GMP dihujani gas pemedih mata
"Kita isi perut dulu! Selepas makan baru ada tenaga!" Saya beritahu Marsli N.O. Sebentar kemudian, Vovin menyertai kami.
KOMA
Hujan renyai-renyai. Kami di pintu hadapan Masjid Negara. Betul-betul di belakang pasukan FRU, sebenarnya. Orang banyak yang berhimpun sudah mula keluar. Pasukan FRU cuba menahan kemaraan mereka di jalanan (jalan di hadapan Dayabumi sehingga ke Jalan Maharajalela memang telah sedia dikosongkan oleh polis pada masa itu). Tolak menolak berlaku. Dan, inilah kali pertama saya melihat pasukan FRU kalah. Kalah teruk!
Pakcik baju oren ni kena tangkap betul-betul di hadapan saya. SB yang tangkap pakcik ni dressing macam orang masjid, berjanggut panjang putih dan menudung kepala dengan sereban. Pakcik ni kena sumbat masuk ke dalam trak polis. "Hidup bahasa Melayuuuu!" kata dia dari dalam trak.
KOMA
Saya panjat tembok pembahagi jalan. Vovin pun panjat tembok pembahagi jalan juga. Kami ambil gambar. Orang membuak-buak di jalan raya. 10 ribu orang? Hampir 100 ribu orang pada hemat saya. Kenderaan-kenderaan membunyikan hon tanda sokongan.
Pasukan FRU 'menahan lukah' di hadapan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Orang ramai berarak dari Jalan Kinabalu dan membelok ke Jalan Kampung Attap. Pasukan FRU sudah pening kepala. Harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Burung terbang dipipiskan lada! Hah!
Ada orang panggil nama saya, "Lan! Lan! Lannnn!" Saya nampak Dato' Bahazain di celah-celah orang banyak dan melambai-lambai kepada saya. "Datooooo'! Marsli kat sebelah sanaaaa!" Semasa tu, saya rasa macam saya sedang melaporkan kepada ketua platun saya, "Kaptennnn! Marsli dah 'kenaaaaa'!" Ha ha. Selepas itu saya jerit kepada Marsli pula, "Marsss! Dato' Bahaaaaa!" sambil tunjuk-tunjuk dengan jari kepada Dato' Bahazain yang diapit oleh Dollah Abas dan Nordin Che Wan. Kedua-duanya adalah pesara DBP yang berwajah bengis.
Di dalam kampit yang tergantung di leher Marsli N.O. ada tangkal kaki ayam hutan, agaknya. [Mars, saya bergurau.] Ha ha.
Dalam orang banyak membuak-buak itu, ada satu mamat, yang saya tak kenal siapa, panggil nama saya, "Abang Naga!!!" dan kami bersalaman. Saya tak sempat nak tanya nama dia siapa. Dalam hati saya kata, "Femes juga aku ni ek!"
Orang melaut dari Jalan Kinabalu sehingga ke Jalan Syed Putra
KOMA
Filem Vovin habis. (Ini sahaja jurugambar yang saya ada pada masa tu. Kamera pula jenis kamera 'filem gulung'. Sekali snap - 36 frame 'terbang', alahai!) Saya sendiri dengan kamera poket, alahai!
Saya dan Vovin menyelusup ke Jalan Maharajalela. Kami singgah di 7-Eleven. Membeli filem gulung dan dua botol air mineral. Sepasukan lagi jentera berat FRU mengepung dari arah Jalan Maharajalela. Saya menelefon kepada Marsli, "FRU kat belakang kauuuu!" Kemudian saya dengar Marsli memberitahu orang lain, "FRU kat belakang! FRU kat belakang!!"
KOMA
Saya dan Vovin menyelusup dari Jalan Maharajalela ke Jalan Wisma Putra dan seterusnya menyelusup ke Jalan Istana. Kemudian saya menerima panggilan telefon dari Marsli, "Kami di hadapan Public Bankkkk! Dato' Baha dan kena! Dato' Baha dan kenaaaaa! FRU lepaskan gas pemedih mataaaa!"
