun.

13. Ketika Sinaganaga, Daeng, Mior, dan Ayie sibuk mengangkat kerusi yang telah separa basah, ada penonton yang duduk di wakaf (Baca: Si Pnut) masih terpinga-pinga dan masih berkira-kira sama ada mahu kekal duduk di situ atau mahu beralih masuk ke dalam Rumah PENA. Dia sayang nak tinggalkan lingkaran ubat nyamuk tu agaknya. *ahaks*

14. Abang Mamat Khalid tidak dapat hadir pada malam tersebut kerana masih demam. ‘Filem abang baru keluar dari oven. Panas-panas lagi ni.’ Kata Abang Mamat Khalid, via SMS. Filem Melayu 7 adalah filem terakhir sampai di tangan penganjur.

15. Sinaganaga sempat bersalaman dengan pengarah Akash Deep Singh. Pun begitu mereka tidak sempat untuk berbual panjang kerana Sinaganaga harus segera pergi mandi – badan dah bau macam cuka. Fazleena kata, “Tau takpe!!!!!” Oh iya, filem Akash Deep memang best.

16. Keputusan untuk memindahkan semula acara ke luar Rumah PENA dibuat oleh Sinaganaga ngam-ngam selepas dia pakai bedak setelah mendapat maklumat muktahir daripada Azzam, Spyz, OP Zaharin, Jigo, dan Vovin yang berada di luar Rumah PENA. Ketika penonton sedang asyik menonton tayangan filem – anggota Sindiket Sol-Jah bergegas untuk menyusun semula kerusi di luar.

17. Wartawan Meja Hiburan Berita Harian (Rasdan?) hisap rokok artificial. Bila dia hisap – hujung rokok tu menyala macam touch light dan keluar asap juga. “Tak ada tar! Ada nikotina saja ni! Bolehlah hisap rokok dalam kapalterbang!” kata dia. Sinaganaga lupa nak tanya, “Kalau dah habis nikotinanya – boleh re-fill ke, bro?”

18. Filem 'Tree' oleh Amir Muhamad mengalami kerosakan audio. Kami minta maaf banyak-banyak. Dan, Jawatankuasa Disiplin Sindiket Sol-Jah masih menjalankan siasatan mengenai perkara ini.

19. Dengar cerita, filem 'Kimeru' oleh Tosan Priyonggo mengalami kerosakan sarikata. Kami minta maaf banyak-banyak. Dan, Jawatankuasa Disiplin Sindiket Sol-Jah masih menjalankan siasatan mengenai perkara ini. Kalau perlu EGM - kita adakan EGM. Ha ha.

[NOTA: Kimeru bermaksud ‘memutuskan’. Kisah tentang sepasang kekasih yang sedang berkira-kira hendak memutuskan hubungan cinta mereka. Di dalam pertengkaran itu, si perempuan memberikan gunting kepada si lelaki sebagai tanda – memberikan kuasa kepada si lelaki untuk memutuskan hubungan mereka. Seterusnya adalah twist cerita tersebut. Dan, yang kamu tonton hanyalah twist cerita tersebut kerana sarikata tidak keluar pada pendua filem Kimeru tersebut.] [Update: Oh, Fadz kata sarikatanya keluar tetapi kecil sangat!]

20. Dengarnya, filem ‘Chasing Cats and Cars’ oleh Seng Tat juga mengalami nasib yang sama.

21. Bennylita adalah satu-satunya pengarah wanita yang menghantar filem pendeknya pada Maskara Shorties II.

22. Wahyudi MY dan Amaludin Zhafir datang naik motor pinjam. "Kami nak belah dah ni! Nak kena pulangkan semula motor kat kawan!"

23. XXX-gf Vovin hadir untuk memberikan sokongan. Aaa, aku taip berapa banyak 'X' tu? HA HA. Total x-gf Vovin adalah XXXXXXX. He he.

24. Abang Pyanhabib menonton sambil duduk di atas kerusi bos. “Gua sayang nak tinggalkan kerusi ni – takut orang lain ambil! Eh, tolong ambilkan gua kopi!” kata dia.

