"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

28 Ogos 2009

Merdekakakita, kata Jimi Mahmud

Setelah hujan berhenti, Jimi Mahmud dan Teh Junaidah kembali kepada pekerjaan mereka yang macam selalu-selalu, iaitu melangut ke langit. Di langit, kelihatan Nazri M. Annuar sedang sibuk mengejar pelangi.

"Tu, tu..." kata Jimi Mahmud, dia koma setakat itu dulu, diumpil-umpilnya dengan lidah sisa kurma Yusuf Taiyoob sahur tadi yang terlekat di celah gigi, setelah dia mendecit-decitkan mulutnya beberapa kali sisa kurma Yusuf Taiyoob itu pun berjaya dikeluarkan dan diludahkan ke tanah, "Rasa macam pelik pulak..."

"Apa yang peliknya?" tanya Teh Junaidah, "Siapa yang pelik? Budak Ipoh tu ke?"

"Warna pelangi tu... " jawab Jimi Mahmud, "Selalu-selalu tujuh... Hari ni dah tinggal empat 'ja pulak! Biru, kuning, merah, dan putih!”

Teh Junaidah menepuk dahi. Tap!

"Itu benderalah Melaysialah, Jimiiiiiiiiiiiiii!" kata Teh Junaidah.

Di Dataran Merdeka keadaanya sungguh sunyi. Yang tinggal hanyalah imaginari alunan-alunan biola Norman Soo yang sedang melagukan Tchaikovsky - Allegro in F minor.

Teh Junaidah membaling biji kurma Yusuf Taiyoob kepada Nornan Soo, "Bingitlah!" Norman Soo kata, "Auwww!"

"HAH! You tak puasa ke hari ni, Teh?" tanya Jimi Mahmud.

"Tak! I period!" jawab Teh Junaidah.

Di langit, kelihatan Nazri M. Annuar sedang sibuk mengejar pelangi. Sambil berlari dia sempat berkata, "Tahun ni orang sambut Hari Kemerdekaan kat perkarangan Parlimenlah, wehhh!"

Damn!

Label:

18 Comments:

Blogger Unknown said...

hah! first...

ok Merdeka!!!

rindu rindukan saya..saya akan pergi lama haha!

Ogos 28, 2009 4:12 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Amora,
Kalau rindu - serulah nama! :)

Ogos 28, 2009 4:16 PTG

 
Blogger Taf Teh said...

Apa? Warna pelangi bukan 7 dude. Bukan. Bukan. Bukan.


Eeerrr dengar kata kat pelangi ada Dewi Chinta. Betul ker????

Ogos 28, 2009 5:01 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Bendara kita ada empat warna. Termasuk warna putih.

Pelangi ada kaler putih ka?

Ogos 28, 2009 5:12 PTG

 
Blogger landaklaut said...

selamat hari merdeka.

Ogos 28, 2009 6:47 PTG

 
Blogger Corey said...

Tolak tuan rumah....masih lima teratas...

Gua rasa lolipop pelbagai warna lebih manis & meriah dari 7 warna pelangi...Merdekaaa

Ogos 28, 2009 8:11 PTG

 
Blogger alhena said...

nanti nk sikit pelangi tu. bleh pegang ke?

Ogos 29, 2009 12:44 PG

 
Blogger binjidan said...

allegro dlm f minor...hoho..

Ogos 29, 2009 2:44 PG

 
Blogger Lily Abdullah said...

"Jimi,kau ini pari-pari species apa, bendera dan pelangi pun engkau tidak kenal"

Plop*

(macam selalu-selalu)

Neng Yatimah muncul sesudah 52 tahun merdeka.

Ogos 29, 2009 8:30 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Teh,
Warma pelangi ini ikut suka kita sebenarnya. Kalau kita suka 7 - ia jadi 7. Kalau kita suka 4 - ia jadi 4. HA HA.

Khal,
Tak belajar sains ke? Kalau kau putarkan roda cahaya tu laju-laju - ia jadi warna putih. :)

Chemp,
Merdekakakita!


Kori,
Eh, nak tanya, lolipop yang besarrrrrrr tu (lebih besar daripada loket pound tu) - panggil lolipop juga ke weh?

Hena,
Apa barang nak pegang pelangi. Pegang pelangi tak best, sayang! Pegang benda lain mao? HA HA.

Javid,
Boleh ke Norman gesek f minor tu? Kalau tak boleh... gua nak suruh dia gesek in C je. HA HA.

Ke nak suruh dia gesek f# ? Pergh, habis bingit tu weh!

Lily,
O-pocotttttttttt! Apa main plop plop ni, Mak Neng? Hish!

Ogos 29, 2009 9:55 PG

 
Blogger Corey said...

Yaaa...Gua pernah cuba makan sekali bang naga.Nak habiskan loli tu punya la payah.Gua siap simpan dalam peti ais...seminggu lepas tu baru habis.

fuhh* (kesat peluh di dahi)

Ogos 29, 2009 11:34 PG

 
Blogger Afe Oth said...

4 kaler tuh, campur2 jd la 7.
8 pon bole.
nak sgt pelangi kn.

nama comel, sinaganaga.haha.

Ogos 29, 2009 12:36 PTG

 
Blogger mariahsj said...

Mengejar semangat pelangi di dataran merdeka..hmmm.

Ogos 29, 2009 12:47 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Kori,
Gua tak cuba lagi. Gua baru peringkat 'baru nampak/ 'ja ni. :)

Afe,
:) Gua memang comel.

Kak Ton,
Tak melepak kat SENJA lagi ke? Apa band tengah main kat sana? Aaa, SENJA wujud ke lagi weh? HA HA.

Ogos 29, 2009 6:00 PTG

 
Blogger Bijen M. said...

merdekakakita!
atau
merdekakakita?
kita merdeka dalam f minur.
selamat merdeka jiwa naga!

sekian,
bijan baik

Ogos 29, 2009 6:03 PTG

 
Blogger mariahsj said...

Salan Naga,
Dah berzaman tak pergi. Entah ada entah tidak lagi...Rasanya dah tak sesuai lagi nak ke situ..he he he

Ogos 30, 2009 1:44 PTG

 
Blogger JHaZ KiTaRo said...

salam ramadhan dari penuntut di bumi Eire.. blog hopping.. rajin2, lompat laa ke blog hamba.. :)

Ogos 30, 2009 6:11 PTG

 
Blogger pye:rudz said...

ehem, pelangi hadhari kah?

September 01, 2009 8:44 PG

 

Catat Ulasan

<< Home