JAVIDNAMAH: Obor revolusi untuk jiwa marhaen
“Ada barang?” tanya gua.
“Ada!” jawab dia.
“Berapa satu?” tanya gua, lagi.
“Sepuluh!” jawab dia, lelaki berambut Ronnie James Dio yang tersandar di kerusi sambil menikmati segelas Nescafe tarik gelas kecil kat kedai mamak Annexe itu. Beberapa ketika kemudian dia mengeluarkan sekeping audio CD dan menghulurkannya kepada gua. Gua tak fikir panjang, gua sambar, gua bayar sepuluh ringgit, sama macam gua buat perangai semasa gua beli kaset Search: Langit dan Bumi tu dulu-duluuuuuu, “Tak mao try dulu ka, boy?” “Tak mohlah, tauke! Mau cepat! Garenti best punya ni!!!”
“Demo ke?” tanya dia.
“Demolah!” jawab gua, “Baru nak hisap rokok… FRU dah pulun dengan bom asap! Yapong tak sempat nak set kamera pun, wo! Pung pang pung pang kami cabut lari...”
Nama dia Javid. Tapi, gua panggil dia - Nik. Dari telo percakapannyanya – Javid mungkin orang Perak atau orang Pahang. Nik? Mana ada orang Perak nama Nik!!!! Nik Angahluddin? Buruk benar bunyinya, yeop. Nik Karmun? Mana ada Jawa nama Nik. Nick Kershaw? Maybe. HA HA.
Memulakan dengan lagu Aku dan Kamu (Meor, Black, Rahmat Haron & Javid), petikkan gitar Javid begitu clean dan menyihir. Ditambah dengan suara Javid yang serak-serak macam kerongkong jenis calar-balar tu, lagu-lagu yang terdapat dalam album C4-LLPK ini cepat ‘menangkap’ ke telinga. Sekali imbas, jika rounded dan deep lagi vokal si Javid ni – persis Iwan Fals. Tetapi, Javid tetap Javid. Who need Iwan Fals when you can have Javid! HA HA.
Lagu-lagu Seniman Jalanan memang begitu sifatnya. Bercerita tentang aku, kau, kamu, dan kita. Bercerita tentang si marhaen yang tertindas dan si brahman yang berkorupsi. Cuma, lagu-lagu dalam C4-LLPK ini bukanlah jenis lagu marah-marah. Melodinya perfect! Dilengkapi dengan intro dan korus dan kadang-kadang solo yang… aaa, gua tak tahu nak cerita, lu kena dengar sendiri! Pendek kata, “Mantop!” kata Ustaz Zamri Bercerita.
Hampir keseluruhan lagu-lagu dalam album ini sarat dengan deting-deting gitar akustik. Kecuali untuk lagu Perang yang telah dipersembahkan dengan petikkan gitar elektrik/full band. Lagu yang fast dan rockin' ini adalah salah satu lagu kesukaan gua. Lagu-lagu lain yang menjadi kesukaan gua adalah Aku dan Kamu, Terang Bulan, dan Untuk Orang Islam (liriknya sungguh sinikal). Intro lagu Nyanyian Pada Malaikat (Iqbal) pula macam intro lagu-lagu Country and Western. Apabila lu dengar lagu ni, lu rasa macam… pada suatu petang, lu pakai topi koboi, lepak kat atas pagar putih di padang ragut UPM sambil gigit kemuncup. Perghhhh!
“Dia tak ada main lagu cinta-cinta ke, bos?“ tanya gua.
“Dia nak ke arah tulah tu, jend! Ha ha!” jawab Meor.
Ya! Ada satu bonus track dalam album ini yang tidak berjudul. Malu nak letaklah tu ek, Javid! HA HA. Gua syak judulnya - Asmara. Ya, ini lagu cinta. ‘Layan’ lagu ni, wo! 21 kali Javid sebut perkataan “asmara” tu! Tapi, kalau dapat riff ka atau intro ka dengan detingan resonator/steel guitar pun menarik juga, weh! Kalau dapatlah, Javid!
Label: INI BARU BERBALOI BALOI, BEB!
Apapun, insyaAllah, Javid akan perform di Maskara 8.8.09 (Kalau dia tak pergi dating dengan awek cun tu la! *ahaks*) Meor? Meor pun perform, insyaAllah! Jadi, anda datanglah beramai-ramai ke Maskara!
Hubungi Javid di javidnamah@ymail.com atau di nikbinjidan.blogspot.com
28 Comments:
First!!!
Ogos 06, 2009 1:13 PTG
Macam tak percaya dapat jadi first. Ence' Naga, album ni ada rentak nasyid tak?
Ogos 06, 2009 1:16 PTG
MK,
Lagu 'Nyanyian Para Malaikat' - lirik macam lagu nasyid; melodi macam lagu koboi. Ha ha, lagu nasyid koboi rasanya ni. :)
Ogos 06, 2009 2:13 PTG
naga hijau,
kalu album ni ada rentak2 psychdelic mcm pink floyd gua angkat ini jam jgk :),tp gua rasa mcm xder.
