"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

27 Oktober 2009

Bekas budak-budak Sekolah Pandai

Di antara banyak-banyak kami (Sindiket Sol-Jah), Vovin sahajalah yang pernah bersekolah di sekolah perempuan - SMK Raja Permaisuri Bainun, he he.

Pada suatu petang, Pipiyapong yang berambut gondrong dan Vovin yang berwajah macam ada yang tak kena sudah lama menunggu di kedai mamak. Aku kata, hai! Pipiyapong kata, hai! Vovin? Dalam kepala dia ada macam-macam wayang dan dia tak kata, hai!

Oh lupa, dan yang membontoti aku ialah Cik Nurul Satu Cinta.

Kami memesan minuman dan berbual-bual, kemudian.

"Oh, you sekolah kat SMK Raja Permaisuri Bainun? What year?"

"Bla bla bla..."

"Oh! You my junior la! Ha ha. Eh, you kenal bla bla bla..."

"Kenal! Bla bla bla dah jadi Pengarah Belia!"

"Bla bla bla... Hoh! Budak perempuan memang bal bla bla tau! Sampai la ni dok berdendam-dendam bla bla bla..."

"Hoh! Dulu, I kena pulau bla bla bla tau!"

Aku pandang Pipiyapong; aku kata, hai! Pipiyapong pandang aku; Pipiyapong kata, hai!

Kami tak mahu mencelah apabila bekas budak-budak sekolah perempuan bercerita. Sebab kami berdua budak sekolah sains. Budak sekolah sains tak main dendam-dendam. Budak sekolah sains main telepati.

'Chlorofluoro de bromoethane tu fluorocarbon-kan, PP?'

'Hoh! Bahayeee! Boleh menjahanamkan dunia tu, wo!'

'Perghhhh! Macam bom?'

'Hoh!'

37 Comments:

Blogger Unknown said...

ada pulak macam tuh ker??

Oktober 27, 2009 11:39 PTG

 
Blogger Lily Abdullah said...

Budak sekolah sains pandai buat bom eh?

Budak aliran satera, budak yang bengong2(pinjam ayat cikgu aku dulu)!

Oktober 27, 2009 11:55 PTG

 
Blogger Hasmora said...

encik naga,
sekarang banyak sekolah cantik dibuat oleh orang pandai tapi budak-budak suka bermalas-malasan dan membodohkan diri-sendiri yang tidak pernah nak cerdik itu.. semalam seorang guru india punya pengalaman 20 tahun mengajar tanya saya, macamana.. best jadi cikgu? saya senyum dan jawab, bolehlahhh.. (padahal kepala pusing tiap kali masuk kelas-rasa lebih baik ajar beruk naik kelapa dari ajar budak yang asyik nak pijak kepala!)

Oktober 28, 2009 12:05 PG

 
Blogger Hasmora said...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Oktober 28, 2009 12:08 PG

 
Blogger dila raden said...

gua nak tengok cemana lu nak jawab komen atas ni

Oktober 28, 2009 12:08 PG

 
Blogger Hasmora said...

tumpang iklan :)
- kepada yang berminat menyertai Pertemuan Penyair Nusantara 2009 pada 20 - 22 dapatkan maklumat dan muat turun borang penyertaan di web komuniti pena http://penulisnasional.ning.com/

Oktober 28, 2009 12:12 PG

 
Blogger landaklaut said...

budak skolah sains cakap bahasa2 sains je. takleh geng ngan skolah lain rupanya. hehehe.

Oktober 28, 2009 12:23 PG

 
Blogger Darkkadabra said...

Kalau bekas budak sekolah projek khas JPP Negeri macam pulak, Naga?

Oktober 28, 2009 3:03 PG

 
Blogger famia said...

Fuiyo, tele... pati!

Oktober 28, 2009 5:11 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Am,
Ho la!

Water,
HA HA.

