"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

21 Mac 2009

Balada seorang *office boy

Jimi Mahmud adalah seorang *Budak Pejabat.

Pada suatu hari yang indah, ketika Jimi Mahmud sedang kandung surat itu ini itu ini, dia telah menerima sepucuk surat panggilan temuduga yang tertera perkataan Urusan Seri Paduka Baginda pada bahagian luar sampulnya.

“Bertuahlah kau, Jimi!” Kata Kak Pinoi, di kubikel Jabatan Pemetaan di Jalan Gurney, yang peratusannya adalah ketukketakketukketak bunyi taipan 55 p.s.m. “Kalau dapat kerja tu nanti… belanja akak makan Kenteki tau!”

Jimi Mahmud menyandarkan belakang badannya ke kerusi. Bibirnya sarat dengan senyuman. Surat-surat dibiarkan tidak berkandung buat seketika. Pen di tangannya mengetuk-ngetuk di antara dua baris gigi-giginya yang putih dan besar itu. Segera Jimi Mahmud mengkhayalkan - dia bernektai di dalam sebuah pejabat besar yang berhambal tebal, dilengkapi pula dengan penyaman udara, meja besar sedepa setengah, kerusi empuk, intercom, dua tiga orang staf bawahan; kalau bermesyuarat – secawan teh dan dua potong kuih berlainan jenis, kalau mesyuarat itu berlanjutan sehingga melewati ke tengah hari – ada makan nasi dan minum air sirap, wahhh!

Untuk itu, bagi memenuhi fungsi tugas baharunya kelak, Jimi Mahmud bercadang hendak meminjam kejap majalah-majalah hiasan dalaman daripada Nan Kompang, pelukis peta dan juga merupakan pengurus dan jurulatih kepada Pasukan Bola Jaring di Jabatan Pemetaan itu untuk dibuat rujukan. Ya, Nan Kompang memang suka menghias rumah. Hiasan dalaman di rumahnya macam rumah perempuan! Beropol-ropol!

“Apa kata kalau kita upgrade sedikit Bilik Mesyuarat Lembaga ni, Jimi!” Cadang Datuk Ketua Pengarah.

“Saya tak ada apa-apa halangan, Datuk! Kalau mesyuarat meluluskan… aaaa… saya akan uruskan kerja-kerja renovation-nya dengan secepat mungkin!” Kata Jimi Mahmud.

Bangga sungguh Jimi Mahmud. Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Jabatan di situ dan kontraktor-kontraktor yang dilantik memang percayakan ‘air tangan’ Jimi Mahmud. Kalau bab-bab pengubahsuaian bilik ni Jimi Mahmud memang champion-lah! Kalau Jimi Mahmud kata, “Kali ni… tingkap, kita nak design macam tingkap masjid sikit…”, semua orang akan kata, “Canteeeeekkkk!”

# # #

“Hello! Kak Pinoi ke tu?”

“HelloooOOooo! Jimi ek? Amacam kerja kat tempat baharu?”

“Aaa… saya rasa macam sama je kerja saya dulu dengan sekarang… dok kerja kandung surat dan cari fail je ni…”

“Hahhh? Takkanlah samaaa…! Eh, dulu tu… aaa… Jimi apply kerja apa ek?”

“*Penyelenggara Pejabat!”

Kak Pinoi tersedak. Serdak kuih bahulu bersepai keluar dari mulutnya. Cepat-cepat Kak Pinoi menolak rimah-rimah bahulu yang masih melekat pada bibirnya ke dalam mulut.

‘Jimiii, Jimi!’

FIN

*Kini, nama jawatan-jawatan tersebut - Pembantu Am Rendah.

33 Comments:

Blogger Lily Abdullah said...

Kesiannya Jimi. Aku tak tau,nak ketawa atu menangis untuk Jimi.

Haih!

ps: Kadang kala rasa Jimi macam bebayang diri aku. Bertukar-tukar kerja, balik-balik aku kena mop lantai huh!

Mac 21, 2009 1:44 PTG

 
Blogger Lily Abdullah said...

Yay! aku first hahaha! Izinkan aku bergumbira kejap di laman ko ni bang :D

Mac 21, 2009 1:46 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

bila nak bertukar jadi jimi asmara nih??

Mac 21, 2009 1:55 PTG

 
Blogger tasekM said...

kerja yg sama tp gaji yang lebih apa salahnya. :)


.

Mac 21, 2009 3:41 PTG

 
Blogger Unknown said...

takpe..yg penting 10am minum, 1pm lunch, 4pm minum.. 5pm balik...

kan seronokkkk tuuuuuuu

Mac 21, 2009 6:23 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

OK-lah tu. Janji kerja di pejabat.. Kira hebat-lah tu. Hehehe!

Err... bila masa aku main kompang ni. Hahaha!

Mac 21, 2009 8:32 PTG

 
Blogger Nizam.Ariff said...

Kalau gua keje hantar surat tapi gaji macam ketua pengarah, gua sanggup.. tak ada ape halnya...

Mac 21, 2009 9:30 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Water,
Ha ha.

Cik,
Ha ha.

Tasek,
Sama je gajinya. :)

Yares,
He he.

