Menjelang PRU13: Lompat
Pak Akop merenung tanah. Pak Akop merenung tanah lama-lama. Semakin lama direnungnya tanah, semakin hatinya berbelah bagi.
“Apa lagi, Kop… lompatlah!” kata Mamang Sulan. Mamang Sulan, kalau dia tak lompat pun tak apa, sebab dia PATI.
Pak Akop mengeleng kepala. Pak Akop mengeleng kepala lama-lama. Semakin lama digelengnya kepala, semakin fikirannya rasa macam nak percaya dengan tidak.
“Apa lagi, Kop… lompatlah! If you jump, I’ll jump!” kata Karim Driving School. Serentak dengan itu Karim Driving School, Mamang Sulan, Sepiah Mata Smokey mengekek-ngekek ketawa.
“Melompat-melompat ni perbuatan yang hina, Kop!” kata Usop Ludin Tanah Lot. Usop Ludin Tanah Lot, kalau dia tak lompat pun tak apa, sebab dia dah dapat jawatan tinggi. Tak ada apa yang dia nak rasa tak puas hati lagi.
Pak Akop merenung tanah, lagi. Pak Akop merenung tanah lama-lama, lagi. Tapi, pada kali ini, keputusannya muktamat. Sambil menggaru-garu bontotnya yang tak gatal, dia berkata, “Piah! Pak Akop kasi Piah lompat dululah!”
Tanpa membuang masa, Sepiah Mata Smokey menyinsing kain. Bebola mata Pak Akop, bebola mata Karim Driving School, bebola mata Mamang Sulan, bebola mata Usop Ludin Tanah Lot berpiknik. Ada bebola ikan bergolek-golek entah dari mana datangnya dan entah siapa punya. Mat Trompet menahannya dengan tapak kasut Fong Keong. Lalu Mat Trompet menyepaknya ke arah Mat Jais. Satu hantaran yang cantik, kata Hasbullah Awang, kalau dia berada di situ.
Sepiah Mata Smokey mengundur beberapa langkah. Kemudian pegun. Kemudian menarik nafas dalam-dalam. Menahan nafasnya sebentar. Lalu mula berlari. Zuuuup! Bagai helang menyonsong angin, dia melompat ke petak nombor lima. Duuuup!
Baru sahaja Sepiah Mata Smokey hendak membongkong dan mengambil gundunya…
“Bentilah main teng-teng tu, Piah!” kata Kak Pinoi. “Tolong Kak Pinoi buat cupcake lagi pekdahhh!!!”
Mat Jais cuma menghidu-hidu bebola ikan itu; tidak mahu dimakannya. Sebab Mat Jais cuma makan Friskies.
Label: PRU13
31 Comments:
cupcake la pulak....
Februari 17, 2009 12:53 PTG
tak sangka kak pinoi pun buat cupcake.
yum!!
patut ada acara lompat2 ni dalam sukma akan datang. :p
Februari 17, 2009 12:56 PTG
Haiii.. Pak Akob pun main teng-teng jugak kah??
Februari 17, 2009 1:05 PTG
Hash,
Ya, cupcake. :)
Landak,
Ya, Kak Pinoi pandai buat cupcake.
Amyz,
Main! :)
Februari 17, 2009 1:56 PTG
Ingat Pnut jer pandai buat cupcake. Hehehe!
Februari 17, 2009 2:29 PTG
potong betoi ar kak pinoi neh
Februari 17, 2009 2:39 PTG
penggal pilihan raya ke-12 ni paling memenatkan.. tak putus putus by election
Februari 17, 2009 3:04 PTG
sepiah, org lain main pakai seluar. ko main pakai kain. tak takut menyungkur ke piah?
ha ha.
.
Februari 17, 2009 3:14 PTG
Purp,
Kak Pinoi pun pandai la ni. :)
Art,
Aaa, aiskerim potong ke?
Ron,
:)
Tasek,
HA HA.
Februari 17, 2009 3:49 PTG
Aku musykil dengan kedatangan bebola mata ikan tu...dari mana yek?
Februari 17, 2009 4:26 PTG
Abang Naga,
Teng teng tu apa barang?
Apa kasut Fong Keong pulak? No standard lah. Sekarang orang pakai Just Do It... Ha ha!
Februari 17, 2009 4:49 PTG
piah mata smoki tu tak de gambar taim tido ke ge?
Februari 17, 2009 5:41 PTG
Bang,aku tukar nama kucing akulah - Mat Jais hahahah!
Februari 17, 2009 6:37 PTG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Februari 17, 2009 7:06 PTG
guna bebola ikan? kami dulu cuma guna serpihan tembikar. biasanya dari mangkuk yg pecah.
Februari 17, 2009 7:11 PTG
er,
seriesly,
bro nage sokong PR atau BN?
hehe.
(sori, lari tajuk eh?) lol!
Februari 17, 2009 8:46 PTG
huhuhu..comel je buat cupcake..huhu dh lama dah tak main teng2..bang naga nak main teng2?haha ;P..lawan yana jom!
Februari 17, 2009 9:12 PTG
Nizam,
Entah dari mana-mana.
Cat,
Teng-teng tu alat kontrasepsi, agaknyalah. :)
Chik,
HA HA. Ada kot, entah. :)
Water,
Kucing betina atau kucing jantan?
Zz,
Wow?
Bumi,
Aku non partisan!
Yana,
Ajak aku main teng-teng bersama-sama ke ni? Aku ok saja. HA HA.
Februari 18, 2009 8:37 PG
Main lompat2 neh buleh mengeluarkan peluh. Buat cupcake boleh mengeluarkan lemak. Er.. menyimpan lemak. hahaha..
Februari 18, 2009 12:57 PTG
lepas aku habis habis pantang karang.. aku akan lompat puas2... lama betul xleh melompat..
Februari 18, 2009 3:48 PTG
lorr apesal cupcake pulak? baru nak present pasal cupcake neh..
Februari 18, 2009 4:07 PTG
main teng teng petang2 mmg trend dolu2...
sekarang?
shuffle?
hoh!
Februari 18, 2009 10:20 PTG
Deen,
HA HA.
Puan,
:)
Yam,
Ha ha.
Dewa,
HAHAHAHAHAHA.
Februari 19, 2009 8:36 PG
aku pon mahu main teng teng
Februari 19, 2009 12:58 PTG
ohhhhhhh, aku baru tenguk foto maskara lepas... memang dasyat, chomelnya si dia tu.
patutlah fesbuk *** kau... ahak!
Februari 19, 2009 1:24 PTG
mat jais tu macam sesuai dikapelkan dengan kucing betina gua, bucuk.
Februari 19, 2009 10:42 PTG
non-partisan maknanya undi rosaklah bang, hehe..
lain la kalau tak pernah mengundi seumur hidup. macam saya, :/
Februari 20, 2009 10:55 PG
Art,
Jom.
Mirux,
Weh, tak moh invite aku baca blog kau ke weh? Satu lagi nak tanya, kau dah buat ke belum Sinaganaga Fun Club kat Fecbuk?
Mut,
jom kapel! Ha ha.
Bhumi,
Serupalah kita. Ha ha.
Februari 20, 2009 3:28 PTG
Jomlah main. Mesti Yana menang punyer.huhu. ada bran?
Februari 20, 2009 9:29 PTG
abg, kalau rajin, singgahla umah malam nie! ada makan2 kecik2 kat umah :)
Februari 21, 2009 8:40 PG
Yana,
Main? Jom! He he.
Nurul,
Rumah kat mana?
Februari 23, 2009 8:43 PG
Catat Ulasan
<< Home