Has,
Zaman kami dulu - cikgu semua garang ya rabbi - itu sebab ada cikgu nama Mat Cipan, Mat Tobek, Siti Tanjung Perak, Awang Sulong Merah Muda, Razali Idris, Mohd Radhi (sekarang di BBT), Nordin Jangut Kambing, etc (Encik Eric Rosli pernah jadi cikgu keh juga - punyalah garanggggg si Mat Salleh ni, pergh!) - makanya, pelajar-pelajar semua under control. Yang nakal2 macam saya tu - biasalah - rotan 'ja la jawabnya. :)

Cikgu sekarang - penyayang - itu sebab akan ada cikgu nama MatJan Syafizan ke hape entah nanti nama cikgu tu, ha ha - kita sama2 tengok sajalah nanti bagaimana dia menjinakkan buaya di sungai Rejang ya! :)

Zaman kami dulu - pelajar masuk makmal buat ujikaji - meletup sana sini - tapi taklah sampai ada yang mati, ha ha. Tapi, zaman sekarang ni, saya tengok pelajar masuk makmal juga tapi tak buat ujikaji pun! Kenapa?

Satu lagi poin - budak dulu - Pakcik S. A. Bakar datang ke sekolah untuk buat pertunjukan silap mata. Budak sekarang - ada tu semua? HA HA.

Ulasan dipadam,
Kejap-kejap padan, kejap padam - budak2 sekarang la ni!

Budak dulu2 - kalau salah - potong dengan [garisan] pen 'ja! Betulkan PP?

Dila,
Amacam gua punya komen untuk komen di atas tu? Mantop?

Chem,
Ya. Dulu-dulu memang kami tak kawan dengan budak2 sekolah lain - takut hakis sel-sel pandai kami. Wakakakakaka...

Dark,
Oh, tu macam kes sekolah Vovin dengan Nurul Satu Cinta la tu! 'Sekolah pompuan'! HA HA.

Fuyo,
Selain itu - televisyen - tengok bola - Selangor lawan Pahang - Zainal Abidin score dua ke tiga entah! HA HA.

Oktober 28, 2009 8:42 PG

 
Blogger kdee said...

yup..budak2 SBP rocks!!!!

Oktober 28, 2009 8:43 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Tapi, budak Sekolah Sains geng dengan budak Alam Shah (Jigo, Azwar, Saharil) sebab la ni Sekolah Alam Shah dah jadi sekolah Menengah SAINS Alam Shah. HA HA.

Oktober 28, 2009 8:46 PG

 
Blogger sinaganaga said...

KD,
Rock uuuuuuu!

Trivia:
Sekolah Seri Puteri pernah dikenali sebagai Sekolah Kolam Air, ha ha. Sekarang, sekolah ini telah ditukar kepada nama Sekolah Menengah SAINS Seri Puteri. :)

Sekolah Sains rock uuuuuu!

Oktober 28, 2009 8:48 PG

 
Blogger dugongsenyum said...

aku tak sekolah, tarak baca punya orang, kalau hujan ribut pun aku tak nak berteduh kat sekolah, rela aku meringkuk bawah bus stop. sungguh! haha

Oktober 28, 2009 8:50 PG

 
Blogger alhena said...

sekolah sains? tp bersastera? hoh! :P

Oktober 28, 2009 10:14 PG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Hidup budak sekolah sains!

Oktober 28, 2009 11:01 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Dug,
Lu macam Mat Remptlah!

Hena,
Bila masa kami tulis sastera? HA HA.

Purp,
[singgin' now] ...SMS Selangor majuuuuuuuu!

Oktober 28, 2009 1:46 PTG

 
Blogger iYda Juhar said...

ai sekolah atap jerk

Oktober 28, 2009 2:36 PTG

 
Blogger Loyer Lelaki said...

gua d sekolah st. michael. tu sekolah malaikat tu mana nak taruk tu?

