Kembara Seni di Kuala Lipis
Kuala Lipis adalah sebuah bandar kecil yang terletak dalam daerah Lipis di negeri Pahang. Dengan kepadatan penduduk sekitar 20,000 orang, Kuala Lipis pernah menjadi pusat pentadbiran bagi negeri Pahang sebelum dipindahkan ke Kuantan pada tahun 1953.
Dua ikon pop Malaysia, Tan Sri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Siti Nurhaliza, merupakan anak kelahiran Kuala Lipis ini.
Aaa... apahal serius sangat gaya penulisan gua ni? Mmm...
Jadi, jika lu berkunjung ke Kuala Lipis, tidak sah jika lu tidak menikmati dua hidangan istimewa yang hanya terdapat di Kuala Lipis:
1. Pulut Jamil
Pulut Jamil yang dimakan dengan rendang ala-ala rendang Minang ini memang lazat (bagi pengemar-pengemar pulut macam gua). Yang magisnya, Pulut Jamil ini cuma boleh dinikmati sebelum jam 8:30 pagi. Kerana, kalau lu lambat datang ka, kalau semua Soljah mandi lama-lama dalam bilik air ka - Pulut Jamil tu akan habis! Sori, gua tak boleh nak adjust untuk lu, kalau lu lambat - lu pergi makan nasi lemak sajalah!
Oh ya, kedai Pulut Jamil terletak di antara deretan kedai di stesen bas (gua tak jumpa bas pun kat situ - mungkin ini stesen bas lama) di Kuala Lipis. Kalau lu sesat - telefon Mael, pemain gitar utama The Fury. Tapi, kalau lu nampak ada satu mamat pakai jersi Mecesteh United dok lepak kat situ, dok pum pang pum pang cerita pasal Amy Search nyanyi kat Jengka - hah, itulah lokasi sebenar kedai Pulut Jamil yang gua ceritakan ini.
2. Sambal Hitam
Sambal Hitam ini sebenarnya diperbuat daripada belimbing buluh yang direbus lama dan disimpan kering, kemudiannya. Apabila hendak dimakan, bahan perasa ini akan ditumis/digoreng/dimasak dengan ikan bilis. Hidangan istimewa yang pedas dan lazat ini amat sesuai dimakan dengan nasi pada jam 2:00 pagi (selepas Soljah turun dari keretapi malam). Kalau ditambah dengan lauk ikan bawal masak masam-masam manis, pucuk paku masak lemak, dan telur dadar berukurlilit 12 inci - pergh, memang susah lu nak adjust butang seluar lu... gua kabo ke lu! HA HA.
Yang magisnya, Sambal Hitam air tangan isteri Pak Hashim Zabidi dari Tempoyang yang lazat ini hanya boleh dinikmati dengan cara memesannya secara online. Ya, Sambal Hitam ini tidak ada dijual di mana-mana kedai makan di Kuala Lipis! Sori, gua tak boleh nak adjust untuk lu!
Makanya, akhir kata daripada gua yang jauh di perbatasan ini, "Kurik kundi merah saga, orang memberi kita merasa! Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati!"
P/s: Gua ingat gua nak adjust untuk selalu dapat makan Sambal Hitam ni. Untuk itu, gua ingat gua nak adjust IdaWati. Tapi, kalau gua adjust IdaWati - gua jadi adik ipar Pipiyapong la pulak! Hish! Kensel!
Sepanjang Hayat 73 - Sindiket Sol-Jah oleh Pak Hashim Zabidi
35 Comments:
woo!
rugi tak tegur naga masa kat dlm train. sempat senyum2 je.
hahaha
Mei 22, 2009 12:58 PTG
Hanjeng,
Patut lu lompat turun kejap dari keretapi - kita salam-salam dulu, pekena rokok sepam dua dulu ka... :)
Mei 22, 2009 1:01 PTG
Eeee.
Sedapnya pulut Jamil.
Tu nama komersial ke?
M
Mei 22, 2009 1:23 PTG
la, keh baru makan sambal hitam semalam. aok gemor juga? pipiyapong balik nanti suruh dia tapau! aok kan jenderal. dia mesti akur punya la. hahaha
Mei 22, 2009 2:18 PTG
ini first time singgah sini. terbaiklah tulisan lu !!
Mei 22, 2009 2:26 PTG
Lepas ni, lu akan;
"Babeh, Lu ada Sambal Hitam?"
Mei 22, 2009 2:35 PTG
M,
Cerita pulut tu pernah keluar dalam rencana yang ditayangkan oleh RTM. Tu yang paksa-paksa sangat suruh PP bawok ke situ jugok tu, he he.
"Dulu memang ade signboard '{ulut Jamil' kat kedai tu... la ni doh takde!" kata PP.
Saya syak, PP bawa kami ke kedai lainlah! :)
Rahimin,
Psssst! Apa barang PP dok makan sambal hitam tu! Tak makan - tak kutu la, godong! HA HA.
Whita,
Selamat datang! Rajin-rajin datang sini ya! :)
Dark,
Ada kemungkinan tu! Ha ha.
Mei 22, 2009 2:47 PTG
aku ingat tajuk kau kena tukar la bang, Kembara makan an di Kuala Lipis.
p/s: ke maksud seni kau tu seni makanan?
Mei 22, 2009 3:31 PTG
Nyam nyam... pulut.
Tang mana yang seninya tu? HAHAHA
Mei 22, 2009 4:08 PTG
adik ipor pun adik ipor la bang... ha ha.
.
