"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

09 September 2009

Kepada sesetengah orang, nombor 090909 adalah 'bersama selamanya'

Masa tu, Jimi Mahmud sedang mengetip kuku. Teh Junaidah yang sedang terbang-terbang jatuh semakin menghampirinya.

"Pssst! Pssst! Jimi!" gamit Teh Junaidah, "Hari ni nombor cantik, tau! Kosong sembilan kosong sembilan kosong sembilan!" kata Teh Junaidah lagi, "Kita tak mahu buat apa-apa acara ke untuk memperingatinya, Jimi?" tambahnya.

"Ermmmm!" keluh Jimi Mahmud, "Kalau nak buat upacara puja syaitan pun... syaitan pula tak ada, sebab syaitan dah kena gari dalam bulan-bulan puasa ni!"

"Jimiiiiiiiiiiiiiiii!" jerkah Teh Junaidah, "Hok tu... enam enam enamlah, Jimi!"

Tap!

Teh Junaidah tepuk dahi dan... Oh, dia lupa, masa tu dia sedang mengepak-ngepakkan kedua-dua belah sayapnya, alahai!

Label:

19 Comments:

Blogger Corey said...

Yeay first???...Tu nombor 6D ke bang naga?Teh junaidah masih pegang jarum lagi?

September 10, 2009 12:46 PTG

 
Blogger Corey said...

Hah...confirm 1st....Hahaha

September 10, 2009 12:46 PTG

 
Blogger wook said...

weeii..2nd la kira.teh puasa ker waktu sayapnya mengepak-ngepak?

September 10, 2009 1:08 PTG

 
Blogger . said...

aku cadangkan buat acara beli-beli karpet kat nilai, negeri sembilan.

September 10, 2009 1:52 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Kori,
HA HA.

Wok,
Entah. :)

Nizam,
Kapel jekel kat masjid india - bawah RM50 weh. Aku nak beli - tatau nak bawak balik mcm mana - takkan nak heret je. :)

September 10, 2009 1:54 PTG

 
Blogger tasuke said...

ko boleh potong karpet tu kecik2 masuk dalam kotak2..lepas tu senang nk bawak balik..
bila sampai rumah susun balik cebisan2 tu mcm jigsaw puzzle.amik buluh runcing suruh teh junaidah jahitkan bagi jadi karpet semula..ate kate nye serumpun..hahaha

September 10, 2009 2:02 PTG

 
Blogger artisticklytouch said...

laaaa...Teh Junaidah ke jatuh dari langit tuh? aku ingatkan tahi bintang

September 10, 2009 3:44 PTG

 
Blogger tasekM said...

pegang jarum sambil mengepak2 tu sgt bahaya. silap2 tercucuk ketiak.

:p

September 10, 2009 3:52 PTG

 
Blogger ymn said...

ohh .. ada gi 1st syawal ..hari raya ..

20.09.2009

September 10, 2009 4:38 PTG

 
Blogger RY said...

090909

cantik gak ape. takde orang pilih buat tarikh nikah ke? kalau berani tahan nafsu, sila la kahwin. ye dak? hehe

September 10, 2009 8:54 PTG

 
Blogger alhena said...

kenapa tk cerita kat dahi teh junaidah ada jarum?

September 10, 2009 8:58 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

jatuh tergoleklah Teh Junaidah haha

ada orang suka plet kereta BED69

September 10, 2009 10:23 PTG

 
Blogger tuan tanah said...

tuan tanah likes this.

September 11, 2009 3:31 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Tasuke,
HA HA. Ate, niat di hati nak beli kapet yang berbuluh-buluh halus tu je, yeop! :)

Art,
HA HA.

Tasek,
:)

Ym,
Pergh! Lagi satu nombor cantik-cantik tu!!!!

Razor,
NAG4 adalah nombor plate skuter budak Maybank. :)

Spyz,
Mamat tu masih kerja kat Maybank lagi ke? Bila dia nak jual nombor tu?

Hena,
Kali ni dia dah tak menjahit. :)

Dug,
NAG4! :)

Tanah,
Sampai bila kau tak moh balik Melaysia ni weh? Ermmmm... Real punya merajuk ni!

September 11, 2009 8:42 PG

 
Blogger mamat khalid said...

tarikh ni masa mudo2 dulu mustahak sangat! bila dah kurang mudo ni tarikh hanya tinggal tarikh je rupanya. byk lagi benda lain yg perlu kena ingat seperti mana nak lunch hari ni lan?

September 11, 2009 10:17 PG

 
Blogger pye:rudz said...

nombor tu, ada kena-mengena dengan zakiah anas saya kira.

September 11, 2009 12:03 PTG

 
Blogger iYda Juhar said...

baru ta la... enam enam enam yerk

September 11, 2009 12:14 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Abang Mamat,
HA HA. Jangan lupa tinggalkan timun tu ke saya, bang? Kalau timun cuka - tolong basuhkan dulu, ek! WAKAKAKAKAKAA...

Pye,
Tolong perjelaskan! Oh, 999? HA HA.

Da,
? Ha ha.

September 11, 2009 12:50 PTG

 
Blogger hans said...

hahahaha
syirik dowh percaya benda macam tu

September 13, 2009 8:09 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home