"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

07 Julai 2009

TIGAVENUS: Kenit sahaja, enak bukan main

[Ulasan Yang Tertangguh]

Gua tonton TV. Ada satu nyonya sudah nyanyi sambil petik gitar. Tap! Gua 'tangkap' dia punya melodi. Habis sahaja nyonya tu nyanyi sambil petik gitar - gua keluar rumah; gua masuk di stesen Ikebukuro dan keluar di stesen Akihabara. Gua lompat masuk ke dalam satu kedai kaset, kemudian. Gua pergi ke kaunter, gua humming melodi yang gua dah 'tangkap' tadi.

"Ahhhhh... Iruka desu neh!" Jepun kedai kaset tu kata.

Malam tu, Iruka nyanyi sambil petik gitar di cuping telinga gua. Lagu Nagori Yuki yang gua suka.

...Nagori yuki mo furu toki o shiri
Fuzake sugita kisetsu no ato de
Ima haru ga kite kimi wa kirei ni natta
Kyonen yori zutto kirei ni natta...


La la la la la.

KOMA

Gua dengan Ben pergi tonton wayang kat Odeon. Masa tu Odeon hip lagi. Sebelum wayang mula - panggong mainkan lagu-lagu. Ben tanya, "Siapa yang nyanyi ni?" Gua jawab, "Tracy Chapman!" Masa tu Tracy Chapman tengah nyanyi dan petik gitar lagu Fast Car.

Sejak hari itu gua dengar folk song. Venus-venus folk song pun macam rajin ja nyanyi-nyanyi sambil petik gitar di cuping telinga gua. Melanie Safka (What Have They Done To My Song Ma), Joan Baez (Blowin' In The Wind), Joni Mitchell (Blue), semua ada. Kadang-kadang Melissa Etheridge dan Suzi Quatro pun join sama, walaupun mereka rmain rock, ha ha. Joan Jett dan Lita Ford pun nak join juga. Tapi, gua tak kasi. Depa ganasss! Ha ha.

KOMA

Hari tu gua pergi tonton dan dengar TigaVenus buat persembahan. Wani Ardy nyanyi sambil petik gitar. Ana Raffali nyanyi sambil petik gitar. Fynn Jamal? Dia baca sajak dan orang lain main gitar. Hey, tapi Fynn Jamal pandai buat lawak jenaka. Serius! Hingga hampir-hampir pecah perut gua ketawa.

Gua syak Wani Ardy main folk. Gua syak Ana Raffali main pop/folk. Melodi lagu-lagu mereka gua boleh layanlah. Cuma, lagu-lagu Wani Ardy gua tak senang 'tangkap' dan simpan dalam kepala dan-dan tu juga sebab liriknya mencabar minda gua. Manakala lagu-lagu Ana Raffali pula gua rasa macam lebih mudah 'tertanam' dalam kepala sebab... barangkali mungkin sebab melodinya lebih mudah dan menarik (catchy?); liriknya tak deep sangat. Dan, di antara kedua-duanya, Ana Raffali lebih yakin daripada Wany Ardy ketika strumming guitar. Well, ini hasil daripada pemerhatian gualah. Tetapi, mungkin gua salah, ha ha.

Satu perkara lagi, selama ni gua tengok, kalau Ana Raffali perform - selalunya dia pakai baju kurung. Petang tu, Ana Raffali perform - dia pakai baju kebaya nyonya yang dipadankan dengan jeans. Pergh!, gua cakap lu!!!!

Makanya, sama-samalah kita tunggu kalau-kalau mereka release album nanti. :)

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Petang ni hujan.

Aku, akulah Sindarela
Hatiku diriku anganku mimpiku
Cerita hidupku
Akulah Sindarela, Sindarela, Sindarela lala…


Damn! Macam mana gua boleh ternyanyi lagu Amylea pula niiiiii!

19 Comments:

Blogger dulu aku Nora said...

First!!!
lalala

Julai 07, 2009 5:02 PTG

 
Blogger ymn said...

2nd

hahaha

Julai 07, 2009 5:07 PTG

 
Blogger Wolfis Black said...

third.

hahahha..ko suka amylea yerk?

Julai 07, 2009 5:14 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Nor, YM,
First second nak hadiah ke? Ha ha.

