Jambo, my brother!
Aku lompat ke dalam bunker. Akiiki dah kena tembak. Darah hitam buak-buak dari bolong hatinya.
Jambo my brother, Akiiki kata.
Hey jambo jambo, aku kata.
Akiiki minta kertas. Aku kata, tunggu kejap dan seluk ke dalam pouches dan keluarkan sehelai kertas renyuk dan berikan kepada dia. Akiiki minta pen. Aku kata, aku tak punya. Akiiki kata, tak apalah!
Akiiki celup hujung jari ke dalam bolong hatinya dan dengan darah hitam itu dia tulis sesuatu, Malaika, nakupenda Malaika. Nami nifanyeje, kijana mwenzio. Nashindwa na mali sina, we. Ningekuoa Malaika.... [beberapa teks telah terpadam dek manik-manik peluh yang menitik jatuh] Kidege, hukuwaza kidege....
Tiba-tiba, Akiiki mendengus seperti kerbau kena sembelih. Aku rapatkan bibir ke telinganya. Aku suruh dia istighfar. Akiiki beliakkan mata. [Hey, aku panik okayyyy! Makanya, apa saja yang aku reti buat!!!]
Akiiki beritahu, dia nampak cahaya dari langit. Aku genggam tangannya erat-erat.
Jambo my brother, aku kata, salama!
Hey jambo jambo, Akiiki kata, salama!
Aku keluarkan rokok batang yang terakhir dari dalam pouches; nyalakan, hela asapnya dalam-dalam, hembus asapnya deras-deras, dan pacakkan ke bibir tebal Akiiki kemudian. Ada helikopter terbang di atas kepala sedang suluh kami dengan lampu sorot.
Sekarang, putung rokok tu dah jadi macam putung colok.
Label: certot
25 Comments:
aku takut naga jatuh cinta dengan aku.
"Babeh, Lu ada cinta?"
Jun 12, 2009 2:12 PTG
2nd! ha ha ha
Jun 12, 2009 2:20 PTG
Bebeh, submitlah ke antologi noir.
Jun 12, 2009 2:53 PTG
colok ke ubat nyamuk?
Jun 12, 2009 3:08 PTG
Aku terbayangkan intro filem Tropic Thunder, bro.
Jun 12, 2009 3:11 PTG
PERGH....citer askar..aku suka..
Jun 12, 2009 3:37 PTG
fuh tulis gan jari ?
gua syak Jen bawa kertas A4 ni..
Jun 12, 2009 3:56 PTG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Jun 12, 2009 3:59 PTG
Dark,
Gua ada kertas renyuk. Mau?
Qib,
Dalam peperangan - tiada siapa yang first dan dia siapa yang last; semua jadi loser!
Sufian,
Tengoklah nanti. Kalau rajin. :)
Asu,
Colok. :)
Neem,
Intro ke hapeeee... ending dah ni! HA HA.
Robin,
Ha ha. Jambo, my brother!
Tera,
Gua bawak kertas balut hati yang lara. KAH KAH KAH! Kertas tu renyuk sebab ikut rupa & bentuk hati renyuk juga. BA HAK HAK HAK!
Oh buku,
Bila mau keluar dari stor? HA HA.
Teh Junaidah,
Malaika, nakupenda Malaika! HA HA.
Jun 12, 2009 4:52 PTG
Bro, Aikiki bukan mati kerana bolong pada hatinya, lalu darah hitam berbuak-buak.
Gua rasa lu dah bunuhnya, lu letak rokok pada bibirnya...
Bukankah rokok itu boleh membunuh?
Hahaha.
Jun 12, 2009 6:23 PTG
salam..
saja melawat;)
Jun 12, 2009 7:16 PTG
sibuk betul ye kat Uganda tu...keh keh keh
Jun 12, 2009 7:32 PTG
Selamat berjuang,Bebeh.
:)
M
Jun 12, 2009 11:12 PTG
Be careful di medan perang tu. Send me a poskad from Uganda, ok..?? :D
Miss you,
Cath
Jun 12, 2009 11:47 PTG
..macam familiar je cerita ni..
Jun 13, 2009 1:55 PG
Nizam,
Dia kena tembak! :)
Arda,
:)
M (Malaika),
Malaika, nakupenda Malaika!
[Jaga anak kita baik-baik!] HA HA.
Kat,
Poskad boleh le beli. Part setem tu - tak jumpa pejabat pos Uganda lagi ni! HA HA.
Abu,
Cerita perang-perang semuanya sama. :)
Jun 13, 2009 9:29 PG
Bang naga...gua rasa terharu bila lu pacak rokok kat bro akiiki...perasaan 'pancung' rokok dengan member member sungguh mengharukan.Gua rasa nak nangis...
Jun 13, 2009 12:13 PTG
Jambo terbang tinggi di langit dengan telinganya yang besar.
Walaupun beratnya bertan-tan, Jambo umpama feather duster.
Jun 13, 2009 10:29 PTG
colok tu berbau harum kah?
Jun 15, 2009 8:34 PG
God bless Africa! Yeay!!!
HAHA
Jun 15, 2009 8:44 PG
Korey,
Menangislah!
Amin,
Huh?
Pye,
Colok tu berbau macam bau colok!
Dug,
Jambo my brother! Lama tak jumpa kau. :)
Jun 15, 2009 11:32 PG
Bro Naga,
Bro buat saya teringat kisah masa jadi pegawai kadet. Best woo!
Jun 15, 2009 12:05 PTG
kanda...
Jun 15, 2009 1:33 PTG
Solani,
Aku pernah hampir nak jadi pegawai kadet (last batch kat sirusa).
Teh,
Malaika, nakupenda Malaika!
Jun 16, 2009 11:33 PG
Nakupenda itu apa? Nak kupakaikan spenda?
Jun 16, 2009 10:28 PTG
Catat Ulasan
<< Home