Damn! Saya sepak angin. Di belakang saya, Vovin yang sedang mengkelek kamera 'filem gulung' dan mengepit payung. Ya, jurugambar saya bawa kamera 'filem gulung' dan payung. Jadi, kamu boleh bayangkanlah betapa berliku dan penuh onak durinya perjalanan kami. Ha ha.
Di jalan Belfield dan di Jalan Bellamy ada polis bermotosikal membuat rondaan. Dari jauh saya boleh dengar pasukan FRU menembak gas pemedih mata. Berdentum-dentam!
KOMA
Ini kali pertama saya melihat pasukan FRU menembak gas pemedih mata dengan begitu banyak sekali. Sebelum-sebelum ini tidak pernah sebanyak ini. Orang banyak ada yang lari. Tetapi, masih ada juga orang banyak yang cuba merapati Istana Negara. Pasukan FRU melepaskan beberapa das tembakan gas pemedih mata lagi bagi menyekat gerombolan yang datang dari arah Jalan Syed Putra.
Saya dan Vovin ditahan oleh seorang SB berbangsa India yang dressing-nya macam pekerja IndahWater, "You press ka? Mana pas? Kalau ada pas... kasi pakai!" Saya mengelabah beruk. Tak tahu nak cakap apa. Saya seluk kocek belakang seluar; keluarkan beg duit. "Awak 'orang kita' ke?" SB tu tanya lagi. "Eh, tak! Saya orang DBP!" kata saya, sambil tunjuk pas entah apa pun saya tak tahu, entah lesen memandu, entah business card workshop Ah Hong. Dia syak saya SB sebab saya berambut pendek dan selepang beg kecil macam SB selalu-selalu selepang tu agaknya, he he.
Saya dan Vovin panjat bukit di hadapan Istana Negara. SB tak kacau. Sebab mereka ingat saya press. Kemudian, saya nampak Prof. Abdullah, Kak Ainon, Hasni dan seorang dua lagi yang berbaju Melayu berjalan merapati Istana Negara. Pasukan FRU masih melepaskan gas pemedih mata. Berdentum-dentam!
Ada banyak polis berpakaian biasa dengan lilit merah di lengan bergerak ke orang banyak untuk melakukan tangkapan. Saya jumpa jurugambar DBP, Jalil Kassim, di sini.
KOMA
Singa bahasa Melayu
Apabila keadaan sedikit reda, saya dan Vovin menyelusuri Jalan Syed Putra. Kami terserempak dengan Prof. Abdullah dan Kak Ainon dan Lokman (anak Haji Mazlan Al-Ameen). Kami dan beberapa saki baki orang banyak yang telah dilaporkan oleh berita TV3 malam tadi sebagai 'perusuh' kembali menuju ke Masjid Negara. Marsli? Marsli masih di Public Bank Kampung Attap. Cuci mata dengan air dari kolam air pancut, agaknya. Dato' Baha? Tak tahu di mana, entah-entah sedang muntah terbelahak dek gas pemedih mata jahanam tu.
Dalam perjalanan, saya mendapat berita, Masjid Negara kembali diserang dengan gas pemedih mata. Dan, semakin saya menghampiri Masjid Negara, saya rasa mata saya pedih dan muka saya pijar.
Dua pasukan FRU 'menahan lukah' di Jalan Kinabalu (di atas fly over dan berhampiran DayaBumi). Sepasukan lagi pasukan FRU 'menahan lukah' di tepi Masjid Negara. Prof. Abdullah ambil gambar FRU guna kamera telefon bimbit, "Ni saya nak tunjuk kepada Agong nanti!"
Prof Abdullah
Di hadapan Masjid Negara saya jumpa banyak orang Kampung Baru. Di hadapan Masjid Negara saya jumpa Encik Hamid Hashim, kerani kanan saya dulu. Di perkarangan Masjid Negara saya jumpa Hasni. Di perkarangan Masjid Negara saya jumpa Jimadie. Di dalam Masjid Negara saya jumpa Pak Samad Said. Damn! Baru sekarang saya berasa lapar. Dan, tiba-tiba hari pun hujanlah dengan selebat-lebatnya. Saya, Vovin, Marsli duduk berteduh di sebelah pegawai polis dan SB di bahagian belakang Masjid Negara.
