Lu ada hati, tapi lu tak ada lighter
Hari tu, dinihari, lu baru pulang dari berburu. Selain selaras senapang, di tangan kanan lu ada sepotong hati cempelai comot.
Hari tu, dinihari, angin dingin berpuput-puput, dan dari celah-celah kabut keluar Alina yang genit (part 'genit' ni Saharil suruh tambah, ha ha) dengan wajah yang bercahaya; mendepa tangan, menyambut lu pulang.
Lalu, lu serah hati cempelai comot tu kepada Alina kerana Alina sudah tidak punya hati lagi; dia mahu bawa tubuh badan tanpa hati dia tu pergi jauh, nun, nun jauh, jauh nun, nunnnn!
Lu kata, "Nah hati!" Sejak dulu lu memang tak makan hati, paru, perut, otak, tulang, hempedal, tongkeng, sotong, kerang, dan sayur-sayuran hijau. Makanya, kalau lu bagi hati cempelai comot tu kat Alina pun - lu no hal!
Alina ambil hati cempelai comot tu, dia bawa masuk ke dapur, dia kata dia nak masak hati tu dengan kicap masin, tapi itu pun tengoklah nanti kalau-kalau kicap masin masih ada lagi di dalam ice box, kalau dah tak ada - dia nak goreng hati cempelai comot tu dengan kunyit dan garam sajalah.
Lu kata, "Bebeh, lu ada lighter?".
Alina kata, "Lu ingat gua ni api ke hape? Gua ni cahayalah, weh!"
Lu raba-raba poket seluar lu, poket baju lu. Ya, lu memang tak ada lighter.
Kemudian, lamaaaa lu fikir-fikir, 'Kalau gua letak rokok dalam microwave tu... boleh menyala tak agaknya?'
Label: certot
21 Comments:
buleh. gua rase buleh.
dan, tolong jangan jatuh hati dengan gua.
April 24, 2009 3:04 PTG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
April 24, 2009 3:04 PTG
haha. microwave xleh kot.
oven mungkin. haha
April 24, 2009 3:04 PTG
Dark,
Ha ha.
Azwan,
Bila masa lak lu first? Ha ha.
April 24, 2009 3:05 PTG
Azwan,
Ha ha. Cepat-cepat lu delete ek? HA HA.
April 24, 2009 3:05 PTG
inilah first time, aku dengar nyala rokok guna microwave.
April 24, 2009 3:20 PTG
Gua ada serombong. mau?
April 24, 2009 3:53 PTG
Apsal lu tak nyalakan rokok guna selaras senapang tu!
April 24, 2009 4:23 PTG
Niko,
Ha ha.
Danial,
Ya, hidung lu tu? Ya. :)
Riza,
Damn! Macamana gua boleh tak terfikir!!!!
April 24, 2009 4:28 PTG
mesti la cepat2. malu wo. haha. sikit ja lagi. hehe
April 24, 2009 5:11 PTG
ni berapa hari dah ni cerita tak ada lighter ni gua datang geram nih... berapa kotak lighter lu mau bang. gua pos.
he he.
.
April 24, 2009 5:27 PTG
Catatan ini telah dibuang oleh pengarang.
April 24, 2009 7:33 PTG
masukkan dalam maa\ngkuk dan panaskan?
mungkin buleh....mungkin...
April 24, 2009 9:16 PTG
Bro, lu boleh pakai water heater... gua dah cuba, dulu. Masa kat asrama dulu...
April 24, 2009 9:17 PTG
Azwan,
Ha ha.
Tasek,
Gua nak satu saja. :)
Qib,
HA HA.
Macha,
Gua akan cuba.
Nizam,
Gua akan cuba.
April 24, 2009 9:44 PTG
Kreativiti awak sungguh mempesonakan.
M
April 24, 2009 9:50 PTG
First!
April 25, 2009 11:34 PG
ni gua rasa marah ni...
lighter gua pon xde...
April 25, 2009 12:27 PTG
M,
:)
Suf,
Bila masa lu first?
Karka,
Lu la pasal...
April 26, 2009 8:58 PG
kesian cerpelai comot tu...
April 27, 2009 10:38 PTG
last
:-)
April 30, 2009 2:33 PTG
Catat Ulasan
<< Home