25. Tok Rimau bawa khas bintang-bintang dari JB.

26. Trofi 'Filem Paling Sakit Kepala (PASAK)' pada tahun ini dimenangi oleh pengarah Daeng Ramli Akil.

27. Credit title filem Daeng Ramli Akil adalah dalam bentuk news ticker (crawler). Ha ha.

28. Filem ‘Kakmin’ oleh Ajami Hashim di-request untuk ditayangkan di Sunway College sempena Yasmin’s Book Launch (18 Nov, 3 petang ek Ajami?)

29. Pagi tu (sekitar 3:30 pagi), buat kali pertama dalam hidupnya Mael tak dapat duduk semeja dengan perajurit-perajurit Kuala Lipis (kerana tak muat meja). Tak tahulah apa perasaan dia duduk semeja dengan Sinaganaga, Tok Rimau, Dean Sham, Spyz, dan Vovin.

30. Oh lupa nak sebut… Tugas MatJan – jadi mc, tolong kopek skrin, dan lipat sepanduk Sindiket Sol-Jah 'ja. Ceh! Brengsek! Fiil macam diva! HA HA.

KOMA

Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang menaja. Terima kasih kepada kawan-kawan yang memberi sokongan dan dorongan. Dan, memetik sepatah kata dari Amir Muhamad, "Sokonglah industri filem tempatan!" He he.

41 Comments:

Blogger Darkkadabra said...

Kalau rasa nak pegi, buleh istihar diri jadi "orang rasa nak kewl" tak?

November 03, 2009 11:40 PG

 
Blogger Ajami Hashim said...

2nd!

luv u bro muahhhhhhh!

November 03, 2009 11:46 PG

 
Blogger Ajami Hashim said...

"Kemudian, Tok Rimau pakai topi Yankees."

cehhh! apa baranggg???

November 03, 2009 11:52 PG

 
Blogger famia said...

9. Sinaganaga menahan sakit pahanya dengan menghisap sekitar 3 kotak rokok Dunhill 14 sebagai pain killer. Sutradara Maddun (Ahamd Hasan) ada juga hulur sebatang keretek.

Kesiannya. Macam Dr. House.

Apa-apa pun, Sol-jah kooool!
Arigato!
(extra huruf O sebab lebih kool)

November 03, 2009 11:53 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Dark,
Tak boleh kot.

Ajami,
Ha ha. Kan, kan, kan!!!! Tak groovy-lah pakai topi Yankees ek! :)

November 03, 2009 11:54 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Famia,
He he. :)

November 03, 2009 11:55 PG

 
Blogger Ajami Hashim said...

yezza! gua dah buh komen sampai 3 bak-2-bak! ya! ya! KAKMIN akn tayang semula @ book launch 'Yasmin Ahmad' by Amir Muhammad @ sunway college 18 nov 3pm! mariiii! timakasey maskara shorties coz me-hebahkan filpen itew!

"Ceh! Brengsek! Perangai macam diva!!!"

November 03, 2009 11:57 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Ajami,
Back 2 back or bareback? Wakakakakaaaa...

Lariiiiiiii...

November 03, 2009 12:03 PTG

 
Blogger Pnut said...

KOmen wa.
7. Dian demam pada malam tersebut. Jigo jadi tidak keruan. Kak Engku selimutkan Dian dengan sejadah. Kak Engku bukanlah isteri kepada Jigo, harap maklum!

-weiii aku yang cari sejadah tu dan selimutkan.. Jigo anak demam pun tak perasan, aku yg cuak..maklumlah emak mithali.. aku gila glemer.. jadi aku nak nama... naikkan nama aku... aku pompuan gila glemer..

part ni:-
13. Ketika Sinaganaga, Daeng, Mior, dan Ayie sibuk mengangkat kerusi yang telah separa basah, ada penonton yang duduk di wakaf (Baca: Si Pnut) masih terpinga-pinga dan masih berkira-kira sama ada mahu kekal duduk di situ atau mahu beralih masuk ke dalam Rumah PENA. Dia sayang nak tinggalkan lingkaran ubat nyamuk tu agaknya. *ahaks*

eh aku kagum dengan lelaki nama Mior tu, kacak sangat..aku terfikir, mesti isteri di lawa.. aku tak peduli ubat nyamuk tu, sebab aku makan ubat gegat, bukan ubat nyamuk...