Hasni
Yang bertopi hitam - Jimadie
KOMA
Di kaca TV Hisam Husin kata hal ini melibatkan isu perkauman dan isu agama. Saya garu kepala, "Bila masa pulak isu ni jadi isu perkauman dan isu agama?" Kalau saya PM, saya pecat menteri-menteri yang bangang ini. Dan, saya fikir lagi, "Kalau wakil rakyat adalah mereka yang dipilih oleh rakyat untuk mewakili mereka (yakni, rakyat); membawa suara mereka (yakni, rakyat)... kenapa apabila wakil rakyat dan menteri-menteri ini dah 'sampai di level Parlimen' mereka pandai-pandai nak bercakap dengan suara mereka sendiri (yakni, tidak lagi mewakili suara rakyat)? Meminjam kata-kata Pak Samad, "Ya, persoalan ini selalu bermain-main dibenak saya!"
Ini sudah tak betul!
Ayuh! Kita mesti mendesak mereka agar meletak jawatan! Malaysia tidak memerlukan menteri-menteri yang bangang dan bongok!
Jahanam punya Melayu! (Kata saya sambil menghunus keris imaginari - serupa dengan keris yang Hisam pernah hunus tempoh hari.)
http://www.youtube.com/watch?v=pJn4xiLraqA
http://www.youtube.com/watch?v=e6ITstMtvhY
http://www.youtube.com/watch?v=Vzc2Zrj2rAc
http://www.youtube.com/watch?v=X97IK84vAXs
http://www.youtube.com/watch?v=hAWb6I0smMM
http://www.youtube.com/watch?v=zVW9t8PR_d0
http://www.youtube.com/watch?v=5G0AfvpiWAY
http://www.youtube.com/watch?v=1gfn6RCPOU4
http://www.youtube.com/watch?v=pucrk5znbhI
http://www.youtube.com/watch?v=ipQyT996fr4
http://www.youtube.com/watch?v=wjOk0B7tUyw
Selepas anda tonton klip video ni, cuba cerita kepada saya, berapa das tembakkan yang anda boleh dengar. 10? Lebihhhh!
Ya, saya mahu pergi ke pejabat, mahu selongkar gambar lama-lama. Kemeja T dengan cetakan gambar Pak Samad sudah ada. Sekarang, saya mahu cetak Kemeja T dengan gambar Dato' Hassan Ahmad pula.
Satu Hari Di Jalanraya, kata jurugambar saya.
50 Comments:
ooh..padanlah jam teruk tadi.lupa pasal ni.nasib ingat jalan lain nak balik rumah tadi.FRU mana ada keje lain,asyik menyembur ajelah...
Mac 08, 2009 1:14 PG
kita kerandakan dia orang dalam pru!
Mac 08, 2009 1:19 PG
bro ko buat aku menggeletar..
Mac 08, 2009 1:42 PG
Nadine,
:)
Pyanhabib,
Ayuh!
Kelam,
Helikopter kat atas kepala gua 'ja tadi tau! Gua tak mengeletar sebab jiwa gua kental, beb!
MatJan? Mana MatJan? Ha ha, time-time kita memerlukan dia - dia balik kampung, siapkan pelamin.
Yapong? Mana Yapong? Ha ha, time-time macam ni le dia nak balik kampung punnnn... Hampeh!
Spyz? Mana Spyz? Hantar mak mentua balik Gemas la plakkkkk...
HA HA.
Mac 08, 2009 2:34 PG
time rakyat nak bersuara
diorang kata kita memberontak
kata kita ni penjenayah
kata kita ni tak bertamadun..
aduh..tak kan nk harapkan 'wakil rakyat'
tu untuk bersuara demi kita???
Mac 08, 2009 2:36 PG
mana gerombolan united malays yang kononnya memperjuangkan melayu?
patutnya depa di barisan hadapan. harktui!
