Alina yang kawan-kawan kita suka
Dah empat hari gua jumpa/tengok Alina berseri-seri, macam gadis yang di rumahnya ada orang datang berassalamulaikum-
assalamualaikum dan bawa dulang-dulang yang ada macam-macam benda di atasnya dan ada dua orang lelaki yang duduk *sebelah menyebelah sambil berpantun-pantun pasal bunga pasal taman pasal sunting menyunting pasal naik orang naik belanja dan selepas tu ketawa-ketawa dan buat lawak pasal ada satu majlis yang wakil sebelah perempuan pernah hadiri - selepas tengok cincin, mak cik Melah tu nak juga-juga tengok surat beli cincin, "Mane nak taukannn... kot-kot le cincin tu tiruannnnnn, Be...!", ha ha.
[*Tips: Orang lelaki, kalau lu orang nak 'bercakap' dengan mereka - kena duduk sebelah menyebelah - baru 'masuk', baru dia faham isi kandungannya. Kalau duduk mengadap-ngadap - harammmmmmm, tak 'masuk', tak akan faham deh! Serius!!!]
Hah! Malam ni gua bukan nak cerita pasal Alina yang semakin berseri-seri tu. Tetapi, gua nak cerita pasal 'first impression' Alina apabila pada suatu hari gua bawa dia dan Cik Line masuk ke dalam pejabat gua yang bersel-sel dan berCCTV-CCTV macam Penjara Alcatraz tu.
"Uwaaaaah! Ramainya designerrrrr! Kalau sayalah ni... mesti saya tak siap kerja sebab dok le bercakap-cakap saja dengan kawan-kawan kat sebelah menyebelah!" Alina kata.
"Hisssh! Kat sini kami tak bercakap-cakap dengan kawan-kawan tau!" Gua kata.
"Uwaaaaah! Kenapa? Sebab banyak kerja ke?" Alina tanya.
"Tak! Sebab kawan-kawan manjanggggg tidur!" Gua jawab.
"Ceh!" Alina kata.
19 Comments:
saudara kah yang berbaju biru, bermisai tebal dan berborak di belakang ketika mini forum sai fai sedang berlangsung?
April 20, 2009 11:53 PTG
Dark,
Entah! HA HA.
April 21, 2009 12:20 PG
Third!!!
dark. wah. misai tebal???? ha ha.
sappp.. siapa yang berani berborak semasa Mini forum SAI FAI (??) sedang berlangsung nih??? ish ish..
tapi serius mmg ramai gila sampai sorangsorang sebelah menyebelah boleh buat cerita berangkai dari mulut ke mulut!
:P
April 21, 2009 12:44 PG
Muka Alina bersri-seri,dia nak bertunang ke,,nak kawin atau dia sedang berchenta(tak kisahlah dengan apa-apa atau siapa-siapa)
Tapi,pertama kali kenal aku rasa dia memang 'kool' hahaha!
Untuk Alina:
Jgn mare ye yang!:p
April 21, 2009 8:14 PG
Saya pun ada kat Forum mini Sai-Fai.
Aduh! kenapalah saya tak naik ke pentas dan tanya siapa sinaganaga?
Bintang kecik - Abang naga datanglah ke blog saya, mkriza.blogspot.com
April 21, 2009 8:39 PG
Yer lah, aku rasa setiap kali aku jumpa Alina, dia ada transformasi dan semakin jelita. Macam Tomok dalam OIAM3. Penuh dengan perubahan progresif yang intelektual.
Ehem.....
April 21, 2009 10:04 PG
Cik Alina mmg manissssss....
:)
April 21, 2009 10:05 PG
ya. dia yang bermisai tebal tu. haha!
April 21, 2009 10:05 PG
pertama kali jumpa cik alina, dia cantik dengan baju bunga-bunganya. aduh!
April 21, 2009 10:06 PG
hehehe..wah, syok yer opis macam nih. kalau mengular pun orang tak perasan.
April 21, 2009 10:14 PG
budak ofis ko semua suka tidur, tak macam ko kan...alaaahhhhh...
April 21, 2009 11:54 PG
buat kerja dalam tidur tuu...
April 21, 2009 12:27 PTG
Hegira,
HA HA HA HA HA. Siapa yang tak menghormati majlis langsung tu? :)
Water,
Tak tahu sebab apa. Bagi gua sedikit masa lagi - nanti gua pergi korek rahsia daripada dia. Kalau ada info terkini - gua bagitahu lu. HA HA.
Riza,
Ada juga gua baca blog lu. Cuma, gua tak tinggalkan komen 'ja. :)
Tef,
Tap! Gua sudah tahu - ini semua pasal Tonok tu la sehingga dia menjadi begitu berseri-seri.
Pssst, pssst! Gua syak, ada orang sudah menyesal tak hinggatlah (sejak tengok Alina semakin berseri-seri). Ekekekekekeee...
Tasek,
Gua rasa... mmm... dia ada sikit kuruslah. :)
Adi,
Baju dia yang paling gua ingat - baju kurung kuning yang dipakai masa perform kat Maskara. :)
Niko,
Kalau tak datang pun orang tak perasan. Ha ha.
Art,
HA HA. Gua pun tidur juga. (Kami memang tak cukup oksigen kat dalam ni - tu yang ngantuk 'ja tu.)
Rudz,
Designer - time tidur pun otak kami bekerja. Betul! Serius! :)
April 21, 2009 1:02 PTG
Bukan tidur kot. Tengah khusyuk tunggu ilham datang. Hahaha.
April 21, 2009 1:58 PTG
Abg NaGa..CeLaMaT ARi JaDi...syeDDaap kEk tuu..beLen kEk ariTu daH seLamaT dianTar ke KLang..HARAP MAKLUM.
ALina mmg kena menTain berseri-seri, sbb dia kan DUTA FRIENDZ SALOON ..hehehe...
April 21, 2009 5:45 PTG
ha ha
April 22, 2009 8:03 PTG
Line,
Terima kasih kerana bersusah payah untuk kami berparty. :)
April 23, 2009 1:03 PTG
rasanya entry ini tertinggal perkataaan 'genit'..
April 23, 2009 3:05 PTG
Ril,
Hajat hati nak bubuh gak perkataan 'genit' - kang flooded pula kat blog dia. HA HA.
April 23, 2009 3:43 PTG
Catat Ulasan
<< Home