"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

14 September 2009

PAPADOM: Sebuah review yang berpaksikan sukan


PENGENALAN
Dari tengah padang, Afdlin Shauki buat satu drop goal. Bola buah kana tu berdesup tuju ke tiang gol yang macam huruf H tu. Pengadil tiup wisel dan angkat bendera - tanda ‘masuk’.

Dari tepi padang gua nampak bola buah kana tu macam masuk tak masuk ‘ja. “Eh! Masuk ke, Mal?” Gua tanya Jamal Salim. Jamal Salim tepuk kepala gua dengan t shirt dalam plastik yang baru dibelinya, “Dah ref kata masuk… Masuklah, weh!”

Gua tak puas hati, gua cakap lagi, “Tapi… drop goal mana cantik, Mal!” Jamal jawab, “Lu nak cantik ke lu nak mata ni, weh?”

Di tepi padang, Liza Big Mom sedang cheering-cheering! Sambil-sambil cheering-cheering, Liza Big Mom cakap kat gua, “Orang lelaki ni, Bro… apabila dia dah berkeluarga… ada pelajaran ke tak ada pelajaran ke, ada harta ke tak ada harta ke, ada duit ke tak ada duit ke… pandailah dia cari jalan macamana nak sara keluarga dia!”

Gua gigit kemuncup. Dari jauh gua tengok Afdlin Shauki sudah kena hempap dengan ramai pemain lawan. Bola buah kana sudah lekat kat bawah perut Afdlin Shauki. Pengadil tiup wisel.

Di tepi padang, Jegang pula sampuk cakap Liza Big Mom, “Gua cari duit banyak-banyak ni, Bro… sebab, gua nak… aaa... kalau anak gua nak makan burger gua boleh belikan, kalau anak gua nak lolipop gua boleh belikan, kalau anak gua nak cheese cake gua boleh belikan… itu sahaja sebabnya!”

Gua masih gigit kemuncup. Tiga pasang mata tenung gua. “Wat?” tanya gua. Jamal Salim ketuk kepala gua dengan t shirt dalam plastik, “Air dah bancuh???”

IDEA/SKRIP/LAKON LAYAR
PAPADOM digarap berlandaskan ideologi ‘para lelaki akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyara keluarganya sehingga adakalanya kesungguhan itu akan membuatkan para lelaki mengabaikan keluarganya’. [Wo, sungguh ironikan?]

Dan, tidak kisahlah sama ada PAPADOM yang bergenrekan drama komedi dan hantu komedi ini telah memenangi berbondong-bondong piala atau tidak. Yang penting – bukan gua yang menjadi juri FFM22 pada kali ini. Sebab, kalau gua juri – gua bagi Prof Razak yang menang dan lu orang akan mencarut kat gua, “Cibai masak lemaklah lu, Bro!!!!” for sure. [Kenapa? Prof. Razak memang tak boleh menang sampai bila-bila ke, nyah?]

Cuma, gua memang tak suka penyudah filem ni yang gua rasa ia telah disudahkan dalam keadaan yang tergesa-gesa. Mungkin, jika diberikan lebih masa, pengarah dapat mencari penyudah yang lebih hip!

ULASAN TEKNIKAL
CINEMATOGRAFI (Berdasarkan Asas Seni Lukis & Prinsip Rekaan)
Cinematografi dalam PAPADOM adalah yang biasa-biasa sahaja sifatnya. Kalau tak letak subjek kat tengah-tengah - Pengarah letak subjek tu kat tepi sikit. Itu sahaja. Tak perlu susah-susah nak fikir.

Ada pensyarah seni lukis pernah beritahu gua, “Imbangan yang simetri ni – tak dinamika - boring!” Tapi, bagi gua, apa salahnya kalau imbangan itu pada kedudukkan yang simetri? Sebab, bukan semua orang fikir imbangan simetri itu membosankan! Ada orang memang suka duduk tengah-tengah dan mute/idle, hapeee!

“Saya kata, KEBANYAKAN ORANG sukakan imbangan tidak simetri – dinamika [oh, dia memang suka tambah huruh ‘a’ pada akhir perkataan] – tak boring!” kata pensyarah seni lukis tu, “Saya ulangi, KEBANYAKAN ORANGGGG, okehhhhhh!”

Wateverrr! Ha ha.

Ya, Cinematografi PAPADOM tak macam cinematografi filem-filem Kabir Bhatia (Cinta), filem-filem Mamat Khalid (Lang Buana), atau Saw Teong Hin (Puteri Gunung Ledang). Tetapi, kalau kita nak tengok cinematografi macam filem-filem Kabir Bhatia – pergi tengok filem Setem 'ja la, weh! Ya dok? Ha ha.