November 03, 2009 12:23 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Pnut,
Ok, aku akan betulkan fakta tu sekarang juga. :)

November 03, 2009 12:27 PTG

 
Blogger Luna said...

oh, terima kasih kamu semua!

November 03, 2009 2:46 PTG

 
Blogger Unknown said...

testing testing abc

November 03, 2009 5:13 PTG

 
Blogger Unknown said...

hah kuar pun...ok!

November 03, 2009 5:13 PTG

 
Blogger zhfrz said...

Terima kasih kepada naga, begitu suppportive!

November 03, 2009 5:28 PTG

 
Blogger zhfrz said...

Terima kasih kepada naga, begitu suppportive!

November 03, 2009 5:28 PTG

 
Blogger fadz said...

ingin nak betulkan sesuatu, oleh sebab mungkin sari kata Kimeru terlalu kecil, ada orang jauh di belakang kata "tidak ada".. yang peliknya, sari kata Benting juga kecil, tapi semua org "nampak"..

November 03, 2009 6:28 PTG

 
Blogger fadz said...

apa2pun syabas, nanti wa buat pasca Maskara Shorties 09...

November 03, 2009 6:28 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Ni tak lama ada la anugerah Maskara ni.

Lepas tu pelakon atau pengarah yang meanang Maskara akan bawak titile, 'Maskara Winner' tiap kali iklan muka dia.

November 03, 2009 9:14 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Luna,
Terima kasih kembali. :)

Amora,
Tengah cek pa system ke?

Zafir,
Eh, kau dah pernah makan roti canai kat Vargina?

Fadz,
1. Sindiket Sol-Jah akan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada pada tahun hadapan.

2. Sindiket Sol-Jah juga menyeru peminat-peminat menyertai anggota sukarelawan Maskara Shorties (ASMARAS) pada masa akan datang. Yang berminat - sila emel kami.

To Mimi Mercy,
Aku nak pinjam First Aid Kit untuk Maskara Shorties tahun hadapan - bubuh le dalam tu ubat demam, ubat sakit perut, rokok 3 4 kotak, dll. Boleh ke Mimi? Ke aku kena minta kat Dr. Faridah juga weh?

November 03, 2009 9:17 PTG

 
Blogger Sindiket Soljah said...

Jend,

Tolong uploadkan BERTUKAR dalam YouTube. Wa tak sempat nak tengok.

Thanks!

Nota: Wa masih salahkan isteri wa sebab tak hantar sekali ubat, bila dia hantar Dian kat wa untuk wa jaga.

~ John ~
Abang hensem yang (kadang-kadang) jual buku dan t-shirt.

November 03, 2009 9:27 PTG

 
Blogger meorazor said...

memey pelakon comey itukah demam??

November 03, 2009 11:45 PTG

 
Blogger K.H said...

Kimeru, macam rasa ada terbaca sari kata yang katanya, 'Kita harus memutuskan'.

Tapi macam tak berapa kena bila yang diputuskan ialah rambut. Rambut potong daa...

Sepatutnya dia kata mula-mula, 'Kita harus memotongnya'. Tapi siapa da mahu potong hubungan cinta.

Kesimpulan: Cerita Jepun yang diterjemah ke bahasa Melayu tidak berapa kick, kerana twistnya hanya difahami oleh orang Jepun.

Cadangan: Sepatutnya awek Jepun yang muka macam Jepun tu cakap melayu dan sari kata tulis, 'Cerita ini adalah cerita Jepun dan anggapkan sahaja mereka semua sedang bercakap Jepun'.

November 04, 2009 6:28 PG

 
Blogger Cat Cat said...

"Sejak akhir-akhir ni Pipiyapong dah pandai mandi dan dah pandai guna sabun."


Oooooh, Pipiyapong dah pandai mandi ya... Ucapkan tahniah pada Pipiyapong for me, Abang Naga... Haha!

Pssst, check sama dia - dia mandi pagi ke, petang..?? MUHAHAHA!

November 04, 2009 7:52 PG

 
Blogger sinaganaga said...