Mac 08, 2009 2:39 PG
tabik spring! bejuang selagi boleh. melayu boleh! pengkhianat melayu boleh.. blah!
Mac 08, 2009 3:47 PG
tadi kat sogo pun ada gak org berkumpul kat sana.polis pun ada.
haha.wat ramai2 psl mansuhkan ppsmi niat lain,skali masuk tv,dia putar belit,dia cerita ini taktik politik..keji betol.
Mac 08, 2009 4:41 PG
Baca ni, mengingatkan betapa rindunya saya pada zaman reformasi dan perhimpunan macam ni dulu.
*Mengeluh*
Mac 08, 2009 4:51 PG
bang naga, sy x tau nk kata apa.
*some words missing*
Mac 08, 2009 7:55 PG
sekarang ni bila tengok berita, dah jadi macam tengok Melodi. Mereka lupa tujuan asal mereka di parlimen bang naga.
what are they trying to improve? the language? atau konsep sains dan matematik tu sendiri?
akhirnya, dua-dua subjek lingkup.
Mac 08, 2009 8:42 PG
memang.
menteri yang bang..ang..
Mac 08, 2009 9:09 PG
Adam,
Kita desak mereka untuk meletak jawatan!
Semut,
Mereka sibuk. Mereka nak selesaikan masalah politik wang dalam parti mereka dulu. He he.
Aie,
Dato' Hassan, Pak Samad, Dato' Baha, Prof Abdullah, Kak Ainon! Jangan bimbang, kami anak-anak muda akan sentiasa berjuang bersama-sama dengan anda!
Mira,
Mmm...
Ainul,
I wish you were here. Apapun, aku nasihatkan kau stay dulu kat sana untuk beberapa tahun. Malaysia dah tak best!
Eh... kau punya... errr... x... mmm... pun berarak tau! Kena gas juga tau! *ahaks*
Ainyusuf,
Berdoalah! Andai kata kita orang yang teraniaya - Allah akan makbulkan!
Mas,
Mereka tidak mahu dengar pendapat dari para ilmuan kita. Mereka degil. Satu hari nanti, Malaysia akan dapat PM yang ijazah pun tarakkkk! Kita tengok dan lihat!
Famia,
Apalah takdir mimipi ini - dok dapat menteri bangang berulang kali! Cis!
Mac 08, 2009 9:25 PG
Entah berapa kali aku dah terlepas acara2 penting (tp tak masuk buku sejarah) seperti ini.. [keluh]
p/s pasti 'tongkat warrant' tersenyum bangga di sana..
Mac 08, 2009 10:42 PG
Syabbas bete, syabbas!
Mac 08, 2009 11:04 PG
Tahniah bang. Aku bangga dgn kamu semua...
(seperti kata-kata akhir seorang ibu yg melepaskan anaknya pergi berjuang).
Banyak gambar dlm blog ni bang. Kalau polis nak tangkap orang, dia google je, lepas tu print... hahaha.... hati-hati, kami masih perlukan abang Nage untuk terus berjuang sampai syahid!
Gua isytiharkan memperjuangkan bangsa dan bahasa adalah syahid!
Gua geram! Kalau dah tersilap, ubah je lah balik. Apsal asyik tergagap-gagap je pak menteri tu? ... Oooo, keris dia pendek... hahaha.
Mac 08, 2009 11:38 PG
wartawan SS hebat!
Mac 08, 2009 12:45 PTG
Spyz,
Kalau lu ada bersama-sama - kerja kita sebagai wartawan akan lebih mantap lagi, dude.
Tiqah,
:)
Nizam,
Silaplah kalau polis nak tangkap aku - tak ada faedahnya, ha ha. Kalau berani pergi tangkap Pak Samad dengan Dato' Hassan lah! Kita nak tengok, kalau tak riot satu Malaya - tangkaplah!
Danielle,
Terima kasih kerana melaporkan secara online dan live untuk kami. :)
Mac 08, 2009 1:47 PTG
err..bang,
garam buat mende eh?
Kumur air garam kalau kena gas pemedih mata?