AIRMATA NOORKHIRIAH
Dengan kedudukan berbaring; kepala terteleng ke kiri sedikit – gua rasa, airmata sebelah kiri matanya itu memang tak ada masalah untuk mengalir turun. Cuma, airmata sebelah kanan matanya itu – ia bertakung macam tasik disebabkan airmata tu terhalang dek batang hidungnya yang comel.

Gua rasa, pada masa tu Noorkhiriah telah berhempas pulas untuk mengerakkan otot-otot di sekeliling matanya agar airmata di sebelah kanan matanya itu dapat melepasi kepungan otot-otot di sekeliling mata itu untuk mengalir ke bawah.

Tap! Masa airmata di belah kanan itu berjaya dialirkan – gua tengok reaksi muka Noorkhiriah punyalah ‘relieve’. Hilang urat-urat kat dahi dia, wo! Susah nak buat tu, wo! HA HA. Kalau gualah – mahu airmata tu tersedut semula ke dalam mata, wo!

SUDUT KAMERA PALING CANTIK
Oh, sudut kamera kaki Vanidah Imran dengan kaki Afdlin Shauki tu gua paling suka. Kalau lama lagi sudut kamera macam tu – bubuh voice over Vanidah Imran dan Afdlin Shauki bercakap-cakap masa tu – pergh – mantop!

FOLEY
Ada foley dalam filem ini. Tapi gua tak tahu kat mana ia digunakan. Mungkin untuk bunyi papadom yang rangup ketika dikunyah.

PELAKON TERBAIK DALAM PAPADOM
Macam selalu-selalu – Harun Salim Bachik. Kendatipun, PAPADOM bukanlah sebuah filem yang akan kita ingat-ingat, tetapi frasa “Jangan terlalu beremosi dengan tanah!” oleh Harun Salim Bachik itu akan gua ingat sampai bila-bila.

FILEM PENDEK
Ada dua filem pendek dalam filem ini. Kedua-duanya best. Satu, filem yang digarap oleh Farid Kamil – filem mengesahkan zombie pemain ragbi yang suka kekah leher pemain-pemain lain, ha ha. Dua, filem yang digarap oleh Que Haidar – filem berjudul Eksistansial Sial, yang pada hemat gua ia amat sesuai sekali ditayangkan di Maskara Shorties pada 31 Oktober ini. Kedua-dua filem ini memang macam sial dan SAYA AMAT SUKAKANNYA! Ha ha.

LOGO PENAJAAN
Logo Canterbury amat berleluasa dalam filem ini. Apabila logo Canterbury bagaikan menikam-nikam biji mata gua, gua cakap dalam hati, “Cilakak lu Afdlin! Lu tatau ke SMS Old Boys dah pakai Carisbrook dah la ni, weh!!!!” Ha ha.

“Mal!” kata gua, “Lu rasa-rasalahkan… bola buah kana yang Afdlin Shauki tendang tu… Springbox ke Gilbert?”

“Springbox? Wakakakakaka! Tu bola zaman Tok Kaduk tu, Bro!” kata Jamal Salim, “Tak ada siapa dah main dengan bola hok cepat berlendir tu, weh!” Kemudian, Jamal Salim *plop* macam selalu-selalu. Kemudian, Liza Big Mom yang sedang cheering-cheering pula *plop* macam selalu-selalu. Gua masih gigit kemuncup. Tiba-tiba gua bangun...

KESIMPULAN
“Pada gua, Papadom adalah filem komedi untuk seisi keluarga! Adalah mesej sikit-sikit! Tetapi, sebagai manusia yang korup – lu peduli apa dengan mesej!!! HA HA.” kata gua sambil buang batang kemuncup tu ke bumi. Kemudian, gua berjalan ke ruang yang telah disediakan untuk para tetamu. Dan petang tu gua berbuka puasa dengan satey lima cucuk dan nasi beriani lauk ayam dan air sirap bandung yang dibancuh dengan air aiskerim soda.

Masa gua jalan kembang dada ke meja dengan pinggan satey di tangan - gua perasan yang Scha tengah curi-curi pandang kat gua. Tapi, gua buat endah tak endah 'ja. :)

Tap!

Gua lupa nak ambil gambar Pipiyapong sedang berdoa (menadah tangan). Lu pun tahukan, bukan mudah kita nak tengok Pipiyapong menadah tangan, kan, kan, kan! HA HA.

Label? MESTI TONTON!

NOTA KAKI: Afdlin Shauki pernah jadi pemain import untuk Pasukan Ragbi SMS Old Boys pada suatu masa dahulu, ya adik-adik!

NOTA KAKI 2: Dan, dapatkan jersi-jersi cantik di Carisbrook Malaysia - http://www.naim-marsidi.asphiroth.net/index.html - Jersi Melaysia pun ada wo!

