Menjelang PRU13: Keledar (mati tetap mati)
Nenek Munah Leper melenyek-lenyek ubi keledek empuk di dalam pasu. Kak Pinoi teka, Nenek Munah Leper nak buat kuih cik mek molek. Sepiah bermata smokey teka, Nenek Munah Leper nak buat kuih cucur badak. “Badak!” “Molek!” Badak!” “Molek!” Badak!” “Molek!” Nenek Munah Leper rasa macam nak tempeleng ’ja kedua-duanya.
Karim Driving School wongweng wongweng. Mata Usop Ludin, mata Pak Akop, mata Wak Merah-merah Taman Kok Doh, mata Mamang Sulan, mata Mat Trompet – mengonek wongweng wongweng Karim Driving School.
“Tuan tuan dan puan puan! Kerajaan telah mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar di tempat duduk depan dan di tempat duduk belakang kereta. Kerajaan juga telah mewajibkan pemakaian topi keledar yang lima tahun sahaja jangka hayatnya. Bayangkan tuan tuan dan puan puan…, kalau Menteri yang meluluskan undang-undang tersebut mengambil satu peratus ’ja atas keuntungan penghasilan keledar-keledar tersebut… sudah berapa punya banyak untung ni? Kalau accident... mati tetap mati!” Kata Karim Driving School.
“Hah! Kalau Pak Akoplah menteri yang berkenaan… apa pula Pak Akop punya idea?” Tanya Mat Trompet, tiba-tiba.
“Speed no limit! Dengan syarat, semua pemandu dan penumpang kereta kena pakai topi keledar yang lima tahun sahaja jangka hayatnya … wah, sudah berapa punya banyak untung ni! Kalau accident... mati tetap mati! Ha ha ha!” Kata Pak Akop.
“Badak!” “Molek!” Badak!” “Molek!” Badak!” “Molek!” Nenek Munah Leper rasa macam nak tempeleng ’ja ‘badak’ dengan ‘cik mek molek’ tu.
Label: PRU13
29 Comments:
Hahaha!!
Molek sungguh badak ittew!
Januari 23, 2009 4:37 PTG
hahahah. tetiba jer terngiang-ngiang lagu M.Daud Kilau. "Cek Mek Molek"
Januari 23, 2009 4:39 PTG
Badak.
Januari 23, 2009 4:50 PTG
Deen,
Ha ha.
Kon,
Ha ha.
Mau,
Molek!
Januari 23, 2009 5:10 PTG
wongweng wongweng
Januari 23, 2009 5:20 PTG
pak akop memang bijak!
Januari 23, 2009 5:26 PTG
ah.
masih tetap dengan fahaman taknak pakai tali pinggang keledar. nanti bila dah bersedia, pakailah kot. haha.
tapi kesian kat penumpang belakang kalau jadinya eksiden.
mereka mereka ada buat tak kajian pasal kesukaran orang belakang membuka talipingang kalau kereta kemalangan?
Januari 23, 2009 5:39 PTG
Pakai talipinggang belakang macam bebudak 'ja...
Januari 23, 2009 6:02 PTG
kuih keria ke nek munah?
Januari 23, 2009 6:17 PTG
aku pakai tali pinggang ja. belakang tak pakai
Januari 23, 2009 8:58 PTG
alah, undang2 tu untuk dipantau pihak berkuasa 'ja. takdak dema, sapa nak buat? erk!
Januari 23, 2009 9:35 PTG
gua bajet klimaksnya kak pinoi dan sepiah smokey kena paranawei dengan nenek munah leper.
wongweng wongweng. gua hampa tingtong.
Januari 23, 2009 10:35 PTG
Coklat buah pinggang dan ubi keledek lebih enak dimakan. Kalau sebungkus dan sebekas RM10, kerajaan pun boleh kaya juga. Kenapa kerajaan tidak mengambil inisiatif sebegitu?
Januari 23, 2009 11:55 PTG
hey.
macam baru faham aje 'badak' dengan 'cek mek molek' tu!
:P
ok!
Januari 24, 2009 1:32 PG
'mengonek wongweng wongweng' - aku sedang berfikir, adakah ini carutan tahap tinggi atau akal aku yang 'kuning'. HA HA!
Januari 24, 2009 8:47 PG
Nanti yang berbasikal pun diwajibkan pakai topi keledar (yg 5 tahun wajib tukar).
Jadinya setiap 5 tahun kita kena tukar menteri yg berkenaan. haha
Januari 24, 2009 12:58 PTG
nek munah dah tak jadi ke nak buat kuih tuh?
