Tanya Matahari kepada Bulan pada hari Bumi bergelap
Engkaukah itu
yang meminjam cahaya;
jadi teman di malam yang sepi?
[Beberapa jam sebelum Earth Hour
dan pada momen Wani Ardy membacakan sajak-sajaknya.]
Tinggalkan 2 Lauk untuk Perempuan Simpanan itu
Silverfishbooks
Bangsar
28 Mac 2009
Asam Supali dan Wani Ardy
# # #
Vovin. Aku. Azzam Supardi. Di Jalan Telawi, Bangsar. Azzam Supardi minum teh tarik. Aku minum koko panas. Vovin? Ya, Vovin tak minum. Dia hisap rokok sajalah.
Kami didatangi oleh dua orang gadis (gadis Filipina aku rasa). Yang seorang bermain gitar. Dan. Yang seorang lagi bernyanyi.
Aku. Azzam Supardi. Vovin. Di Jalan Telawi, Bangsar. Vovin bagi dua ringgit. Azzam Supardi bagi dua ringgit. Aku? Ya, aku tak bagi. Aku hisap rokok sajalah.
Ya! Masa tu dunia masih terang walaupun hari sudah gelap.
# # #
Aku. Dan. Beberapa orang kawan. Sedang minum-minum (minum lagi?) di Jalan Telawi, Bangsar.
Kejap-kejap aku kerling jam, kejap-kejap aku kerling jam. Sufian Abas sedang memetik gitar. Tapi, dia tak menyanyi. Dan, tajuk lagu pun dia tak mahu beritahu. Ha ha. Dalam hati, aku berdoa, "Ya Allah ya Tuhanku! Minta-minta janganlah kedai makan ni totop lampu... aku dahlah rabun... kalau gelap ni kang, lagilah tak nampak apa... biji limau punyalah banyak di dalam limau ais aku ni, weh!!!!"
Ya! Masa tu dunia masih terang walaupun hari sudah gelap; kat Bangsar tak totop lampu pun, dek! Ha ha.
32 Comments:
amboi...jiwanglah pulak,hilang dah lawak-lawak dulu.
Mac 29, 2009 3:21 PTG
Nadine,
Ni bukan jiwang - ni poyo! Kalau TafTeh, dia kata kata, "P.O.Y.O!" Ha ha.
Mac 29, 2009 3:52 PTG
ala. kalau tutup lampu pon. guna lilin. romantik pa
Mac 29, 2009 4:03 PTG
ya. saya tutup lampu. tapi pasang lilin. romantik kan bang? tapi romantik saya cuma sorang-sorang!
Mac 29, 2009 5:05 PTG
oik...ada cite pasal earth hour kat bawah rupanya...entri tak abislah masa i baca tadi...ha hah..ingatkan tengah jiwang-jiwang tentang bulan dan mentari!anyway last nite from subang jaya to serdang terang benderang aja all the way baik rumah mahupun building....
Mac 29, 2009 5:39 PTG
orang dulu-dulu tak ada elektrik, pakai lilin, tak romantik pun.
heh.
Mac 29, 2009 5:41 PTG
Poyo. Tepat. Hahaha!
Mac 29, 2009 5:47 PTG
silap komen. terkomen kat entri lain hahahahahaha.
Mac 29, 2009 6:19 PTG
Azwan,
Wo ho!
Adi,
Sorang-sorang pun romantik gak, dude! Ha ha.
Nadine,
Lepas kul 9:30 depa on semula lampu.
Shaira,
Heh ek! Ha ha.
Purp,
Aku kena pegi kelas le kalu macam ni le rupa sajak aku weh.
Ili,
Wo? Ho ho? Tengok KLCC gelap dari puncak Menara O ke, beb? Ha ha.
Weh, bila balik semalam, binatang-binatang safari kat Menara O tu - korang bagi makan tak weh? HA HA.
Mac 29, 2009 6:38 PTG
Ili,
P.O.Y.O le tinggal komen kat entri lain! HA HA HA HA HA.
Mac 29, 2009 6:39 PTG
Memang romantik...
Romantik malang...
Gua bergelap & support kempen earth hour dengan kucing gua...
