"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

18 Julai 2009

Pada suatu hari yang sungguh merah

Sejak Abang Gemuk buka meja menjual nasi lemak pada malam hari di sebelah perhentian bas di hadapan Menara O - Kak Saripah Hasnor hanya menjual nasi lemak pada siang hari sahaja. Maka, waktu malam harinya dihabiskan dengan menonton perlawanan-perlawanan bolasepak di TV.

"Akak rasalah, Chua... [Dia masih syak yang aku ni Tian Chua] lebih elok rasanya jika diadakan perlawanan persahabatan antara kelab-kelab ternama antarabangsa dengan pasukan negara kita ni pada setiap bulan... Penuh stadium! Maka, meriahlah sikit iklim bolasepak di negara kita ni jadinya nanti!" kata Kak Saripah Hasnor, "Tak payah dah lagi kita nak berliga super, berpiala Malaysia, bla bla bla..."

Aku menyuap nasi lemak Abang Gemuk ke dalam mulut. Kak Saripah Hasnor mencilok kacang tanah nasi lemak yang sedang aku makan.

"Bulan ni kita lawan Manchester United. Bulan depan kita lawan Barcelona. Bulan tulat kita lawan Deportivo de La Coruña. Bla bla bla..." kata Kak Saripah Hasnor, "Boleh menjana ekonomi negara juga tu!"

Aku menyuap nasi lemak Abang Gemuk ke dalam mulut. Kak Saripah Hasnor mencilok ikan bilis nasi lemak yang sedang aku makan.

"Ni, akak nak tanya sikit ni... kau jangan marah ek, Chua!" kata Kak Saripah Hasnor yang terkenal dengan frasa 'akak nak tanya sikit, kau jangan marah', "Kenapa semua orang pakai jersi merah... kau pula pakai t shirt putih 'ja hari ni?"

"Saya penyokong kelab Bolton Wanderers, kak!" kata aku.

"Ha ha ha!" ketawa Kak Saripah Hasnor, "Kalau kelab Inggeris itu lah yang datang ke Malaysia... 138 orang penyokong sahajalah yang pergi ke Bukit Jalil, Chuaaaaa!"

"Ceh! Mana statistik yang akak dapat ni?" tanya aku.

"Akak dah check kat Fecbuk kau!!!!" jawab Kak Saripah Hasnor.

Kak Saripah Hasnor cuba mencilok timun nasi lemak yang sedang aku makan. Aku menampar tangan dia. Dia kata, "Alaa! Nasi lemak Mat Gemuk tu bukannya sedap sangat punnnnnn! Akak tak ingin dehhhhhh!"

27 Comments:

Blogger AKMAL_ALIF said...

Hoh...first. :-)

Julai 18, 2009 11:56 PTG

 
Blogger leez said...

second.. yey!

Julai 19, 2009 12:20 PG

 
Blogger Cat Cat said...

third... ha!

Julai 19, 2009 12:30 PG

 
Blogger landaklaut said...

fourth. haha.

Julai 19, 2009 1:26 PG

 
Blogger Darkkadabra said...

Melawan arus perdana. Ahaaha.

Kak sepiah ko memang begitu.

Julai 19, 2009 3:19 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Fisrt!

Hah, Sambung, sambung!!!!

Julai 19, 2009 8:06 PG

 
Blogger Lily Abdullah said...

Kak Saripah ada fb...wooo..gua add dia as friend ye bang.

Selamat berhari minggu vang!

Julai 19, 2009 10:32 PG

 
Blogger FdausAmad said...

Kat Tg Malim gua jumpa tiga ketol penyokong Bolton.Alhamdulilah..sekurang kurangnya angka tiga itu lebih banyak dari penyokong Liverpool yang hanya ada dua orang.

Julai 19, 2009 3:08 PTG

 
Blogger ymn said...

dude ,
putih stand for bolton Wonders ker UPB - myTeam .. hahaha

Julai 19, 2009 3:54 PTG

 
Blogger Hasmora said...

Pertama kali komen kat sini.. dgn nama baru lak tu.. er.. nombor 10 ada satu kat depan..