26 Comments:

Blogger sinaganaga said...

1st!

HA HA.

September 14, 2009 3:14 PTG

 
Blogger Danielle_Corleone said...

Tak apa la. sebagai mengambil hati. Gua anggap ini review. :-p hahahahaha.

September 14, 2009 3:38 PTG

 
Blogger Perempuan cerdas said...

Nampak enakkkkkkkkkkkkk.

M

September 14, 2009 3:40 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Danielle,
HA HA HA HA HA. Kalau dah tak kena 'cibai' dengan Afdlin Shauki pun dah cukup ok dah ni weh!

Mimi,
Hellooooooo darling! Lama dok singgah ni weh? Balik le weh - Mat Indon nok cucuk mu dengei buluh runcing tu mek weh! He he.

Papadom - nak kena tengok lagi sekali ni! Kali ni tengok dengan tiket berbayar pula ek! :)

September 14, 2009 3:43 PTG

 
Blogger cheryna zamrinor said...

waaaaaaaaa...lepas nieh nak bodek siapa2 utk dptkan canterbury dalam filem nieh...ehehehe...

suka filem yg ada simplicity macam nieh. siapa yg buat poster nieh agaknya? best. tak payah pening2 tgk gambar aktor2 dan aktres2.

norkhiriah itu perberet ku:)

September 14, 2009 3:46 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

bro... che'gu aku dulu kata aku buta hurup.. pasal eja KEBANYAKAN macam ko lah... :P

September 14, 2009 3:46 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Che Rina,
Pergilah tonton!

Chik,
Single K or double K ek?

September 14, 2009 3:56 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

satu kei je....
dulu aku pun pakai dua gak... ekekek...

September 14, 2009 4:53 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Chik,
Dah perbetoikan dah. :)

September 14, 2009 5:10 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Tak puaih hati!

Macam mana hang bole tengok dulu? Sedangkan masa Afdlin casting kat sini aku ada tengah beli nasi kandar kat situ.

September 14, 2009 5:12 PTG

 
Blogger spyz said...

jamal yg muka mcm cina tu kan?

September 14, 2009 6:53 PTG

 
Blogger landaklaut said...

wow!
encik naga tak cite pon pasal liyana? tak bes ke? huhu.

September 14, 2009 8:14 PTG

 
Blogger Corey said...

Gua belum tengok...alasan = gua diet...Hehe

September 14, 2009 10:04 PTG

 
Blogger Ajami Hashim said...

14th!

HA HA.

ulasan ini mcm filem FINDING NEMO lah! very DISNEY gitu! tadaaa!

September 14, 2009 10:36 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Khal,
Gua special! HA HA.

Spyz,
Ho. Jamal yang macam Cina tu.

Chem,
Liyana? Ada la dia lalu depan gua kejap. Cuma, gua buat endah tak endah je. WAKAKAKAKAA...

Kori,
:)

Ajami,
WACHAAAAAAAAAAAAAA! (Ha ha).

September 15, 2009 8:36 PG

 
Blogger elmaaniq said...

sukan yang paling cocok dengan kamal bulan.

September 15, 2009 9:11 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Manik,
Rashid! Rashid Bulan lah! Rashid Bulan tak main sukan ni, Mamak! Rashid Bulan main bolasepak! :)

September 15, 2009 9:26 PG

 
Blogger Pnut said...

tak kira apa pun ulasan, aku mesti tonton filem adflin shauki, mamat khalid...

PRof razak?? saper tu???

September 15, 2009 9:29 PG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Tiba-tiba aku teringat kat Mansor Puteh .... He he!

September 15, 2009 9:59 PG

 
Blogger iYda Juhar said...

aku suke filem dia.

September 15, 2009 12:15 PTG

 
Blogger elmaaniq said...

Eh.. Rashid yek? Bukan Kamal?
Haha. Silap.

Sebab tu Rashid kena main ragbi bukan lagi bolasepak.

September 15, 2009 12:51 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Purp,
Mansor selalu gak ada kat RA Gallery. :)

Ida,
:)

September 15, 2009 12:58 PTG

 
Blogger pye:rudz said...

cilakak! taktik busuk ngomen first.
lama betul nak tunggu filem ni keluar kat panggung.

September 15, 2009 2:57 PTG

 
Blogger ceri masam said...

saya tak suka makan papadom

September 15, 2009 11:56 PTG

 
Blogger AdaRasa said...

afdlin selalu mengalami masalah (tergesa-gesa) penyudahan cerita biarpun pun movie beliau sebelum2 ni pun..mungkin dia selesa dgn trademark yg begitu kot...

September 28, 2009 9:46 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

ulasan mantap la

Oktober 13, 2009 1:50 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home