Mac 29, 2009 11:37 PTG
Punyalah lama aku tak singgah silferfish ni dah pindah rupanya kat depan tu.Mengelabah aku tanya kedai jahit india kat bawah Silferfish lama tu tu dia pun tak tahu.Pusing-pusing area situ bila nampak budak-budak pelik pakai dan perangai berkumpul aku dah budget mesti Silverfish tu.Tulisan Taf Teh memang tak pernah mengecewakan aku.
P.S:Budak solah kena buat macam Taf Teh.Tutup blog kemudian terbitkan buku.Aku nak beli sebab nak baca tulisan dia.
Mac 30, 2009 12:24 PG
hehehehe...ada camtu pakai lampu picit..keke
Mac 30, 2009 12:26 PG
terima kasih untuk sabtu. :)
wani ardy
perempuan simpanan
Mac 30, 2009 12:43 PG
Tapi kau kan ada cermin mata.
Mac 30, 2009 8:33 PG
Corey,
Kucing lu apa nama?
Fad,
Gua pun sama. Melilau gua cari silverfish tu. Dulu kat tempat lain.
Key,
Ada yang picitpicit je. Ha ha.
Wani,
Kami datang untuk beri sokongan je. Patut terima kasaih kat Presiden Persatuan Perempuan Simpanan Sindiket Sol-Jah (PESAMPAN) lah! HA HA.
Nida,
Tu cermin mata untuk baca menu. Ha ha.
Mac 30, 2009 8:37 PG
kalau tak nampak... leh meraba dude...
Mac 30, 2009 8:41 PG
chantekkk puisi tewww..
Mac 30, 2009 9:31 PG
Nasib baiklah, lampu tak padam. gua dah boleh tengok mata rakus lu meliar-liar cari mangsa...
Mac 30, 2009 10:48 PG
gelap la best. ha ha.
.
Mac 30, 2009 10:52 PG
Chik,
Bolehlah kalu nak meraba pun - cuma, nak raba siapa? Sufian Abas? Rohayat? Ceh!
En,
Ha ha. Aku rasa puisi tu macam poyo je weh!
Sufian,
Ketara sangat ke mata rakus gua tu? Ha ha.
Tasek,
Hah - lu gi nyonyot limau ais banyak biji tu tengokkkkk! Baru tahu best ke tak best.
Mac 30, 2009 11:01 PG
Cis. Gua ingat Wani Ardy komen kat blog gua je..
Mac 30, 2009 12:55 PTG
Yapong,
Lu ada amek gambar Wani Ardy? Gua ada! Ha ha.
Mac 30, 2009 1:37 PTG
rugi bro...kalau tutup lampu bleh trus candle lite dinner....lomantik looo
Mac 30, 2009 3:13 PTG
ai.. ada yang jatuh ke? huhu.
jatuh
c.i.n.t.a.
**larikk..
Mac 30, 2009 5:07 PTG
lawa sajak.
Mac 30, 2009 5:55 PTG
comel sajak
Mac 30, 2009 6:00 PTG
Lu tulis sajak macam gua siang ikan.
Mac 30, 2009 7:28 PTG
Tagged!
Mac 30, 2009 10:46 PTG
Huha..kucing gua xde nama bro.Gua panggil meowwwww je..Huha
Mac 30, 2009 11:33 PTG
Amora,
Ye ke?
Alina,
Ha ha. Gua, kalau jatuh cinta ke, gua senyap2 je; gua pendam dalam hati. [Gua tunggu orang ngorat gua dulu, ha ha.]
Dollah,
Dari 2 line, kini dah bertambah jadi 3 line le, Dollah! He he.
Zz,
Gua tengah fikir, macamana le depa2 tu boleh tulis sajak sampai 100 line, ek?
Sufian,
Gua siang ikan macam lu hisap rokok! Ha ha.
Kotak,
Bolayan! Ha ha.
Korey,
Meowwwwwwww!
Mac 31, 2009 8:45 PG
Tumpang promote...jom tengok MIMPI adapatasi dari Shakespeare's Midsummer Nights Dream
tarikh: 3, 4 dan 5 April 2009(8.30 malam)
matinee pada 4 dan 5 April (3 petang)
Tempat: lambang Sari, Istana Budaya
Arahan: Prof Jim Connor
bayaran masuk: RM10 dan percuma buku program
lets do it.
Mac 31, 2009 1:37 PTG
Catat Ulasan
<< Home