- Hasmora

Julai 19, 2009 7:19 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Water,
'Vang' tu amende? Kau mencarut ek? HA HA.

Fdaus,
HA HA. Ok, aku lantik kau jadi ketua Kelab Penyokong Bolton (M) di TM ya. :)

Ym,
Aku gi kedai jual jersi kat depan Odeon - "Jersi Bolton takde la bang... Lu pakai t shirt Pagoda sajalah bang... Logo, lu draw sendrik pakai marker!"

Hasbulah,
Tu mengulas sukan ke hari ni, Hasbulah? HA HA.

Julai 19, 2009 8:32 PTG

 
Blogger Hasmora said...

saya lebih suka ulas sastera.. hasbullah awang dulu ada hasrat nak jadi penulis lepas pencen tv3.. jadi pengulas jadinya..

Julai 19, 2009 8:39 PTG

 
Blogger Corey said...

Gua confuse ni bang naga...Ni entri pasal nasi lemak ke pasal jersi bola?keh keh keh...

Julai 19, 2009 9:44 PTG

 
Blogger tuan tanah said...

Tajuk entri ni ala-ala macam tajuk entri saya dulu-dulu: Pada suatu petang ketika Aya Sofia sungguh merah.

Anyway, sekarang musim ya pasukan kelab bola sepak melawat negara orang lain? Real Madrid sekarang pun di sini, training selama sepuluh hari.

Julai 20, 2009 4:14 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Has,
:)

Kori,
Entri pasal sambal. :)

Tanah,
Hye, terima kasih kerana kau dan Hana hadiahkan aku t shirt Spain tu. Dah pakai dah semalam. Cun!

Julai 20, 2009 8:18 PG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Bolton Wanderers tu bukan team ragbi ke.. hahaha!

Julai 20, 2009 9:26 PG

 
Blogger wahyun said...

saripah hasnor...hahaha!
nama tipikal bagi seorang yg bukan pelepak di gerai dan nonton siaran bola...

Julai 20, 2009 11:08 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Purp,
HA HA HA HA HA.

Wahyun,
Oit2! Amacam chambering? Ok ke?

Julai 20, 2009 3:37 PTG

 
Blogger Lily Abdullah said...

oit..oit..mana ada gua mencarut. gua salah ejaan beb.

yang sebenarnya huruf 'b' = bang.

tapi kalau 'y'= yang, pun bulih kan..kan..kan..

Ahaks! :D

Julai 20, 2009 3:38 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Aku suka Ramblers!

Julai 20, 2009 6:44 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Water, Khal,
:)

Julai 21, 2009 8:17 PG

 
Blogger Luca DK said...

bro naga,

jom shopping kat tempat tmpat gua.

cosmicmalaysia.blogspot.com

pilih la mana berkenan selai dua!

Julai 21, 2009 2:31 PTG

 
Blogger maans said...

nasi lemak menara o tu ok2 saja la. bila2 malas masak ke situ juga arah tujuannya.

Julai 22, 2009 7:46 PG

 
Blogger pye:rudz said...

kirim sebungkus nasi lemak abang gemuk. nak try-test tengok iye ke tak sedap?

Julai 22, 2009 8:29 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Maan,
Semalam - kedai nasi lemak abang gemuk tu totop ek! Alahai!

Pye,
Nasi lemak tambah [tambah 1/2 mangkuk lagi nasi] + daging lembu masak kicap + telur mata kerbau = RM4.00. Ok tak harga ni weh?

[Apa barang nasi lemak ada bubuh bubuh daging kicap lak ni weh?]

Julai 22, 2009 11:42 PG

 
Blogger wahyun said...

chmbering ok.
setiap 2 minggu masuk penjara...jumpa perogol, pembunuh, pencurik dan pengedar2 dadah...

Julai 22, 2009 12:30 PTG

 
Blogger pye:rudz said...

nasik lemak hybrid barangkali. hahaha

Julai 27, 2009 8:36 PG

 

Catat Ulasan

<< Home