Purp,
Nan Purp vs Nan Kompang. Ha ha.

Nizam,
:)

Mac 21, 2009 9:33 PTG

 
Blogger Cat Cat said...

Nasib baik tak tercekik si Kak Pinoi tu... Hehe!

Pakabar Abang Naga...??? Ada sihat???

Mac 21, 2009 10:46 PTG

 
Blogger NeemoNeemo™ said...

Kenapa? adakah Jimmy telah dibanned dari jawatan no2?

Mac 21, 2009 11:08 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

55 p.s.m ?? tu lulus (kecekapan) tak tu?

Mac 21, 2009 11:55 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Cat,
Gua ok je. Lu pekabar?

Nem,
Taklah.

Dug,
Ha ha. Lulus rasanya.

Mac 22, 2009 3:11 PTG

 
Blogger ymn said...

wpun gaji ciput tapi keja gomen ok. long term punya cerita
pressure tak der.. benefit byk.
especially bab pinjam memnjam....

Mac 22, 2009 4:14 PTG

 
Blogger artisticklytouch said...

penyelenggara pejabat kekdahnya...

Mac 22, 2009 6:37 PTG

 
Blogger zixol said...

hehe..al kesahnye jimi

Mac 22, 2009 7:06 PTG

 
Blogger landaklaut said...

okla tu.. bunyi jawatan cam bes sikit walaupun keje sama je cam kat opis lama.. hohoho..

Mac 22, 2009 11:26 PTG

 
Blogger K.H said...

Ada jawatan baru lagi sekarang. Kalau Jimi nak mohon, beritahulah dia. Ini jawatan, tak *rendah macam dulu dah.

*Pembantu Am Pejabat.

Mac 22, 2009 11:49 PTG

 
Blogger ceri masam said...

tetap saya suka jimi tu!

hahaha

Mac 23, 2009 9:08 PG

 
Blogger Bila Diary Bercerita said...

Alhamdulillah Jimi masih ada kerja. Zaman sekarang ramai yang dah kena buang kerja. Huhu..

Mac 23, 2009 9:26 PG

 
Blogger jiGOMorrison said...

Jawatan PAR, memang kena 'on par' sahaja. Kalau melebih-lebih atau 'excellent', nanti dikata lebih sudu dari kuah pula.

Tidak begitu, Jimmy?

Mac 23, 2009 10:43 PG

 
Blogger asuhara sue said...

mula2 join gomen, aku ingat bila org sebut PAR tu jenama cat!heheheh

Mac 23, 2009 12:53 PTG

 
Blogger rudy bluehikari said...

sedikit pembetulan; jawatan PAR dah tak 'on par' lagi sebab sudah ditukar kepada nama PAP-pembantu am pejabat.

* naga ketinggalanlah...ahahaa

Mac 23, 2009 12:54 PTG

 
Blogger jiGOMorrison said...

Rudy,

Patutlah Para Pap Pap Pap je sekarang ni. Heh!

Mac 23, 2009 1:15 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Aku,
Ngeh ngeh.

Art,
Ngeh ngeh.

Jul,
;)

Lan Dak,
Ngeh ngeh.

Indra,
Sori, aku dah lama tak kerja gomen. :)

Nurul,
Jimi love you too! Ngeh ngeh.

Aishah,
:)

Jig,
Ya betulllll!

Asu,
PAR = Pegawai Am Rendah. HA HA.

Rudy,
Aku blah semasa SSB. :)

Jig,
HAHAHAHAHA.

Mac 23, 2009 2:06 PTG

 
Blogger hegira said...

ni tahun berapa ni?

Mac 23, 2009 2:59 PTG

 
Blogger Naim said...

janji kerja di ofis.

huhuhu.............

Mac 23, 2009 6:28 PTG

 
Blogger ayobkelubi said...

pergh nama jawatan dulu mmg gempak bunyi nya.

ko nak tahu nama jawatan lama aku dulu bang?.

PKKLLP - Patah Kiri Kanan Lari Lintang Pukang

Pengajar Kemahiran Kerja dan Latihan Perindustrian.

Mac 24, 2009 10:32 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Alina,
Tahun dulu2. Sebelum SSB.

Naim,
Ha ha.

Yob,
Ada satu nama jawatan dulu2 - Operator Mesin Lubang atau Operator Mesin Penebuk Lubang hape entah... Ha ha.

Mac 24, 2009 2:03 PTG

 
Blogger kingbinjai said...

alahai jimi

Mac 24, 2009 8:06 PTG

 
Blogger Amiene Rev said...

Nenek saya bilang, jika kita mahu jadi bos, kita mesti kerja sendiri.

Mac 24, 2009 9:02 PTG

 
Blogger Led said...

beropol2?

yuxx...

x:

Mac 25, 2009 9:21 PG

 
Blogger zizie ali said...

ada PAR/peon ditugaskan untuk kerja-kerja fotostat dan riso. kami panggil dia 'pegawai percetakan'.

Mac 25, 2009 11:28 PG

 
Blogger Angah said...

Ge..

Kini nama jawatan tersebut Pembantu Am Pejabat PAP

Mac 27, 2009 4:23 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home