Wolf,
Amylea boleh pergi jauh. Ya, sangat jauh. :)

Julai 07, 2009 5:26 PTG

 
Blogger dulu aku Nora said...

hadiah stingarden leh?hoho.
kami suka lagu sindarela..lalalala

Julai 07, 2009 6:12 PTG

 
Blogger Darkkadabra said...

nak stingarden percuma buleh? mintak-mintak murah rezeki.

Julai 07, 2009 8:27 PTG

 
Blogger K.H said...

Argh! Kenapa tak ada gambar penuh Ana Raffali pakai baju kebaya dengan seluar jeans yang pergh tu?

Julai 07, 2009 9:26 PTG

 
Blogger Rhona Rozlan said...

kelakar lah!

Julai 07, 2009 11:08 PTG

 
Blogger spyz said...

Chic main gitar = magnet.. he he

Amylea memang bagus, tp dia takde x-factor(baca: tak chun sgt..). Lg pun dia x-AF. Tau ajelah AF ni either u luv it, or hate it.. (8tv takkan nk promote gila2 bekas product competitor..)

Julai 08, 2009 6:05 PG

 
Blogger Corey said...

First time gua tengok wani ardi gua ingatkan Utada Hikaru..ana raffali gua ingatkan jewel...oh kalaulah ana & wani boleh collaborate dengan Tom Morello & Eddie Vedder...Oh oh oh...Lagu 'mari naik kereta ku' ada version folk tak?

Julai 08, 2009 8:21 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Nor,
Takleh. Sebab, aku pun tak ada extra. :)

Dark,
Takleh. Sebab, aku pun tak ada extra. :)

Indra,
:)

Ana,
:)

Spyz,
Iruka dan Tracy Chapman pun tak lawa, bang! Amylea patut gerbangkan rambutnya - macam Chaka Khan - baru cunggg!

Pastu, retikan petik gitar - suruh dia gesek cello pulak! Amacam?

Julai 08, 2009 8:31 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Kori,
Gua ada juga try layan Jewel dengan Mary Chapin Carpenter tapi tak senang 'tangkap'lah, dude! Latest yang gua boleh 'tangkap' - Lisa Loeb. Itu pun masa dia nyanyi cover (Keep On loving You by Reo Speed Wagon) untuk Dweezil Zappa. Mmm, mungkin juga sebab lagu tu memang dah best.

Mmmm....

Julai 08, 2009 8:37 PG

 
Blogger Corey said...

Lagu Jewel 'break me' lu dah dengar dude?Sentimentall ..haha

Julai 08, 2009 9:07 PG

 
Blogger asuhara sue said...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Julai 08, 2009 3:24 PTG

 
Blogger asuhara sue said...

kalau minggu depan, gua masuk di stesen Ikebukuro dan keluar di stesen Akihabara. Gua lompat masuk ke dalam satu kedai cd, kemudian. Gua pergi ke kaunter, gua humming melodi yang sama kat jepun kedai cd tu agak2 dia tau ka?

Julai 08, 2009 3:34 PTG

 
Blogger Darkkadabra said...

Oda online dah abih. Cmne neh?

Julai 08, 2009 3:51 PTG

 
Blogger hegira said...

Tunggu kemunculan Beeha dan gitarnya pula!

Julai 08, 2009 5:25 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Kori,
Gua dengar juga. Bolehlah. :)

Asu,
Lagu Nagori Yuki femes kat Jepun. Semua orang tahu nyanyi. Melody dia best. Lirik dia - perghhhhh! Puitis dek, puitis!

Dark,
Asyik habis jeeeee! Hish!

Alina,
:)

Julai 08, 2009 7:31 PTG

 
Blogger Unknown said...

malangnya...sume nama tu gua x pernah dgr. hanya nama joan jet je y pernah dgr. haha!

kat m'sia skang ni trend baru perempuan nyanyi sambil main gitar mungkin dulu dah ada tp exposure kurang. *sambil garu kepala* tapi wa x minat dgr lagu derang. so far, lagu n suara perempuan main gitar y pernah d dgr xde originality. sorry la kalau wa silap. tp y kat dlm gambr tu...mmg x pernah dgr lagi.

*skang wa tgh dgr bjork*

Julai 09, 2009 1:52 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home