John,
Gua ni, mmm, bukan reti IT IT ni dude! Dahlah YouTube kena blocked dek IT people gua! Mmmm, nantilah gua usahakan sesuatu ek!

John,
Bila free datang opis gua - bawak buku2 yang memberat dalam bonet kete ly tu sekali.

Meor,
Memay anak Spyz. :)

Hak,
Makanya, filem apa yang lu paling suka, dan alasannya kenapa?

Kat,
Sekarang ni - kejap kejap dia mandi, kejap kejap dia mandi.

November 04, 2009 8:27 PG

 
Blogger Unknown said...

cit...baru tahu kenapa tok rimau pakai topi itu malam.

November 04, 2009 9:29 PG

 
Blogger Danielle_Corleone said...

Cerita gua jalan kaki 20 minit dari monorail hang tuah tak masuk? ha ha ha.

November 04, 2009 10:02 PG

 
Blogger hegira said...

Syabbas inspektor sahhab. Acara yang banyak trivia ini suatu acara yang sukses sebenarnya!!!

Tahniah.

November 04, 2009 10:26 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Danial,
Ramainya yang berjalan kaki dalam hujan dari stesen Hang Tuah sebenarnya. Guys, you rock! Serius!

Gunx,
Ho laaaaaaa! He he.

Alina,
Ya, kami akan perbaiki mutu penganjurannya dari setahun ke setahun.

November 04, 2009 10:34 PG

 
Blogger sukahati said...

penganjur lupa nak ingatkan penonton tentang ubat nyamuk bawah kerusi. Dua kali kaki gua kene...choii :p

November 04, 2009 10:54 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Suki,
HA HA HA. Jangan kata lu - gua pun kena masa nak angkat kerusi ke tempat teduh. Adehhhh...

November 04, 2009 12:34 PTG

 
Blogger OP Zaharin said...

nenek gua dah ok. dah keluar ward semalam. syukur.

November 04, 2009 6:56 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

hujan ribut bukan boleh ditangkal. tabik ahhh semua baik soljah2nya mahupun penonton2nya.

November 04, 2009 7:55 PTG

 
Blogger N Faizal Ghazali said...

Soljah punya cerita, hujan ribut pakat2 redah je kot. hahaha.. Syabas!

November 04, 2009 10:29 PTG

 
Blogger Pnut said...

maskara ni, rugi aku tak berniaga payung..kalo tak mesti untung..

next maskara aku nak jual cendol la...ahahha

November 05, 2009 8:45 PG

 
Blogger Ron97 said...

apapun alasan gua kasi sbb tak pi..
kenyataan tetap kenyataan..
gua dah jelos gila sbb takpi..

November 05, 2009 8:47 PG

 
Blogger sinaganaga said...

OP,
Wokeh.

Dug,
Mata dah baik dah ke?

N. Fai,
He he. Ya betul!

Pnut,
Tak nak meniaga satey ke, lontong ke, nasi beriani gam ke weh? He he.

November 05, 2009 8:47 PG

 
Blogger MARSLI N.O said...

Tahniah kerja keras.

November 05, 2009 12:15 PTG

 
Blogger Ben said...

ALFATIHAH BISMADI BABA FUAD, Pelakon yang pegang watak BIGFOOT dalam SHORTFILM 'BILA PUNGGOK RINDUKAN BULAN?'. Beliau telah kembali kerahmatullah pagi semalam, Rabu 04/11/09 kerana sakit jantung. ALFATIHAH untuk beliau dan TAKZIAH untuk keluarganya.

Photonya di sini ;
http://www.facebook.com/photo.php?pid=748709&id=562632571&saved

November 05, 2009 2:16 PTG

 
Blogger Amiene Rev said...

hujannnnn

November 05, 2009 5:35 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Aku masih di luar negeri, tak dapat tengok. Huhu!

November 06, 2009 8:54 PG

 
Blogger Tabir Khaizuran said...

terasa teruja dan seronok pula membaca komen-komen ni..syg sekali byk perkara harus diselesaikan dahulu.. :)

November 07, 2009 3:20 PG

 

Catat Ulasan

<< Home