"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

03 Julai 2009

TIGAVENUS

[Ulasan Yang Tertangguh]

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Gua baru keluar dari Masjid Jamek. Telefon bersel dalam poket jean gua dah berdenyut-denyut. Sufian Abas dah melalak-lalak dalam SMS, “Lu ada mana, dude? Lu ada manaaaa?” Gua jawab dalam SMS juga, “Jap!”

Gua sampai di The Annexe Gallery. Sufian Abas entah mana. Gua nak masuk - tiket tak ada. Sudahnya, gua berdiri di luar dewan, gua cabut keluar sebatang rokok, gua hisap, sambil bola mata gua melilau cari Wani Ardy.

Tiba-tiba, bola mata gua tertancap pada Wani Ardy yang berada di dalam dewan. Gua lambai-lambai dia. Dia lambai-lambai gua. Gua buat bahasa isyarat dengan tangan, macam bentuk love, ‘Tiket I mana?’ [Ya, kalau dengan shawty, gua bahasakan diri gua - “I”.] Dia pun buat bahasa isyarat dengan tangan, tunjuk-tunjuk kat kaunter di hadapan pintu masuk. Lepas tu bibir dia kumat-kamit, ‘Thank you for cominggg!’ Gua buat isyarat dengan tangan lagi, macam bentuk love lagi, ‘...because I love youuu!’ Dia tunjuk-tunjuk kat kaunter di hadapan pintu masuk lagi, ‘A'ahhh! Yessss! Tiket you ada kat kaunter tuuuu!’ Masa ni gua dah rasa macam nak gelak dah, tapi gua tahan, ha ha.

[Sebagai info, sejak gua kenal Wani Ardy - kalau ternampak antara satu sama lain - kami memang bercakap dalam bahasa isyarat. Gua angkat tangan; senyum. Dia senyum; angkat tangan. Memang kami tak ada jodoh dalam bab berbual-bual mesra ni agaknya, alahai!]

Hari tu, Wani Ardy pakai blaus putih, pantyhose jaring-jaring hitam, cermin mata bingkai hitam - macam Lisa Loeb. Semasa dia naik ke pentas; dia sangkut gitar merah menjahang tu ke bahu dan dia cakap kat mic, “Awak [semua] nampak comel apabila pakai baju putih!!!”

Gua tundukkan kepala. Gua tengok apa warna baju yang gua pakai pada hari tu. ‘Pergh! Gua pakai baju warna putihlah, bebbbbbb!!!’

Ahaks!

bersambung...

21 Comments:

Blogger ymn said...

1st
hahaha

Julai 03, 2009 4:20 PTG

 
Blogger dulu aku Nora said...

2nd pun jadi la

Julai 03, 2009 4:23 PTG

 
Blogger Mat Jan said...

soljah yang first!

Julai 03, 2009 4:32 PTG

 
Blogger asuhara sue said...

huh prasan!

Julai 03, 2009 4:37 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Ym,
Tahniah!

Nora,
Tahniah juga!

MatJan,
Tahniah juga juga!

Asu,
HA HA.

Julai 03, 2009 4:40 PTG

 
Blogger Lily Abdullah said...

Bila le gua dapat tengok 3venus neh! Ko bang, kalau tak perasan bukan sinaganaga ler..ye dak?

Haha!

Julai 03, 2009 5:02 PTG

 
Blogger artisticklytouch said...

berani kata-kata comel tuh tak ditujukan kat lu...

Julai 03, 2009 6:17 PTG

 
Blogger Corey said...

Bang naga...lepas ni kalau guajumpa lu...gua nak buat bahasa isyarat juga..haha

Julai 03, 2009 8:51 PTG

 
Blogger Unknown said...

ha..ha...tak tidor malamlah agaknya dah terprasan macam tu....

Julai 03, 2009 10:10 PTG

 
Blogger iYda Juhar said...

owh ya hari 3Venus itu.

tapi kita naik lif bersama kan?
kamu sorang diri, saye dengan adik2.
hahahah.

Julai 04, 2009 10:35 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Water,
Ha ha.

Art,
Ha ha.

Kori,
Ha ha.

Nad,
Ha ha.

Ida,
Oh, iya? Kenapa kita tak bersalaman?

Julai 05, 2009 8:40 PG

 
Blogger iYda Juhar said...

sebab mase tuh saye pakai ampuh. tangan kanan saye cedera.

huwarghhhhh.

Julai 05, 2009 1:12 PTG

 
Blogger Darkkadabra said...

Kecewa dengan Popular. Pegi kat Kuantan kata Stingardem dah abih, Pegi kat Melaka pulak, "Eh, kita tak ada buku tu"

Julai 05, 2009 11:31 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Nasib baik tertancap, bukan terlancap.

Julai 06, 2009 9:43 PG

 
Blogger wahyun said...

cis..."gua pakai baju putih bebbbbb"...

stim la tuh bile sedondon dgn wani ardy...mmg naseb baik la tertancap mata...bukan terlancap kepala...

Julai 06, 2009 3:48 PTG

 
Blogger DeeN said...

Putih itu suci!
Hehehehe.

Julai 07, 2009 12:26 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Lucah betul komen pegawai khalwat itu kan..... hahaha!

Julai 07, 2009 12:31 PTG

 
Blogger pye:rudz said...

cheh

Julai 07, 2009 1:36 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Ida,
Oooo... gadis yang ituuuu! :)

Dark,
Beli secara online sajalah! :)

Khal,
Weh! Bila nak mai KL tengok teater????

Wak,
HA HA. Cilakak lu! :)

Deen,
:)

Purp,
Ya. Sangat lucah. :)

Pye,
:)

Julai 07, 2009 2:43 PTG

 
Blogger UpperSixers said...

bang, lain kali datang, lu pakai kain kapan. comel x?

Julai 07, 2009 4:09 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Apa 6,
Cilakak! HA HA.

Julai 08, 2009 7:29 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home