Januari 24, 2009 5:38 PTG
Encek Naga...
Haluih sungguh bahasa...
molek ka badak tu???
Pekak sungguh badak tu??
hahaha.. kesian karim Driving School tu dok wongweng wongweng.. badak dan cek mek tak molek tu tak dengaq yer... hahaha
jadi tak Nenek munah leper tempeleng kedua2 badak ngan cek mek tak molek tu...
Ataupun Encek Naga je gi Tempeleng Kedua2nya...
Januari 24, 2009 6:31 PTG
Encek Azzam...
Kalo kat kedah... wongweng tu buat bising ato takde arah..
tak tau pulak kalo encek naga buat carutan tahap dewa...
encek naga... boleh perjelaskan...
hahaha... konpius2...
Januari 24, 2009 6:35 PTG
Kat sini, dah sejak azalinya lagi kena pakai tali pinggang keledar untuk penumpang tempat duduk belakang, takde masalah apa-apa pun.
Change, bak kata Obama.
Januari 25, 2009 8:18 PG
sinaganaga,
akhirnya bertemu jua blog nih. hihi. takda keje searching2 blog di petang ahad di hyderabad, india nih, terlink plak kat blog nih. sbb bf (budakyangjahat.blogspot.com) yg suggest baca blog nih.
very nice. sila teruskan blogging!
your niece,
ina
Januari 25, 2009 7:15 PTG
Ajami,
Tak reti duduk setempat ke? Ha ha.
Anas,
ya.
Gira,
Kau masih tak nak pakai tali pinggang keledar dengan alasan 'tak mahu terikat' ke weh? Ha ha.
Nizam
ha ha.
Tasik,
Boleh jadi juga. Ha ha.
Semut,
Zip kau - depan ke belakang? He he.
Mary,
Entah. :)
Mut,
HAHAHAHAHA. Selamat tingtongtingtong. :)
Amin,
Entah.
Alina,
:)
Azzam,
Mengonek - rujuk kamus, under kata dasar 'ngonek'. He he.
Dug,
Boleh juga kalau mahu berbuat demikian. :)
Chik,
Jadiiiiii.
Tarabaz,
Wongweng - mundar-mandir. :)
Tanah,
He he.
Ina,
1. Afsal gi India tak bagitahu Uncle L? Mama tak cakap/cerita apa2 pun!!! Uncle L nak kirimmm! 2. VCD Pak Andak bertunang - Uncle L baru 'ja edit. 3. Muhammad dapat masuk VI. 4. Bila masa Ina guna nama 'MIMI' lak ni? Hahahahahaaaa!!!!
Yang benar,
Your Uncle L.
P/s: Sempat balik tak Pak Andak kawin nanti?
Januari 26, 2009 4:45 PTG
bang naga, nk mintak izin laluan link blog ni kat blog sy.
sekian trima kaseh ;)
Januari 28, 2009 5:12 PTG
tak naik kereta/moto pun
mati tetap mati!!
Januari 28, 2009 7:16 PTG
Ain,
Sila.
Ron,
Kan!
Januari 29, 2009 8:37 PG
Kuih cik mek molek? Wah...idea bagus ni boleh buat breakfast untuk pagi esok..
Januari 29, 2009 11:39 PG
undang2 pemakaian kerusi bayi untuk bayi didalam kereta mungkin sesuai..:)
Januari 30, 2009 12:57 PG
dah semak kamus dewan...
Kata/Peribahasa = ngonek (ngonék)
Takrif = Kl mengikut dr belakang, mengekor.
Sumber = Kamus Dewan Edisi Tiga
Januari 30, 2009 10:11 PG
Uncle L,
1. camna ina nak bagitau uncle L pasal India trip? mmg tersangat last minute masa tuh. mama pun tau last minute. heleh, nak kirim apa india? nothing interesting there to bring back BUT diarrhea je hahahah...
2. nak tengok!!! VCD Pak Andak bertunang?? bukan tuh dah lama dah ke? baru edit?? haiya nih kene tolak duit upah nih. lama sangat haha...
3. congrats to Muhammad sbb dapat masuk VI. abihlah, dahlah budak tuh jambu. mesti kene tiau! ;)
4. 'MIMI' nama panggilan manja oleh budakyangjahat. tiada kaitan dgn nama sebenar atau nama timangan makacih! (yah i know it sounds funny, shush it! haha)
Yang benar,
Your niece mimi
P/s: sempat ke tak sempat balik utk pak andak's wedding, MUSTI disempatkan jugak sbb mama will kill me if i don't attend! huhu...
Februari 10, 2009 1:27 PG
Catat Ulasan
<< Home