Menjelang PRU13: Kong Kang
Di atas pangkin, Kak Pinoi sedang duduk-duduk dan membanding-bandingkan tajuk-tajuk utama berita sukan di akhbar semalam dan hari ini. Karim Driving School sedang mengekek-ngekek sambil menekan-nekan perut.
"Hah! Cuba Pinoi baca tajuk hok semalam!"
"'Malaysia Bermula Garang.'"
"Hah! Cuba Pinoi baca tajuk hok hari ni pula!"
"'Perseorangan Wanita Negara, Perseorangan Lelaki Negara, Bergu Campuran Negara, Bergu Wanita Negara, Bergu Lelaki Negara tersadai di pertengahan jalan.'"
Ha ha ha. Kak Pinoi mengekek-ngekek. Karim Driving School pun mengekek-ngekek. Kak Pinoi menampar tubuh Karim Driving School dengan suratkhabar. Kemudian, mereka sama-sama terdiam dan kembali merenung ke arah kereta sekolah memandu Karim Driving School yang tersadai sejak pagi tadi.
"Pasukan Malaysia ni macam bateri keretalah, Pinoi!" getus Karim Driving School antara dengar tak dengar.
"Berat? Keras? Kena bubuh air selalu? He he." tanya Kak Pinoi.
"Tak!" jawab Karim Driving School, "Kong!!!!!"
HA HA HA. Kak Pinoi mengekek-ngekek. Karim Driving School pun mengekek-ngekek. Cina Ah Keong yang berjanji "sikit jam garenti gua sampai sanalah, tauke" nak hantarkan bateri kereta yang baharu masih tak nampak batang hidungnya lagi.
Label: PRU13
18 Comments:
"bateri kong tu kena ketok2 ataupun kau kena rendam ngan air garam lepastu jemur kat panas"..
kata adikku 15 tahun yg lalu ..
Ogos 18, 2009 3:12 PTG
yg kedua...
Ogos 18, 2009 3:34 PTG
kesian..
Ogos 18, 2009 3:47 PTG
Aww.
:(
M
Ogos 18, 2009 4:08 PTG
YM,
Rendam dalam air garam? Wo, aku tak pernah try lagi tu.
Nora,
:)
Pelan,
:)
Mim,
Ini semua salah tajuk akhbar rasanya ni. He he.
Ogos 18, 2009 4:15 PTG
Ni sambungan untuk Blook stingarden?
Buku yang best
Ogos 18, 2009 6:48 PTG
Bang Naga,
Agaknya kena bagi bateri energizer alkaline tue..
Ogos 18, 2009 8:41 PTG
tu baru 'kong',
mana 'kang' nye nage?
haha!
Ogos 18, 2009 9:07 PTG
Dulu kalu beteri radio abah gua jemur ja,beteri kerana yang kong gua tatau..kalau jemur kat tenagh panas jalan dak? hahaha!
Ogos 18, 2009 11:37 PTG
Sekarang musim hujan, air bateri amat free.
Ogos 18, 2009 11:40 PTG
garang sungguh yer. tak sangka kong jugak.
kalau bateri hanpone startex-x dulu kong, aku campak kat anjing. bunyinya Kang!!!. lepas tu.
king! king! king!. angjing tu bunyik.
kekekeke..
Ogos 19, 2009 1:24 PG
hek..
teringat plak cite crank high voltage..
patut jump jer badan dorg kat bateri kereta..
kong kang..
lembik cam kang kong..
Ogos 19, 2009 3:04 PG
Firoi,
Wo! Terima kasih kerana beli Stingarden. Aku sedang berusaha untuk angkut sedikit Stingarden untuk dijual pada Maskara akan datang.
Stingarden bukan sekadar blook - Stingarden ada cerpen yang belum pernah diterbitkan.
Alif,
HA HA. Li Dan tu 'liat' sungguhlah. :)
Bumi,
Bila dah kalah - tu yang terKANG KANG tu! HA HA.
Water,
Kita boleh cuba. :)
Amin,
:)
Mut,
Aku pun dulu guna Startrek - bateri nipis - boleh kepit kat poket baju - perghhhhh!
Bijen,
Perseorangan lelaki Negara - nombor satu dunia, bergu wanita negara - nombor satu dunia - kalah la pulakkkkkk! Aiseyman!
Ogos 19, 2009 8:33 PG
dak datuk tu... kalau menang sekalipun dgn kuncorot hr tu mesti melingkup juga dgn lin dan. he he.
Ogos 19, 2009 1:20 PTG
lu mmg tak patut.
bagitau karim pakai bateri free mentenen.apa barang tak ikut perkembangan ni bang karim?
Ogos 19, 2009 1:52 PTG
bateri bebas penyelenggaraan...haha!
karim sekolah memandu tu memang ketinggalan.
...dan mungkin juga tertinggal kapal angkasa...haha!
Ogos 19, 2009 3:28 PTG
bateri free maintenance pun boleh kong jugak brother. sekali dia kong... hasta la vista.. haha
Ogos 19, 2009 4:14 PTG
Tasik,
Ya la, Kuncorot tu hape la sangat - tu pun boleh kalah, ceh!
Yob,
HA HA. Kereta lama - bateri pun fesyen lamalah!
Kua,
HA HA.
Dug,
Ya betul! Hasta la vista! :)
Ogos 19, 2009 4:22 PTG
Catat Ulasan
<< Home