Menjelang PRU13: Bubar
Mat Sanggul cuit-cuit Usop Ludin Tanah Lot yang pada tangan kanannya masih pagang sudip bancuh sirap dan pada tangan kirinya masih menongkat pinggangnya yang separa patah macam sotong itu. Usop Ludin buat-buat muka meluat. Mat Sanggul menyeringai. Jarang benar dia mahu cuit-cuit orang lelaki. Tapi, pada kali ini dia terpaksa.
“Ni, Sop!” Kata Mat Sanggul. “Aaa... Nenek Munah Leper tanya, jadi ke Dewan Undangan Negeri Perak tu bubar?”
“Entahlah Gul”, Kata Usop Ludin Tanah Lot. “Kalau mengikut statistiknya... dah patut kena bubarlah!”
Mat Sanggul pandang langit, congak-congak palam kepala, jari telunjuk kanannya me-tap-tap bibirnya yang lebam dek merokok. “Neeeek! Usop Ludin kata... BUBARRRRR!!!”
“Hahhh? Bubar? Apa yang bubar?” Jerit Nenek Munah Leper. “Laaa... Yang aku suruh pergi tanya... BUBURRRRR!!! Nak masak bubur ke untuk juadah minum petang niiii!!!!”
Tap!
Label: PRU13
31 Comments:
Kesian Tok Penghulu Kampung, tak bubar Dewan Sivik karang...tak buleh buat jamuan, udah AJK tak ada. Kalau bubar Dewan sivik, buat pemilihan baru, karang kalah pulak. Udah idak popular Usop Ludin sekarang.
Nak beli Nenek Munah Leper masuk dalam kumpulan Usop Ludin..bayar mahal wo...
Februari 05, 2009 2:35 PTG
lucky to discover your blog recently.never fail to make me smile.
Februari 05, 2009 2:41 PTG
house of cards. rapuh.
tapi kalau bubar, buleh berpesta! wow!
nanti nenek munah leper buleh jadik ketua tukang masak kenduri.
Februari 05, 2009 2:48 PTG
Lalu Nenek Munah pun membuka peti tivi siaran berita jam lapan, sambil bersiap dengan mangkuk bubur duduk betul-betul depan tivi.
Usop Ludin dan Mat Sanggul awal-awal sudah tahu apa yang akan keluar dari berita.
Dari sayup-sayup suara berita, Usop Ludin dan Mat Sanggul bertaruh sepuluh ringgit seorang. Bubar atau tidak.
Februari 05, 2009 3:02 PTG
Po,
Tak boleh bentuk Kerajaan Campuran ke bagi sa 'ja negeri, Tuan Lawyer? Kau check dalam Perlembagaang tengok. (Kawang dok reti sangak ni). He he.
Umi,
Kalau ada senang - jemput datang ke Maskara. :)
Alina,
Abang dah lupa dah plot drama PRU13 ni. Siapa ketua tukang masak sebenarnya ek? Nenek Munah leper or Pak Akop???
Siapa tahu angkat tangan!!!!
Februari 05, 2009 3:06 PTG
Indra,
Ha ha. Tapi, cerita ni masih belum sampai malam lagi - orang kampung masih pada peringkat menyediakan lauk pauk dan kuih muih. Ya, mereka sedang menanti sesuatu. Sesuatu yang mereka sendiri kurang pasti. :)
Februari 05, 2009 3:08 PTG
yang pastinya, baik baca drama ni, daripada tengok berita kat tv, plotnya mengalahkan drama.
Februari 05, 2009 3:24 PTG
Nek Munah nak masak bubur??
Nak bagi pada mereka yang baru kena serang sakit jantung kat 'Rumah Sakit Silver' ke??
emmm....ala...hai...
Februari 05, 2009 3:31 PTG
sila jual balik camry. pakai perdana. ha ha.
Pak Akop dah turun pangkat ke?
.
Februari 05, 2009 3:47 PTG
Maslina,
HA HA HA HA HA. Sama-samalah kita nantikan penghujung Drama Menjelang PRU13 ni. Harap sabar menanti. :)
Aishah,
Buat minum petang acara sidang akhbar. Ha ha.