Oktober 28, 2009 4:06 PTG

 
Blogger tasekM said...

aku pun sekolah perempuan. sekolah perempuan yg logonya dulu2 ada salip yg ditukarkan ke bentuk bintang. :)



.

Oktober 28, 2009 4:11 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Ida,
SMJK Kampung Attap?

Loyer,
Perghhhhhh! Sekolah lu nombor satu, dude!!!! Sekolah malaikat-malaikat tuuuuu!

Tasek,
Oooo, sekolah Cap Kunci ek? He he.

Oktober 28, 2009 4:22 PTG

 
Blogger ceri masam said...

budak2 pandai je masuk sm raja permaisuri bainun tu. sbb tu kami tak bincang hal pelajaran time minum petang.

:p

Oktober 28, 2009 4:34 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Nurul,
WAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAAAA!

Oktober 28, 2009 4:42 PTG

 
Blogger Firol said...

budak semsas memang camtu..

Bro naga sains mana?

Oktober 28, 2009 5:10 PTG

 
Blogger bigbrother said...

budak sains memang budget bagus je..
tp bila besar gua tgk byk jd doktor sendiri je..
kalu lu pure bdk sains ape akan jadi bila ovum bertemu sperm?? x aci tnya kalu tnya cikgu..

Oktober 28, 2009 5:38 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Fir,
Gua budak SMS Selangor.

Big,
Jadi zaigot, ha ha, eh, entah!

Oktober 28, 2009 8:57 PTG

 
Blogger Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

Gua no komen. Tapi gua dengar cerita budak-budak Bainun kalau jumpa, nyanyi lagu Bainun.

Oktober 29, 2009 2:25 PG

 
Blogger tuan tanah said...

Aha, saya tak pernah masuk sekolah pandai. Tapi sekolah saya dulu, sekolah laki-laki kemudian jadi sekolah campur-campur. :)

Oktober 29, 2009 2:26 PG

 
Blogger pye:rudz said...

pakcik S.A. Bakar pun pernah datang sekolah saya buat pertunjukkan silap mata. tiket dia 30sen. best woo...

Oktober 29, 2009 8:27 PG

 
Blogger sinaganaga said...

PP,
Dem! Aku mis part demeh nyanyi lagu2 Bainun tu. Dengar cerita beat terabur dan lupa lirik! HA HA.

Tanah,
Oooo, sekolah Cap Kunci kat Bandar Tun Razak ek?

Pye,
S. A. Bakar memang hip!

Oktober 29, 2009 8:31 PG

 
Blogger Corey said...

Gua sekolah tepi longkang je bang naga...cikgu gua kalau mengajar mesti bawak gitar.Dan yang paling best sekali kitorang tak payah pakai uniform pegi sekolah.Apatah lagi kasut putih...kekeke

Oktober 29, 2009 11:17 PG

 
Blogger ceri masam said...

hahahahahahhahahaah pp macam haram!

*merah muka tp gua maintain cool nih*

Oktober 29, 2009 6:13 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

Bang Naga,
bukan gua macam mat rempit, tapi mat rempi yang macam gua, haha

Oktober 30, 2009 12:37 PG

 
Blogger Amoiglam said...

Lan, memang ko je boleh tulis gini. ayat pendek tapi penuh makna. Perghhh!!!

Oktober 30, 2009 11:25 PTG

 
Blogger oranglidi said...

budak skolah bainun ramai x turun surau kalau subuh2.

November 02, 2009 2:56 PTG

 
Blogger Ikman said...

Sangatlah kimia perbualan Sinaganaga dan Pipiyapong. haha! macam saintis borak kat kedai kopi.

November 02, 2009 10:40 PTG

 
Blogger fLuRrY.bLuRrY.bUbBLy. said...

aku budak skolah bainun jugak.. tp skolah tu tak skolah ppuan pon. ermm musykil sebentar..

November 09, 2009 4:54 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home