Apa2 pon kene beli juge nih.Bila lagi nk tlg org kampung maju dlm industri musik :)..
DI JALANAN ITU ADA SEGALA GALANYA
Ogos 06, 2009 2:27 PTG
Fredy,
Pink Floyd psychdelic ke? Macam progressive je, ha ha. Prince - hah, mamat ni baru psychdelic gua rase! Gua rase le, he he.
Ogos 06, 2009 2:39 PTG
tak ada "sample" ke?
hehe.
Ogos 06, 2009 3:10 PTG
ye.ye. semua orang wajip beli album nik.
Ogos 06, 2009 3:10 PTG
wOw ulasan pasal cd ni macam menarik.. harus rembat nanti...
bro... nanti kat MASKARA... lu perform tak???
:P
Ogos 06, 2009 3:12 PTG
Jend, budak-budak sekarang jenis main mintak sample. Gua sekolah rendah dulu beli kaset ikut sedap tak sedap kulit kaset je.
Ogos 06, 2009 3:14 PTG
Nizam,
Sample? Lu ingat ni biskut raya ke, dude? HA HA.
Dollah,
Wuuuuuu, wajib beli wo!!!!!!
Kem,
Gua tak perform. Cukuplah sekali gua perform, dude! :)
Yapong,
Budak sekarang indie. Indie memang main sample, ha ha. Tak macam kita kat asrama dulu - kalau Search & Wings & Rusty Blade - gua tak fikir panjang - gua apply keluar duit biasiswa - gua rembat hok ori woooo! Best tak best - belakang kira.
Ogos 06, 2009 3:30 PTG
alert la pulak itu "asmara" ada 21kali KihKih
Ogos 06, 2009 4:17 PTG
javid perkenalkan diri dia sebagai 'nik'...apsal ek?
dia, fared ayam dan seorang lg kuncu yg bertanggungjawab ketika bikin kecoh waktu di frinjan 4.0 shah alam pada jam 12.00 tgh malam...
haha!
Ogos 06, 2009 5:02 PTG
Kuwe,
:) Gua kira!
Kua,
Kes 'kereta' tu ke? Gua ada dengar juga. :)
Ogos 06, 2009 7:06 PTG
hahahha...naga
Ogos 06, 2009 9:37 PTG
Keset Search ori yang first gua beli, Rampage....Yg sebelum2 tu semua gua balun copy guna kesetplayer sekolah hasil dari persatuan pengumpul keset2 Search asrama gua..Haha.Dan keset yang gua menyesal beli sampai sekarang ialah keset swing....band mane ntah....sampai rumah gua baru perasan...gua cari keset WINGS bukan Swing....
Ogos 07, 2009 10:01 PG
Nik,
HA HA. Review ni orait tak?
Korey,
Lu ada terbeli kaset Brain Connection tak?
Ogos 07, 2009 10:03 PG
Tak & tak kenal langsung....sebab gua baru bagi sebijik tendangan tanpa bayang kat mamat yang cakap dia main gitar lebih bagus dari Slash dan Kirk Hammett...cis
Ogos 07, 2009 11:09 PG
Yo..aku pun suka kat meor..
tp meor aku kalau dia nyanyi aku lak merayu suruh dia jangan menyanyi..
hazabbb occay...
Ogos 07, 2009 11:56 PG
Pnut,
Kim salam kat Meor kau ek! Dia masak apa lak kali ni - satey? Bukan MatJan ke kena bawak satey? HA HA.
Ogos 07, 2009 12:11 PTG
lamanya tak singgah sini. patut rasa ada benda tak cukup dalam hidup aku.
Ogos 07, 2009 4:51 PTG
brain connection dipimpin oleh manan ngah. masa tu manan masih 'budak' lagi.
Ogos 07, 2009 4:59 PTG
sudin baca kluar bahasa arab..ajis pulak baca kluar syair..skali ramli baca tak kluar apa2 da..hentam aje la labu
Ogos 08, 2009 1:46 PG
Jika bom asap itu baunya seperti nikotin Gudang Garam, atau Malboro, atau Cigarette, apakah bilangan pejuang obor revolusi dan jiwa marhaen akan meningkat dari golongan tertentu?
ZzzZzzz....
Ogos 08, 2009 11:55 PTG
orang pahang dengan orang perak cakap bunyi sama ke?
Ogos 09, 2009 12:33 PG
Ohoi!
Terkejut den menengok 'lukisan menggunakan cahaya' dengan mulut terlopong dan separa bugil itu.
Ogos 09, 2009 12:08 PTG
kes 'kereta'? aha...
Ogos 10, 2009 12:27 PTG
uish..cam best je..
tapi mana nak dapat nih bro?
saya blur nih~
Ogos 11, 2009 1:24 PTG
ini album memang power.sebab tu nik selalu dlm top list bila aku nak organize prog..
meor?
ahh dia purist!
Ogos 17, 2009 9:20 PG
Catat Ulasan
<< Home