Cilakak lu, Jimi!
Hari tu, di tepi tasik Michigan yang membeku, di sebuah cafe imaginari, Jimi Mahmud dan Teh Junaidah sedang duduk mengadap-ngadap sambil mencicip-cicip malt panas. Jauh, nun di hujung sana, ada sepasang beruang polar sedang memancing cinta.
"Orang perempuan ni kan...," kata Jimi Mahmud, dia koma setakat itu dulu, kerana bibir lebamnya memuncung di bibir kole tembikar yang di dalamnya terkandung malt panas, srup srupppp, ahhh, "...kalau dia dah kecewa dalam percintaan...," dia tambah, kemudian koma, kemudian dia tambah lagi, "...kalau dia tak apply pergi sambung belajar ke luar negara... dia pergi jadi lesbirian!"
Hampir sahaja malt panas tersembur keluar dari mulut dan lubang hidung Teh Junaidah, "Lesbirian tu apa barang, Jimi?", dia tanya.
"Alaa... yang macam librarian tuuuu!" Jimi Mahmud jawab dengan selamba. Kemudian dia keluarkan sebatang rokok dari kotaknya, dan hisap. Asap berpuput-puput.
Hari tu juga, di hujung dunia yang lain, Wani Ardy sedang mendeting-deting temali gitar dan menyanyi-menyanyi lelagu la la la.
Jreng!
"Jimiiiii!
Cilakak lu, Jimiiiii!
Kenapa lu pergi
tinggalkan gua sendiri?
Jimiiiiii!
Cilakak lu, Jimiiiii!
Tidakkah lu peduli
cinta gua nan abadi?
Jimiiiiii!
[CODA]
Gua voodoo lu nanti, Jimi!"
Jreng! Jreng!
Alina? Mmm... dia sedang menyiang cinta yang beruang-beruang polar tu telah pancing.
Label: certot
24 Comments:
..
April 26, 2009 2:01 PTG
dapat gak first
April 26, 2009 2:01 PTG
Azwan
Ha ha. Teragak-agak nampak!!!!
April 26, 2009 2:03 PTG
memang la. takut ketinggalan 1 milisaat. haha
April 26, 2009 2:05 PTG
dia nyanyi lagu Don't Cry Joni ke?
Jimmy Jimmy Please don't go
i'll grow up someday u know
saving all my kisses just for you
signed with love forever do
April 26, 2009 2:07 PTG
Po,
HA HA HA. Lu masih dengar lagu tu ke? Usangnya!!! HA HA.
Po,
Candice Night pernah nyanyi lagu Now and Then:
The past is so familiar
But that's why you couldn't stay
Too many ghosts, too many haunted dreams
Beside you were built to find your own way...
But after all these years, I thought we'd still hold on
But when I reach for you and search your eyes
I see you've already gone...
That's OK
I'll be fine
I've got myself, I'll heal in time
But when you leave just remember what we had...HA HA.
April 26, 2009 2:16 PTG
sek baek bukan cite takde lighter lagi.
gua dah bawak lighter baru datang sini.
April 26, 2009 2:37 PTG
lagu 'don't cry joni' tu evergreenlah macam lagu please release me let me go....anyway lucu juga entri ni kah..kah....
April 26, 2009 3:09 PTG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
April 26, 2009 7:14 PTG
Memang cilakak si Jimi, kalau aku pun aku maki bang hahaha!
Alina menyiang cinta? Woo! Bagus,lepas tu nak rebus atau goreng lebih ummphh!
April 26, 2009 7:16 PTG
Dark,
HA HA.
Nadine,
Weh, ni entri serius ni, weh! Ha ha.
Water,
Dia nak buat pekasam. Ha ha.
Famia,
Terima kasih kerana sudi menyapa tadi. :)
April 26, 2009 7:41 PTG
Abang Naga,
Orang putus cinta, tak nyanyi lagu kat sini. Dia orang bunuh diri terus. (o.O)
April 26, 2009 8:59 PTG
kalau lelaki pulak dia pergi jadi vegiterian, haha
tembakau kan vegi, siapa hisap tembakau tu vegi aa tu.
April 26, 2009 9:28 PTG
Perempuan konservatif jadi librarian. Perempuan liberal jadi lesbirian.
((((Teh kata dia dah humuskan Jimi dalam tasik beku Michigan...))))
April 26, 2009 11:31 PTG
Lesbirian.
Ya kot.
M
April 27, 2009 12:36 PG
i mean u all ni semua yang lucu....macam-macam.at least reading your blog brightens up my days...
April 27, 2009 6:43 PG
hahahaha kesian alina..hahaha
April 27, 2009 9:32 PG
alina bercinta dgn beruang kah?
April 27, 2009 9:49 PG
lesbirian mcm librarian. kehkehkeh.
April 27, 2009 11:47 PG
abg Naga...Alina mungkin patut pertimbangkan yang mana lagi ok dia bikin...siang cinta ke nak siang si beruang-beruang pola...Hahaha
-siang dah nak ke senja..senja dah nak ke malam...sabar je menunggu abg naga yang tak kunjung tiba... sob!sob!
April 27, 2009 2:36 PTG
Kat,
Ya ka? Ha ha.
Dug,
Lelaki kecewa jadi vagina? HA HA HA HA HA.
Teh,
LU baja komposkan Jimi? HA HA HA HA HA.
M,
Janganlah! Bukankah masih ada yang suka? :)
Nadine,
:)
Tasik,
Entah!
Razor,
:)
Line,
Alina sayang beruang-beruang dia, wo! He he.
April 27, 2009 6:41 PTG
heyyyyyyyyyyyy.
April 27, 2009 9:46 PTG
Alina,
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAA....
April 27, 2009 10:40 PTG
memang cilakak.
April 29, 2009 7:19 PTG
Catat Ulasan
<< Home