Mei 22, 2009 4:46 PTG
penat keh bodek Pakcik Hashim Zabidi resipi Sambal Hitam ,Geng Soljah pula yg dapat merasa masam & pedasnya. cikidis betul .
p/s : sila kenapasti adakah lelaki yang berlari - lari dalam blog saya itu salah seorang ahli Soljah. hik .
Mei 22, 2009 4:53 PTG
Asu,
Ha ha. Makanan juga adalah satu cabang kesenian. :)
Dug,
Tang menjilat jarinya tu! :) Eh, nanti gua ajar lu seni menjilat jari tu ek!!! HA HA.
Tasik,
Ha ha. Takmohlah... Idawati masih belajar lagi tu! :)
Tera,
Lelaki gantang yang berlari-lari di stesen keretapi Wakaf Bahru itu telah dikenal pasti sebagai general Sindiket Sol-Jah. Ha ha.
Mei 22, 2009 5:27 PTG
Lu pernah dengar kes adik ipar kena dera cucuh rokok? Gua tak pernah dengar lagi.
Mei 22, 2009 8:22 PTG
PP,
Cucuh dengan api rokok je ke? HA HA.
Mei 22, 2009 9:28 PTG
Isk, malam2 camneh tengok pulut tu cam lapar la plak. Argh! Abis diet gua! Harharhar!
Mei 22, 2009 9:41 PTG
berdebor gua.
Mei 22, 2009 9:45 PTG
bro, idawati sebut slow2. ramai try nak ejas tapi tewas.
Mei 23, 2009 12:34 PG
Bukan ke sebelum ejas IdaWati kena ejas Pak Hashim Zabidi...?
Mei 23, 2009 2:53 PG
Oit oit Abang Naga. Sedapnya makan. Mak Mertua lalu kat belakang pun tak perasan, babe. Haha!
Mei 23, 2009 5:51 PG
Deen,
Itu pulut Jamil memang menagkaplah! :)
Mau,
Apsal lu berdebor? Ha ha. Ok ok, hari ni belum cukup berdebor lagi, Mau. Esok baru cukupcukup berdebor! HA HA.
Ammo,
Ok, kita kasi Idawati habis belajar dulu. Nanti-nanti la lu adjust. Gua? Gua bagi laluan kat lu orang la. Gua tarik diri! Hu hu.
Yanaz,
HA HA. Malas gua nak main adjust-adjust ni weh. Gua nak jadi kumbang yang merdeka sajalah!
Kat,
Tapi, kalau dapat adjust pulut kuning dengan rendang orang Negeri Sembilan - perghhhhhhhhhhh, lagi mari, beb!
Mei 23, 2009 9:10 PG
lepas juge oak ke lepeh ye pakcik naga..
haha..amacam, moden tak kuale lepeh? ada kfc gua cakap lu..
Mei 23, 2009 12:49 PTG
Nak pesan pulut online....kirim guna therm-o-pouch hot bag boleh tak bang naga weh?Tolong ekjas..Huha
Mei 24, 2009 10:39 PG
Hafiz,
Dulu2 lepak kat Benta je. La ni dah lepak Tempoyang, hu hu.
Kori,
Sambal Hitam - boleh pesan secara online. Pulut Jamil payah - pergi terus, order, adjust, kenyang, bayar.
Mei 24, 2009 11:39 PG
uisk... sedap ngat nampak pulut jamil tu...
Mei 24, 2009 1:47 PTG
najib ikon pop malaysia yg asal lipis? musykil sungguh. bukan ghazali shafie? (yg jatuh helikopter tak mati tu..)
Mei 24, 2009 6:00 PTG
Naga buat apa kat sana? Jalan-jalan cari makan je ke? Ouucchhh
Mei 24, 2009 7:28 PTG
Sas,
Sedap!
Zz,
Ghazali Shafie - jatuh dari kapal terbanglah, bang! Jatuh - himpap pokok buluh. :)
Kak Eton,
Kelebihan Sindiket Sol-Jah ni ada dua - 1. tidur, 2. makan. :)
Mei 25, 2009 8:35 PG
waaahh...
dah jadi 'pengulas pemakanan'...
Mei 25, 2009 11:22 PG
Isk.. bukan boleh entri bab makan-makan ni. Kecur air lioq.. Mengidam sambal hitam plak dah ni..
Mei 25, 2009 3:41 PTG
Taf Teh pun berdebor-debor...
Mana cerita dalam 'keretapi'?
Mei 25, 2009 4:17 PTG
memang gua nampak perut lu dah gendut dalam gambar tu hahaha
Mei 25, 2009 4:24 PTG
Red,
Ha ha.
Psssst! Wak Tam janji nak minum kopi dengan kita dah lama sangat dah ni, bang! Amacam?
One more thing, RedNaga dah nak expired - 1 jun!!!!
Norma,
Ha ha.
Tef,
Tungguuuuuuuuu! Gua sibuk dengan Union ni, weh! Tungguuuuuuuuuuu!
PyePye,
Kalu guna wide lens - nampak gendutlah! Ha ha.
Mei 25, 2009 7:32 PTG
Penulis entri memang kejam!
Mendera nafsu makan aku....
Mei 26, 2009 5:48 PTG
komeh ni memang orang lepeh ori ni..sambal itam belimbing buluh memang peberet komeh le weh....pekena dengan gulai tempoyak keladi ..perghhh tak hingattt....Jamar Benta
September 27, 2009 6:40 PTG
salam,
munkin tersilap tidak sengaja, sebenarnya siti nurhaliza dilahirlan di Temerloh Pahang, bukan di Kuala Lipis.
Kemudian dia mengikut ayah nya bertukar ke Kuala Lipis
joha
blog kuala lipis
Ogos 19, 2010 11:06 PTG
Catat Ulasan
<< Home