Mac 08, 2009 3:16 PTG
Liputan berita yang baik.
Mac 08, 2009 3:35 PTG
deskripsi kau menarik. ada sikit-sikit gaya pak samad. gaya shahnon pun ada. gaya azizi abdullah dan fatimah busu pun ada.
Mac 08, 2009 3:56 PTG
Salut untuk mereka yang berani!
Ayat Pak Samad tu bikin rabak hati.
Hari hitam buat bahasa dan negara.
Mac 08, 2009 4:31 PTG
GMP lawan GPM... huhuhu...
semua ni kerana ada banyak melayu sepuluh ringgit kain pelikat dan gula...
Mac 08, 2009 4:46 PTG
Aku tak tau nak komen apa bang.
Jadi inteprem puisi aku sajalah haha.
Pada satu malam yang lewat
Nafas sesak memikir bahasaku yang melarat
Terbuang dan berwajah kelat
Dicarik robek bangsa sendiri konon berdaulat
Dan semakin wajahnya pucat
Aku tabik untuk kalian yang berdemo!
ps:Bencinya aku dengar berita TV3(suku) tu. ptuih!
Mac 08, 2009 8:02 PTG
Po,
Ada orang Kampung Baru yang aku jumpa beritahu - garam tu campak masuk mulut terus - garam kasi clear kau punya tengkorok dan paru-paru. Allahualam bissawab!
Tapi, aku terfikir, kalau kita tutup tear gas tu dengan guni basah - padam tak gasnya ek?
Mau,
:)
Zz,
Itu gaya hantam keromo tu, dude! Ha ha.
Fad,
Aku syak ada lagi siri-siri lain dalam sikit masa lagi ni. :) Jom! Ada beran? Ha ha.
Chik,
Melayu yang hancurkan Melayu memang cilaka!
Water,
Tak apa, lain kali kita bergerak ke Istana dalam pelbagai arah. ;)
Mac 08, 2009 8:51 PTG
fuh, bro...
hormat yang diperbaharui! (trans: 'renewed respect', grins)
sekarang agaknya baru semua faham kenapa perlu BOIKOT TV3 dan UTUSAN MALAYSIA.
by the way, utusan meloya, eh, utusan malaysia lapor berita tentang demo ini macam mana agaknya ya. maaf, aku memang tak klapaq nak buka baca walau secara online, jadi aku tak tahu.
Mac 09, 2009 2:29 PG
wah, terima kasih untuk ulasan bergambar di atas...
Kami penduduk kampung di Pantai Timur amat menghargai usaha lelaki - lelaki urban seperti
En Naga dan jurugambar berpayung !!
Mac 09, 2009 9:16 PG
Naga, gambar gambar aku tak dak ka? Keh keh. Hari tu datuk Baha naik syeh. Waktu mata dan hidung aku dah mula berair, dia selamba saja terus menyusup ke hadapan. Respek-respek.
Salam
Mac 09, 2009 9:33 PG
tgk dari jauh~
Mac 09, 2009 11:09 PG
Tersayat rasa hati, menitik air mata. Saya Melayu, bahasa saya pun bahasa Melayu. Cuma saya tidak terlarat untuk bersama-sama anda di jalan sana. Teruskan perjuangan. Syukur, masih ramai lagi yang sayangkan bahasa ini.
Mac 09, 2009 4:30 PTG
nampak mcm seronok!
Mac 09, 2009 5:27 PTG
Entri kau yang terpanjang pernah aku baca.
Dan aku sangat terbakar! Sungguh!
Mac 09, 2009 5:34 PTG
Bini Zunar,
Aku baru pulang dari Sidang Akhbar GMP. Menurut seorang Profesor matematik yang membuat pemerhatian - yang berarak ke Istana Negara hari itu adalah seramai 70,000 orang +-. Ini maklumat yang baru kita terima.
Terra,
Doakan kami. Doakan perjuangan kami. Doakan bahasa Melayu kita.
Lutfi,
Kami masih belum dapat menghubungi Dato' Baha.
Pssst! Siapa 'orang kita' yang kena tahan tu?
