Bebeh, lu ada ubat warna kuning tu lagi?
HA HA. Kalau Mat Zat tak jaring gol sendiri dan kalau pengadil bagi lebih masa lagi (lagi 90 minit ke) - kita (baca: Bolton Wanderers) mungkin seri malam tadi. Moq SMS aku, "Macam-macamlah alasan lu bagi kalau dah kalah!"
Aku batuk. Tekak gatal. Aku selsema. Hidung sumbat. Hujan. Azzam Supardi kata, "G, aku dah ada kat bawah!" Aku pakai topi pancing. Aku turun bawah. Kemudian, berdesup kami 'otw' ke Ampang Ulu Kelang. Abdullah Jones sudah sampai di Batu Caves. Meor, Black, dan Nik Javid akan tunggu kami di Dewan AU2.
Dulu. Masa budak-budak. Kalau demam. Mek Teh bagi aku makan ubat.
Mula-mula Mak Teh bagi makan ubat air. Apabila dah besar sedikit, Mak Teh bagi Cortal lenyek dengan air panas kat atas sudu. Apabila dah besar lagi sedikit, Mak Teh bagi makan Cortal patah dua; makan setengah biji dulu, kemudian makan setengah biji lagi. Lamaaaaaaaaa selepas itu baru Mak Teh bagi aku makan Cortal sebiji penuh. "Dah bergelas air yang dia minum... ubat tu masih ada kat atas lidah dia lagi, mmm!" kata Mak Teh, "Hah! Minum air banyak-banyak! Pejam mata! Telan! Telann! Telannn!"
"AAAAA..." Aku nganga mulut besar-besar. Cortal masih ada di atas lidah. Entahlah, lidah aku jenis banyak 'bunga' agaknya. Grip tahap dewa! HA HA.
Dulu. Masa aku budak-budak. Kalau sakit perut. Mak Teh bagi aku makan pil Pil Chi Kit Teck Aun (cap Burung dan Menara Kuil).
Cuba kau bayangkan. Pil Chi Kit Teck Aun tu walaupun kecil-kecil tetapi ada banyakkkkk biji di dalam satu kelongsong plastik tu! Jadi, aku makan satu biji dan minum air, aku makan lagi satu biji dan minum air, aku makan lagi satu biji dan minum air... (repeat till fade). "Hah! Minum air banyak-banyak! Pejam mata! Telan! Telann! Telannn!" kata Mak Teh, "Mmm, tak jadi masak aku hari ni, wehhh!"
"AAAAA..." Aku nganga mulut besar-besar.
Moq SMS aku, "Macam-macamlah alasan lu bagi kalau dah kalah!" Kalau Mat Zat tak jaring gol sendiri dan kalau pengadil bagi lebih masa lagi (lagi 90 minit ke) - kita (baca: Bolton Wanderers) mungkin seri malam tadi. HA HA.
23 Comments:
Manu sekarang pakai bomoh rasanya.
Sejak akhir-akhir ni, misti ada O.G.
Oktober 18, 2009 2:03 PTG
Dark,
Yang aku bengangkan - Mat Zat tu - score gol guna celah kelangkang 'ja tu! Siapa ngajor dia main bola macam tu entah... Hish!
Oktober 18, 2009 2:55 PTG
Haisehh...timing dia orang kurang tepat.Main waktu bulan sabit..Try tengok kalau bulan penuh amacam?
Oktober 18, 2009 4:34 PTG
Keeper BW dah bagus dah tapi defend ngalahkan team estet cinta manis..
Oktober 18, 2009 8:33 PTG
First time tgk bolton main. boleh tahan jugaklah.
Oktober 18, 2009 10:06 PTG
Kori,
Lu ada point, bro!
Zan,
Tu la pasal - tahan bola guna kelangkang - tu yang OG tu. Ceh!
Chem,
He he! Kalau nak ikut betul2 - Bolton score 2 (termasuk OG) wo - team setan cuma score 1 'ja. :)
Oktober 19, 2009 8:35 PG
cortal skang ada lagi ke? ha ha.
Oktober 19, 2009 10:06 PG
huich..gilerlah kalau macam itu gaya yer makan ubat pil chi kit teck aun..mampus berjam-jamlah lamanya.
Oktober 19, 2009 11:20 PG
Ada game ka? Kampung mana main?
Oktober 19, 2009 1:46 PTG
Daniyal,
Ada lag kot, entah.
Bino,
Ho la! Ha ha.
Khal,
Felda Sungai Rokam! HA HA.
Oktober 19, 2009 5:04 PTG
macam-macam ..apa-apapun i love perkataan "bebeh" tu
Oktober 19, 2009 10:40 PTG
dah2..set time..
gua nak buat photoshoot khas nih..
hahha
Oktober 20, 2009 11:21 PG
Ubat warna kuning tu yang mana pulok?
Oktober 20, 2009 2:09 PTG
gitu kaedah ko mkn pil chi kit tek aun tu bang.... sampai esok pun tak sudah. he he.
.
Oktober 20, 2009 2:52 PTG
Nad,
He he. Ok bebeh.
Moq,
Ye la yela, gua pakai le baju MU tu nanti. :)
Najwa,
Hok kecik tu!
Tasek,
:)
Oktober 20, 2009 5:59 PTG
eh jgn demam dulu bang..karang takleh dgr cerita baru!
lack of vit c tu,makan oren bebanyak lepas ni..tak pun gi amik vit c kat klinik!
Oktober 21, 2009 2:07 PG
cortal memang banyak simpan sentimental value.
Oktober 21, 2009 11:43 PG
gua rindu makan cortal. sekarang dah tak boleh. tak lut.
Oktober 21, 2009 12:09 PTG
Makan cortal?
Apa barang makan cortal. Tak sedap! Hehehe...!
Oktober 21, 2009 11:26 PTG
cortal sedap
Oktober 21, 2009 11:49 PTG
rindu kat Mak Teh kan? lagi2 time sakit
Oktober 22, 2009 6:29 PG
Lena,
Ada cerita baharu ke? Cerita kiambang kembali bertaup ke? He he.
Zz,
Aspro? HA HA.
Pye,
Pernah cuba Aspro?
Deen,
Hoh! Kau makan ubat air 'ja ke? HA HA.
Dug,
:)
Ain,
:)
Oktober 22, 2009 8:30 PG
salam kunjungan dan lawatan
Oktober 22, 2009 9:05 PG
Catat Ulasan
<< Home