Tasek,
Aku pun dah lupa dia punya kontiniti ni. Kena rujuk episode yang lepas-lepas. He he.
Februari 05, 2009 4:12 PTG
kacang hijau ke pulut itam??
Februari 05, 2009 4:38 PTG
Chik,
Bubur chacha rasanya. Ha ha ha ha ha.
Februari 05, 2009 4:40 PTG
hehehe...
kesian beliau...
Februari 05, 2009 6:09 PTG
Dewan Undangan Negeri susah sikit nak bubar, sebab pagar dewan tu dah dirantai oleh JKKK...ahli dewan kena duduk luar kejap bawah panas terik..
Februari 05, 2009 6:24 PTG
aku suka bubur tepung gunting. nak mintak resepi ngan nenek munah leper nanti.
Februari 05, 2009 6:46 PTG
Bubur 'assyura la weh..sedap sikit. campur segala macam bahan.
Bubur 'assyura ya nek Munah!
Februari 05, 2009 8:47 PTG
lambat dah. nasi telah menjadi bubar.
Februari 05, 2009 8:48 PTG
Zara,
:)
Aaa, ni Zara White ke ni? :)
Nizam,
Ha ha.
Amyz,
Kau ni - bila nak pandai masak weh? HA HA.
Water,
:)
Yosh,
HA HA. Weh, bila nak hantar sayur balik rumah? HA HA HA HA HA.
Februari 06, 2009 8:44 PG
"nasi dah jadi bubur" kata Munah Leper dengan nada kesal.
"baguslah. aku suka makan bubur" balas usop ludin tanah lot selamba.
Mat Sanggul ketawa terguling-guling.
Februari 06, 2009 12:45 PTG
Tajuk berita keluar sebesar alam.
Februari 06, 2009 4:16 PTG
Alaa.. ramai lagi tak pandai masak. Aku tau gak masak nasik. Hahaha.
Februari 06, 2009 4:24 PTG
hahaha, nasib baik bukan dubur..hahaha..opps..
Februari 06, 2009 5:01 PTG
apa saja la...wa x kisah. bubar ke x bubar ke..
tp kalau wat bubur jgn lupa ajak wa muahaha!
Februari 06, 2009 5:18 PTG
Sekali telinga dia sound trouble daaaaa!!
Bubuuur!
Bubaaar!
Februari 06, 2009 6:06 PTG
Bila dah BUBAR jadilah BUBUR
Hmmm...
Februari 06, 2009 7:16 PTG
orang rewang makan sup tulang aaa baru layan.
Februari 07, 2009 8:20 PTG
ha ha ha
Februari 07, 2009 11:15 PTG
apa bubar2, nyusahkan aku ja,
tapi kalau jadi bubar..
mau aku pi perak, pawah semua pokok nyiur.
Februari 09, 2009 6:56 PTG
hehe.. nak tergelak saya baca cerita ni..
saya bgtahu mak saya, baik tgk hindustan dr tgk berita..
Salam sinaganaga, saya nak konfirmkan pasal jadi juri utk pertandingan saya tu.. sbb saya nak umumkan barisan juri pada peserta. Dan pertandingan bermula khamis ini, 12 Feb.
Februari 09, 2009 8:28 PTG
uncle L,
cian si yoshz. ingat keje dia dok antar sayur je ke umah cik minah? muahaha....banyak lagi keje lain...
ina yg tak sabar nak gi disneyland tokyo woohoo
Februari 10, 2009 1:17 PG
Zz,
Ha ha.
Khal,
:)
Amyz,
He he.
Wolf,
Dubur? HA HA HA.
Amora,
Lu, pasal bab makan, ... ha ha ha.
Deen,
HA HA.
In,
Huhu.
Dug,
:)
Jai,
:)
Ron,
Ha ha.
Hus,
Kompom. Apa2 hal - emel kat aku.
Mimi Rogers,
Disneyland time2 winter tu weh! Ha ha. Tapi salji dah tak turun lagi dah time2 cenggini. Ina, jangan lupa bergambar dengan Snow White kat pintu masuk tu (boobs dia, wauuuuuuuu! ha ha).
Februari 10, 2009 8:39 PG
Catat Ulasan
<< Home