Amyz,
:)
Kak Eton,
Doakan keselamatan kami.
Kumprix,
Sangat seronok! :)
Purp,
Ayuh orang Melayu - kita bangkit!
Mac 09, 2009 5:49 PTG
Lutfi,
Barang siapa ahli PENA yang tidak hadir GMP (termasuk SU yang bertugas di Sabah pada masa tu, ha ha) - kita denda mereka, kita suruh mereka baiki bumbung rumah PENA yang bocor tu, HA HA.
Gambar kau tak ada! Gambar wartawan TV9 ada, ha ha (Sweet-nya you!)
Mac 09, 2009 6:01 PTG
Misai kau serupa SB.(orang kitakah? kata dia.)
Mac 10, 2009 2:22 PG
pagi td aku dh menyirap tgk mat rempit melanggar seorg pompuan. ni tgk pulak gambor2 kt blog kamu ni dah tambah menyirap nih..!
.
Mac 10, 2009 10:17 PG
Tahniah Geng Pena!
Jangan lupa turun ke Bukit Gantang dan jual@ bagi free baju T Shirt A Samad Said dan Dr Hassan. ;-)
Ia, bukan kerana ada kepentingan politik.
Kerana, Karyawan bukan Beruk dan bukan jua monyet.
Tetapi untuk pastikan Bahasa Ibunda tidak pupus sama sekali.
Mac 10, 2009 1:49 PTG
Jo,
Ha ha.
Tasek,
Sirap? ;)
TS,
Tak usah ucap tahniah kepada kami - kita belum menang lagi!
Mac 10, 2009 3:26 PTG
Apsal lu tak call gua? gua ada 6 senapang kat rumah..
Mac 10, 2009 3:39 PTG
Yapong,
Kan lu kata lu balik kampung!!!!
Mac 10, 2009 5:10 PTG
'jalanraya' sepatutnya dieja sebegini 'jalan raya' . Hidup Bahasa Melayu!
Mac 11, 2009 12:22 PTG
bapak saye pergi, tinggal saye menjage isterinye di rumah.
hari isnin lalu pulang, membawak bandana selebar satu inchi, t shirt putih nipis, dan pedih mate.
along: aku nak masuk uia,
angah: kalu camtu aku masuk ukm lah. kau nak masuk mane dek?
adek: adek nak masuk fru.
kah kah kah.
Mac 12, 2009 1:25 PG
Unsung,
:)
Alif,
HA HA.
Mac 12, 2009 8:39 PG
Panggil Pak Samad / Dr Hassan berucap di Bukit Gantang & Bukit Selambau. tercirit la BN kali ni...bukan saja tercirit. Bahkan terberak darah....
Mac 12, 2009 11:20 PTG
salam.
en sinaganaga,
saya berminat nak mintak salinan gambar yang pertama sekali dalam entri ni.boleh tak emelkan saya gambar asal.sebab ada gambar saya atas tembok pagar masjid.hehe..
buat tontonan anak cucu nanti.
salamun'laik.
albanna
Mac 13, 2009 6:17 PTG
Albana,
Bagi le emel.
Mac 14, 2009 11:45 PG
mohon pinjam gambar baha dan marsli untuk blog saya :)
Mac 14, 2009 5:13 PTG
Pakck naga,
boleh tak teks dalam ni wa olah jadi teks khutbah jumaat? Boleh kene pecat tak nant wa? Huhu...
Mac 14, 2009 8:49 PTG
owhh begini cerita sbnr nya...
sy x tahu pon begini sekali keadaan huru hara nye...sy cume dengar 5 das tembakan...tu pon dengar dr jauh.. tetiba terfikir..macam perang pulak...dan pak naga..seperti askar yang sedang mereka startegi pertarungan..hehehehhe
http://cikbedahlaser.fotopages.com
Mac 16, 2009 2:20 PTG
salam.
maaf, terlupa letak emel.
lanangjati_83@yahoo.com
bagi salinan asal ek..
Mac 16, 2009 8:59 PTG
Catat Ulasan
<< Home